Tuesday, October 29, 2013

Tortilla Pizza n Telur Hancur....



Assalamualaikum wbt dan salam semua...disebabkan Liza ni mmg suka sgt mkn tortilla atau yg seangkatan dengannya, maka ada lagi lah resepi tortilla ni ye...sebenarnya inti tortilla ni kita boleh pelbagaikan ikut selera family kita..

Macam kali ni Liza sapukan sos spaghetti, tabur sosej, cheese n telur hancur, pastu gulung...boleh jugak bakar sekejap utk bg rangup, kalau tak nak pun ok jugak, terpulanglah ye..


RESEPI TORTILLA PIZZA N TELUR HANCUR

Bhn2:

Beberapa keping tortilla - panaskan sekejap
Sos pizza/ sos spaghetti secukupnya
Sosej - rebus dan potong kecil
Cheddar / mozzarella cheese parut
Telur hancur*

- ambil sekeping tortilla, sapukan sedikit sos pizza, tabur potongan sosej, telur hancur dan keju..
- gulung dgn kemas dan panaskan sebentar utk cairkan cheese..kalau nak terus makan pun boleh..


Telur hancur:

3 biji telur
Sedikt susu segar
Garam
Serbuk lada hitam
Marjerin / mentega

- campurkan semua bhn di dlm mangkuk dan kacau sebati..
- panaskan sedikit marjerin di dlm pan dan masukkan telur td, kacau2 sedikit..
- bila telur dah masak, angkat dan boleh dicampurkan ke dlm tortilla td...

1 comment:

Farid NZ said...

Looks nice! Thanks for sharing recipe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...