Friday, May 4, 2012

Bihun Tomyam Thai....

Masih menggunakan resepi tomyam dr SINI.....ambik dr dapur Kak Anim, tp kali ni Liza makan dgn bihun je...

RESEPI BIHUN TOMYAM THAI

Bhn2:

6 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
7 biji cili kering (ikut kepedasan masing2)*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
1 sudu besar udang kering*
4 helai daun limau purut*
1 in belacan di bakar
air asam jawa.gula dan garam

Semua bahan di atas di kisar

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
- Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
- Masaklah sehingga menjadi pes
Untuk Sup Tom Yam

ayam
udang
sotong
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 in lengkuas-di ketuk
2 batang serai-di ketuk
lobak merah
cendawan
putik jagung
bunga kobis

(terserah nak banyak mana sayuran ini)

6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato
1 ketul kiub tomyam -xletak
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair - xletak
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar

Untuk Sup TomYamRebus ayam beberapa minit.
Masukkan bawang besar,bawang putih dan daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas.Lepas tu masukkan sotong dan udang.
Biarkan sebentar
Bila sudah sebati mendidih masukkan sayur2an.
Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal2 tadi,sos ikan,perahan limau nipis dan garam.
Padamkan api masukkan susu cair dan daun ketumbar..
-Memang betul cakap Kak Anim...enak banget nih....hihihiihihi

7 comments:

Yatie said...

sedapnya bihun tomyam, akak biasanya kalau masak tomyam pun mesti makan dngn bihun...mmng sedap sangat..anak2 suka betul...

Norzie hany said...

Salam kenal.
Waduhhhh sedapnya bihun tomyam...feveret saya ni.

Ucu Faridah said...

masak guna periuk saiz berapa...kalau saiz 32 inci..hulur2 lah kt ucu ni ...hahaha...

dZana said...

aslmkum liza.. apa kbr.. akk baru smpt BW.. sedap tgok beehoon tomyam liza ni.. pedas2 n masam..

Amie said...

Yummy...yummyyy... semangkuk tak cukup, nak 2 mangkuk!

ijayuji said...

Salam kak, alahaiii yg ni pun sedap! kita suke betul benda2 berkuah nii, hirup panas2 n pedas2 mmg nikmat ajerr ehehehe..

ChoQbaDak said...

Baru dok google2 cari resipi. Besok baru bley buat. Nak masak utk buka puasa..!! ^__^*

JommSihatDanCantik.blogspot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...