Friday, January 25, 2013

Kuih Lompat Tikam....fuhhh kejamnyaa



Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua pengungjung ID....semoga semuanya sihat walafiat di samping keluarga dan tugas2 harian yg tak pernah habis...hihihi

Ni jugak salah satu kuih peberet  Liza, masa tgh sarat mengandungkan anak yg ketiga mmg rasa nk sgt mkn kuih ni tp tak pandai nk buat...last2 bila balik kpg, mintak mok ngoh tolong buatkan...dan alhamdulillah tak kempunan....hihihii

Tapi, sekarang segalanya dihujung jari kan, zaman dh semakin moden..kalau nk cari apa2, cari je kt makcik tenet, settle problem...

Resepi ni pun Liza amik dr MyR, dr Umi_e..thnx bnyak2 ye atas perkongsian resepi kuih ni...jom kita terus tgk resepi ye..

RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM

Bhn2: ( 4-6 org )

  • A: Tepung hijau
  • 250gm tepung beras
  • 700ml santan cair
  • secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
  • secubit garam
  • sedikit pandan paste/pewarna hijau
  • B: Santan pekat
  • 1500ml santan pekat
  • 80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
  • secubit garam
  • C: Pulut merah - Liza xbuat
  • 1 cawan pulut
  • 1 cawan santan cair
  • sedikit pewarna merah
  • D: Air gula
  • 300gm gula melaka
  • 3 cawan air
  • sehelai daun pandan

Cara-cara

Campur kesemua bahan A dan tapis
Masak atas api hingga pekat
Umie masuk dalam microwave tapi kena sentiasa dikacau setiap 2mins) - Liza kacau dlm kuali.

Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (umie masuk microwave je - cepat) - Liza kacau dlm periuk
 
Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah (umie masuk microwave je - cepat)
 
Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
 
Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya :)


Thursday, January 24, 2013

Kole Kacang...


Ni la kuih peberet Liza, mmg susah nak cari org yg jual kuih ni...disebabkn dah lama tak mkn, nak tak nak terpaksa la merajinkan diri utk buat sendiri kole kacang ni...mmg berbaloi sgt sbb menepati selera, sampai anak2 Liza pun suka...

Resepi ni amik dr MyR, resepi dr Che Iza.thnx ye, walaupun simple cara nk buat dia tp mmg sedap...Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, thnx again...


RESEPI KOLE KACANG

Bhn2:
  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam
Cara-cara
  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

Cheezy Wedges...



Assalamualaikum wbt dan Salam Maulidur Rasul utk semua...huhhh, dah lama betul Liza tak jenguk dapur maya ni..tahun ni mmg bz sikit sbb rutin pun dah berubah, maklumlah yana pun dah start tadika...mmg kelam kabut jugak la...

Ni bekpes yg Liza buat bila ntah, tuan dapur sendiri pun dah lupa...hihihi, terliur bila tgk cheezy wedges kat dapur QH, Liza buat utk mkn dgn roti kukus ngn bake bean...mmg meletopss beb..


RESEPI CHEEZY WEDGES

Bhn2:

8 biji kentang - kupas dan potong wedges
4 sudu tepung jagung
4 sudu tepung gandung
1 sudu oregano leaves
3 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh serbuk ENO – QH ganti baking powder, Liza pun...
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan air
minyak

Cara:

1. Rebus kentang setengah masak. Angkat dan toskan.
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, oregano leaves, daun ketumbar, lada putih, serbuk ENO, dan serbuk kunyit dan serbuk pati ikan bilis.
3. Adun bersama air mengikut kepekatan yang diingini.
4. Celupkan kentang rebus ke dalam adunan dan goreng sehingga kuning keemasan.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama pencicah pilihan.



Tuesday, January 15, 2013

Cotton Chocolate Mousse Cake....

