Tuesday, December 30, 2014

Alhamdulillah...

 
 
Syukur Alhamdulillah atas rezeki yg diberi...walaupun tak sebanyak org lain, tapi Liza percaya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambanya...
 
Kat bawah ni adalah antara kek2 yg ditempah oleh customers, syukur sgt2 dari minat menjadi rezeki....
 
 
 















 
 
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh pm/sms/WA Liza 0192113080..

Jejari Keledek Goreng...


Assalamualaikum wbt dn salam bersua kembali...dah lama rasanya tak jenguk dapur maya ni, sebenarnya mmg mood dah hilang bila fikirkan keadaan banjir yg teruk thn ni especially kat Kelantan...macam2 dlm fikiran ni, setiap hari tertanya2 dah surut ke, dah ok ke, air makin naik ke..semua persoalan tu yg membuatkan fikiran Liza bercelaru...bila tgk pulak kemusnahan harta benda dan hilangnya nyawa org2 yg  disayangi, makin sayu hingga boleh menitis airmata ni..Allahuakbar, semoga mereka yg sedang diuji Allah swt ini akan tabah dan kuatkan semangat utk meneruskan hidup ini, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambanya, teruskan berdoa dan meminta padaNya...

#prayforpantaitimur#



Berbalik pada jejari keledek ni, sebenarnya dalam 2 minggu lepas Liza buat, nak buat pun simple je macam bancuhan tepung yg kita gunakan utk grg pisang tu...tapi utk rujukan anak2 Liza di masa akan datang, Liza sertakan sekali resepi kat bawah ni ye...

RESEPI JEJARI KELEDEK GORENG

Bhn2:
5 ketul keledek oren - buang kulitnya dan potong jejari
2 cawan tepung beras
1 s/b air kapur
Sedikit kunyit / pewarna kuning
Garam, gula
Air secukupnya
Minyak

- masukkan tepung, serbuk kunyit, air kapur, garam n gula ke dlm mangkuk..
- gaul rata dan masukkan air secukupnya,,jgn terlalu cair atau terlalu pekat ye..
- panaskan minyak, celop ikan dan grg hingga keemasan..
- tepung gorengan ni sesuai jugak utk pisang, cempedak dan lain2..





Thursday, December 18, 2014

Sup Ayam Ala Thai....


Assalamualaikum wbt...sup ayam ni Liza buat minggu lepas gara2 ternampak rakan fb post..walaupun ada bhn yg tak cukup tapi rasa sup ni mmg sedap, nak cakap macam tomyam pun ada jugak,hihihi...




Resepi ni dr rakan fb Tartqueen , terima kasih atas perkongsian resepi ni ye...Liza mintak izin share kat sini pulak...
Sape yg suka hirup sup tu, tunggu apa lagi, jom buat...



RESEPI SUP AYAM ALA THAI


Bhn2:
1 ekor ayam - dipotong 12
atau
1 kg bahagian ekor/lidah/tulang leher/daging lembu (boleh campo semua atau pilih salah satu)
air secukupnya
1 bungkus sup bunjut
6 biji cili api - diketuk
3 batang serai - dititik
2" halia - diketuk kasar
1" lengkuas - diketuk kasar
6 ulas bawang putih - diketuk
garam secukup rasa
1 sudu besar lada hitam - dikisar/ditumbuk kasar

minyak masak secukupnya
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis

8 ulas bawang merah - dihiris nipis
1" halia dan 3 ulas bawang putih dijadikan pes

3 biji tomato - dipotong dadu
1 pokok daun ketumbar & akarnya sekali - dihiris kasar(xde stok)
1 biji bawang holland - dihiris

 
Bahan-bahan Taburan :~
bawang goreng
bawang putih goring- xletak
2 biji limau nipis - dihiris
daun bawang dan daun sup secukupnya - dihiris (xde stok)

