Thursday, June 28, 2012

Tart Telur Portugis....


Ni salah satu menu peberet minum petang family Liza, mana taknya krup krap krup krap bunyinya....hihihii

Liza guna bekas mapin, so bnyak la sikit boleh letak inti telur tu, memula anak2 mkn, dioarg cakap inti kaya...hahahaaha, tipah tertipu...

Liza amik resepi ni dr dapur member kita yg tgh berpantang tu, Mas...terima kasih ye Mas dan akk mintak izin shre kat sini pulak....

RESEPI TART TELUR PORTUGIS

Bhn2:

Bahan Untuk Crush :
1 paket puff pastry

Bahan filling :
1 cawan susu cair @ susu segar
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence
1s/k pewarna kuning - Liza tambah

Untuk buat crust :

Ambil sekeping puff pastry dan tekan2 rata puff pastry ke dlm acuan tart -Liza guna acuan mapin






Cara buat filling :
Pukul manja gula dan telur hingga sebati.
Masukkan semua bhn filling yang yg belum dimasukkan, kacau hingga sebati dan tapis adunan filling td.
Tuang bhn filling ke dlm acuan tart/ mapin yg telah diletakkan puff pastry td.

Bakar 190C selama 30 minit...




Ayam Panggang Halia....

Ni pun menu yg dah lama Liza buat, hari ni baru berkesempatan nk update....huuhhh letih den...hihihii


Liza amik resepi ni dr dapur Kak Rose , katanya ayam panggang/ bakar halia ni Kak Rose amik dr dapur Kak Ummi Kuantan...terima kasih utk kedua2nya dan jugak pada pemilik resepi asal Kak Hanieliza....terima kasih daun keladi...

RESEPI AYAM PANGGANG HALIA

Bhn2:

  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) (kak rose buat half jer)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:-

  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah





Cara Memasak:-

  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - tun x tumis , Liza pun tak tumis
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar). -tun bakar atas non-stick pan je, covered. lepas tu transfer ke atas grill.
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.


                  Liza buat utk makan dgn nasi jer, simple menu tp sodaaapppp.....perghhhhhh



Spagetti Goreng Mamak.....


Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua kengkawan....hari ni 28hb Jun 2012 bersamaan 8 Syaaban 1433H....pekabar semua, Liza harapkan semua sihat n ceria2 selalu....

Spagetti grg mamak ni Liza buat hari tu, lepas buat mee goreng style mamak, so kali ni Liza try grg guna spagetti pulak....mmg kedua2nya sedap dan sape yg nak resepi tu bolehlah tgk kat bawah ye....

SPAGETTI GORENG MAMAK

Bhn2:

500gm mi kuning - Liza guna 1/2 paket spagetti
100gm daging di hiris
100gm fishball-potong dua le
1 cawan tauge
1 mangkuk sawi
3 sudu cili kisar-boleh tambah kalo nak pedas
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak
1 labu bawang besar-cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau-hiris nipis
(memandai je sy tambah 1 kiub ikan bilis) -Liza tak letak

Cara2:

panaskan minyak
masukan bwg,cili dan rempah.biar garing dan wangi,masukan daging...kacau rata
masukan fishball dan fishcake
biarkan kejap
masukan kicap dan mi
ketepikan mi.kat tengah2 pecahkan telur
biar telur masak sedikit,masukan tauge dan sawi
kacau dan gaul rata.
hidang dlm pinggan leper dan hiaskan.


Monday, June 25, 2012

Roti Mamafami Pulak...


Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa kepada yg berpuasa sunat Syaaban hari ni....semoga ibadah kita sentiasa diterima dan diberkati oleh Allah swt...

Ni roti yg buat hari tu, kali ni Liza guna basic sweet dough dr Mamafami pulak, Liza amik resepi  ni dr CMG, terima kasih pada kedua2nya....roti ni mmg lembut n gebussss walaupun dah sehari semalaman...kalau tak caya, cubalah....Liza buat macam2 versi, yg kat atas tu filling nutella n roti keju bergula....yg kat bawah ni pulak roti blueberry n strawberry...


Jom kita intai resepi yg Liza CnP dr dapur Cik Mat ye, terima kasih sekali lg CMG ye...

BASIC SWEET DOUGH MAMAFAMI

Bhn2:
400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner) - Liza pun guna bread softener
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....
- Liza guna BM jer, senang campak jer kat dlm tu, suruh dia keje....hahahahaha

Friday, June 22, 2012

Kelebihan Syaaban....