Hari tu dok cari2 resepi kek yg best, yg rasa dia lain dr yg lain...nak buat kek eskrem, rasanya mmg dah boleh agak dah...so, cari punya cari jumpalah resepi kek ni yg katan tuan empunya ni lg best dr kek eskrem...so, tunggu apa lagi, bermula lah acara kotorkan dapur...hihihii

Disebabkan nak sgt rasa kek yg berlainan, Liza mmg ikut resepi ni sebiji2, tak ubah apa2 pun...fullamak, cer try buat, sedap weeiiii, anak2 tak abis2 dok angkut, umi dia pn join sekali...dan yg pnting hubby pun suka kek ni, dia cakap ala2 mkn kat hotel pulok....hihihii kembang setaman hidung bini dia...


Resepi ni Liza skodeng kat dapur NURI, kat sini kan bnyak koleksi kek yg cantik n sedap...tak caya cuba lah jenguk dapur dia..gerenti tak nyesal..

Liza mintak izin share resepi kek ni kat sini ye Nuri..thnx

RESEPI CHOC COTTON CAKE

Bhn2: ( Loyang 7")

60gm butter
75gm susu cair
4 biji telur Gred A - asingkn putih & kuning
55gm tepung gandum*
15gm serbuk koko*
1/2 cwn gula pasir halus.. klau suka manis bleh tambah sedikit lg
- ayak bersama bahan2 bertanda *


Cara2
1. Pukul putih telur hgga berbuih. Masukkn gula sedikit demi sedikit. Pukul lg hgga putih telur kental & bertanduk apabila mixer diangkat. Klau mangkuk adunan tu diterbalikkan, adunan putih telur tidak akan jatuh ( jd meringue). Ketepikan jap
Pastikan peralatan tuk menghasilkn meringue ni bersih, x berminyak & x basah serta xde kuning telur yg termasuk dlm putih telur semasa proses mengasingkan kuning & putih telur tu

2. Pukul manja kuning telur ngn sudu @ garfu. Ketepikan jap

3. Panaskn butter hgga mendidih. Gunakan api yg perlahan. Apabila dh mendidih tu, tutup api & masukkn campuran tepung + serbuk koko. Kacau sebati & ketepikan

4. Dlm periuk @ pan lain, panaskn susu hgga suam2 kuku. Tutup api. Masukkn susu ke dalam mangkuk kuning telur. Kacau sebati
5. Masukkn adunan susu (dr Langkah 4) ke dalam adunan koko (dr Langkah 3). Kacau sebati

6. Ambil 1/3 adunan meringue & masukkn dlm adunan koko + susu (dr Langkah 5). Kaup-balikkn hgga sebati.

7. Masukkan adunan dr Langkah 6 ke dlm mangkuk adunan meringue. Kaup-balikkan hgga sebati

8. Tuang adunan ke dlam loyang yg telah digris & dialas kertas. Bakar cara bain-marie @ steam bath selama 45 - 60 minit pada suhu 160'C. Suhu & masa membakar bergantung pd oven masing2. 40 minit pertama akak guna api bawah sahaja & 10 minit terakhir akak guna api atas bawah - Liza pun buat cara ni

Biar kek selama 5 minit dlm oven selepas kek masak. Pastu keluarkn loyang & terus telangkupkan atas redai dlm 10 minit. Apabila kek dah sejuk sedikit, bleh la keluarkan kek dr loyang.

Sementara tu boleh lah kita buat choc mousse dia pulak ye..


RESEPI CHOC MOUSSE

Bhn2:

1 tbsp gelatin
1 /4 cwn air
1 1/3 cwn susu segar
1 1/2 tbsp susu pekat
1/3 cwn serbuk koko - ayakkan
50gm dark cooking chocolate - akak guna choc coating -cairkan cara double-boil
1 1/2 cwn non-dairy whipping cream -
1 tsp esen vanila

Cara2
1. Taburkan gelatin dlm air. Pastu double-boilkn hgga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan jap

2. Pukul non-dairy whipping cream hgga kental. Masukkn kejap dlm fridge
3. Dlam mangkuk lain, pukul susu segar, susu cair, serbuk koko, coklat cair & esen vanila hgga sebati. Masukkn gelatin yg telah dicairkan td sedikit demi sedikit sambil terus pukul ngn kelajuan perlahan..
4. Masukkn 1/3 drpd whipping cream ke dalam adunan coklat dr Langkah 4. Pukul sebati dgn kelajuan perlahan.
5. Masukkan adunan dr Langkah 5 ke dlam baki whipping cream. Pukul sebati ngn kelajuan perlahan. Ketepikan jap
6. Liza simpan dlm fridge dlm 15 minit sebelum sapu kat kek sbb mousse ni cair sikit..


