Monday, September 30, 2013

Best Banana Muffin...




Liza cedok resepi ni dr dapur Izah, thnx ye Izah atas perkongsian resepi yg best ni...akk mintak izin share kat sini pulak ye..

RESEPI BEST BANANA MUFFIN

Bhn2:
3 atau 4 biji pisang saiz besar (lagi banyak pisang lagi moist muffin)- saya letak 6 biji sederhana besar
1/2 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan)- saya letak 1/2 cawan dan manisnya memang sedap mungkin juga bergantung pada manis pisang
1 biji telur- dipukul sedikit
1/3 cawan mentega/margerine cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon garam

#1/2 cawan kelapa kering - saya tambah sendiri..wangi weh

Caranya: Satukan pisang yang dilecek bersama gula, mentega cair dan telur. Ketepikan. Dalam bekas yang lain satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat, baking powder dan garam. Saya ayakkan bahan ini bersama. Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering. Cedukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 350 F (175 c) selama 20 minit. (Saya bakar 180 C selama 25 minit).-Liza pun






Durian Crepe....



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...buat lagi durian crepe ni atas permintaan kakak...suka sgt dia mkn durian crepe ni..Liza masih menggunakan filling kastad sbb tu yg kakak nak, so ikut je la janji dia happy....

RESEPI DURIAN CREPE

Bhn2 Crepe:
40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste

Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.- Liza dapat dlm 15 kpng




Bhn2 cream custard filling:
1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~ tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.




Wednesday, September 25, 2013

Siro Labu....



Dah lama tak buat siro labu ni rasanya, tetiba hubby teringin nak makan..nak buat ni senang je, jom kita tgk..

RESEPI SIRO LABU

Bhn2:

Sebiji labu - potong dan rendam dgn air kapur
Daun pandan secukupnya
Beberapa keping nise
Sedikit gula
4 biji bunga cengkih



Alaskan daun pandan dalam periuk, masukkan labu yg telah dipotong dan taburkan gula melaka (nise) dan sedikit gula serta bunga cengkih. Rebus cmtu jer, nnt gula2 tu akan hancur dan empukkan labu tu. Tp api jgn besar yer, nnt kang air dah kering tp labu tak empuk2 lagi..

Burger Bakar Homemade...



Assalamualaikum wbt...sekarang ni mmg selalu buat dgg burger sendiri je, hubby ngn anak2 dah tak nak makan dgg burger yg readymade tu...huhhh nyampah...hihihii

Tapi suka jugak sebenarnya sebab boleh letak bhn2 'terlarang' bg anak2, bawang...diaorg mmg tak perasan langsung ada bawang kat dalam tu, padan muka, cerewet sangat...tu la untungnya kalau buat sendiri kan..




RESEPI HOMEMADE BEEF / CHICKEN BURGER
Bhn2:
1 paket dgg / ayam kisar - Liza guna Ramly
1 ulas bawang pth - cincang

1 biji bawang besar - cincang
1 s/b serbuk lada hitam
1 labu bwg besar - potong dadu
2 s/b sos Lea & Perrins
Garam
1/2 s/k mix herb

3 s/b minyak jagung - boleh jugak guna minyak zaitun
Cheese secukupnya

- campurkan semua hingga sebati dan buat bentuk bulat.
- panaskan kuali leper dan bakar dgg burger td selama lebih kurang 5 min sebelah, terbalikkan..

- masak lg lebih kurang 5 minit atau hingga masak, tutup api..
- letak sekeping cheese kat atas dgg tu, tutup kuali sekejap dlm lebih kurang 2 minit sekadar utk mencairkan cheese sikit..JGN LAMA SANGAT, nnt kang habis meleleh cheese tu atas kuali..
- bila cheese dah cair sikit, angkat.