Marilah kita sama2 menghayati bulan Syaaban yg penuh keberkatan ni...semoga amalan kita semua diterima dan doa dimakbulkan...Insyaallah
Peringatan ni jugak utk diri Liza sendiri, anak2 dan family...

FADHILAT SYAABAN

1. Sabda Nabi S.A.W. : Apabila masuknya bulan Syaaban, perbaikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanKu atas antara kamu.

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah Taala tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Yusuf A.S. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud A.S. Jika dia dapat sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan syurga baginya. (Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir hari khamis pada bulan Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. (Al-hadis) dari kitab Al-Barokah.

4. Berkata Siti Aisyah R.A. , Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.

5. Sabda Nabi S.A.W. : Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban adalah bulan mengkhifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan dosa (Jasmani dan Rohani).

6. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa berpuasa pada bulan Syaaban kerana membesarkan Bulan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezkinya baginya – antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

7. Sabda Rasulullah S.A.W. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang terlebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.

8. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa Bulan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala Ambia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah Taala atas sekalian makhlukNya. (Al-Hadis).

9. Bulan Syaaban – Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya , dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang jibrail kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya : Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyengutukan Allah sesuatu, kecuali : tukang nujum , kekal dalam zina, kekal minum arak dan yang menderhakai terhadap ibubapa. (Al-Hadis).

10. Sabda Nabi S.A.W. : Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang yang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

11. Sabdanya lagi : Apa datangnya malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyanglah, banyakkan ibadah dan puasalah kamu pada siangnya. Allah S.W.T. berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala maka Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku akan pemudahkan urusan rezkinya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

12. Tersebut dalam kitab Al-Barokah : Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, juga ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

13. Tersebut dalam kitab Iqna’ : Bahawa Jibril bersungguh-bersungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya : Ya Muhammad !, gembiralah kamu bahawa Allah Taala mengampunkan segala ummatmu orang yang tiada menyengutukannya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah pun mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang ruku’ pada malam ini. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang sujud pada malam ini. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit yang kelima Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang menangis pada malam ini. Pada pintu langit yang keenam Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini, dan pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu yang kelapan Malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibrail, sampai bilakah terbukanya pintu ini (diterima doa) – Jawab Jibrail : Sehingga naiknya fajar subuh. Dan katanya lagi: pada malam ini dimerdekanya hambanya yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab (Bani Kilab diantara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hambanya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari-hari di dunia ini serta malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan Jibrail ke syurga untuk menghiasi syurga.

14. Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam Ghaniah : Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya para Malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadah sepanjang-panjang malamnya, dan bagi anak-anak Adam berhari raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan mengerjakan ibadah, kerana mereka tidur pada malamnya.

15. Allah tidak ampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban terhadap enam golongan manusia :
(1) Orang yang kekal minum arak.
(2) Orang yang derhaka dua ibubapanya,
(3) Orang yang kekal dalam zina,
(4) Orang yang banyak berkelahi,
(5) Orang yang melakukan penjualannya dengan sumpah yang dusta,
(6) Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi. (Al-Hadis).


16. Sesiapa yang sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada ummat Muhammad S.A.W. terlebih afdhal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah S.W.T. memberitahu kepada Nabi Isa A.S. lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Allah : Mudah-mudahan aku daripada Ummat Nabi Muhammad S.A.W. (Diqabulkan Allah Taala akan doanya bahawa Nabi Isa A.S. akan zahir bila berlakunya hari qiamat menentang Dajjal)

17. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan); iaitu malam Nisfu Syaaban, malam Raya Fitrah yang pertama, malam Raya Aidiladha yang pertama, dan malam Arafah. Disembunyi malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam itu malam rahmat dan merdeka daripada api neraka, supaya sepanjang malam ramadhan atau sepanjang sepuluh malam yang terakhir daripada Ramadhan ummat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.
Demikian juga disembunyikan : اسم الاعظام (nama Allah yang Teragong) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajab doa kerananya.

18. Barangsiapa membaca pada bulan Syaaban :

(Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dianya dengan seikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang–orang kafir).

Maka ditulis baginya umpama ibadah 1000 tahun (At-Taurah) dan dihapuskan daripadanya dosa 1000 tahun dan keluarlah dari kuburnya dalam keadaan mukanya bercahaya seperti bulan purnama dan ditulis pada dahinya (siddiqo) yakni orang-orang yang benar.

Rendang Daging Idaman....

Assalamualaikum dan salam manis semua....ari ni 2 Syaaban bersamaan dgn 22 Jun 2012, maknanya kurang dr sebulan lg kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak.....