Kalau nak tgk step by step cara melapis kek ni, klik je kat link atas tu ye...

Sambal Ikan Tongkol..

 
 
 
 

Lauk yg sentiasa laku kat umah ni..hubby ngn anak2 mmg suka masak cmni, takde kuah lain pun tak pe, beresss....hihihii
 
Umi dia pun suka jugak sbb simple je nk buat...hihihii dasar tak berapa rajin...resepi biasa2 je..
 
 


RESEPI GORENG SAMBAL IKAN TONGKOL

Bhn2:

6 keping ikan tongkol - rebus dgn garam + 1 kpg asam keping
10 ulas bawang merah *
2 ulas bawang pth *
2 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
4 s/b cili mesin
1 labu bawang besar - hiris
Minyak
Gula

- blend bhn2 bertanda *
- panaskan minyak, grg skjp ikan tongkol yg dah rebus td, grg sampai agak2 dah garing ye.
- tinggalkan sikit minyak, msuk bhn2 blend dan cili mesin dan masak hingga naik bau, masukkan sos tomatao dan sos cili.
- masukkan gula, gaul sebati dan akhir sekali masukkan ikan grg dan bawang besar hiris dan gaul perlahan2 hingga semua sambal tu bersalut kat ikan..

~ mkn dgn nasi lemak pun sedap...yummy ~

Sup Tulang Pedas n Masam.....


Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...sup  ni mmg sesuai makan dgn nasi ataupun mkn dgn mee atau bihun, mmg sedap dgn rasa pedas n masam tu...Liza ngn anak2 mmg suka mkn kuah2 cmni, pastu taruk kuah bnyak2, bila nasi dah habis, hirup kuah tu....pergghhhh mmg layan laa...

Dulu pun Liza dah pernah buat sup tulang ni...resepi ni asalnya dr dapur Dayang..thnx ye, Liza mintak izin letak kat dapur Liza pulak ye..


RESEPI SUP TULANG PEDAS N MASAM

Bhn2:

  • 1 kilo tulang lembu (DJ campurkan sekali dengan beberapa ketulan daging biasa)
  • 1 sudu makan perencah sup + sedikit air dan bancuhkan (tak letak pun ok)
  • 1 peket sup bunjut atau rempah 4 sekawan
  • cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 btg serai ( ketuk) - Liza tambah
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • ubi kentang, tomato dan karot untuk campuran
  • air secukupnya

Cara-cara
 
- Masukkan tulang bersama air dan sedikit garam di dalam periuk. Jerangkan dengan api sederhana. Masak tulang untuk beberapa ketika sehingga lemak-lemak dan minyaknya keluar. Kemudian dengan menggunakan senduk atau sudu, buangkan atau cedok keluar minyak-minyak tadi hingga habis.
 
- Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan perencah sup(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang tadi. (Masukkan sup bunjut jika tak menggunakan rempah 4 sekawan).
 
- Masak hingga hampir empuk. Sentiasa tambahkan air panas jika sudah berkurangan.
 
- Masukkan ubi kentang, karot dan bahan-bahan selebihnya.
 
- Setelah masak dan empuk, tutupkan api.
 
- Hidangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

 
 

Friday, January 11, 2013

Kek Coklat Kukus Lembut Munira..