 
Cara-cara Membuatnya :~
- di dalam sebuah periuk, masukkan air secukupnya
- rebuskan bahagian ekor/lidah/tulang leher/daging lembu sehingga mendidih
- buang bendasing yang terapung di permukaan air dan rebus sehingga kesemuanya empuk iaitu sampai daging dengan tulang nampak dah agak merenggang
- bila dah empuk masukkan sup bunjut, cili api, serai, halia, lengkuas dan bawang putih ketuk
- perisakan dengan garam dan lada hitam dan rebus lagi sehingga benar2 empuk untuk +- 20 minit
(sila pastikan air/kuah sup mencukupi)
- sementara itu panaskan sedikit minyak dan tumis buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis sampai naik bau dan masukkan ke dalam rebusan tadi berserta dengan minyak gorengan sekali
- tumis bawang merah hiris, pes bawang putih + halia, sehingga naik bau dan layu kekuningan
- kemudian masukkan ke dalam sup dan kacau sebati
- masukkan tomato yang dipotong dadu, daun ketumbar dan akarnya yang dihiris dan renehkan seketika sehingga tomato agak hancur
- siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan bersama-sama roti atau nasi putih
- perah limau nipis sebelum menikmatinya
- sediakan juga cili kicap



Monday, December 15, 2014

Kari Ikan Gaya Goa....



Kali pertama cuba buat kari gaya Goa ni..bagi yg tak tau, kari ikan ni tak menggunakan langsung rempah kari ikan, semua rempah kita buat sendiri...bagi family Liza kari ikan mmg sedap, lebih kurang sama rasanya bila kita gunakan rempah kari ikan...jadi apa tunggu lagi, jom cuba buat...bhn2 pun cnfrm ada kat dapur..

Resepi ni Liza ambik kat dapur CMG, resepi asal dr Chef Wan..mmg terbaik la resepi ni..




RESEPI KARI IKAN GAYA GOA

Bhn2:

600 gram ikan tenggiri
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*- Liza xletak, xde stok
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan tenggiri dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...







Mini Apam Susu Durian....



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali..orang lain dah berkurun buat apam susu ni kan, tapi Liza baru terbukak hati nak buat petang semalam..Liza buat dalam bekas kecik2 cmni, senang nk makan, hihihihi dasar pemalas...


Untuk percubaan pertama kali ni Liza cuma buat 2 kaler..dan tambahkan perisa durian, memang ghau ghau rasa dia, sedap jugak rupanya....nnt lain kali boleh buat perasa lain pulak..




Liza ambik resepi ni dari dapur K.Ita dan K.Ita jugak ambik dr rakan fb Nana Aboy....thnx utk kedua2nya ye...apam ni mmg lembut, gebu dan yg penting sedap...

RESEPI APAM SUSU

Bhn2:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai
Perasa- Liza letak perisa durian




Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
Masukkan susu pekat manis
Putar lagi hingga sekata
Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Kaup balik adunan rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna

Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
* tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
Angkat apam setelah masak
Keluarkan dari loyang
Potong bila ianya telah sejuk




Disebabkan Liza buat dalam bekas kecik2 cmni, dah tak yah nak potong potong lg dah...Liza cuma buat setengah adunan dan dapat dlm 26 bekas apam ni...



Friday, December 12, 2014

Donut Super Lembut....wallaaaaa





Alhamdulillah, bila line dah ok ni kena faham2 la ye, berderet2 la entry pasni...hihii
Donut ni Liza buat baru2 ni, resepi yg sememangnya marbeles dr rakan fb Tahrunnisah Jali...kebetulan pagi tu pun Lina ada buat donut gunakan resepi yg sama..thnx ye, betul cakap Lina, donut ni mmg terbaik..izinkan akk share resepi kat sini pulak ye...


 
 
RESEPI DONUT SUPER LEMBUT
 
Bhn2:
250 gram tepung gandum
50 gm kentang rebus yg dihaluskan- lecek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 tbs susu tepung apa2 jenama 
70-100 ml air ais
1 1/2 tbs shortening@ margerin
2 sudu besar gula
1 tsp Baking powder
1 3/4 tsp yis mauripan
 
*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...
 
Caranya : saya guna mixer
 
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan kemudianmasukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit
 
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..
 