Kita citer pasal rendang ni pulak ye, sebenarnya ari tu member adik ada bg rendang daging catering yg dia buat...mmg sedap bg Liza, so Liza pun mintak lah adik tanya2kan member dia cmner dia buat, apa yg dia bbh dan yg sekutu dgnnya....dlm hati risau jugak takut dia tak bagi, ye la org bisnes katakan...tp alhamdulillah dia sudi berkongsi walaupun apa yg dia cakap tu tak detail tp Liza ucapkan bebanyak terima kasih kepada member adik Zack....



So kat bawah ni Liza buat versi Liza berpandukan serba sedikit apa yg dia bgtau...rendang ni mmg sedap sbb diperap dan guna bnyak serai, cuma kali ni termanis sikit, so, lain kali kena kurangkan sikit gula...

RESEPI RENDANG DAGING IDAMAN

Bhn2:

250 gm daging - rebus dgn sedikit garam
5 - 6 btg serai - ketuk dan grg hingga betul2 kering
1/2 inci lengkuas - mesin halus
1/2 inci lengkuas - mesin halus
1 labu bawang besar - mesin halus
Cili mesin - terpulang
1 s/k serbuk jintan manis
1 s/k serbuk jintan putih
1 s/k serbuk ketumbar
Kerisik - Liza guna 1 paket kecik
Santan secukupnya
1 keping asam keping
Daun limau purut
Garam, gula
Sdkt minyak

- daging yg telah direbus td diperap dgn serai grg , bhn2 tumis, cili mesin dan serbuk rempah selama 1 mlm.
- panaskan sdkt minyak, masukkan dgg perap td, santan, asam keping.
- masak hingga betul2 kering dan masukkan daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
- gaul sebati dan dah siapppp.....





Thursday, June 21, 2012

Kek Limau Chef Wan....gebunyaaaa


Resepi kek limau / orange tealoaf dr chef tersohor Chef Wan....Liza mmg suka kumpul resepi2 dr Chef Wan ni, mgkn jugak sbb kagum dgn kejayaan beliau kan...mmg tabik spring la...ihihhihi

Jom la kita terus tgk resepi ye, mana tau ada yg berkenan utk buat minum ptg nnt...

RESEPI KEK LIMAU / ORANGE TEALOAF

Bhn2:

225 gm mentega
Jus 2 biji limau
Parutan dpd kulit 2 biji limau
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus - blh tambah / kurangkan ikut manis limau
4 biji telur - asingkan putih dan kuning
Secubit garam
Pewarna oren  - Liza tambah

- pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan parutan kulit limau dan kuning telur satu persatu.
- ayakkan tepung dan garam, masukkan ke dlm bhn di atas diselangselikan dgn jus limau.
- pukul putih telur hingga kembang, gaulkan ke dlm adunan di atas.
- tuangkan ke dlm acuan kek yg telah dilengser marjerin.
- bakar kek 180 C selama 40 minit atau sehingga masak..


Gulai Kuning Ikan Yu dgn Kangkung Grg Sempoi....


Assalamualaikum wbt....ni satu lagi resepi arwah bonda yg menjadi peberet kami adik beradik...abg Liza panggil ikan ni ikan 4 segi, mgkn sbb bila dipotong isi ikan ni ia seakan2 bentuk 4 segi kot...hihihihi..Ikan yu ni mmg jarang2 sgt nk jumpa kan, kena tunggu musim...tiap kali cik hubby jumpa ikan ni kat pasar, mst dia akan beli sbb dia tau dah, mst laling dia nk mkn...ye la peberet katakan...pada yg tak pernah rasa cmner rasa isi ikan ni, isi ikan ni pejal sikit, mula2 anak2 Liza mkn diaorg cakap isi ayam, camtu la kot kan...tp kulit diatak boleh makan ye, keras bebbb...jadi utk tak menyusahkan diri sendiri, masa beli tu suruhlah penjual tu tolong buang isi dia siap2...balik rumah just bersihkan n terus masak, senangkan.....

GULAI KUNING IKAN YU

Bhn2:

1 ekor ikan yu - ambil isi dan potong kecil
5 ulas bwg merah
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 s/b ketumbar biji - ditumbuk lumat
1 s/b rempah kari ikan
Cili mesin
Asam keping - 1 dah cukup
Santan secukupnya
Daun kadok / daun kesum
Garam dan perasa

- Bwg merah, halia, kunyit, lengkuas dimesin halus (kalau rajin blh juga ditumbuk)
- masukkan kedlm santan bersama cili mesin,sdkt rmpah kari dan ketumbar yg ditumbuk td..
- masukkan juga asam keping dan masak hingga menggelegak
- masukkan ikan dan daun kadok / kesum.
- perasakan dgn garam dan perasa dan biarkan hingga ikan masak..

