Thursday, May 3, 2012

Pau Lagi....



Assalamualaikum wbt dan selamat malam ....kali ni buat pau guna resepi dr Kak Ton MyR....dh bnyak kali buat pau ni, mmg sedap n lembut jer kejadian dia....sape yang tak pernah buat lagi, sila2kanlah mencuba yer, mmg tak rugi.....kali ni Liza buat inti kaya jer...


RESEPI PAU LEMBUT KAK TON


Bhn2 utk 10 biji pau:


  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam
Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu. 

5 comments:

Melly Octaviana said...

Kak Liza..dah matang kah pau nya, lempar sini 5 buat makan pagi esok..hehe

Rohah said...

rajinnya menguli pau..rindu nak buat pau lagi..hehe

Qasey Honey said...

rajin...paunye pon gebu tu...bile la giliran QH nk mengepau pula...yg tau nk paww aje...minta 2 ketuiii...hehehe

rahel said...

Pau pun pau la..memang suka makan pau..kalau panas2 lagi la best..

tun_telani said...

salam kak liza.. tun pun mmg suka sgt2 resepi ni. rasanya lepas ni mmg akan ulang2 resepi nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...