Tuesday, September 20, 2016

Muffin Pisang Bercoklat dgn Caramel....



Assalamualaikum wbt...pg td masa keluarkan pisang lenyek dr frozen, dah berkira nk buat cekodok pisang je utk minum ptg...tetiba dtg angin rajin pulak, maka terjadilah muffin pisang ni, dan kebetulan stok caramel pun mmg ada lagi, Liza pun drizzle la kat atas tu sbb tau anak2 mst suka n happy..

Resepi ni Liza dah pernah buat, kalau tak letak caramel tu pun dah cukup sedap teramat dah..tq CMG atas resepi kesukaan family Liza ni






  RESEPI MUFFIN PISANG BERCOKLAT
 
Bhn2:
 
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan ayak)
5 biji pisang emas, dilecek hancur - guna 1 cawan pisang lenyek frozen
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu segar
100 gram mentega, cair dan sejukkan
Beberapa titik esen pisang (boleh juga guna esen vanilla)
1/4 cawan coklat chip
Badam keping untuk hiasan - milk choc compound


Bhn2 lain:

Sedikit lagi coklat chip untuk hiasan - milk choc Hershey's
Caramel - drizzle

 







CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut.
  2. Tambah pisang lecek dan mentega cair. Kacau hingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambah esen pisang atau esen vanilla. Masukkan 1/4 coklat chip, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit coklat chip dan badam keping. Buat hingga siap.
  3. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau hingga keemasan. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk atas redai. Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam..
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...