Kek coklat kukus ni dah ramai yg buat kan, tp mcm biase la Liza ni selalu tertinggal...hiihhii. nak buek camno kan, pjg sgt listnya....kek ni mmg lembut selembutnya, masuk je mulut kalau tak nak kunyah pun tak pe, telan je terus, ala2 pakcik makcik yg takde gigi tuu....ihihii



Resepi ni Liza ambik dr dapur Kak Noormasri, tp Liza tak buat deko ape pun, sesekali nak jugak rasa kek yg simple cmni je...cuma hari tu kitaorg mkn dgn eskrem vanila dgn stroberi filling, fuhhhh terangkat bebb....hahaahaha

Jom kita tgk resepi ye, sape yg nak rasa tu boleh lah cuba buat nnt...

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBUT MUNIRA

Bhn2:

1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje ( Liza pun)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola
1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah ( Liza pun tambah)

semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - diblender
(tapi akak pukul hingga kembang), Liza blend jeCara membuat:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap





Ayam Masak Merah Daun Pandan...


Resepi dr arwah bonda tapi kali ni Liza tambahkn daun pandan utk aroma yg lebih wangi...ayam masak merah ni buat mcmana pun bdk2 mst suka kan...

Kali ni Liza share kan resepi dr arwah bonda tersayang..

RESEPI AYAM MASAK MERAH DAUN PANDAN

Bhn2:

1 ekor ayam - potong kecil(perap dgn serbuk kunyit + garam)
1 inci halia*
2 labu bawang besar*( nk guna bwg merah pun tak pe)
3 ulas bawang pth*
3 btg serai *
6-7 s/b cili mesin
3 s/b tomato puri
Rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan
Minyak
Gula dan perasa

- blend halus bhn2 bertanda *
- panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak.
- tinggalkan sdkt minyak lebihan grg ayam td, masukkan rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga wangi.
- masukkan pula bhn2 yg dikisar, cili mesin dan tomato puri.
- bila agak2 dah garing sikit, masukkan gula, perasa dan ayam yg telah digrg.
- gaul sebati dan bolehlah diangkat....
- dah pun siap....

Tenggiri Goreng Berempah...


 
 
Dah pernah buat kat SINI, satu lagi lauk yg simple dan menepati selera kami...jom kita tgk resepi yg Liza dapat dr Mok Ngoh ni...
 
 
RESEPI TENGGIRI GORENG BEREMPAH
 
 
Bhn2:
 
5 keping ikan tenggiri / ikan kegemaran masing2 - cuci dan perap ngan srbk kunyit dan garam
11/2 inci halia - hiris
1 labu bwg besar - hiris
2 ulas bwg pth - hiris
Daun kari
2 - 3 s/b halba campur
3 s/b cili mesin
Minyak
Srbk perasa

- panaskan minyak dan grg ikan yg diperap td.
- angkat dan tinggalkan minyak sdkt shj di dlm kuali.
- tumis daun kari, bhn2 hiris, cili mesin dan halba campur.
- masukkan srbk perasa dan biar naik bau.
- masukkan ikan yg digrg dan gaul sebati.
- angkat dan sedia dihidang.
 


Kuih Bingka Pandan Comel...


Liza mmg suka buat kuih ni sbb senang dan yg penting sedap, kalau tak caya, cubalah...resepi ni dr Kak Zana, thnx ye akk sbb dah banyak kali Liza buat guna resepi akk ni...tp kali ni Liza gunakan acuan muffin yg kecik tu je, senang nak ngap....hiihhii

RESEPI KUIH BINGKA PANDAN COMEL

Bhn2:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan

Blender hingga sebati

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.

Taburkan bijan (jika suka)

Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.

Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.




Mi Segera Goreng Berapi...

