Wednesday, April 3, 2013

Nasi Ayam Madu.....

 

Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Rabu 030413....semoga semuanya sihat dan sentiasa dirahmati Allah swt atas apa sahaja yg kita lakukan...Aamiin
 
 
Sebenarnya nasi ayam ni dah lama Liza buat, tp mcm biasa la kan, tuan dapur ni bz memanjang, hihihi...resepi ni Liza dapat dr Azah, member yg dok kat Rawang, tetiba rasa rindu pulak, maklumlah dah lama tak dengar khabar berita, moga2 Azah n family sentiasa di lindungiNya...
 

Memula makan nasi ayam ni masa Azah buat open house dlm beberapa tahun lepas, pastu tgk anak2 n hubby bertambah2 nasi, so, apalagi, dgn muka tak malunya Liza mintak resepi ni dr Azah dan alhamdulillah dah kini jadi peberet family Liza...

Pada sesape yg nak resepi yg sedap ni, jom ..

RESEPI NASI AYAM MADU AZAH

Bhn2:

Untuk air rebusan :

1 ekor ayam - bersihkan dan potong 
2cm halia yg diketuk
Air secukupnya - lebihkan

Untuk perap
5 s/b kicap pekat
1 s/b sos tiram
3 s/b madu

Untuk nasi
5cwn beras
3 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
4 ulas bawang putih -ditumbuk
Air rebusan ayam tadi + air biasa secukupnya
Sedikit garam.
Beberapa titik pewarna kuning
Daun pandan
1 batang serai - titik

Bahan sos 
5 biji cili merah
3 biji cili api 
2 ulas bawang putih 
2 cm halia
1 sudu teh cuka
Garam, gula
1/2 cawan air masak

Untuk sup
Lebihan air rebusan ayam
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 bungkus sup bunjut
Garam, perasa
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Untuk Kicap
Lebihan perapan ayam
 
Cara-cara
Ayam direbus bersama halia yg diketuk dan air hingga empuk..
 
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 30 min. Goreng / panggang hingga garing.
 
Untuk nasi- Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia,bawang putih, daun pandan dan serai hingga wangi, 
Masukkan beras, masukkan air rebusan ayam dan air secukupnya, pewarna kuning dan garam. Masak seperti biasa.
 
Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
 
Untuk sup- panaskan sedikit minyak dan tumis bwg pth hingga wangi, masukkan air rebusan ayam dan sup bunjut, garam dan perasa..masak hingga mendidih, angkat dan taburkan daun sup dan bawang grg

Untuk kicap- masak lebihan perapan ayam td hingga mendidih..



2 comments:

umi's cup cake said...

Salam kak Liza,
Umi baru lepas makan nasi ayam jugak tapi tengok kak liza punya nasi ayam ni...terasa nak makan lagi...

JaSSNaNi said...

haaaaaaaaaaa.... baru pas makan.. tengok sini terus lapar lagik.. !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...