Tuesday, August 18, 2015

Nasi Ganja ngn Kurma Ayam....




Alhamdulillah ni la nasi yg Liza buat utk raya 6 ari tu..nasi ni pemes sekarang kan,so Liza pun nak rasa lah jugak kehebatan rasa nasi ni...bagi Liza nasi ni rasa dia ala2 nasi beriani tapi lebih simple..mmg sedap n pada sesiapa yg nak mencuba tu, silakanlah ye..resepi ni pun Liza dapat dr rakan fb Ida Shahida, tq Ida..

Liza buat kurma ayam utk digandingkan dgn nasi ni, perghhh mmg terangkat..







RESEPI NASI GANJA

Bhn2:

4 cawan beras
6 cawan air ( atau ikut je sukatan beras anda seharian)
( kalau beras basmati- 3 cawan=4 1/2 cawan air)
Bawang putih 4 ulas*
Bawang merah 8 ulas*
3 Kulit kayu manis*
3 Bunga lawang*
5 Biji pelaga*
3Bunga cengkih*
Rempah sup adabi 1 bungkus kecil*(serbuk)
6-8 titis pewarna kuning telor( bubuh sampai jadi warna nasi mcm saya buat tu)

Bahan2 yang bertanda * -ditumis dgn minyak masak sikit Dan campur minyak sapi sikit agak2 1/4 cawan
(dah siap tumis masukkan air bila dah didih masukkan beras..dan pewarna kuning telor 3 titis.kacau2 pastu masukkan
Cili sos maggi-6 camca besar
Sedikit garam gula Dan ajinomoto( jika suka)
masaklah macam biasa sedap dimakan dengan sambal ayam/daging/ masak merah/masak hitam/dalca





KURMA AYAM BONDA
Bhn2:

1 ekor ayam - dipotong dan bersihkan
11/2 inci halia - tumbuk lumat
5 ulas bwg merah - tumbuk lumat
1 biji buah keras - tumbuk lumat
1 genggam kelapa putih - tumbuk lumat

1 cawan tairu / susu cair + perahan sehiris limau nipis
Rempah 4 sekawan
2 paket rempah kurma - terpulang
1 biji kelapa - ambil santan pekat
4 biji ubi kentang - potong 4
3 biji lada merah - belah 2 jgn putus
2 biji bwg besar - potong 2
Garam, gula dan serbuk perasa
Sdkt minyak

- gaulkan ayam dgn bhn2 tumbuk dan rempah kurma, perap sebentar dlm 15 minit.
- panaskan sdkt minyak, tumis rempah 4 sekawan dan ayam yg diperap td.
- balik2kan ayam hingga ayam agak kering sikit, masukkan santan, tairu dan ubi kentang.
- bila dah mendidih, masukkan garam, gula perasa.
- masukkan pula cili merah dan bwg besar bila kuah dh hampir kering.
- kacau biar sebati dan bila kentang dah empuk boleh la diangkat...




ACAR MENTAH

Bhn2:

1 batang timun - bersihkn dan buang kulit
2 biji cili merah - hiris nipis serong
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
4 s/b cuka makan
Gula, garam secukupnya

- larikkan timun dgn garfu utk memudahkan timun serap semua rasa, pastu potong nipis..
- masukkan timun, bawang dan cili hiris ke dlm mangkuk..
- satukan cuka, garam dan gula di dlm bekas lain dan gaul hingga gula dan garam hancur..
- tuang campuran cuka td ke dlm bekas timun dan gaul rata..
- masukkan ke dlm peti sejuk sblm makan..
* acar ni lagi sedap kalau makan lps 2-3 jam dok dalam petisejuk sbb semua rasa dah sebati..







3 comments:

LiNa_Pg said...

Wah...pantasnya fren dah buat dah....kite baru berkira2 nak buat tp x terbuat pun lagi...

Liza said...

hihihii, asyik dok tgk ore tayang jah mana aci...

agen resmi Balikpapan said...

kelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...