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
 
4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba...
# tips masa nak menggoreng tu taruk 1 sudu makan shortening...insyaallah makin gebu..jazakallah rozy amir bagi tips ni
 


 
#tips yang uli tangan
  •  masukkan bahan2 kering dahulu ...kacau bagi sebati..masukkan telor yang dipukul terlebih dahulu dlm bekas lain yang dicampur dengan garam..
  • kacau guna tangan biar sebati...kemudian taruk air sikit2 ye sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan ..kemudian baru taruk marjerin tau shortening...uli sehingga sebati...dlm 30 minit..kalu letih just uli dlm 20 minit dan 10 minit terakhir tu taruk dlm plastik ramas2kan dlm plastik..ni pun tips nak gebu kan doh
  • cara saya kalu malas nak guna mixer...saya guna tangan masa nak perap doh tu saya taruk dlm plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sbb nanti doh nak mengembang...tarukla mana2 tmpat yang dirasakan ada hawa2 panas..dlm oven ke,,,kat luar ke...kat dlm dryer ke mana2 la...
  • siap nanti tumbuk doh tu ...n bolehla bentukkan...
 
tips saya bentukkan doh
 
  • saya bulatkan doh tu comel2 20gm boleh 30 gm pun boleh taruk atas dulang yang dah ditabur gandum..
  • dlm 5 minit tu baru saya leper kan sikit doh bulat tu dan buat lubang tengah2...biarkan dlm 20-30 minit sehingga doh naik ....tutup ngan kain atau plastik...
tips tuk frozenkan
saya bakar dulu donat tu dlm 6 minit..suhu 170 bergantung suhu oven msing2..tujuan nak matikan yis ...dah sejuk masuk dlm plastik ..seal n taruk dlm freezer...nak makan kluarkan biarkan suhu bilik dlm 10-15 minit baru goreng dlm minyak panas tp kawal api ye 
 
#tips jika doh donat nak di bentukkan pagi esok..kira malam ni buat dah tak tahan mata ngantuk tahap gaban 
 
bolehla simpan lebihan baki doh tu dlm freezer ..pastikan tutup rapat2 ye samada dlm tupperware atau plastik...esoknya kluarkan dr freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli
 
tak pun kluarkan dr freezer taruk atas periuk/bekas yang dlmnya ada air panas...supaya boleh lembutkan doh tu n uli kejap dan bentukkan 
 
takkk pun masukkan kejap dlm oven suhu dlm 30 darjah...atau 40 darjah...masuk kejap dah agak2 lembut kluarkan n bolehla di bentukkan
 

 

Muffin Kopi n Choc Chips....



Assalamualaikum wbt dan salam jumaat buat semua...dah lama bebenor rasanya tak leh nak update kat dapur ni, rasa rinduuuu sangat...Alhamdulillah segalanya dah settle dan diharapkan line ni ok sampai bila2 la...kalau idak, tak keruan rasanya...hihii

Gambar muffin ni dah lama Liza post kat fb dan dah janji nak bg resepi, Alhamdulillah hari ni Liza dapat jugak tunaikan janji tu, semuanya dgn izin Yang Esa kan...
Resepi ni khabarnya dr Kak Hanieliza, tapi Liza CnP dr dapur Izah..thnx pada both of u..
Honestly rasa kopi pada muffin ni pun tak menepati rasa kekopian pada tekak Liza walaupun dah tambah dgn nescafe 3in1...pada yg nak rasa lebih kekopian tu, boleh la tambah sikit lagi nescafe atau coffee emulco dalam adunan tu..




RESEPI MUFFIN KOPI N CHOC CHIPS

Bhn2:

Bahan A
350 g tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
200 g gula perang

Bahan B
150 g minyak jagung
250 ml susu kopi (saya guna jenama Dutchlady)
1 sudu kecil nescafe

1 sachet nescafe 3in1 - Liza tambah
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu kecil essence vanilla

Coklat chip secukupnya

Caranya:


Gaul rata bahan A dan ayak. Satukan semua bahan B dan gaul rata. Masukkan bahan B ke dalam A dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu. Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan sedikit coklat chip. Bakar 180 C selama 18-20 minit.





Monday, December 1, 2014

Cencaru Bakar Berinti/ Sumbat...



Assalamualaikum wbt...menu ni pun dah lama Liza buat ye, dah tak ingat bila...hihihi
Lauk2 bakar bersambal cmni mmg boleh buat kita makan bertambah2 kan, mkn pulak dgn nasi panas2..perghhhh..dlm banyak2 resepi, kali ni Liza terpanggil utk try resepi dr dapur Cikgu Amie, thnx ye Amie..Liza mohon panjangkan resepi ni kat dapur Liza pulak ye...


