Thursday, May 24, 2012

Prosperity Burger...ye ke??


Assalamualaikum wbt...ni menu dinner kitaorg hari tu..kat bawah daging tu Liza letak coleslaw...nyum2, resepi sos black pepper amik kat acik yarn MyR, thnx...Liza mintak share kat sini pulak....

RESEPI SOS LADA HITAM/ BLACKPEPPER

Bhn2:

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)

Cara-cara
  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..


Ni roti yg Liza buat , walaupun rupamu hodoh, tp kau tetap menjadi pooojaaan hatiku....ekekekekeke
Resepi roti ni Liza amik dr buku roti Alex Goh, resepi ni sesuai jugak utk roti burger dan yg seangkatan dgnnya....

RESEPI ROTI HOTDOG/ BURGER

Bhn2 A:

400 gm tpg roti
20 gm gula
6 g garam
1 s/b tpg susu
2 s/t yis kering

Bhn2 B:

250 ml air

Bhn2 C:

30 gm shortening

- Adun A hingga sebati, tambah B dan uli hingga menjadi doh.
- tambah C dan uli lagi hingga doh betul2 lembut dan kenyal.
- biar doh naik 45 minit - 1 jam.
- bahagi doh pada 60 gm setiap satu dan bentukkan menjadi bebola.
- biarkan ia naik lagi selama 10 minit.
- ratakan, gulung hingga lurus dan panjang dan letak atas dulang yg telah dilengser mentega.
- biar ia naik selama 45 minit, sapu dgn air.
- bakar 190 C selama 12-15 minit.
- taraaaa, dah pun siap


Ni burger nugget Yana punya sbb dia tak suka sos blackpepper tu..kat bawah nugget tu pun Liza letak coleslaw....

1 comment:

Nuwairani said...

ok! nani bookmark dulu resepi ni. tibe2 teringin pulak nk makan prosperity burger. balik kg nanti nk buat lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...