Monday, October 21, 2013

Rendang Ayam Pencen...


Hari tu rasa teringin nk mkn rendang ayam kampung, lepas hantar adik sekolah, terus singgah kat pasar tp abg tu cakap ayam kampung takde, yg ade ayam pencen...ayam pencen pun ayam pencen la, janji ada...so, bermulalah projek ala2 org mengidam tu...hihihi




RESEPI RENDANG AYAM PENCEN

Bhn2:

1 ekor ayam pencen/ ayam kampung- potong kecil dan bersihkan
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 keping asam gelugor
1 keping kecil nise/ gula Melaka
Garam , gula secukup rasa
2 s/b serbuk kari ayam
1/2 s/b serbuk jintan putih
1/2 s/b serbuk jintan manis


Bahan B (Dikisar):

10 biji bawang merah
5 batang serai
3 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
20 tangkai cili kering

 
Cara Memasak:-

Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali dan kacau atas api perlahan.
Kacau sekali sekala je ye, nnt isi ayam hancur..
Masukkan garam, gula, nise/gula melaka dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata.
Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
Bila dah seimbang rasanya, tutup api..
Dah pun siap, boleh mamam...





4 comments:

Qhaifa Nur said...

ayam pencen ni tahan sikit dagingnya...kalau ayam biasa cepat hancur kan...sedapnya

hazlina azmi said...

nyummy..ramai org cakap sedap buat rendang gun ayam pencen....blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

tun_telani said...

salam kak.. tun x kenal pencen hihi.. rasa ni x makan rendang lg.

mama sara nur said...

Assalam
Rendang ayam pencen sedapp cicah pulut kuning ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...