Walaupun tak guna telur, tapi dgg ni akan tetap melekat sbb kita campur dgn minyak...so yummyyy



Tuesday, September 24, 2013

Lasagna...lazatnyaaa


Buat lagi lasagna entah yg keberapa kali sbb anak2 mmg suka..resepi yg Liza ambil dr dapur Kak Ita ni mmg kiranya jd resepi peberet family Liza la sbb sedap dan yg penting senang nk buat...

RESEPI LASAGNA

Kuah daging :
300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging ~ ita tambah
Sedikit lada hitam ~ ita tambah

Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce





Sos keju :
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam

Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api
.


Bhn2 yg diperlukan :
1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter

Lasagna tak perlu di masak ye!
Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Taburkan daun bawang
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause
Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.

Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar
Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.



# TIPS DR TUAN PUNYA RESEPI  #
Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat

Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp

Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce. Curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye!



Kek Span Strawberry...



Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua di hari Selasa 240913...hari tu angah request suruh buat kek strawberry yg lembut, dia ckp mcm umi buat dulu...Liza tanya dia, kek chiffon ke, pastu dia jawab tak tau...bertuah punya budak...last2 Liza buat kek span strawberry ni...nasib baik betul kek ni yg dia nak...hihihi

Kek span ni sama je dgn kek span strawberry yg lain cuma Liza tambahkan strawberry filling kat dlm kek tu, ye la kan, alang2 buat biarlah puashati nk bg makan insan2 tersayang...



RESEPI KEK SPAN STRAWBERRY

Bhn2:

250gm tepung sponge mix
50ml air
1 s/k ovalette
5 biji telur B
50ml minyak / butter cair
1 s/k esen vanilla

1 s/t pes strawberry
1s/t pewarna pink
3 s/t strawberry filling

- satukan semua bhn KECUALI minyak / butter cair dan strawberry filling..
- pukul hingga betul2 putih dan gebu.
- masukkan minyak / butter cair dan strawberry filling sedikit2 sambil dikaup balik.
- tuang dlm loyang 8 @ 9 inci yg telah digris dan dilapik kertas..
- bakar dalam ketuhar 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak..
- terbalikkan kek sejurus dikeluarkan dr oven, lepas 10 minit terbalikkan semula, sejukkan..
- potong kek kepada 2 @ 3 bhgn..

Monday, September 23, 2013

Kuih Lapis Pelangi....


Assalamualaikum wbt...kuih lapis ni mmg peberet Yana, suka sgt dia mkn kuih ni...kali ni siap dia sendiri yg request kaler maler cmtu..pandai2 je budak kecik tu...



Kali ni Liza guna resepi dr ratu talam kita, Kak Yati, terima kasih kak, sedap kuih ni...

RESEPI KUIH LAPIS PELANGI

Bhn2:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Secubit garam
  • perisa pandan dan pewarn hijau (purple,oren,merah,kuning,hijau)

  • Cara Penyediaan
    1. Satukan kedua2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
    2. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
    3. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan ke dlm 1 bahagian dan 1 bahagian biarkan plain je. 
    4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
    5. Masukkan 1 sudu kecil adunan putih dan kukus selama 3 minit/ sehingga adunan keras sikit.
    6. Lapiskan pula 1 sudu kecil adunan hijau dan kukus lagi selama 3 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
    7. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 10 minit ).
    8. Setelah masak, angkat dan sejukkan..

     
    ** Kalau guna loyang, gunakan loyang 7x7x3inci. Seeloknya sapu sedikit minyak dan alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi. Tuangkan adunan pertama dan kukus selama 10 minit diikuti adunan seterusnya, Lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah di potong guna pisau plastik.
    

    Thursday, September 19, 2013

    Kek Lapis Kukus Cream Cheese...



    Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...hari ni baru terhegeh2 nk update n3 yg buat masa member2 angah dtg beraya hari tu...disebabkan ada member angah yg request kek yg ada kek dan ada jugak yg tak suka mkn cheese, jd Liza buat adunan cheese tu hanya satu adunan manakala kek pulak 2 adunan..at least sama2 boleh merasa kan...hihihi



    Resepi kek yg moist ni Liza ambik dr dapur Kak Yati, puas hati sgt dgn kek ni...terima kasih ye kak, mintak izin Liza share kat sini pulak ye..

    RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

    Bhn2: (loyang 8x8x3inci)

    BAHAN A
    • 250 gm cream cheese
    • 60 gm gula halus
    • 1 biji telur
    • 1 sudu besar air
    • 1 sudu besar tpng gandum
    Cara-cara
    1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
    2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
    3. Biarkan sebentar.
    BAHAN B (KEK) Liza doublekan adunan
    • 2 biji telur
    • 1 cwn gula halus
    • 1 sk vanilla
    • sedikit garam
    • 1/2 cwn air panas didih
    • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
    • 1/2 cwn minyak jagung/masak
    • 1 cwn tpng gandum*
    • 3 sudu besar sebuk koko*
    • 1 sudu kecil baking soda*
    • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
    Cara-cara
    1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
    2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
    3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
    4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
    5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
    CARA MEMASAK.
    1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
    2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
    3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
    4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
    5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
    6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.




             Liza tambahkan strawberry filling kat adunan cheese tu..


    Wednesday, September 18, 2013

    Bingka Jagung....


    Dah fikir ke menu apa utk minum petang nnt? mmg kadang2 pening kan, ye la hari2 nak kena fikir lauk apa, kuih apa dan segala benda lagi...tapi itulah tanggungjawab, jgn suka merungut, tak baik...hihihi, tu sebenarnya pesanan utk diri sendiri...

    Ni salah satu kuih yang adik suka, sbb lemak manis gitu, dia tak makan nasi pun takpe...dah banyak kali Liza buat bingka jagung ni, tapi Liza tempek jugak resepi kat sini utk memudahkan semua ye..




    RESEPI BINGKA JAGUNG

    Bhn2:
    1 cwn tpg gandum
    1 cwn santan
    1 cwn susu sejat
    3/4 cwn gula
    2 biji telur
    2 sudu butter - cairkan
    1 tin jagung manis
    pewarna kuning
    bijan - optional

    - blend semua bhn kecuali jagung dan bijan.
    - masukkan jagung dan blend kejap
    - tuang dlm loyang yg disapu mentega dan tabur bijan
    - bakar 160 C selama 1 jam atau hingga masak..

    Bun Berry Berry....



    Assalamualaikum wbt....dah lama rasanya tak meroti, bibik pulak asyik mkn gaji buta je, mana boleh...kali ni Liza buat 2 jenis roti yg ber"berry", blueberry ngn kastad dan satu lagi strawberry filling...Yana mmg suka sgt la roti2 berberry cmni...



    Kali ni Liza guna resepi dr Cik Ros lagi, dah pernah buat kat SINI...thnx ye Ros..

    RESEPI DOH ASAS BUN MANIS ROS
    Bhn2:

    300gram tepung roti
    50gram tepung gandum
    2 sudu besar susu tepung@skim milk
    3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
    1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
    2 sudu besar butter@marjerin
    180ml susu suam@air suam
    2 sudu kecil yis
    1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

    * untuk gliss*
    baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

    *untuk topping*( Liza letak blueberry, kastad dgn strawberry filling)
    sosej yang telah direbus
    sedikit gula
    mix vegetable dan mix cheese

    Cara-caranya ( Doh Roti)

    1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

    2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

    3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

    4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

    5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

    Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

    - Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.






    Tuesday, September 17, 2013

    Ayam Percik Kelate Bonda...





    RESEPI AYAM PERCIK KELATE
    Bhn2:

    1 ekor ayam - potong 12 dan cuci
    1 inci halia
    3 ulas bwg pth
    Sdkt garam
    Srbk kunyit
    Air - utk merebus

    - halia dan bwg pth ditumbuk halus.
    - lumurkan semua bhn pada ayam dan perapkan seketika.
    - rebus bersama sdkt air hingga 1/2 masak.
    - bakar ayam sehingga masak dan sentiasa siramkan kuah di atasnya semasa membakar.

