Friday, May 18, 2012

Mee Goreng Mamak.....

Assalamualaikum wbt dan salam teramat manis buat semua teman...sejak akhir2 ni tak sempat sangat nak g jalan2 jenguk dapur kengkawan...maaf ye, kesuntukan masa....ape2 pun Liza nak ucapkan tahniah utk kawan2 yg dah ikut jejak Mas tu, dok uwek, uwek...hihihii

Dan Liza jugak nak ucapkan berjuta2 terima kasih pada kengkawan yg sudi menjenguk dan tinggalkan komen kat n3 Liza yg lepas...semoga perhubungan yg terjalin ni akan kekal sampai bila2...Aamiin..terharu pulak pagi2 ni kan...hihihihi

Jom la kita layan mee goreng mamak yg Liza buat hari tu..resepi cedok dr dapur Kak Anim..resepi asal dr Kak Hanieliza, terima kasih pada kedua2nya sbb resepi ni mmg best...liza minta izin share ye...


RESEPI MEE GORENG MAMAK

Bhn2:
500gm mi kuning
100gm daging di hiris
100gm fishball-potong dua le
1 cawan tauge
1 mangkuk sawi
3 sudu cili kisar-boleh tambah kalo nak pedas
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak
1 labu bawang besar-cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau-hiris nipis
(memandai je sy tambah 1 kiub ikan bilis) -Liza tak letak

Cara2:

panaskan minyak
masukan bwg,cili dan rempah.biar garing dan wangi,masukan daging...kacau rata
masukan fishball dan fishcake
biarkan kejap
masukan kicap dan mi
ketepikan mi.kat tengah2 pecahkan telur
biar telur masak sedikit,masukan tauge dan sawi
kacau dan gaul rata.
hidang dlm pinggan leper dan hiaskan.



6 comments:

JaSSNaNi said...

betul2 nampak mamak style, sedap tu... kadang2 kalau kita nak goreng mamak style bukan senang2 nak jadi mamak style, dapat style lain.. tapi tak per la.. sbb rasa dia sedap, semua pun boleh.. hehehe

Mas said...

suka mee goreng mamak..
sedapnya...

Nuwairani Ismail said...

nampak macam betul2 mee goreng mamak kat kedai tu. dah lama x makan. kat sini susah nak jumpa kedai mamak. nak buat sendiri ade aje alasannya.huhuh

Norzie hany said...

Ya Allah Liza,nampak sedap sgt...sebijik macam mee goreng mamak kat kedai.Kalau sis pergi makan kat luar selalu order mee goreng mamak tapi bukan kat kedai mamak tau.

Qhaifa Nur said...

salam....

dapat yang basah-basah sikit, sedapnya...

Zaliedana said...

Kak Liza,sedapnyer mee goreng mamak,fuhh kalo dpt sepinggan best nih..Terliurnyer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...