Wednesday, October 23, 2013

Roti Sumbat Sardin...



Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...sejak kebelakangan ni cuaca mendung je, kadang2 panas sekejap je waktu pagi, tapi alhamdulillah la sempat jugak keringkan kain..bagi negeri2 yg dilanda banjir tu mcm Perak, Kedah n P.Pinang tu berhati2 la ye, samalah kita doakan keadaan akan kembali seperti sediakala...kalau boleh, hadkanlah aktiviti luar rumah sampai keadaan betul2 dah selamat...



Dah habis kisah banjir, kita balik pada roti sumbat sardine yg Liza buat ni...dah bnyk kali buat roti ni, terima kasih sgt2 pada Kak Nor sebab bg idea ni, kadang2 Liza sumbat dgn inti karipap, pun best...apa2 inti pun terpulanglah pada kita ye..

RESEPI ROTI SUMBAT SARDIN

Bhn2:
10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.
- Potong dua bun burger.
- Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
- Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
- Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
- Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
- Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.

- Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
- Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
- Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...