Taraaaa...ni la pasangan dia, mmg simple sgt...tumis bwg besar n cili besar, masukkan ikan bilis dan grg sekejap, pastu masukkan garam dan perasa, akhir sekali masukkan kangkung, grg sekejap dah siap....walaupun smple tp ni la sayur peberet Liza....


Wednesday, June 20, 2012

Kuih Bakar Pandan 2...


Kali ni Liza buat guna resepi dr Dapur Azita, resepi asal dr Joayee@MyR tp Liza tak dapat cari link dia....Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye...thnx

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN

Bhn2:

1 cawan gula
1 cawan jus pandan (atau air + pandan emulco)
2 cawan tepung gandum
2 ¼ cawan santan
2 sudu besar butter @ margerin
3 biji telur
½ sudu kecil garam
Pewarna hijau
Bijan (saya tak guna pun) - Liza letak atas kuih yg besar tu je...

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Sapu sedikit minyak @ margerin pada loyang.
  3. Panaskan loyang dalam oven. Bila minyak dah panas, masukkan adunan kuih tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 degree @ sampai garing



Kurma Ayam Bonda...


Lauk ni Liza mkn dgn nasi kismis ayam berperisa ari tu...satu gandingan yg baik dan sedap...Liza masih menggunakan resepi kurma dr arwah bonda tersayang.....dah pernah buat kat SINI...

Jom kita tgk resepi kat sini pulak ye....


RESEPI KURMA AYAM BONDA

Bhn2:

1 ekor ayam - dipotong dan bersihkan
11/2 inci halia - tumbuk lumat
5 ulas bwg merah - tumbuk lumat
1 biji buah keras - tumbuk lumat
1 genggam kelapa - tumbuk lumat
Rempah 4 sekawan
2 paket rempah kurma - terpulang
1 biji kelapa - ambil santan pekat
4 biji ubi kentang - potong 4
3 biji lada merah - belah 2 jgn putus
2 biji bwg besar - potong 2
Garam, gula dan serbuk perasa
Sdkt minyak

- gaulkan ayam dgn bhn2 tumbuk dan rempah kurma, perap sebentar dlm 15 minit.
- panaskan sdkt minyak, tumis rempah 4 sekawan dan ayam yg diperap td.
- balik2kan ayam hingga ayam agak kering sikit, masukkan santan dan ubi kentang.
- bila dah mendidih, masukkan garam, gula perasa.
- masukkan pula cili merah dan bwg besar bila kuah dh hampir kering.
- kacau biar sebati dan bila kentang dah empuk boleh la diangkat...


                                    Layan gambar je la ye, sbb dah jd baja pun....hiihihhihii


Nasi Kismis Ayam Berperisa....


Assalamualaikum dan salam bersua kembali....Liza buat nasi ni sempena hari bapa ari tu, dah lama jugak rasanya tak mkn nasi2 berperisa cmni....kalau masak nasi2 cmni, Liza suka tambah air rebusan atau lauk2 kat dalam nasi tu....sebenarnya Liza main campak2 jer apa yg terlintas dan apa yg ada kat umah masa tu...janji tak sakit perut....hihiihihhii

Ok lah, jom kita tgk resepi ye...tp kali ni Liza guna beras biasa je, basmathi out of stock....hihhii

RESEPI NASI KISMIS AYAM BERPERISA

Bhn2:

5 cawan beras -seelok2nya beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair
2 - 3 keping dada ayam - potong kecil
1 cawan kismis - kalau suka blh grg kjp
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 helai daun pandan
Beberapa titik oren sunquick
Garam dan sedikit gula



- panaskan minyak sapi dan minyak, tumiskan bhn2 kisar, ayam, bhn tumisan lain dan daun pandan.
- masak hingga wangi dan kacau.
- masukkan beras dan grg sekejap baru masukkan susu cair dan air, garam dan gula secukup rasa.
- bila hampir kering, tambahkan kismis dan beberapa titik sunquick.
- gaul sebentar dan biar nasi masak sepenuhnya...
- taraaaaaa.....


Sunday, June 17, 2012

Lemon Swiss Roll And Fruit Coctail.....


Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa, ayah, walid, ayahanda, abah, daddy, papa dan apa saje gelarannya.....

Hari ni Liza cuma buat lemon swiss roll dgn fruit koktel...ambik resepi dr dapur Kak Wan, tp Liza olah cara buat ikut cara strawberry shortcake Japanese style dr Zack, mmg xtra gebu n lembut...kalau nk tau cara buat shortcake Japanese style, blh la klik kat link Zack kat atas....