    Bhn2 kuah percik :

    1 biji kelapa - ambil santan
    5 ulas bwg merah
    1/2 inci halia
    Tpg beras / tpg gandum secukupnya - utk pekatkan kuah
    Sdkt srbk kunyit
    1 s/b cili mesin
    Garam
    Gula dan serbuk perasa
    1 kpg asam keping

    - tumbuk halus bwg merah dan halia.
    - masukkan santan dan bhn tumbuk ke dlm periuk
    - masukkan juga srbk kunyit, cili mesin, asam keping dan tpg.
    - masak di atas api sederhana  dan pastikan tpg tidak berketul.
    - biarkan didih dan masukkan garam, gula dan srbk perasa
    - bila kuah dah agak pekat, tutup api dan siramkan atas ayam yg dibakar.
    - dah siap la tuuuu....hihihihi



    Ayam percik ni mmg best, kadang2 kitaorg mkn nasi berkuahkan kuah ayam percik ni je, pada yg tak pernah merasa ayam percik kelate ni, sudi2kanlah mencuba ye...


    Asam Pedas Tenggiri dgn Telur Dadar Mayonis n Sosej...



    Satu gandingan lauk yg cukup best bg Liza, perghhhh...resepi asam pedas tenggiri boleh klik SINI ye..

    RESEPI TELUR DADAR MAYONIS N SOSEJ

    Bhn2:

    Telur - 3 biji
    Mayonis - 2 s/b
    Crabstick - 2 btg (kali ni Liza guna sosej)
    Sdkt garam
    Bwg besar - dihiris bulat
    Lada merah - dipotong serong

    - campur semua ke dalam mangkuk dan pukul  sdkt.
    - panaskan sdkt minyak dan grg telur dgn api perlahan sehingga masak.
    - terbalikkan telur dan biarkan ia masak di kedua dua belah.
    - angkat dan sedia dihidang .

    Kari Ketam ala Mamak....





    Sesekali makan kari ala mamak ni best jugak kan, penuh dgn rempah ratus kat dlm tu...makan pun lajuuu jer, jgn pikir apa2, lepas tu baru g diet ok....hihihi



    RESEPI KARI KETAM ALA MAMAK

    Bhn2:

    Ikan tenggiri / ikan2 lain - kali ni Liza guna ketamHalba *
    Biji sawi *
    5 biji bwg merah - dihiris
    2 ulas bwg pth - dihiris
    1 1/2 inci halia - dihiris
    3 s/b cili mesin
    3 s/b serbuk kari ikan -liza guna brand adabi (bancuh dgn sdkt air)
    Daun kari
    Santan secukupnya
    Garam,srbk perasa
    Serai - ketuk
    Bendir / tomato/terung

    Air asam jawa
    Sdkt minyak


    Bhn bertanda * boleh tukar guna halba campur 1 s/b

    Sandwic Ayam ala Zinger Burger...


    Assalamualaikum wbt dan salam ceria buat semua...lama betul rasanya tak update resepi kat sini, tak tau la kenapa rasa lemau semacam je...sbb musim hujan kot...hihihii

    Setiap kali kalau take away kfc kompem ada ayam yg berlebih, jadi terpaksa lah Liza fikir mcm2 cara utk perabiskan ayam grg tu...kdg2 Liza jadikan lauk utk nasi grg, mee grg atau maggi grg, mmg sedap la kan sbb rasa rempah ayam grg tu dah bercampur dgn semua..tapi kalau malas nk grg2, liza cuma buat sandwich mcm ni atau sandwich dgn salad ayam yg potong kecil2...apa2 pun terpulang pada ayam grg yg lebih tu la, bnyak atau sikit...




    Buat sandwich ni senang sgt, rasanya semua dah boleh agak kan bhn2 dia...

