Tuesday, August 18, 2015

Ayam Manchurian...






Ayam Manchurian ni mmg dah lama sgt Liza buat sampai terlupa nama resepi,kikiki...tapi kan nasib baik pagi td fren Lina tayang balik resepi ayam ni...tq fren, dikau selalu menyelamatkan keadaan..hihii
Dan sebenarnya Lina ambik resepi ni kat dapur Maz Bahrain nu..sori Maz, Liza xjumpa cari link...tq sgt2 utk lauk yg betul2 marbeles n simple ni.

Liza guna lebihan ayam KFC utk ayam tu ye..lauk ni mmg sedap sgt, kalau nak tau cubalah buat ye..jgn dok tgk je resepi ni


RESEPI AYAM MANCHURIAN

Bhn2:
  • 3 keping dada ayam
  • 1/3 cawan tepung gandum 
  • 1/4 sudu kecil baking powder 
  • 1 biji telur - kocok sikit 
  • 1/2 labu bawang besar - cincang 
  • 1 ulas bawang putih - cincang 
  • 3 sudu besar sos tomato 
  • 3 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 biji cili merah 
  • sedikit garam,kunyit dan perisa/gula
  • Minyak


Cara-Cara
  1.  Dada ayam dipotong kecil-kecil anggaran 2inci.Cuci bersih dan lapkan dengan kitchen towel.
  2. Ayam diperasakan dengan sedikit garam kunyit.Masukkan isi ayam ke dalam telur yang telah dikocok sedikit.Perap sebentar.
  3. Campurkan tepung, baking powder dan secubit garam.Masukkan ayam, golekkan/salutkan dengan tepung.Biarkan bersalut serata dengan isi ayam.
  4. Masukkan isi ayam satu persatu ke dalam minyak panas dan goreng biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan ketepikan. - Liza guna ayam KFC, potong kecil2
  5. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang, tumis sekejap biar bawang layu.
  6. Masukkan semua bahan sos, cili merah dan kacau sebati. Masukkan sedikit air dan sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu)
  7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau balik sikit biar ayam mesra dengan bahan sos, 
  8. Angkat dan tabur sedikit daun bawang, sedia untuk dihidang bersama nasi putih atau nasi berperisa.





Selamat Mencuba ye...


5 comments:

LiNa_Pg said...

Ni namanya ayam manchurian bidang terjun hahaaaa...
Apa pun ayk kepc tu nmpk lg sedap sbb dh di'manchurian'kan heheee

Liza said...

haaahaha, dimanchuriankan ye lina..pepun ayam ni mmg best la, anak2 n bapak diaorang suka bangat ni..hihihi

che mid said...

Nampak sedap dan simple. Ratah macam tu pun laju kut..

agen resmi Balikpapan said...

kelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!

agen resmi Balikpapan said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...