 

Kali ni Liza goreng guna mi segera brand Cintan, biasanya guna Maggi yg dah siap ada perencah tp kali ni Liza grg mcm biasa je, not bad, cuma Liza tambahkan ciliapi utk bagi lagi pedas....fuhhhh berpeluh2 makan...mmg besttt

Resepi macam biasa je, ala macam yg kita grg mee ke mihun ke atau yg seangkatan dgnnya...hiihihi

Jom la kita tgk ye,

RESEPI MI SEGERA GORENG BERAPI

Bhn2:

Mi segera 5 keping - Liza guna Cintan
Daging - potong kecil
6 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
10 biji cili api - tumbuk
2 s/b cili mesin
Kicap manis
Lada hijau - potong serong
Sawi - potong kecil dan asingkan btg dan daun
Minyak
Garam, perasa



- panaskan minyak dan grg daging skjp, masukkan bhn2 tumbuk dan cili mesin.
- masak hingga naik bau dan wangi, lepas tu masukkan lada hijau, kicap manis, btg sawi, garam dan serbuk perasa.
- bila btg dah lembut, masukkan mi segera td dan daun sawi.
- gaul semua hingga sebati dan rasa lah, kalau dah ok tu boleh lah angkat dan mamam ye...

Laksa Kelantan Simple....


 
 
Assalamualaikum wbt di hari Jumaat 110113 bersamaan dgn 29 Safar 1434H....semoga kita semua sentiasa dilindungi dan diberkati...Aamiin
 
 
Hari tu teringin sgt nk mkn laksa kuah putih ni aka laksa kelantan tp bhn2 ulam tak cukup..yg ada masa tu cuma kcg pjg..tp disebabkan tahap mengidam tu keterlaluan, Liza tetap buat jugak..yg pnting dapat mkn laksa ni...ihihhii
 
 
Kuah ni sama je dgn kuah laksam cuma yg ni guna laksa..jom kita tgk resepi Liza ye..
 
 
RESEPI KUAH LAKSA KELANTAN:
 
Bhn2:
 
10 ekor ikan sardin / kembong - rebus dan ambil isinya
15 ulas bwg merah
2 inci halia
2 s/t serbuk lada hitam
2 biji santan kelapa
Garam
Gula, srbk perasa

- kisar halus ikan rebus, bwg merah, halia bersama sedikit santan.
- masukkan ke dlm periuk, masukkan lebihan sntan dan serbuk lada hitam.
- masak dgn api sederhana,masukkan garam, gula dan srbk perasa.
- biar hingga didihdan tutup api.

#kuah laksam ni perlu sentiasa dikacau utk mendapatkan kuah yg cantik dan tidak berketul2..#
Bhn2 sampingan:
 
Laksa
Taugeh
Kacang pjg
Bunga kantan
Ulam ulaman
Sambal lada kering/ cili api
Garam dan belacan - optional
 
 
 
 



Wednesday, January 9, 2013

Durian Crepe with Custard Filling....akhirnya..


Akhirnyaaaa, taraaaa...sampai jugak crepe durian ni kat dapur Liza...org lain dah puas cuba macam2 versi, tp Liza ni la baru 1st time Liza buat, baru terbukak hati nk merasa....hihihii

Resepi ni Liza amik dr dapur Kak Ita, thnx Kak Ita atas resepi filling yg best ni, anak2 Liza ingatkan aiskrim, rupanya diaorg kena tipu daaaa....hahahaaha

Jom kita tgk resepi dr Kak Ita ye,Liza mintak izin share ye kak..

RESEPI DURIAN CREPE

Bhn2 Crepe:

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste


Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.- Liza dapat dlm 15 kpng




Bhn2 cream custard filling:

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~ tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.

Dinner dgn Steamboat Tomyam...

 
 
 
 
 

 
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua...pekabar ye, semoga semuanya sihat dan selamat, insyaallah....ni dinner kitaorg mlm minggu hari tu, act ni la 1st time kitaorg mkn steamboat, hahahaha jakun kan...tak tau la apa mimpi cik hubby suruh buat steamboat sbb selama ni dia yg beria2 tak nak mkn..
 
 
So, utk tidak menghampakn harapan dan keinginan dia ( cewah ayat) , maka Liza pun cari la resepi yg rasa2 mcm best...dlm bnyak2 resepi tu Liza decide utk buat kuah tomyam, perghhh, walaupun kitaorg tak pernah mkn steamboat tp alhamdulillah la sbb steamboat ni menepati selera jakun kitaorg ni....ihihhihi
 

Resepi ni Liza amik dr dapur Kak Sofea, mmg best n tak nyesal la buat steamboat tomyam ni walaupun baru 1st time buat...anak2 n cik hubby pun dah request suruh buat lg....thnx ye Kak Sofea, Liza mintak izin share resepi kat sini pulak utk rujukan masa akan dtg dan jugak utk rakan2 yg mana nak cuba buat sndiri steamboat ni....lagiii jimat kan...gambar sayur ngn mihun lupa pulak nak snap, Liza cuma guna cendawan dgn sawi je..ni pun dah cukup bnyk bg kitaorg..alhamdulillah kenyang sgt...


RESEPI STEAMBOAT TOMYAM


Bahan-bahan: Liza xbuat

1/2 kilo daging ~hiris setebal 2cm- perap dgn 2 sb minyak bijan, 1 sk lada sulah & 1 sb tepung jagung

1 ekor ayam ~ ambil isi shj hiris sama besar dgn daging & perap spt daging~tulang buat sup

1/2 kilo udang sederhana besar~ buang kulit & biar bhgn ekor shj-perap spt daging

3 ekor sotong kembang ~ potong & perap dgn 1 sk lada sulah shj.

~semua bahan yg telah siap diperap - masukkan dlm peti ais.


 
Sos cili merah:

10 tangkai cili merah
8 biji cili padi
1/2 inci halia
4 ulas bawang pth
Garam, gula
Air limau nipis / cuka

- blend semua hingga halus dan tumis.
- masukkan garam dan gula dan masak lg hingga betul2 pekat..
- masukkan air limau/ cuka, kacau dan tutup api.

Minyak Bawang:

10 ulas bwg merah - hiris halus/ cincang
5 ulas bwg pth - cincang
1/2 cawan minyak masak

- panaskan minyak dan grg bawang merah hingga kuning, angkat.
- guna minyak yg sama dan grg bawang pth hingga kuning.
- tuang semua ke dlm bekas tahan panas dan kacau..

Sup Ayam - Liza xbuat

2 rangka ayam ~ potong 4

2 kiub ayam

air secukupnya- setelah semua masak tapis utk mengasingkan tulang2 ayam.



Sup Tom Yam

1 btg serai - Liza guna 3 btg

3 kiub tom yam - guna 4 btg

2 helai daun limau purut - 5 helai

air secukupnya- setelah masak buangkan serai dan daun limau purut.

2 cawan air rebusan ayam - Liza tambah, kalau xde guna air biase je semua..



Cara memasak bahan2 steamboat:

1- Kuah sup yg telah masak dimasukkan dlm bekas steamboat ( kalau xde oleh guna rice cooker)

2- Bila mendidih masukkan 2 sudu minyak bawang & dan bolehlah masukkan daging, ayam, udang sotong , semua bebola dan sayur2 yg telah disediakan.

3- 3-4 minit dh siap utk dimakan. Sedap dimakan bersama sos cili merah.



 
Cara memasak mee/bihun/kay teow sup:

1- Bila semua bahan utama tadi habis dimakan, tibalah utk menu terakhir.

2- Guna saki baki kuah dlm bekas tadi + 1 sb minyak bawang & pecahkan 1 iji telur

3- Bila mendidih masukkan mee dan sedikit sayur, tutup sebentar dan siap utk dihidang
 
 
 

Thursday, January 3, 2013

Pau Lembut dan Gebu.....


Buat pau guna resepi dr SINI pulak, thnx Ena, mmg gebu dan lembut walaupun dah sejuk....i likeeee...Liza buat 2 inti, yg tanda merah tu inti kacang merah n yg satu lg tu inti karipap..Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye...