RESEPI CENCARU BAKAR BERINTI / SUMBAT

Bhn2:


1 ekor ikan cencaru saiz besar - bersihkan, belah belakang, cuci  dan toskan


Bahan untuk sambal:

7 biji lada merah
7 biji cili padi
2cm belacan
4 ulas bawang putih - belah 2 dan goreng
5 biji bawang merah - belah 2 dan goreng
1 labu bawang besar - belah 4 dan goreng
1 cawan udang kering - rendam ( Liza xletak)
1 sudu teh pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan secukup rasa


Cara:

1. Campurkan kesemua bahan untuk sambal dan kisar kasar-kasar.

2. Masukkan bahan di atas ke dalam perut ikan.

3. Panggang ikan hingga masak - Amie masukkan dalam oven.





Tuesday, November 25, 2014

Masak Lemak Siput Sedut....


Assalamualaikum wbt ...kenapa susah sgt nak upload gambar sekarang ye, sebab line tenet problem ke atau sebab lain...gambar siput sedut ni pun sekeping je yg dapat upload, tu pun dah bnyk kali cuba..mmg stress kalau cmni.


Siput sedut ni Liza buat Jumaat lepas, kebetulan g pasar nampak lauk peberet angah ni, pastu terus cari daun kaduk, nasib baik semua bhn ada..hihii
Pada sesiapa yg tak kenal daun kaduk, boleh tgk kat SINI ye..



RESEPI MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

Bhn2:
1 kg siput sedut - bersihkan
1 ikat daun kaduk - hiris halus
6 ulas bawang merah *
6 biji cili api *
11/2 inci kunyit hidup *
1/2 inci lengkuas *
1/2 inci halia *
2 s/b cili mesin
Santan secukupnya
Garam

- blend semua bhn bertanda * hingga lumat.
- masukkan semua ke dlm periuk kecuali daun kaduk.
- bila dh mendidih, masukkan daun kaduk, kacau rata..
- tutup api dan boleh hidang la...



Friday, November 21, 2014

Chocolate Nutella Brownies...


Assalamualaikum wbt dan salam jumaat penghulu segala hari..semoga apa yg kita lakukan hari ini mendapat keredhaan Allah swt...Aamiin

Kali ni Liza buat lagi nutella brownies ni atas permintaan kakak , tak puas makan hari tu, dia cakap...ikut je la kan, lagipun nak buat bukannya susah pun, godek2 terus bakar je..




Resepi ni masih menggunakan resepi yg sama yg Liza amik dr dapur Hana, thnx sekali lagi ye Hana..

RESEPI CHOCOLATE NUTELLA BROWNIES


Bhn2:

113gm butter
3/4 cwn milk chocolate chips
1/2 cwn gula halus - hana guna brown sugar
2 biji telur A - kocok dgn garfu
1 cwn nutella- hana buh 1/2cwn je itu pon da manis dan hana tmbh - Liza pun

1sb koko
50gm tepung gandum
1/2 sk baking powder

Cara-cara

  • Satukan butter, chocolate chips dan gula dalam periuk dan kacau perlahan dgn api kecil sehingga semua cair @ boleh guna kaedah double boiler. Ketepikan.
  • Masukkan telur dan juga nuttella ke dalam adunan coklat tadi. Kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung gandum dan juga baking powder dan kacau sebati lagi.
  • Sapukan loyang dgn butter @ alaskan dengan baking paper. Tuangkan adunan.
  • Bakar suhu 170 selama 30-35min. Sejukkan dan potong.



 
 
Kali ni Liza gunakan loyang 8x8..


Thursday, November 20, 2014

Sotong Kicap Pedas Madu Karipulai / Daun Kari....



Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa masakan ni...dah banyak kali Liza tgk Lina post kat blog dia, tapi tiap kali nak buat ayam pulak xde...jadi semalam mmg tekad nak buat walaupun hero lauk ni takde..tgk dlm freezer ada sotong, so apa lagi, godek2 je la ngn sotong pun..

Walaupun hero kali ni Liza tukar, tapi rasanya mmg tetap mantop...jadi tak hairanlah Lina buat berulang ulang kali...thnx Lina dan Kak Azlina utk resepi ye...



RESEPI AYAM / SOTONG KICAP PEDAS MADU KARIPULAI

Bhn2:

  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian -Liza tukar dgn sotong
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya(xboh tadak stok)
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 batang serai ketuk (linapg tambah) - guna jugak
  • 2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)-tambah jugak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat Mahsuri (linapg tambah)- Liza pun tambah 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji cili merah - potong serong (linapg tmbh)- xletak
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit hirisan ketumbar - xde stok
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan-Liza tambahkan tepung jagung
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan madu, kacau2ka.Tambah garam dan gula (jika perlu).
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato, cili merah dan hirisan daun ketumbar.Kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.




Wednesday, November 19, 2014

Tortilla Gulung Ayam Berkeju...


Assalamualaikum wbt...nak nangis rasanya dah beberapa hari tak boleh nk upload gambar dalam blog..mungkin line tak berapa elok kot, harap2 situasi ni tak berpanjangan la kan...

Tortilla ni pun dah lama Liza buat utk breakfast..asal nampak je tortilla ni mst beli, pastu otak pun mula ligat nak masukkan filling apa yg anak2 suka...hihihi
Kebetulan ada lebihan ayam goring KFC ari tu, maka terjadilah tortilla gulung ni..


Nak buat pun tak susah, guna je lauk apa yg ada kat umah kita..

RESEPI TORTILLA GULUNG AYAM BERKEJU

Bhn2:

Beberapa keping roti tortilla readymade
Lebihan ayam goreng ( ayam bakar pun boleh)- potong kecil
Mayonis
Timun - potong kecil
Tomato - potong kecil
Cheddar cheese secukupnya

- masukkan ayam, timun dan tomato hiris ke dlm mangkuk dan gaulkan dgn mayonis secukupnya..
- ambil sekeping tortilla dan letakkan sekeping keju dan inti td di atasnya, ..
- gulung tortilla tersebut dan buat sehingga habis..
- panaskan pan dan bakar tortilla sekejap hingga keju cair..
- sedia dihidang ...

Kalau nak letak sikit sos thai pun boleh, lagi ummmppphh..


Friday, November 14, 2014

Kek Pisang Lembap dan Sedap....


Gara2 tengok Kak Yati tayang kek pisang ari tu, maka antu pisang ni pun cari lah pisang utk dibuat kek...ari tu masa ada org order tak de la pulak terliur, tapi hari tu...hhhmmmm
Kak Yati cakap resepi ni dia amik kat dapur K.Azie...Liza mintak izin utk share kat sini pulak ye, terima kasih..
Pada yg nak mencuba tu, silakan lah ye, sebab insyaallah takkan menghampakan..




RESEPI KEK PISANG LEMBAP N SEDAP

Bhn2:

4 biji pisang emas - lecek ( Liza guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis
1sk esen vanilla





Cara cara:

Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan- Liza gunakan suhu 150C utk bakar kek ni..
Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 

Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 
 
 

Roti Lembut Gebu...



Assalamualaikum wbt dan salam jumaat penghulu segala hari...semoga segala yg kita lakukan mendapat keredhaan dr Allah swt...Aamiin

Buat lagi roti dan kali ni Liza gunakan resepi dr Anie Japri yg Liza CnP dr dapur Zila, thnx ye utk kedua2nya...roti ni mmg lembut dan Liza suka teksturnya..




Adunan roti kali ni Liza buat 2 versi, satu roti butterscotch dan satu lagi Liza sapu mayonis dan tabur serunding daging pastu gulung..mmg yummy
Sebenarnya nak buat roti ni tak susah pun cula kena tau teknik, pastu nak bentukkan cmner atau nk letak filling apa pun terpulang pada selera masing2...kita n family kita yg nak makan kan..




RESEPI ROTI LEMBUT GEBU

Bhn2:
500 gram tepung roti
250 ml air sejuk dari peti ais
1 biji telur
30 gram susu tepung
80 gram butter/majerin
1 tsp garam
85 gram gula
1 paket yis 11 gram


cara

Guna mixer - Liza guma BM
Satukan semua bahan kering.
Masukan butter / marjerin, putar perlahan sambil masukkan telur, garam dan air sejuk..
Tukar speed laju dan putar lagi hingga doh licin, kental seperti gmbr dibawah...
Masukkan doh kedalam mangkuk besar, tutup dengan kain bersih lembab dan biar doh naik lebih kurang 45 minit.
Kluarkan,tumbuk dan uli doh sebentar menggunakan tangan dan terus bentukkan doh.
Biarkan naik sekali lagi dan sapu kuning telur dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c.
Kluarkan roti dan sapu marjerin


Wednesday, November 12, 2014

Cucur Kembong...