Untuk resepi pulak, Liza mmg selesa dgn resepi dr K1 ni, moh kita intai resepi...tp kat bawah ni Liza dah olah ikut style Liza ye, kalau nk tgk resepi dan cara2 yg asal, blh la klik link kat atas tu ye...terima kaseh la pada kedua2 penyumbang resepi...


RESEPI LEMON SWISS ROLL AND FRUIT COCTAIL

BAHAN A
3 kuning telur gred "B"
75 gram gula halus
50 ml air
40 ml minyak jagung
1 s/t esen vanilla
1/2 s/t perisa lemon
80 gram tepung gandum - ayak

BAHAN B 

3 putih telur gred "B"
2 s/t gula halus
1/8 camca teh cream of tartar

BAHAN LAIN :-)
Fruit coctail secukupnya
Whipping cream secukupnya, disejukkan dan putar hingga kental

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Alas 2 loyang berukuran 10 inci x 10 inci dengan kertas minyak, sapu kertas minyak tadi dengan mentega. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A dalam satu bekas dan kacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur (bahan B) hingga berbuih, masukkan gula dan cream of tartar, dan putar hingga kental. Kemudian gaul bahan no. 2 tadi dengan kaedah kaup balik hingga sebati- Liza buat ikut cara shortcake Japanese style
     4. Ketepikan 2 1/2 s/b adunan dan tambah warna merah terang, masukkan ke dlm piping bag.
     5. Paipkan ke atas loyang bentuk yg diingini, bakar 170C - 1 minit...angkat dan ketepikan.
     6. Tuangkan baki adunan dan ratakan dgn spatula, bakar 10-15 minit .
     7. Keluarkan dr oven dan sejukkan atas redai selama 10 minit, terbalikkan atas kertas minyak dan  keluarkan kertas alas bawahnya..
     8. Lapik sehelai lg kertas minyak atas motif tulisan / corak td dan terbalikkan ke atas.
     9. Renjiskan sedikit air koktel atas kek, sapu krim dan tabur buah koktel, gulung dgn kemas perlahan2..
  10. Simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong...



Fruit coctail tu nk nmpk sgt sbb tak bnyak buah yg colourful kat dalam tu...ape pun rasa kek ni mmg best hubby kata sbb lembutttt sgt....alhamdulillah



Thursday, June 14, 2012

Muffin Pisang Coklat....


Buat lagi utk kali yg keberapa pun Liza tak tau, mmg sedap dan menepati selera kami.....jom kita terus tgk resepi ye, sebelum ni pun Liza pernah buat kat SINI...

RESEPI MUFFIN PISANG COKLAT KAK HANIELIZA

Bhn2 A:

2 cawan tpg gandum
2 s/mkn srbk koko
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t baking powder
Garam

- semua bhn di atas diayak..

Bhn2 B:

1 cawan pisang emas - sudah dilecek
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
2 biji telur - dipukul sedikit

- panaskan oven 180C.
- masukkan semua bhn A ke dlm bhn B..
- gaul sebati, tp jgn lama sgt
- masukkan dlm bekas muffin dan bakar selama 20 minit..
- dah ready...senang kannn

Cencaru Goreng Sambal....

Sebenarnya tak tau nak masak ape dgn ikan cencaru, asyik bako je, naik mual dah tekak ni....cik hubby tu pulak rajin no dia beli ikan cencaru...macam takde ikan lain....hihihihii

So, bila tgk pes sambal ari tu adalagi, mula la berkira2 nk grg dgn cencaru ni...cik hubby n anak2 Liza ni pulak kalau ada ape2 lauk masak sambal pun, diaorg akan mkn bertambah2....habis tu, umi dia pulak cmner,? sama la jugak, hihiihihi...


RESEPI CENCARU GORENG SAMBAL

Bhn2:
2 ekor ikan cencaru / ikan ape2 pun boleh - bersihkan, gaul dgn sdkt garam dan goreng garing

Pes sambal
3 - 4 biji bwg besar - kisar
4 senduk cili mesin
Segenggam ikan bilis - kisar
Garam, gula dan serbuk perasa
Air asam jawa secukupnya

- tumis bhn kisar dan cili mesin hingga naik bau.
- masukkan garam, gula dan serbuk perasa, air asam jawa dan kacau sebati.
- masak dgn api perlahan hingga sambal pecah minyak dan sedikit pekat..dlm lebih kurang 1 jam


Ayam Goreng Kicap ABC....


