Wednesday, October 5, 2016

Bingka Ubi Lembut...



Bingka ubi kayu resepi dr K.An, tp Liza CnP dr dapur K.Yati...tq kak






RESEPI BINGKA UBI KAYU LEMBUT

Bahan-bahan:
  • 4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)
  • 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa 
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning
Cara membuatnya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.
  2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.








Tips Kak An:

Kak An kata ramai yang tanya kenapa bengkang Kak An lembut dan lemak manis, Kak An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang Kak An baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya. Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung...

Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan







2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak yg salute kuih Liz ni warna pun sekata - cantik sangat
Itu yg rasa macam nak mencuba - tapi bila kakak buat tak sama haha...

Liza said...

kebetulan je ni kak,Allah bg cantik n sedap..Alhamdulillah
kdg2 tu ke laut dalam jugak,hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...