Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..ni kek chiffon oren yg Liza buat ari tu sempena kedatangan makcik dr Perak...dah lama simpan resepi ni, ni baru berkesempatan utk mencuba..terima kasih tak terhingga pada CMG yg berkongsi resepi kek yg sememangnya marbeles ni...hubby pun berulangkali dok ckp kek ni mmg sedap...mmg sesuailah utk dibuat hidangan utk raya ni...jadi pada sesape yg nak mencuba tu, Liza tempek resepi kat sini ..izinkan Liza CnP resepi kat sini pulak yer Cik Mat..
KEK CHIFFON OREN
BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
- Liza tambah pewarna dan perisa oren
BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
- Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
- Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
- Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...
Jemput makan semua...
5 comments:
Hmmm..rajinnye Liza,buat kek sifon...tentu sedap pekena ngan hot coffe/hot teh...jemput makan..hehehe..
aslmkum liza.. jln2 raya.. mesti sedap dgn aroma oren .. btmbh sedap bila ada teh o.. klau di rmh akk ni sekali hadap jer.. bekas2 tak siap basuh ..kek pun dah licin.. Selamat hr raya , maaf zahir n batin ye..
Hello dari SPAIN Vigo ... Saya suka belajar resipi yang berbeza seperti anda ... ini kek oren kelihatan lazat ... saya akan mengikuti anda dan menjemput anda untuk berkongsi resepi saya dan blog Marimi salam ..
rahel..kek chffon ni mmg sedap...cubalah..
Kak Zana..kat umah ni pun bdk2 n mak budak mmg suka kek2 yg lembut camni...ala2 org takde gigi..hihihi
Post a Comment