Friday, May 4, 2012
Nasi Goreng Mentega Lada Hitam Special.....
Assalamualaikum dan salam di hari Jumaat, penghulu bagi segala hari...semoga kita semua sentiasa dilimpahkan rahmat olehNya Yang Esa....Aamiin
Nak tau kenapa nasi grng ni spesel, sbbkan Liza letak ayam KFC kat dalam tu....hihihihi..kalau dulu2 Liza tak berapa suka nasi grg putih ni, tp anak2 Liza mmg suka sgt nasi grg ni...pelik jugak...jadi lama kelamaan rasa suka tu dtg dgn sendiri....sedap jugak nasi grg ni kan...kalau dulu tiap kali arwah ma buat nasi grg ni, mula lah rasa kenyang tetiba...tak selero den, hihihihi...sekarang ni baru la tau ttg kesedapan nasi grg ni...
Ok, moh kita tgk nasi grg omak den ni....hihihihi
RESEPI NASI GORENG MENTEGA LADA HITAM SPECIAL
Bhn2:
3 mangkuk nasi sejuk
Isi ayam @ lauk2 lain - Liza guna isi ayam KFC
Sehiris nipis halia - tumbuk halus
4 ulas bwg pth- tumbuk halus
1 s/b lada hitam - tumbuk halus
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
2 biji lada merah - potong serong
2 btg kacang panjang - ptong kecil
1 btg karot - potong panjang
11/2 s/b mentega
2 s/b minyak masak
2 biji telur
Garam dan serbuk perasa
- panaskan mentega dan minyak dan tumis bhn2 tumbuk halus dan kasar hingga wangi.
- masukkan sayuran, lada merah, garam dan perasa secukupnya.
- masukkan pula ayam @ lauk2 lain bersama nasi sejuk.
- buat lubang ditengah nasi dan pecahkan telur, biar hingga telur sdkt masak dan gaulkan cepat2.
- gaul hingga sebati dan boleh la dihidangkan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment