Wednesday, April 10, 2013

Kepah Goreng Cili Merah...



Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua kengkawan...semoga semuanya di bawah lindungan Allah Yang Esa...dah lama sangat rasanya Liza jamu semua dgn masak lemak telur itik kan, sian...hihihi

Hari tu masa kat pasar ternampak srg adik ni dok jual benda alah ni, Liza pun tanya lah apa tu, dia cakap tak tau...lepas tu Liza hentam sendiri la nama dia kepah, mintak2 betul la kan....hihihi 

Masa mula2 beli ni takde idea lg nak masak ape, tp beli jugak sbb kepah ni mmg jarang jumpa kan...last2 fikir benda yg paling senang nk masak n family Liza suka, maka terjadilah kepah grg cili merah..



RESEPI KEPAH GORENG CILI MERAH

Bhn2:

500 gm kepah - bersihkan dan sejat
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
7 biji cili merah *
4 biji cili padi *
2 s/b sos tiram
Sdkt daun sup
1/2 biji bawang besar - hiris
Garam, gula
Minyak

- tumbuk/ blend bhn2 bertanda *.
- panaskan minyak dan tumis bhn tumbuk dan bawang besar hiris hingga wangi.
- masukkan sos tiram, garam dan gula , kacau sebati.
- masukkan kepah. gaul sekejap dan tutup kuali, masak hingga kepah terbuka (maknanya kepah dah masak).
- buka tudung kuali dan tabur daun sup dan gaul sebati, angkat..


1 comment:

Bbwana adienia said...

sedapnya menu kepah tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...