Wednesday, January 28, 2015
Kek Span Coklat....
Assalamualaikum wbt...dah lama rasanya Liza tak share resepi kat sini kan...ye la, asyik dok bizi je, tambah2 pulak bila anak2 dah mula sekolah...
Ari ni Liza nk share resepi kek span coklat yg Liza buat ari tu, ternyata memang gebu n lembut...resepi ni Liza ambik dari dapur Rahel yang asalnya dari Chef Noraini Zakaria...thnx ye Rahel sbb panjangkan resepi kek span ni...
RESEPI KEK SPAN COKLAT
Bhn2:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanilla
Cara:
1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.
2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.
4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.
Tempahan Kek Puding Karamel dan Durian Mousse Cake...alhamdulillah
Kek puding karamel yg ditambah dgn fruit cocktail...memang walllaaa
Durian Mousse Cake saiz kecik...
Thursday, January 22, 2015
Tempahan Lagi...Alhamdulillah
Chocolate Indulgence Cheese Cake..kek yg terlajak laris |
Chocolate Indulgence Cheese Cake utk birthday.. |
Kek Coklat Oreo + Edible Image |
Chocolate Indulgence Cheese Cake Lagiii.. |
Kek Mousse Durian, yummy..
|
Tuesday, January 13, 2015
Custard Purin....
Assalamualaikum wbt...semalam agak kelam kabut sikit sebab sesi persekolahan dah bermula...anak2 dara Liza pun semua dah sekolah tahun ni, jadi agak sunyi jugak la nak tunggu diaorang balik tengahari nnt...mula2 ni rasa mcm mati kutu je, tak tau nak buat apa...hihihi
Berbalik pada menu ni, Liza buat utk makan petang semalam, senang n yang penting sedap...hubby ngn anak2 siap tanya nama menu ni, mmmm, faham2 je la..maknanya akan ada siaran ulangan la utk menu ni...hubby siap cakap, macam makan kat hotel pulak...hihii
Terima kasih yg tak terhingga pada Ika yg dok Jepun tu sbb kan resepi ni dr fb Ika ( Siti Khadijah Ab Rahman)...akk mohon share kat sini pulak ye Ika...tq
RESEPI CUSTARD PURIN
Bhn2:
1 cwn (240ml) fresh milk + 20ml fresh cream
3 biji telur size M
3 sb gula
1/2 sk essense vanilla
Cara2
Panaskan pengukus dahulu.
Dlm mangkuk pukul telo dgn gula sampai sebati. Masukkan susu+fresh cream, gaul dgn whisk sampai sebati dan masukkan essense vanilla kacau rata. Tapis adunan di atas. Tuangkan adunan dlm remekin atau bekas tahan panas. Bila air kukusan dah mendidih kecikkan api sederhana JANGAN bukak api besar. Kukus adunan td 10 minit setkan masa dan matikan api serta biarkan adunan td dlm pengukus 10 minit lg dgn keadaan api tertutup. Kuarkan dan biarkan adunan dlm suhu bilik baru masukkan dlm fridge.
Utk sos caramel- Liza xbuat
3 sb air
2 sb gula
1 1/2 sb air utk masukkan last sekali
Cara2
Masukkan 3 sb air dan gula dan masak sampai berbuih, proses ni ambik masa sikit utk hanguskan dia, lepas dah perang2 jgn angus sgt, masukkan air yg last td 1 1/2 sb perlahan lahan gaul sekejap dgn whisk n matikan api. Sejukkan sekejap n boleh tuang karemel atas puding yg dah disejukkan td dan jika karamel agak keras boleh tambahkan air n panaskan sekejap. Siapp.
Kali ni Liza skip sos caramel sbb Liza makan dgn sos butterscotch, mmg yummy...
Utk permulaan ni Liza cuma buat satu adunan sahaja, mmg ngam2 je, lainkali mmg kena double adunan sbb semua suka....
Friday, January 9, 2015
Roti Manis ZZ....
Kali ni Liza buat roti guna resepi dr K.Zalina pulak..thnx ye kak atas perkongsian resepi ni...bagi Liza kak ZZ ni mmg pakar wat roti n kuih muih melayu...nk tengok step by step boleh g jenguk kat dapur kak ZZ ye...
RESEPI ROTI MANIS ZZ
Bhn2:
250 gram Tepung Roti / High Protein
50 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram Air Suam (kalau guna mixer kena letak air sejuk)
- campurkan semua bahan dalam bekas kecuali air, yis dan gula...
- Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih..
- masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi...gaul rata...kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang selama 5 minit..
- tutup doh dan biar kembang 30 minit..
- Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit..
- Kalau nak letak inti, bulat-bulatkan inti tu dulu...
- Isi inti dalam doh pastu boleh susun dalam loyang yang dah dilengserkan dengan margerin..
- tutup loyang dan biarkan selama 45minit - 1 jam..
- sapu atas doh tu, guna 1 biji telur campurkan 2 sudu besar air atau susu segar, kocok sikit..
- bakar selama 15-20 minit, suhu 180C..
- keluarkan dr oven dan sapu marjerin utk kilatkan roti...- yg ni Liza skip sbb tu roti Liza kali ni tak berkilat,hihihi
Kuih Lapis Pelangi....
Ni pun menu yang dah berkurun Liza buat..kali ni saje buat kaler soft sikit, hihihi cantik jugak kan...masih menggunakan resepi dr ratu talam K.Yati, thnx ye kak...resepi ni dah jadi sebahagian dr list peberet family Liza...
RESEPI KUIH LAPIS PELANGI
Bhn2:
- Satukan kedua2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan ke dlm 1 bahagian dan 1 bahagian biarkan plain je.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
- Masukkan 1 sudu kecil adunan putih dan kukus selama 3 minit/ sehingga adunan keras sikit.
- Lapiskan pula 1 sudu kecil adunan hijau dan kukus lagi selama 3 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
- Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 10 minit ).
- Setelah masak, angkat dan sejukkan..
Char Kuetiaw Aloq Staq Lagiiii....
Assalamualaikum wbt dan salam jumaat...menu ni pun dah berkurun Liza buat, family Liza mmg suka sgt dgn rasa char kuetiaw ni...Alhamdulillah..masih setia dgn resepi yg Liza dapat dr bro yg baik hati, yg meniaga char kuetiaw yg sedap ni kat Alor Staq..semoga rezekinya sentiasa murah dan dirinya sentiasa dilindungi Allah swt..Aamiin
Kalau nak buat char kuetiaw ni, mula2 kita kena siapkan kicap dia, kalau nak buat awal2 n letak fridge pun ok, masa nk guna, cuma defrostkan je...Liza pun selalu buat cmtu jugak, senang kan...
RESEPI CHAR
KUETIAW
Bhn2 sos kicap:
Kicap
manis
Kicap masin
Sos ikan
Sos tiram
Gula, perasa
Air
Kicap masin
Sos ikan
Sos tiram
Gula, perasa
Air
- semua bhn diatas
Liza agak2 sama banyak, garam xyah letak sbb sos ikan dgn sos tiram dah
masin...perasa pun dlm 1s/t.
- masak semua bhn di atas dan selalu kacau hingga gula hancur.
- sejukkan dan simpan kat tmpat sejuk beku utk tahan lebih lama.
- masak semua bhn di atas dan selalu kacau hingga gula hancur.
- sejukkan dan simpan kat tmpat sejuk beku utk tahan lebih lama.
Pastu baru kita siapkan semua bhn utk buat char kuetiaw ni...jom kita tgk..
5-6 s/b cili mesin - digoreng dgn api perlahan hingga naik minyak
4 ulas bwg pth - tumbuk
3 senduk kicap campur *
4 senduk air
Kuetiaw - 1kg
Udang
Kerang - Liza xletak
Daun kucai
Tauge
Telur 2 biji - kalau nak letak lebih pun blh
Cara2 :
- panaskan sedkit minyak, tumis bwg pth , bila garing sikit masukkan cili mesin grg tadi.
- masukkan udang / kerang, biar hingga udang masak.
- masukkan pula kicap campuran, air dan kuetiaw.
- biar hingga kering sdkt, masukkan kucai dan tauge.
- pecahkan telur di tgh2 kuali, kacau membulat dan terus tutup api.
- sedia dihidang, enak dimakan panas2...
Masa ni Liza lupa nak beli kucai, sbb tu tak letak, hihihi
Thursday, January 8, 2015
Bingka Keledek...
Assalamualaikum wbt...ari ni Liza nak share resepi bingka keledek yg buat ari tu...ni kes nak perabis stok keledek yg hubby beli, sian pulak tengok dok tersengih berhari2...hihii
So terlintas la nak buat bingka keledek ni sbb nampak sedap n senang je nak buat..terima kasih Kak Yati atas resepi ni, ternyata bingka ni mmg sedap...jom kita tengok resepi ye..
