Tuesday, April 16, 2013

Slice Red Velvet Cake....



Projek buat kek yg dah siap slice ni sbb nk bawak g tadika adik utk celebrate birthday dia dgn kawan2 n cikgu pulak....mula2 ingat nk buat muffin @ kek cawan...pastu pikir punya pikir, nk try buat kek slice la pulak...hanis bab tu pikir lg nak buat kek apa yg budak2 suka, mula2 tu terlintas nak buat kek coklat, pastu rasa macam dh muak la pulak, asyik kek coklat je kan..



So, akhirnya terjadilah kek red velvet ni...at least takde la muak sangat kan...Sebenarnya plan asal Liza tak nak letak serbuk kek tu kat atas, alih2 bila dah siap, bnyak la pulak serbuk2 kek tu yg tinggal....jd dpd membazir, terpaksa tabur jugak la atas krim cheese tu, tak pe la kan, janji tak membazir...

Masih menggunakan resepi dr Ana sbb Liza suka dgn ke'moist'an kek ni...hihihihi..sebelum ni pun dah pernah buat tp versi kek, kalau nk tgk klik SINI ye...

RESEPI KEK RED VELVET

Bhn2:
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah

E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

CARA-CARA:

  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  • Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
RESEPI KRIM CHEESE :
500 grm whipping cream-brand VIVO
250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste

Cara -cara :

Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda

6 comments:

mala said...

asyik ternmpk kek RV ja kat mana-mana. bila la nak rajin membuat.

JaSSNaNi said...

penah dah makan RVC.. hari tu sorang bakers datang umah bawakan.. and rasa dia mmg sedap.. nanti nak try wat sendiri lak..

Qhaifa Nur said...

seronoknya rakan2 serta cikgu dapat makan RV ni...sedap tau

asyifamustaffa said...

oh sedapnya...!

Amie said...

Liza... kakak 2 kali buat RVC, suami suka sangat makan... katanya lain dari kek yang lain!

Unknown said...

Hat hias tu pakai serbuk apaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...