Tuesday, October 11, 2016

Tart Telur Kantonis / Cantonese Egg Tart..





Assalamualaikum wbt dan salam manis...lama rasanya tak bersiaran kat sini kan, almaklumlah bnyk keje

Buat tart telur ni masa birthday angah ari tu, ganti ngn kek,hihii
Masih guna resepi dr dapo Naz...tq ye Naz






RESEPI TART TELUR KANTONIS
Bhn2 crust:



  • 225 gm tepung gandum (Naz guna 250 gm sebab adunan terlalu lembab dan melekit)
  • 125 gm butter
  • 55 gm gula icing
  • 1 biji telur, dipukul sikit
  • Secubit serbuk vanilli atau 1/2 tsp asen vanilla

Bahan-bahan kastad/ filling :

  • 3 biji telur
  • 110 gula kastor
  • 225 gm air panas
  • 85 gm susu cair
  • 1/2 tsp asen vanilla


Cara-cara (penyediaan crust) :

  1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur dan pukul pada kelajuan perlahan. Tambahkan vanilla dan kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga membentuk doh yang lembut.
  4. Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart hingga kemas. Buang lebihan doh di tepi-tepi acuan tart dengan pisau.
Cara-cara (penyediaan kastad/ filling) :

  1. Larutkan gula di dalam air panas.
  2. Pukul telur bersama susu cair dengan ballon whisk. Masukkan larutan gula di atas tadi dan gaul sebati.
  3. Tapis adunan ke dalam jug kecil.







Kita boleh pilih yg mana satu cara yg kita suka utk bakar tart ni..mcm Liza, Liza pilih yg no 2, iaitu bakar dulu tart shell tu separuh masak, keluarkan dan letakkan filling dan bakar lagi..terpulang pada masing2 ye


Cara-cara Naz membakar Tart Telur Kantonis :

Cara Pertama :

  1. Tuang larutan kastad/ filling ke dalam tart shell yang belum dibakar.
  2. Bakar di dalam oven pada suhu 180-200 C selama 25 - 30 minit atau hingga kastad masak.

Cara Ke Dua :

  1. Cucuk dasar tart shell yang belum dibakar dengan garfu. Bakar separuh masak di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180-200 C selama 10 minit.
  2. Keluarkan tart shell dari oven.
  3. Tuangkan larutan kastad/ filling ke dalam tart shell dan bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 180-200 C atau sehingga kastad masak.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...