Monday, August 24, 2015

Rich Oreo Choc Brownies....


Dah lama rasanya tak membaking ni, rindu la pulak kan...jadi ari tu saje2 buat brownies ni, at least anak2 boleh bawak bekal nnt...anak2 mmg cukup suka la dgn brownies ni, nak2 ada oreo kan..

Resepi ni Liza dapat hasil dok intai dapur Hana,  yg mana resepi asal dr Along Roz...tq ye
Sesiapa yg nak buat tu silakan lah ye, senang je ni, gerenti anak2 suka..






RESEPI RICH OREO CHOC BROWNIES

Bhn2:

  • 225g butter
  • 240g coklat masakan
  • 3 biji telur - size A
  • 250g gula halus - hana letak 200g shj sbb dah manis
  • 1sk serbuk coffee - hana ltk setangah peket coffee 3 in 1
  • 1sk esen vanila
  • *60g tepung gandum
  • *40g serbuk koko
  • *1/2 sk baking powder
  • *secubit garam - (bahan * ayak)
  • 1/2 pack oreo - patah2kan - Liza guna 1 paket







  • Cara-cara
    • Cairkan coklat masakan kemudian masukkan butter. Kacau sebati dan ketepikan.
    • Pukul telur menggunakan handwhisk/senduk. Masukkan sekali gula dan esen. -*hana masukkan gula ke dalam coklat masakan dan butter ketika panas supaya gula cepat larut.
    • Masukkan coklat masakan.Kacau.
    • Masukkan bahan ayak. Gaul sebati hingga tidak berketul.
    • Akhir sekali masukkan oreo. Alaskan loyang dengan kertas minyak @ baking paper.
    • Tuang adunan dan bakar suhu 170 selama 45minit atau sehingga masak.



    2 comments:

    Kakzakie said...

    Kakak rasa macam nak potong aje kek yg masih ada tu Liza.
    Kami sekeluarga suka apa-apa pun janji coklat.

    Liza said...

    Liza pulak suka buat je kak, nasib baik anak2 suka...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...