Thursday, October 17, 2013

Kek Pandan Lapis Kastad...


Assalamualaikum wbt....kek pandan lapis kastad ni Liza buat utk makan2 raya hari tu, kebetulan abang pun ada...kakak pun dah bising, umi ni asyik buat kek coklat je...huhuhu

Kek ni mmg sedap, adik n kakak asyik buka petiais je...puashati sgt bila tgk anak2 suka..resepi kek lapis kastad kali ni Liza skodeng kat dapur Nuri, thnx ye...Kalau nk tgk step by step, boleh g kat link tu ye..


RESEPI KEK PANDAN LAPIS KASTAD

Bhn2:
Bahan2 Kek
Bahan A

250gm tepung sponge mix
4 biji telur Gred A
60gm susu cair
1 tsp pandan paste
sedikit pewarna hijau

1s/t ovalette - Liza tambah


Bahan B
60gm marjerin cair


Cara2
1. Pukul Bahan A pd kelajuan rendah selama 1 minit. Kemudian, pukul pd kelajuan tinggi selama 6 - 8 minit. 


2. Masukkn Bahan B & kaup-balikkn hgga sebati. Pastikan tiada marjerin yg mendap di dasar mangkuk. Maknanya semua marjerin betul2 sebati dalam adunan

3. Tuang dlm loyang 8" yg telah dilapik ngn baking paper & digriskn ngn marjerin. Tepi loyang x perlu dilapik @ digriskn. Bakar pd suhu 160'C selama 35 - 40 minit. Suhu & masa membakar bergantung kepada oven masing-masing



Apabila kek dh masak, keluarkn dr oven & telangkupkan kek atas redai ngn loyang sekali ye. Biar selama lbh kurang 10 minit. Pastu bleh la terbalikkn semula. Biar kek sejuk sedikit baru kuarkn dr loyang

Sementara tunggu kek sejuk sepenuhnya, bleh la sediakan lapisan kastadnya.




Puding KastadBahan2
6 tbsp tepung kastad
1 1/2 tsp serbuk agar-agar
750ml santan @ susu cair - akak gabungkn kedua-duanya
150gm gula pasir - bleh kurangkn sedikit lg sbb bg akak manis la
2 tbsp mentega
1 tsp pandan paste 
sedikit pewarna hijau

Klau nk lapisan puding kastad dia tebal drpd yang akak dh buat ni, bleh la double kn adunan puding ni



Cara2

1. Masukkn semua bahan2 dlm periuk & kacau sebati. Pastikan adunan x berketul-ketul. Klau dh berketul-ketul, bleh la tapiskn.


2. Masak adunan ngn api perlahan hgga adunan masak sepenuhnya. Masa memasak tu, kena kacau selalu supaya x hangus kt bawah dia. Bila puding dh meletup2 kecik, maknanya dh masak la tu


3. Biar puding agak sejuk sebelum digunakan




Cara Melapis 
1. Belah kek kepada 3 bahagian sama ada guna pisau bergerigi @ benang. Sebelum potong tu, akak masukkn kek kejap dlm fridge tuk memudahkan proses membelah kek


2. Amik 1 bahagian kek & letakkn di atas cakeboard. Pastu, tuang puding kastad atas permukaan kek.

3. Tindihkan lapisan puding ngn 1 bahagian kek lg. Ulang Langkah 2 hgga kek yg terakhir. Pastu, salut kek ngn baki puding kastad. 

4. Taburkn hawaian coconut pada keseluruhan kek. Pastu, bleh la masukkn kek dlm fridge & biar puding keras sepenuhnya. Bila dh btol2 sejuk & puding dh keras, baru la kek bleh dipotong ngn kemas .

7 comments:

tenku butang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 480
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Qhaifa Nur said...

sedapnya..mesti nak cium bau pandan dulu sebelum makan...

❤Kamsiah❤ said...

mmg sedap..tak jemu ulang buka peti ais hehe

Bbwana adienia said...

sedapnya makan kek ni..lapisannya pun Nampak cantik..

JaSSNaNi said...

sedapnya liza...
ni kalau dapat berpotong2 pun tak puas.. suka kek pandan.. sedap sangat bertambah2 harum pandan tu.. tu yg best..

adrianna syaz said...

Feveret sya ni..snggah dan folo blog intai dapur..jika sdi,dnggh blog sya ya :)

Faha Wan said...

Sedapnya...kena cuba gak ni..xsabar lak nk buat..

myfreshvita.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...