RESEPI PAU LEMBUT DAN GEBU

Bhn2:

  • 250 gram tepung gandum
  • 100 gram / ml air suam
  • 50 gram gula castor
  • 3 gram dry yeast (3/4 sudu kecil)
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu besar dough softener
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Bahan sampingan :

  • Daun pisang / kertas A4/ cooking sheet dipotong sebesar 2 x 2 inci
Cara Membuatnya :

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread machine mengikut turutan, air suam, dry yeast, tepung gandum, baking powder, bread softener, gula castor, dough softener dan shortening.
  2. Pilih menu 'dough' dan on kan bread machine.
  3. Keluarkan doh dari Bread Machine setelah doh siap diuli dan direhatkan kali pertama lebih kurang selama 15 minit sahaja. Tidak perlu menunggu sehingga doh siap di uli sepenuhnya atau selama 1 1/2 jam.
  4. Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
  5. Masukkan inti kegemaran anda dan tutup kemas.
  6. Letakkan di atas daun pisang / kertas A4 / cooking sheet.
  7. Biarkan naik 2 kali ganda.
  8. Panaskan pengukus. Bila air telah mendidih, masukkan pau dan kukus selama 10 minit.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

Coklat Lolipop Oreo...

 
 
 

Kali ni Liza buat lolipop coklat oreo ni berpandukan cara2 kat blog Kak Ita, thnx Kak Ita...jom kita tgk apa yg kita perlukan...

COKLAT LOLIPOP OREO

Bhn2:

300 gm coklat susu kompaun
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya.
lolipop stick secukupnya
acuan untuk lolipop

Coklat susu kompoun di racik halus
Cairan coklat susu kompaun secara double boiler
Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
Masukkan coklat dalam piping bag


Sediakan bahan-bahan yang di perlukan
Cairkan coklat secara double boiler
Buka kepingan coklat oreo
Letakkan lolipop stick di tengahnya
Kemudian tutup semula
Tuangkan sedikit coklat yang telah di cairkan ke dalam acuan lolipop
Hentak-hentakkan acuan supaya coklat rata dan menyingkirkan gelembung udara
Kemudian letakkan oreo stick tadi
Tekan-takan sedikit
Kemudian tuangkan coklat di atasnya
Hentak-hentakkan supaya rata dan menyingkirkan gelembung udara
Simpan dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras
Selepas keras, keluarkan dari acuan
Potong tepi coklat yang terlebih.
Ambil sekeping Edible Imej dan letakkan coklat di atasnya ~ sebagai gam
Lekatkan atas coklat lolipop tadi


Kek Pandan Lapis Kastad....

Resepi yg Liza ambik dr Dapur Nuri, thnx bebanyak ye sbb mmg tak sangka family Liza sukakan kek ni...nnt kompem buat lg, hihihihii...


Tapi kek ni comot sikit, tak pe la janji sodaaappp...Liza mintak izin share resepi kat sini ye Nuri, thnx again...

RESEPI KEK PANDAN LAPIS KASTAD

Bahan2 Kek
Bahan A

250gm tepung sponge mix
4 biji telur Gred A
60gm susu cair
1 tsp pandan paste
sedikit pewarna hijau
1s/k ovalette - Liza tambah

Bahan B
60gm marjerin cair


Cara2
1. Pukul Bahan A pd kelajuan rendah selama 1 minit. Kemudian, pukul pd kelajuan tinggi selama 6 - 8 minit.
2. Masukkn Bahan B & kaup-balikkn hgga sebati. Pastikan tiada marjerin yg mendap di dasar mangkuk. Maknanya semua marjerin betul2 sebati dalam adunan - Liza kaup balik dgn spatula je
3. Tuang dlm loyang 8" yg telah dilapik ngn baking paper & digriskn ngn marjerin. Tepi loyang x perlu dilapik @ digriskn. Bakar pd suhu 160'C selama 35 - 40 minit. Suhu & masa membakar bergantung kepada oven masing-masing
4. Apabila kek dh masak, keluarkn dr oven & telangkupkan kek atas redai ngn loyang sekali ye. Biar selama lbh kurang 10 minit. Pastu bleh la terbalikkn semula. Biar kek sejuk sedikit baru kuarkn dr loyang


