Tuesday, August 18, 2015

Wrapped Chicken Nugget / Tortilla Bungkus NuggetAyam...


Assalamualaikum wbt..sebenarnya dah banyak kali Liza buat wrap2 cmni, inti tu terpulang la pada citarasa masing2..kalau macam Liza, Liza gunakan apa yg ada dalam peti ais je..sosej, nugget atau lebihan ayam panggang atau goreng pun boleh guna..dan sos tu pun kalau nak guna blackpepper sos pun ok, lagi mengancam..

Tapi ni Liza buat utk breakfast anak2 n sebelum Liza letak sos tu Liza akan tanya diaorang dulu nak sos apa..jadi kali ni diaorang cuma nak sos thai n mayonis...ok, umi follow je..





Tortilla bungkus cmni mmg senang nak buat dan yang pasti kenyang utk anak2 ye..

RESEPI TORTILLA GULUNG


Bhn2:1 keping dada ayam
1 biji telur
Tepung grg Kfc
Minyak

- celup ayam ke dlm telur dan golekkan ke dlm tepung Kfc.
- grg hingga masak, tp jgn terlalu garing.
- hiris nipis dan kecil.


* kali ni Liza guna nugget ayam readymade

Sayuran:

Tomato - dibersihkan dan dipotong dadu
Timun - dibuang biji dan parut panjang
Salad - dihiris nipis
Mayonis
Lada hitam

- gaul semua sayur ngan mayonis dan lada hitam
- masukkan ayam grg td dan sedia dihidang.





Kalau nk buat tortilla sendiri tgk resepi kat bawah ye..
 
 
RESEPI TORTILLA ( MyR )

Bhn2:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)
  • 1 1/4 cawan air suam

Cara-cara


  1. Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
  2. Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
  4. Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)
  6. Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit utk each side.
  7. ** Inti utk fajitas - grilled beef/chicken. lettuce, salsa (tomato), guacamole (avocado), shredded cheese. sour cream. - Liza xbuat yg ni..



2 comments:

Kakzakie said...

Kakak tak pernah buat sendiri wrapnya
Beli yg dah siap - masuk inti apa yg suka adalah:)

agen resmi Balikpapan said...

kelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...