Huhhhh, mentang2 lah grg kicap, gambo pun gelap....ciannnn dia...hihiihi..sebenarnya hari tu anak2 sibuk suruh beli kicap manis ABC, sbb tgk kat tv tu cm sedap jer, diaorg cakap....lepas beli, ni la lauk pertama yg Liza buat guna kicap tu....alhamdulillah mmg sedap, kalau nk buat perapan ayam utk nasi ayam pun mmg sesuai sgt la....sbb dia dah ada rasa kicap n manis gula melaka/ madu....

Resepi ayam grg kicap ni cm biasa je, cuma kali ni Liza guna kicap ABC....

RESEPI AYAM GORENG KICAP ABC

Bhn2
1/2 ekor ayam ( potong kecil) - perap dgn kunyit dan garam dan goreng
8 biji bwg merah - tumbuk
2 ulas bwg pth - tumbuk
6 s/b cili mesin
Serbuk perasa
1 biji bwg besar - hiris bulat
Kicap manis ABC secukupnya
Minyak utk menumis

- panaskan sedikit minyak, tumis bhn2 tumbuk dan cili mesin hingga naik bau.
- masukkan kicap dan serbuk perasa, kacau sebati.
- masukkan pula ayam yg telah digoreng dan bawang besar.
- gaul sebati dan bolehlah diangkat.
# garam tak perlu sbb ayam dah masin...


Apam Puteri Ayu....


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...ni sebenarnya salah satu kuih peberet family Liza...dah bnyk kali Liza buat, mmg sedap n gebu...Liza sebenarnya tak pasti punca resepi ni sbb dah berkurun sgt dok dlm simpanan....so, pada tuan empunya resepi, mintak halal ye Liza share kat sini pulak....

Jom kita tgk resepi ni..

RESEPI APAM PUTERI AYU

Bhn2
     A
2 biji telur*
1 cwn gula*
1/2 s/mkn ovalette*
1/2 s/teh esen vanila
1 cwn pati santan / fresh milk
2 cwn tepung naik sendiri

B
Kelapa parut
Garam
Tepung ubi
- bhn2 ni Liza agak jer..satukan semua dan padat2kan kedlam acuan seri ayu yg telah disapu minyak..

# Bhn2 bertanda * dipukul hingga kembang. Masukkan esen vanila dan santan / fresh milk.. Gaul sebati. Masukkan tpg dan pewarna yg dikehendaki (Liza campur air pandan bersama santan)..Masukkan adunan tepung kedlm bekas berisi kelapa td...Kukus selama 10 - 15 minit..





Wednesday, June 13, 2012

Best Moist Chocolate Cake Mud....Happy Birthday Kakak....


Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to kakak,
Happy birthday to youuuuu....

Kali ni kakak mintak umi dia buatkan patung Pooh,hahahaha kelako...ape dia ingat umi dia ni pandai ke bab2 cmtu....mula2 mmg rasa cm tak nak buat, rasa je taww, tp bila tgk muka dia kesian la pulak...selalu sgt dia buat muka sedih cmtu....alahai kakak, sabo je la...

Setelah berhempas pulas dok pikir nk buat Pooh ni, maka terhasillah Pooh yg gedempol....haaahaha..angah cakap macam perut kakak...huhhhh paku dulang paku serpih....ihihhihii
Bila dah buat tu, rasa cm syiok la pulak, tu yg gatal buatkan reben kat Pooh tu, baru la nmpk ayu sikit, at least blh lah control kebuncitan perut tu......ekekkekekeeke

Puas jugak dok pikir nk buatkan kek utk birthday kakak, ye la kalau blh nk la yg spesel utk hari yg spesel ni kan....setelah ditimbang tara, maka Liza pilih utk buat Kek Chocolate Mud dr Zack, dan bila diteliti resepi ni lebih kurang sama dgn resepi Best Moist Chocolate Cake dr Ida Jepun tu...Ida kata resepi ni dr Naz tp sori ye Naz, Liza tak dapat link kat blog Naz....

So, Liza gabungkan kedua2 resepi ni, Liza gunakan 1 cawan buttermilk utk bg lg moist ,blh ke cmtu kan...moh kita tgk..

RESEPI BEST MOIST CHOCOLATE CAKE MUD

Bhn2: ( selepas diderhakan oleh Liza, jgn mare yer..)

