Wednesday, August 19, 2015

Kek Lapis Kukus Hawflakes / Asam Manis






Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera utk semua...kek kali ni pun Liza buat masa raya 6 ari tu, saje je buat sbb dah lama rasanya tak makan kek mcm ni...rasanya Liza dah pernah buat kek ni dulu, mmg sedap..nak2 kalau simpan dulu dlm  2 3 ari, biar semua rasa tu sebati...

Kek ni adalah kek lapis yg senang bagi Liza sbb bhn2 pun mmg simple dan mmg cnfirm ada kat dapur kita kan...jadi pada sesiapa yg nak try buat kek ni, jgn takut2 ye,insyaallah menjadi...kaler tu ikut suka kita la nk letak kaler apa pun..

Resepi ni asalnya dr K.Fida tapi Liza intai resepi ni kat dapur K.Yati...tq utk both of you






RESEPI KEK LAPIS KUKUS HAWFLAKES

Bhn2: ( Loyang 9x9x3)

  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1 sudu besar ovallette
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna kuning dan hijau -guna biru, hijau n pink
  • asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)
 




Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 10 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 10 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
  6. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

3 comments:

Kakzakie said...

Cantiklah Liz.
Lain kali kakak nak buat warna-warni macam ini
Biasa kakak buat kuning aje tapi asamnya kakak rapat sikit

rahel said...

Salam Liza...
rajinnya u buat kek lapis...sy asik simpan je resepinya...tak jua dibuat...padahal suka sangat dg kek lapis...

Yusla Mahat said...

Terliur.. tengok kek lapis.
Mohon kongsi resepi yerr.... tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...