Thursday, October 6, 2016

Puding Roti Coffee Chips...




Assalamualaikum wbt...puding roti yg mmg dah lama Liza buat, dah jadi baja dah pun,hihii

Jom intai resepi kat bawah..


 
 
 
RESEPI PUDING ROTI
Bhn2:

500 ml susu segar/fresh milk
9 keping roti putih

Bahan B:

4 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C:
4 sudu besar choc chips - kali ni guna coffee chips
 
 
 

- Susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai dan rendam dalam susu 1/2 jam
 - Kacau dan gaul rata bahan B.
 - Masukkan choc chips antara setiap lapisan roti dan tuangkan bhn B kedalam loyang.
 - Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/ sehingga masak secara steam bath..


Liza tak buat sos kastad, tapi kalau ada yg rajin nak buat, blh tgk resepi kat bawah ye







 
SOS KASTAD


1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula


- Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
- Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...