Thursday, August 11, 2011

Iftar 10 : Puding Roti Berkaramel Lapis Coklat...

Dok tgh buat ape tu? Tgh bersandar kekenyangan la tuu..la ni sajer jer nak share menu puding yg buat berbuka smlm..menu ni amik dr blog Cheq Sue kita  tu..biasanya Liza buat puding ni main campak2 jer sukatan dia, tp bila tgk kat dh ramai kengkawan yg buat, so Liza pun try laa resepi ni...mmg sedap tp Liza derhaka sikit laa, sajer gatal tgn nak melapis la konon...jom tgk cmner ghupernya..


Taraa...cantik tak??angguk..angguk...geleng...geleng....yg mana satu ni?? aahh lantaklah cantik ke tidak,yg penting dh habis...kuikuikui

PUDING ROTI BERKARAMEL LAPIS COKLAT

Bahan :

Untuk Karamel :
* 1/4 cawan gula pasir
* 1/4 cawan air panas

Cara membuatnya :
1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.
2. Kacau segera supaya tidak berketul.
3. Kemudian ratakan pada loyang @ bekas yang besesuaian dan sejukkan seketika.

Bahan Puding :
* 3 keping roti sandwic - disiat-siat
* 1/2 cawan air suam
* 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

Cara membuatnya :
1. Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati.
2. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan..
3. Tuangkan adunan asal ke dalam karamel tadi.
4. Sediakan loyang @ bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya.
5. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
6. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
(Liza pun ikut cara Cheq Sue kukus 20 minit)



Ni cara Liza, lepas adunan ditapis, bhg 2 adunan dan satu bhgn ditambahkan dgn coklat emulco dan sat bhgn lg dibiarkan kosong..kemudian masukkan bhgn yg kosong td ke dlm karamel dan kukus hingga masak, bila dh masak masukkan adunan coklat td dan kukus lg hingga btl2 masak..

4 comments:

izahdaut said...

akakkk..saya mmg lama dah memfollow blog akak niii.. hehehe..mmg best puding gini.. tingin nak buat lak. biasa saya buat guna resepi cchef hanielia.... mmg duk terpikir nak buat hari tu dah..bila nak buat ni ek.. hehe

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualikum akak..
puding nie nmpk sedap.. suka kat puding yg gini.. x perna lg buatnya.. kena masuk list dulu nampaknya ler kan... ;)

Unknown said...

akak nak sikit... puding tu..

Liza said...

Salam semua..suka sgt bila adk2 sifu ni terjah blog akak..tq ye
Yahooooo....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...