125g dark chocolate atau coklat masakan (ku guna coklat masakan)
125g butter (kalau guna unsalted, campurkan 1/8st garam dalam butter)
1/2st serbuk nescafe
3/8C @ 94ml air masak - Liza guna 1 cawan
1C + 1sb @ 162g tepung gandum - Liza guna 2 cawan tpg gandum

1/8C @15g serbuk koko
1/4st soda bikarbonat
1C @ 220g gula kastor (resepi asal untuk separuh adunan adalah 1C + 1/4C)
2 telur gred A (berat minima ~60g)
1sb minyak masak
1/2 st esen vanila
1/4C buttermilk (homade: 1/4C susu segar@susu tepung+air campur 1st limau nipis/cuka) -Liza letak 1 cawan buttermilk

Bahan Ganache:
125g coklat masakan
100g whipping cream (I just use non-dairy whipping cream)




Cara kek:

  1. Panaskan oven 160C.
  2. Lengserkan dasar dan tepi loyang bulat berukuran 8" dengan butter. Alaskan dengan kertas minyak dan lengserkan lagi dengan butter (untuk memudahkan kek dikeluarkan nanti).
  3. Masukkan 125g butter, 125g coklat, serbuk nescafe dan air dalam periuk kecil. Panaskan dan cairkan coklat serta butter atas api kecil. Ketepikan pada suhu bilik.
  4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam mangkuk besar.
    Masukkan gula dan kacau rata (guna whisk je).
  5. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, minyak masak, esen vanila, dan buttermilk. Kacau hingga sebati.
  6. Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan adunan coklat ke dalam campuran telur-tepung tadi. Kacau hingga benar-benar sebati.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang (adunan akan kelihatan seperti cecair).
  9. Bakar untuk 1 jam 15min, 160C atau bila dicucuk dengan lidi tiada adunan yang melekat/kering (saya bakar lebih masa sikit- tambahan 15min untuk suhu 150C). Tapi ni bergantung pada oven masing-masing.
  10. Keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik dalam loyangnya (saya terus keluarkan je dan telangkupkan atas redai kek hingga sejuk).
  11. Kek akan ada sedikit mengelembung dan kemungkinan ada bahagian yang keras sikit (from experience, this is usually the case for cakes that has chocolate in it). Bahagian ni boleh dibuang dan telangkupkan kek supaya bahagian rata berada diatas semasa menghias.



Cara ganache:

Cairkan coklat masakan dan whipping cream secara double-boil, biarkan hingga suam sebelum dituang atas kek (mungkin akan ada lebihan ganache, boleh buat hiasan lain).

**Jangan terlebih bakar, nanti kek kurang moist dan tepinya jadi kering/keras. Mud cake guna suhu rendah sekitar 150-160c untuk masak dan masa yang lama. Kalau tengah tak masak lagi tapi tepi dah masak, tutup bahagian atas dengan foil dan tambah lagi masa memasak.

**Buttermilk ada kandungan asid dan bila baking soda bertindakbalas dengan asid, ia menghasilkan kek yang lembut/tender, selain dari memberi kelembapan kepada kek.


 
Kalau nk tgk resepi asal , blh la klik kat kedua2 empunya resepi kat atas tu ye...Liza ni buat nk cari yg senang je, janji sedapppp.....hihiihhihii, terima kasih pada empunya resepi ye, walaupun dah diderhaka dan mix n match, tp tetap lembut dan sedap....alhamdulillah besday girl suka sgt...
 
Walaupun bersememeh rupa kek ni, tp tetap bangga sbb anak2 nk mkn hasil air tangan umi dia...Liza buat kek ni simple je, sbb tetiba teringatkan abg yg dok Seremban yg tak dapat nk rasa kek ni...nnt abg balik, umi buatkan lgi ye....
 
 
 
 
 
 

Tomyam Ayam Ala Thai....sawadikapppp


Masih menggunakan resepi yg sama, resepi dr Kak Anim, rasa mmg dah sehati sejiwa sgt dah dgn rasa pes tomyam ni....terima kasih Kak Anim sbb family Liza mmg suka dgn rasa tomyam ni..Liza pun pernah buat tomyam udang guna resepi yg sama...moh kita tgk resepi ye...

RESEPI TOMYAM AYAM ALA THAI

Bhn2:

6 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
7 biji cili kering (ikut kepedasan masing2)*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
1 sudu besar udang kering*
4 helai daun limau purut*
1 in belacan di bakar
air asam jawa.gula dan garam

Semua bahan di atas di kisar


- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
- Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
- Masaklah sehingga menjadi pes
Untuk Sup Tom Yam

ayam
udang
sotong
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 in lengkuas-di ketuk
2 batang serai-di ketuk
lobak merah
cendawan
putik jagung
bunga kobis

(terserah nak banyak mana sayuran ini)

6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato
1 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair - xletak
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar

Untuk Sup TomYamRebus ayam beberapa minit.
Masukkan bawang besar,bawang putih dan daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas.Lepas tu masukkan sotong dan udang.
Biarkan sebentar
Bila sudah sebati mendidih masukkan sayur2an.
Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal2 tadi,sos ikan,perahan limau nipis dan garam.
Padamkan api masukkan susu cair dan daun ketumbar..
-Memang betul cakap Kak Anim...enak banget nih....hihihiihihi

Bahulu Gulung Dayang....

Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua ye...pekabar, diharapkan semuanya sihat2 di samping tugas yg tak pernah habis....ye la, kalau tak sihat cmner nk buat keje kan....hihihii


Liza ucapkan terima kasih yg tak terhingga pada teman2 yg sudi singgah kat dapur ni walaupun tuan umah ni kdg2 ado, kdg2 takdo....hihihihi

Sebenarnya ni pun salah satu menu yg tertangguh, tak sempat nk publish bebb...ambik dr MyR, mestilah resepi dr Dayang kita yg mmg pandai buat kek tu....thnx ye Dayang sbb share resepi ni...Liza mintak panjangkan resepi ni kat dapur Liza ye...

RESEPI BAHULU GULUNG

Bhn2: ( dulang saiz 9" x 7". Satu gulung utk 3-4 orang )

  • 90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak)
  • 3 biji telur A
  • 5 sb gula halus
  • 1 sdt esen vanilla / jus lemon
  • 2 sb jem raspberi
  • sedikit gula halus utk taburan

Cara-cara

  1. Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
  2. Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
  3.  Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
  4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj)
  5.  Tuangkan adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.
  6.  Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
  7. Panaskan jem raspberi sehingga cair.
  8. Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
  9. Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
  10. Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
  11. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Bab gulung menggulung ni mmg Liza fail lagi, tp tak pe, usaha lif kejayaan....caiyok2....



Sunday, June 10, 2012

Siakap Goreng Paprik...


Ni la resepi yg akan Liza masak kalau kehabisan idea...bkn ape, senang kan, sbb lauk n sayur  dalam satu...tak yah nk pening2 kepala lagi...family Liza pun mmg suka lauk2 cmni...biasa Liza main campak2 jer, lepas tu bila tgk kat dapur MyR, rupanya Mak Yong pun buat resepi yg lebih kurang sama..cuma Liza tambahkan daun limau purut utk bagi paprik ni lagi wangiiii...terima kasih ye Mak Yong, Liza minta izin share resepi kat sini pulak...


RESEPI SIAKAP GORENG PAPRIK

Bhn2:

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ikan (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). - Liza grg ikan ni sampai garing
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih, cili mesin dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar, cili merah yg dipotong dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.


                      Perggghhh, makan dgn nasi panas2 ni mmg terangkat bebb....hihihihihi


Cucur Susu Lemak Manis...

Sebenarnya n3 ni semua yg dah jadi baja tau, dah berkurun dah buat, tp baru sekarang sempat nk publish....ni pun buat sebelum cuti sekolah ari tu lagi, mak aaiiii lamanya....hihihihii
Hari tu dok berkira2 nk masak apa utk minum ptg, nak buat resepi yg simple, cepat dan sedap...last sekali terfikir la resepi yg dah lama Liza salin ni, tp xpernah buat pun lagi....so ape lagi, tgk bhn, semua ada kat dapur, maka bermula lah projek 'mengcucur' ....hihihihi




Resepi ni rasanya Liza tgk kat dapur Izah,kalau nk tgk cucur yg bulat2 comel, jenguk la kat dapur Izah atau Mas ye....resepi asal katanya dr Kak Fida, terima kasih la buat semua yg mewarwarkan cucur ni, best n lembut sesangat....sukaaaaaa

RESEPI CUCUR SUSU LEMAK MANIS

Bhn2:
1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
1/2 sk baking powder - diayak
1/2 sk bicarbonate soda - diayak
6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis
1/2 cawan susu segar @ cair
garam secukup rasa

Cara membuatnya :
Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat.
Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.... :)
Angkat cucur dan hidangkan.


Mini Pizza la konon....


Assalamalaikum wbt dan salam manis buat semua....pejam celik pejam celik besok dah bukak sekolah kan, maknanya xtvt pun bermulalah cm biasa...rasa macam semalam baru cuti sekolah...hihihihi

Hari tu sempat jugak la buat mini pizza sempoi ni, main taruk je apa yg ada...walaupun serba kekurangan, tapi tetap licin...Liza buat pizza ni guna resepi roti yg biasa Liza buat...

MINI PIZZA

Bhn2:

A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.


Nota MaDiHaA: MaDiHaA uli gunakan BM. Jadi MaDiHaA ikut saja arahan BM & tekan setting utk doh. Liza pun ikut cara madihaa...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...