Wednesday, May 16, 2012

Devil's Food Chocolate Cake utk Cikgu Tersayang...


Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Guru utk semua rakan warga pendidik tak kira rakan di alam maya atau di alam nyata...semoga kalian terus mendidik anak bangsa kita dengan seikhlas hati tanpa mengenal jemu atau putus asa....

Kek ni atas permintaan angah utk seorang guru yg amat dikagumi...sebenarnya Liza tak pernah pun buat kek ni, tp demi utk seseorang yg berjasa pada angah, Liza cuba buat yg terbaik....diharapkan 'sir' suka dgn kek yg tak seberapa ni....

Liza mmg dah lama terliur tgk kek ni kat dapur Kak Ita, nak mintak rasa sikit, jauh pulak, telan air liur je lah kita....ekekekekeke...ni kira 2 dlm 1 la ni, buat kek utk cikgu dan dapat jugak la rasa sikit, sikit jer?..betullll, sikit jer...hihihihihi

Ok moh kita tgk resepi yg Liza CnP dr dapur kak Ita jugak...mintak halal ye kak...resepi asal dr Kitchen Guardian, kata Kak Ita dia amik resepi ni pulak dr Kak Yati, dan Liza tgk ramai yg dah buat kek ni kan, cuma Liza jer baru sampai seru....terima kasih pada semua yg dah menghebohkan ttg kesedapan kek ni....


RESEPI DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Bhn2:

Bahan Kek Coklat

 2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair
Angkat dan sejukkan





Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas dapur.
Lap mata pisau dan potong.

                                                              Here, ready to go....


12 comments:

Qasey Honey said...

cantik deco kek tu...simple...kek ni pon sedapkan...

Zaliedana said...

Assalam kak liza cayang,wah untungnyer cikgu dpt kek ceklat yg nmpk sedap nih..Akceli sy mmg berhajat nak wat kek nih lama dah,semua bhn2 pon dah lama bli,tapi sjk peknen nih malas toi nak godek2 kek nih,adeii jgn cis lam peti ais exp dah la,huhu..

dapurCikWan said...

wahh..untuk alau jadi cikgu ni...special cake tu ;)

Cheq Sue said...

untungnya cikgu angah tu... ni cikgu yang x ngajar angah nk jugak camana... "_"

Melly Octaviana said...

Cantik cake nya kak , melly juga suka makan DFC ini.. ini cake fav di rumah.. ;)

Yana Shaiful said...

waahh untungnya klu yana cikgu itu..dpt mkn kek yg best nii hehee

Amie said...

Mesti cikgu angah seronok sangat dapat kek yang lazat begini!

rahel said...

Liza...tolong hulur yg dah kena potong tu..nak join rasa gak..

tun_telani said...

salam kak liza.. wah2, bertuah cikgu tu.. sorang je ke yg dpt kek? sure cikgu lain jeles nih..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam.. wahhhh mengecurrrrr kan niii... sedapnya.... untung cikgu yang dapat kek ni...

Sedapnya.. kecurr dan teruss kecurr adehhhh

Asmara said...

cantik! mesti happy sir tu kan dapt kek yg cantik dan sedap! ;)

Nuwairani Ismail said...

pergh! gigihnya mak dia buat kek ni..kalau kite dapat kek mcm ni daripada pelajar, konfem terharu! anak akak sekolah mana ye? nak mintak ngajar situ la pulak. dapat kek sebijik! heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...