Friday, April 12, 2013

Kek Chiffon Oren Marble...



Ilham dr kek chiffon oren yg biasa Liza buat..kali ni cuba marblekan dgn rasa coklat pulak, berganda2 kesedapan kek ni, dan berganda2 jugaklah lemak2 dlm badan...mana tidaknya, lepas sekeping sekeping, laju je masuk mulut..lepas tu mula lah rasa bersalah...hihihi



Terima kasih sangat2 pada CMG sbb kek ni mmg dah jd peberet family Liza...

RESEPI KEK CHIFFON OREN MARBLE

Bhn2:
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
1/2 s/t pewarna oren - Liza tambah

2 s/k choc emulco - Liza tambah

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...


# Ambik 1/3 dr adunan dan masukkan choc emulco, lepas tu tuang ke dlm loyang secara selang selikan adunan asal dgn adunan choc..bakar mcm biasa #...

4 comments:

Mas said...

gebunya kek chiffon tu kak...
cantikkk

JaSSNaNi said...

nampak sedap sangat... nak test lah...

Zaliedana said...

Kek cipon oren nih dah prnh try,mmg sdp n mnjadi,kat umh nih pon mmg sume suka kek cipon..aritu setiap mnggu wat kek cipon sbb dah pndai sikit wat,heheh..

Amie said...

hi Liza sayanggg...
lama Kak Amie tak singgah sini, apa khabar...
gebu sungguh keknya tu...tentu sedapkan! Kek cipon memang laris kalau di rumah kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...