Terkena jugak tempias cucur kembong ni, puas hati akhirnya sebab sampai jugak seru utk buat cucur yg tengah pemes ni....hihihi
Sebenarnya buat cucur ni pun dah lama tapi bila internet meragam memang semua keje tak jadi, maka terperaplah gambar cucur ni..
Ni pun sekeping je yg dapat diuploadkan, yg lain memang fail..jadi nak tak nak, terpaksa lah jugak masukkan entry ni..

Liza tak pasti gerangan siapakah empunya resepi ni, sebab ada yg tak mentionkan nama pemilik resepi, cuma Liza amik resepi ni dari fb Aznie Khasri...tapi Liza buat versi ikan bilis bukan versi susu pekat manis..jom  tgk resepi.




RESEPI CUCUR KEMBONG BILIS

Bhn2:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas didih
Segenggam ikan bilis*
4 ulas bawang merah*
Garam secukup rasa

- tumbuk kasar bhn bertanda *.
- masukkan bhn tumbuk tadi dan garam ke dalam tepung.
- masukkan air sedikit2 sambil digaul dgn garfu / sudu hingga bergaul mesra..
- bulat2kan adunan dan bolehlah lah digoreng hingga masak...


Victoria Sandwic Cake...



Satu lagi resepi yg akan masuk list, maknanya akan  buat lagi dan lagi sebab dapat sambutan yg menggalakkan dr family Liza...resepi kali ni Liza ambik dari dapur Kak Yati, katanya ambik dari dapur KZai n Yani...terima kasih pada semua atas resepi yg marbeles ni...




RESEPI VICTORIA SANDWIC CAKE

Bhn2:

  • 250 gm butter
  • 250 gm gula castor - akak bubuh 200 gm gula castor
  • 220 gm tepung kek + 30 gm tepung jagung*
  • secubit garam*
  • 5 biji telor yg besar
  • 2 sudu besar golden syrup
  • 2 sudu teh esen vanila
  • Jem strawberry utk sapu pd kek - akak guna jem strawberry jenama"Smuckers"- Liza guna strawberry compote..

Cara-Cara:

  • Panaskan oven suhu 150C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yg dialas dgn kertas kek
  • Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
  • Putar butter,gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
  • Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan bubuh esen vanila.
  • Masukan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
  • Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit.
  • Sejukan kek dan sapu jem diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek..kemudian tabur diatas kek dgn gula castor.





Kari Ikan Tongkol Bonda...



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...dah lama tak masuk dapur maya rasanya, bknnya apa, tapi masalah internet yg kadang ok kadang tak, nak upload gambar pun tak boleh...sakit pulak hati kita wakk....hihihi


Ni gambar yg terselamat, hihihi sebab awal2 lagi mmg dah ada dalam album..kari ikan tongkol ni resepi dr arwah bonda , kalau kat kelate mmg pemes la kari ikan tongkol ni..



Rasanya dah banyak kali Liza buat kari ikan ni, tapi Liza tempekkan sekali lagi resepi kat sini utk memudahkan ..

RESEPI KARI IKAN VERSI BONDA

Bhn2:

1 ekor ikan tongkol@ aye - potong dan rebus dgn sdkt garam dan asam keping hingga masak.
1 inci halia - tumbuk
5 ulas bwg merah - tumbuk
1 ulas bwg putih - tumbuk
Sedikit air asam jawa - kalau nk guna asam keping pun blh
Santan dr sebiji kelapa - jgn terlampau cair, agak2 sederhana pekat
1 paket rempah kari ikan - Liza guna adabi
2 s/b cili mesin
1 keping nise/ gula melaka
Garam, gula dan serbuk perasa
Timun/ kacang panjang/ bendir/ terung
Minyak - utk menumis

- panaskan minyak dan tumis bhn2 tumbuk.
- campurkan sedikit air bersama serbuk kari ikan dan cili mesin.
- masukkan kedlm periuk td dan biar hingga naik bau.
- bila dah nmpk sedikit kering, masukkan air asam jawa dan kacau sdkt.
- masukkan santan dan nise/ gula melaka dan biar mendidih.
- selepas tu, masukkan pula ikan yg telah direbus bersama sdkt garam, gula dan serbuk perasa.
- biarkan mendidih sekali lg, baru masukkan sayuran..
- renihkan diatas api perlahan hingga semua rasa sebatidan sedikit pekat.
- angkat dan hidangkan...

