Tuesday, October 11, 2016

Lempuk Durian...




Sebenarnya mmg thn ni tak rajin pun nak buat lempuk ni, tapi disebabkan adik asyik srh buat, maka terbuat jugak la dgn sengaja sbb kesiankan dia...Liza buat pun tak bnyk, dapat dlm sebekas dlm gambar tu je..





Apa yg diperlukan utk buat lempuk ni ialah durian dan sedikit gula je...kacau dgn api kecil sehingga kentak dan bertukar warna mcm kt atas tu..



Tart Telur Kantonis / Cantonese Egg Tart..





Assalamualaikum wbt dan salam manis...lama rasanya tak bersiaran kat sini kan, almaklumlah bnyk keje

Buat tart telur ni masa birthday angah ari tu, ganti ngn kek,hihii
Masih guna resepi dr dapo Naz...tq ye Naz






RESEPI TART TELUR KANTONIS
Bhn2 crust:



  • 225 gm tepung gandum (Naz guna 250 gm sebab adunan terlalu lembab dan melekit)
  • 125 gm butter
  • 55 gm gula icing
  • 1 biji telur, dipukul sikit
  • Secubit serbuk vanilli atau 1/2 tsp asen vanilla

Bahan-bahan kastad/ filling :

  • 3 biji telur
  • 110 gula kastor
  • 225 gm air panas
  • 85 gm susu cair
  • 1/2 tsp asen vanilla


Cara-cara (penyediaan crust) :

  1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur dan pukul pada kelajuan perlahan. Tambahkan vanilla dan kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga membentuk doh yang lembut.
  4. Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart hingga kemas. Buang lebihan doh di tepi-tepi acuan tart dengan pisau.
Cara-cara (penyediaan kastad/ filling) :

  1. Larutkan gula di dalam air panas.
  2. Pukul telur bersama susu cair dengan ballon whisk. Masukkan larutan gula di atas tadi dan gaul sebati.
  3. Tapis adunan ke dalam jug kecil.







Kita boleh pilih yg mana satu cara yg kita suka utk bakar tart ni..mcm Liza, Liza pilih yg no 2, iaitu bakar dulu tart shell tu separuh masak, keluarkan dan letakkan filling dan bakar lagi..terpulang pada masing2 ye


Cara-cara Naz membakar Tart Telur Kantonis :

Cara Pertama :

  1. Tuang larutan kastad/ filling ke dalam tart shell yang belum dibakar.
  2. Bakar di dalam oven pada suhu 180-200 C selama 25 - 30 minit atau hingga kastad masak.

Cara Ke Dua :

  1. Cucuk dasar tart shell yang belum dibakar dengan garfu. Bakar separuh masak di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180-200 C selama 10 minit.
  2. Keluarkan tart shell dari oven.
  3. Tuangkan larutan kastad/ filling ke dalam tart shell dan bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 180-200 C atau sehingga kastad masak.




Thursday, October 6, 2016

Sambal Telur Sebiji...






Bila dah ketandusan idea, ni lah lauk yg jd penyelamat...nasib baik anak2 suka,hihii







RESEPI SAMBAL TELUR SEBIJI
Bhn2:

4 biji telur
5 biji bwg merah
2 biji bwg pth
5-6 s/b cili mesin
Garam
Gula n perasa
Minyak

-bwg merah n bwg pth ditumbuk
-panaskan minyak n tumis bwg yg ditumbuk td n cili mesin..
-biarkan sekejap hingga cili masak..
-masukkan garam,gula n perasa ikut selera msg2..
-pecahkan telur sebiji2 dan kecilkan api..Kali ni Liza ttp kuali
-jgn kacau dan biarkan telur msk sendiri..



Puding Roti Coffee Chips...




Assalamualaikum wbt...puding roti yg mmg dah lama Liza buat, dah jadi baja dah pun,hihii

Jom intai resepi kat bawah..


 
 
 
RESEPI PUDING ROTI
Bhn2:

500 ml susu segar/fresh milk
9 keping roti putih

Bahan B:

4 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C:
4 sudu besar choc chips - kali ni guna coffee chips
 
 
 

- Susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai dan rendam dalam susu 1/2 jam
 - Kacau dan gaul rata bahan B.
 - Masukkan choc chips antara setiap lapisan roti dan tuangkan bhn B kedalam loyang.
 - Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/ sehingga masak secara steam bath..


Liza tak buat sos kastad, tapi kalau ada yg rajin nak buat, blh tgk resepi kat bawah ye







 
SOS KASTAD


1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula


- Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
- Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


Wednesday, October 5, 2016

Keria Gula Melaka...




Kuih yg mmg pemes kt Melaka khabarnya...tapi Liza sendiri tak pernah merasa kesedapan kuih ni seperti yg diwar2kan...oleh sbb tak tau bila dapat merasa, elok lah buat sendiri utk hilangkan kempunan kan, walaupun tak pasti rasa yg sebenarnya

Kalau nk compare kedua2 jenis keria, anak2 Liza prefer keria gula yg biasa tu, diaorang cakap yg tu lagi sedap...ikut je la, selera masing2 kan








RESEPI KERIA GULA MELAKA

Bhn2:
500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
1 cawan tepung gandum
1 s/b tepung ubi - Liza tambah

1 s/b marjerin - Liza tambah
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng



Untuk Sira Gula Melaka:

150 gm gula Melaka - hiris nipis
1 cawan air







Cara-Caranya

  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dan air separuh dpd keledek di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula Melaka hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan

Bingka Ubi Lembut...



Bingka ubi kayu resepi dr K.An, tp Liza CnP dr dapur K.Yati...tq kak






RESEPI BINGKA UBI KAYU LEMBUT

Bahan-bahan:
  • 4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)
  • 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa 
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning
Cara membuatnya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.
  2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.








Tips Kak An:

Kak An kata ramai yang tanya kenapa bengkang Kak An lembut dan lemak manis, Kak An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang Kak An baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya. Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung...

Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan







Mango Lassi....





Percaya tak, ni first time Liza minum air ni..tak percaya pun mmg kena percaya sbb ni reality ye...hihihi
Tak sangka mmg sedap air ni, adoiiii jakun sungguh la..nasib baik dapat mangga dr jiran, banyak pulak tu, tu yg terpikir nak try buat mango lassi ni







RESEPI MANGO LASSI

Bhn2:

2 biji mangga masak - ambil isi
1 cawan yogurt
2 s/b susu pekat/ gula/ madu
1 cawan air masak
Ais 1/2 biji jus lemon
Chia seed ( rendam hingga kembang ) - optional

- Blend semua bhn kecuali chia seed hingga hancur
- Tapis, masukkan chia seed dan sedia diminum



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...