Puding Kastad
Bahan2
6 tbsp tepung kastad
1 1/2 tsp serbuk agar-agar
750ml santan @ susu cair - akak gabungkn kedua-duanya
150gm gula pasir - bleh kurangkn sedikit lg sbb bg akak manis la
2 tbsp mentega
1 tsp pandan paste
sedikit pewarna hijau

Klau nk lapisan puding kastad dia tebal drpd yang akak dh buat ni, bleh la double kn adunan puding ni- Liza buat satu adunan jugak



Cara2

1. Masukkn semua bahan2 dlm periuk & kacau sebati. Pastikan adunan x berketul-ketul. Klau dh berketul-ketul, bleh la tapiskn.
2. Masak adunan ngn api perlahan hgga adunan masak sepenuhnya. Masa memasak tu, kena kacau selalu supaya x hangus kt bawah dia. Bila puding dh meletup2 kecik, maknanya dh masak la tu
3. Biar puding agak sejuk sebelum digunakan

Cara Melapis
1. Belah kek kepada 3 bahagian sama ada guna pisau bergerigi @ benang. Sebelum potong tu, akak masukkn kek kejap dlm fridge tuk memudahkan proses membelah kek
2. Amik 1 bahagian kek & letakkn di atas cakeboard. Pastu, tuang puding kastad atas permukaan kek.
3. Tindihkan lapisan puding ngn 1 bahagian kek lg. Ulang Langkah 2 hgga kek yg terakhir. Pastu, salut kek ngn baki puding kastad.
4. Taburkn hawaian coconut pada keseluruhan kek. Pastu, bleh la masukkn kek dlm fridge & biar puding keras sepenuhnya. Bila dh btol2 sejuk & puding dh keras, baru la kek bleh dipotong ngn kemas - Liza xletak pun kelapa tu, xde stok...

# Kalau xfaham, boleh g kat link kat atas ye..#


Ayam Panggang Ala Nandos.....



Assalamualaikum wbt dan Selamat Tahun Baru kepada semua kengkawan yg Liza kasihi...semalam dh start sessi persekolahan bg Kl dan kwsn yg sewaktu dgnnya, maka bermulalah jugak kesibukan kita semua kan...

Macam Liza pun, semalam Yana baru masuk tadika,bermakna bertambah2 lah 'kebizian' pada thn ni...tapi Yana ni pelik sikit, dia mmg xcited sgt nk g tadika tp dlm masa yg sama dia sedih sbb terpaksa tinggalkan umi dia srg2 kat umah...hari ni pun dia dah siap pesan, ' masa adik g sekolah nnt, umi jaga diri elok2 tau'..huhhhh mmg pg2 lg dah touching la....hihiii

Berbalik kita pada ayam panggang ala Nandos ni kan, asalnya Liza main campak2 je sbb konon2 nak buat yg spesel masa adik n hubby dia dtg bertandang hari tu...lepas tu bila rasa, makk aiii sodap jugak ayam ni...lepas tu bila abang balik, Liza pun buat la ayam ni lagi, mmg berbaloi walaupun main campak2....

Jom kita tgk resepi campak2 Liza ye...


RESEPI AYAM PANGGANG ALA NANDOS

Bhn2:

1 ekor ayam - bersihkan dan keringkan
1/2 botol Sos Peri2 Nandos Extra Hot
3 s/b madu
1 pokok daun ketumbar*
1/2 inci halia *
3 ulas bawang pth*
2 s/b marjerin
1/2 s/t lada hitam *
1/2 s/t serbuk jintan manis
1/2 s/t serbuk cili
Garam

- mesin semua bhn bertanda * separuh lumat ( kalau nk sampai lumat pun bole)
- lumur ayam dgn bhn mesin  bersama bhn2 lain dan perap selama 2-3 jam..( lg lama lg best)
- bakar ayam 220C - 1 jam atau hingga masak...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...