# garam jgn masuk bnyk sgt yer sbb ikan tu dah direbus dgn sdkt garam,lebih elok kalau rasa dulu sebelum letak garam dalam kuah.#



Tuesday, November 4, 2014

Apam Harum Manis....




Assalamualaikum wbt...dah lama teringin nak merasa apam ni, akhirnya terbuat jugak weekend ari tu..gabungan rasa gula caramel ngn pisang tu mmg mengancam..patut la pemes sgt apam ni kat fb..
Liza skodeng resepi ni kat dapur ratu talam kita kak Yati, katanya resepi asal dr rakan fb Shasha..terima kasih ye.





Masa bancuh adunan tu, Liza ingatkan dah tak jadi sbb adunan ni likat..masa kukus tu tak henti2 doa biarlah jadi elok sebab nak sangat rasa apam yg pemes ni..Alhamdulillah dgn kuasaNya, kembang n gebu je apam ni, dan mmg harum..



RESEPI APAM HARUM MANIS

Bhn2:

300 gm gula melaka* (* di masak dan sejukkan)- Liza guna gula biasa
 350 ml air*
- Liza cairkan gula hingga perang dan masukkan air dan biar mendidih.., ketepikan.
 
3 biji telur
200 gm gula pasir halus

350 gm tepung gandum diayak bersama*
1/2 sudu teh baking powder *

1 sudu teh soda bikarbonat* (* di satukan dan di ayak)

secubit garam*
1 sudu teh esen vanila
50 gm majerin/ butter - dicairkan
8 - 9 biji pisang raja / berangan / emas dihiris bulat2 anggaran 1 cm

Cara-Cara

  • Masak gula Melaka bersama air hingga larut dan tapiskan biarkan sejuk.
  • Pukul telur dan gula halus hingga kembang dan pekat.
  • Masukkan tepung yg diayak bersama sedikit2 dan kacau rata.
  • Masukkan sirap gula Melaka, esen vanila dan majerin/ butter kacau sebati. (jika masih bergentel2 tapis adunan tersebut)
  • Sapukan acuan kecil dgn sedikit minyak.
  • Masukkan adunan dlm 1/2 acuan sahaja. Kemudian letakkan hirisan pisang tadi diatasnya dan kukus selama 15 hingga 20 minit.
  • Setelah masak biar sebentar kemudian bolehlah keluarkan dari acuan dan hidangkan.




Liza buat separuh adunan je, dapat dalam 15 bekas yg kecik2 macam kat atas....


Monday, November 3, 2014

Caramel Cheese Cake....


Assalamualaikum wbt, kek ni pun jgn tanya bila Liza buat ye...rasa2nya masa raya puasa hari tu lagi...hihii
Terjadinya kejadian kek ni sebab nak perabis stok cream cheese dlm esbok tu, mula2 risau jugak takut tak menepati selera family, tapi lepas diaorang makan, fuhhhh lega sangat sebab respons yg baik..kebetulan jiran yg datang beraya pun makan  bertambah2, jadi faham2 sendiri la ye...
Komen hubby pulak, kek ni sedap sangat, kalau tak cakap ni cheesecake mmg dia takkan tau kek ni ada cheese...sebab dia bab2 cheese ni mmg kureng sikit tapi kek ni dia boleh makan lagi dan lagi...hihihii, Alhamdulillah




Resepi ni hasil dok intai kat dapur Evelyn yg memang terkenal pandai buat kek...thnx ye Lyn, akk nk share kat sini pulak..

RESEPI CARAMEL CHEESE CAKE

Bhn2:
 
A
4 tbsp gula kaster

B
6 biji kuning telur
200g susu cair
70g air
1 sk esen vanila

C
4 biji putih telur
50g gula kaster
1/4 tsp cream of tartar

D
500g cream cheese
150g gula kaster
40g butter
4 biji kuning telur

Cara2:
1. Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.

2. Satukan bahan2 B & gaul hingga sebati. Tuang sambil menapis kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.

3.  Kemudian, pukul bahan2 C hingga pekat & bertanduk.

4. Pukul bahan2 D kecuali kuning telur hingga lembut & licin, masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.

5. Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul kedalam adunan cheese (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min.

6. Bakar guna water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 160 C.

7. Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...