Wednesday, October 5, 2016

Keria Gula Melaka...




Kuih yg mmg pemes kt Melaka khabarnya...tapi Liza sendiri tak pernah merasa kesedapan kuih ni seperti yg diwar2kan...oleh sbb tak tau bila dapat merasa, elok lah buat sendiri utk hilangkan kempunan kan, walaupun tak pasti rasa yg sebenarnya

Kalau nk compare kedua2 jenis keria, anak2 Liza prefer keria gula yg biasa tu, diaorang cakap yg tu lagi sedap...ikut je la, selera masing2 kan








RESEPI KERIA GULA MELAKA

Bhn2:
500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
1 cawan tepung gandum
1 s/b tepung ubi - Liza tambah

1 s/b marjerin - Liza tambah
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng



Untuk Sira Gula Melaka:

150 gm gula Melaka - hiris nipis
1 cawan air







Cara-Caranya

  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dan air separuh dpd keledek di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula Melaka hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...