Tuesday, August 25, 2015

Serimuka Durian....


Dah lama nak rasa macam mana agaknya rasa serimuka durian ni, tapi baru semalam terbuka hati nk buat...resepi ni pun Liza cari yg senang2 je, yg guna sukatan cawan..dan utk first trial ni Liza cuma buat separuh dr adunan kat bawah tu, dapatlah satu loyang bulat 7"...

Mula2 ingatkan takde sambutan, rupa2nya family Liza mmg suka sgt sampai diaorang cakap lg sedap dr serimuka pandan...hamboiii,hihii
Terima kasih pada K.Yati sbb sudi share resepi yg simple tapi marbeles ni...







RESEPI SERIMUKA DURIAN

Bahan Lapisan Bawah (loyang 10 inci)
  • 2 cawan pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil minyak
  • sedikit garam

Cara-Caranya
  1. Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam.
  2. Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
  3. ** Sementara menunggu bahagian bawah/pulut masak, kita bolehlah menyediakan bahan2 utk lapisan atas.
  4. Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
  5. Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.





Bahan Lapisan Atas
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 cawan isi durian
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung tepung kastard
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 s/k garam

Cara-Caranya
  1. Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam.... kisar lagi.(kalau blender tak muat, blend separuh2..)
  3. Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
  4. Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat.
  5. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana.
  6. Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.


**Guna 2 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair. Kalau guna santan kotak 200ml setiap satu, gunakan 2 kotak. 100ml santan pekat dan selebihnya air utk kuantiti santan cair. 300ml santan pekat dan selebihnya air utk adunan santan pekat. Selamat mencuba.








4 comments:

lia ummiirfan said...

wahh! resepi baru ni! :))

Salmiah Othman said...

nampak sedap..tq for da resepi...:)

Liza said...

resepi ni mmg best lia...try la

Liza said...

insyaallah sedap sal, sama2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...