RESEPI KUIH BINGKA KELEDEK
Bhn2:
CARA-CARA
- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang/acuan dengan mentega/ minyak. Ketepikan...
- Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
- Tuang dalam loyang/acuan yang telah di panaskan terlebih dahulu. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
- Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih betul2 sejuk barulah di keluarkan dari acuan/loyang.Bolehlah dipotong.
Ni tips dr kak Yati ye...
**Saya guna acuan bahulu pecah 8. Sapukan minyak masak di sekeliling acuan, panaskan di atas api dapur guna api sederhana. Tuangkan adunan sehingga bunyi berdesir, biarkan dlm 3 minit. Selepas itu, masukkan dlm oven yg telah di panaskan dan bakar kuih selama 1 jam atau sehingga tepinya garing yg di inginkan. Dah siap, biarkan kuih betul2 sejuk barulah keluarkan dari acuan. Tips ni bagi mengelakkan kuih melekat dari acuan. Adunan kuih ni sesuai guna loyang 8 inci. Kalau guna acuan pecah 8 dpt dlm 3 keping kuih.
Alhamdulillah, rezeki 2015...
Kek blackforest ..
Kek pandan kastad..
Victoria Sandwic Cake..
Kek pandan kastad lagi..
Kek blackforest..
Untuk tempahan boleh WA Liza 0192113080..serius buyer sahaja akan dilayan...
Monday, January 5, 2015
Rendang Udang Tanpa Santan...
Assalamualaikum wbt...rendang udang ni Liza buat minggu lepas lagi, tapi tak sempat nak publish kan...banyak sgt n3 yg tunggu turn...hihhi
Asyik dgn nasi n lauk2 yg berlemak je kan, tapi nak makan yg sedap, maka terciptalah resepi ni...sebenarnya kita boleh je pelbagaikan jenis masakan kita ikut selera family...tak perlu nak ikut bulat2, janji sedp n family suka...kalau tak suka udang boleh jugak gunakan ayam atau lain2...terpulang pada selera masing2 ye..
RESEPI RENDANG UDANG TANPA SANTAN
Bhn2:
1kg udang besar -bersihkan dan perap dgn garam + serbuk kunyit
6 ulas bawang merah*
1 inci halia*
11/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
2 batang serai*
2-3 s/b kerisik
1 s/b rempah kari ikan
2 s/b cili mesin
Sedikit minyak
Daun limau purut / daun kunyit - hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
- mesin halus bahan bertanda *
- panaskan minyak, goreng udang sekejap sahaja, angkat dan toskan..
- panaskan sedikit minyak lebihan grg udang td, dan tumis bhn2 mesin hingga wangi.
- masukkan rempah kari, cili mesin dan tumis lagi hingga sedikit garing.
- masukkan kerisik, gaul sebati..masukkan jugak garam dan gula..
- akhir masukkan udang dan daun limau purut, gaul dan siap dihidang...
Friday, January 2, 2015
Bingka Pandan...
Assalamualaikum wbt dan salam manis....kali ni Liza buat bingka pandan dalam acuan bahulu pecah 8, satu adunan ni dapat lah 3 acuan yg sama..
Resepi masih menggunakan resepi yg sama dr K.Zana , thnx ye kak, resepi ni senang sangat bagi mereka yg baru nak berjinak2 buat bingka ni, mmg Liza sgt2 syorkan guna resepi ni,insyaallah takkan menghampakan...
RESEPI BINGKA PANDAN
Bhn2:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 cawan air pandan
- 1 cawan santan
- 1 cawan susu cair (sejat)
- 3 biji telur
- Sedikit pewarna hijau
- Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.
Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.
Thursday, January 1, 2015
Lagi2 Tempahan Kek 2014...
Assalamualaikum wbt dan Selamat Tahun Baru 2015 utk semua yg Liza sayangi..alhamdulillah, bermula dari minat dan suka2 akhirnya menjadi pintu rezeki utk Liza...terima kasih yang tak terhingga utk semua pelanggan dan kawan2 yg sentiasa menyokong dan memberi semangat pada Liza, terutama kawan2 blogger yg sentiasa menjawab setiap kemusykilan dr Liza...
Dan tak lupa juga buat cik suami yg sentiasa memberi dorongan dan galakan utk terus belajar n belajar..thnx papa
Semoga tahun baru ini memberi kita limpahan rezeki yg halal dan diredhai Allah swt...Aamiin
Subscribe to:
Posts (Atom)