    SANDWIC AYAM ALA ZINGER BURGER

    Bhn2:

    Roti sandwich secukupnya - nak guna roti burger pun boleh jugak
    Kepingan isi ayam KFC- nk guna ayam grg lain pun boleh
    Daun salad secukupnya
    Tomato - hiris bulat nipis
    Sos cili Thai
    Mayonis

    - ambil sekeping roti, letakkan sehelai daun salad, tomato dan kepingan ayam grg.
    - kemudian picitkan sos cili thai dan mayonis..
    - tutup dgn sekeping roti lg..
    - dah siappp..

    Mmg sedap dan mengenyangkan..


    Bhn2 tu main agak2 je la ye...nak bnyak mana terpulang la..

    Monday, September 9, 2013

    Durian Mousse Cake...



    Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di alam maya...hari ni cuaca kat sini tak menentu, kejap panas kejap mendung..nk keluarkan kain kat jemuran pun was was...

    Disebabkn sekarang ni musim doghyan datang lg, so Liza try la buat kek ni, nak tau jugak rasa mousse durian ni kan..mmg tak menghampakan resepi dr Alex Goh ni yg Liza ambik dr buku penyediaan kek kreatif dia...sedap,lemak n berkrim...hihii

    Cara penyediaan kek yg Liza sertakan kat bawah ni ,Liza olah ikut cara Liza ye..biasa lah nk senang kan...



    Mula2 kita kena sediakan kek span ye..

    RESEPI DURIAN MOUSSE CAKE

    Bhn2 kek span:
    250gm tepung sponge mix
    50ml air
    1 s/k ovalette
    5 biji telur B
    50ml minyak / butter cair
    1 s/k esen vanilla

    - satukan semua bhn KECUALI minyak / butter cair.
    - pukul hingga betul2 putih dan gebu.
    - masukkan minyak / butter cair sedikit2 sambil dikaup balik.
    - tuang dlm loyang 8 @ 9 inci yg telah digris dan dilapik kertas..
    - bakar dalam ketuhar 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak..
    - terbalikkan kek sejurus dikeluarkan dr oven, lepas 10 minit terbalikkan semula, sejukkan..
    - potong kek kepada 2 @ 3 bhgn..





    Bhn2 Mousse Durian:

    Bhn A:
    200gm puri durian
    60gm gula
    120ml air
     - didihkan bhn2 di atas

    Bhn B:
    3s/b serbuk gelatin
    6 s/b air
    - cairkan secara double boiler.

    Bhn C:
    160gm krim putar - pukul hingga kembang

    Bhn D ( Liza tambah)
    1 s/t perasa durian
    1 s/t pewarna kuning

    Kepingan almond panggang - hiasan

    Cara cara:

    - campurkan bhn A ke dlm B dan adun sebati..
    - campur kesemua bhn bersama krim putar yg telah dipukul kembang dan gaul sebati.
    - ambil sekeping kek, dan sapukan dgn krim durian, letak lapisan kek seterusnya dan ulangi langkah yg sama hingga habis..
    - sapu keseluruhan kek dgn baki krim durian dan hias dgn almond panggang, simpan dlm petisejuk hingga keras sebelum dipotong..
    - yummmyyy..



    Sunday, September 8, 2013

    Cucur Susu Lemak Manis...


    Cucur ni Liza buat masa bulan Ramadan hari tu lagi,request dr Yana utk berbuka..dia mmg suka sgt dgn cucur ni, lepas satu, satu dia ambik, berbaloi la buat..terima kasih sgt pada Kak Fida atas resepi ni...

    RESEPI CUCUR SUSU LEMAK MANIS

    Bhn2:
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk bicarbonate soda
  • 6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
  • 1/2 cawan susu segar/cair
  • garam secukup rasa
  • Cara-cara                        

    1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.                
                             
    2. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan... :)
    3. Angkat cucur dan hidangkan






    Paru dan Limpa Berempah...


    Family Liza mmg sukakan lauk2 yg berempah cmni, nk cakap keturunan mamak, takde la pulak...hihiii

    Resepi ni Liza dapat dr buku Ketuk2 Sheila Rusly, Liza mmg tak pernah miss beli buku masakan Kak Sheila kita ni...kalau bulan pose pun selalu jugak tgk rancangan Ketuk2 Ramadan, suka tgk gelagat dia ngn artis2 yg dia terjah...tp kdg2 ter"miss" jugak sbb kena ambik anak balik sekolah...mmg rasa rugi sgt la hari tu, tp nak buat cmner kan, tanggungjawab...

    RESEPI PARU DAN LIMPA BEREMPAH

    Bhn2:

    300gm paru + limpa - resepi asal guna hati lembu
    3 biji bawang besar *
    2 ulas bawang putih *
    1cm halia *
    6 tangkai cili kering *- Liza guna 2 s/b cili mesin
    21/2 s/makan serbuk kari
    11/2 s/t serbuk jintan putih
    1/2 s/t serbuk ketumbar
    1/2 s/makan serbuk lada hitam
    1/2 s/makan serbuk kunyit
    10 biji cilipadi - Liza xletak
    1 s/t kicap pekat
    1 s/t kicap manis
    1 biji bawang besar - potong bulat

    - lumur paru dan limpa dgn garam dan serbuk kunyit, goring dan ketepikan..
    - kisar bhn2 bertanda *.
    - panaskan minyak dan tumis bhn kisar bersama serbuk kari hingga naik bau..
    - masukkan kicap2, jintan putih, ketumbar dan srbuk lada hitam.
    - masuk cili padi sebiji2, bawang besar hiris dan paru dan limpa grg td, gaul sebati dan tutup api..




    Masak Lemak Ciliapi Udang Galah....


    Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu buat semua...udang galah ni dah berkurun Liza masak sebenarnya, dah jadi baja dah pun...hihihi




    RESEPI MASAK LEMAK CILIAPI UDANG GALAH

    Bhn2:

    10 ekor udang galah - bersihkan dan buang janggut
    1/2 inci halia*
    11/2 inci kunyit hidup*
    6 ulas bawang merah*
    1/2 inci lengkuas*
    8 biji ciliapi*
    Santan secukupnya
    3 biji tomato - potong baji ( nk letak belimbing buluh pun blh)
    1 keping asam keping
    Garam

    - mesin bhn2 bertanda * hingga lumat.
    - masukkan santan, asam keping dan bhn mesin ke dlm periuk.
    - masak dgn api sederhana sambil dikacau..
    - bila mendidih, masukkan garam dan udang galah.
    - bila udang dah masak, masukkan tomato baji, kacau sebentar dan tutup api..



    Tuesday, September 3, 2013

    Singgang Tulang...




    Assalamualaikum wbt....menu wajib setiap kali raya haji kat Kelantan...ye la kan, menu yg cepat, simple dan tak muak...makan pulak dgn nasi panas2, pergghhhh mmg kompem bertambah2 lah...



    RESEPI SINGGANG TULANG

    Bhn2:
    1 kg tulang / daging lembu - bersihkan
    8 ulas bawang merah - hiris
    2 ulas bawang pth- hiris
    1/2 inci halia - hiris
    11/2 inci lengkuas - hiris
    2 btg serai - ketuk
    5 keping asam keping
    1s/b ketumbar biji - tumbuk bg pecah2 jer
    4 s/b cili mesin / lada solok
    Garam, serbuk perasa

    - masukkan tulang/ dgg ke dlm periuk bersama air secukupnya.
    - masukkan bhn2 hiris, cili mesin, ketumbar biji, serai dan asam keping.
    - bila dgg/ tulang dh empuk, masukkan garam dan serbuk perasa.
    - bila dh sesuai rasa, blh la angkat.
    - lauk ni sesuai dimakan panas2..





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...