Thursday, October 31, 2013

Senangin Masak Asam...



Ikan senangin ni pun salah satu ikan yg Liza beli kat Pantai Bagan Lalang hari tu,bila ikan fresh ni, isi dia pun manissss je...nak masak apa2 pun sodap kan..

Biasa Liza buat masak asam ni guna ikan duri ataupun kerisi..tapi kali ni Liza gunakan ikan senangin pulak, jom kita tgk resepi ye..

RESEPI SENANGIN MASAK ASAM

Bhn2:

6 keping ikan mayong / duri - bersihkan( kali ni guna senangin)
1 inci kunyit hidup - tumbuk halus
1/2 inci halia - tumbuk halus
4 ulas bwg merah - tumbuk halus
1/2 inci lengkuas - tumbuk halus
2 s/b cili mesin
2 - 3 keping asam keping
Daun kesum - letak bnyak2 pun tak pe, lg sedap...
Garam, serbuk perasa
Air secukupnya - utk kuah

- masukkan semua kecuali daun kesum ke dlm periuk dan masak hingga didih.
- masukkan daun kesum dan masak hingga ikan masak.
- dah siap dah, sedapnya mkn ngn nasi panas2.....





Serimuka Durian Yang Best.....



Assalamualaikum wbt...hari tu dok belek2 buku resepi, jumpalah resepi kuih serimuka durian ni..fikir punya fikir, durian pun ada lagi dlm freezer tu, so why not try buat kuih ni pulak, kalau tak buat mmg sampai bila2 pun tak tau la rasa dia macamana kan...

Petang tu masa dok mkn kuih ni, semua puji cakap sedap..abg yg selama ni cerewet bab kuih2 manis ni pun siap cakap sedap ulang2 kali, kiranya kuih ni mmg sedap la kan...hihii

So, kat sini Liza nak berterima kasih sgt2 pada Kak Hanielieza sebab menghasilkan resepi kuih serimuka yg best ni...resepi ni Liza ambik dr buku Kuih Kukus Kak Hanielieza...terima kasih sekali lg..



RESEPI KUIH SERIMUKA DURIAN

Bhn2 A:

2 cawan beras pulut - basuh dan rendam 4-5 jam
2 cawan santan cair (dr 1/2 biji kelapa) - Liza guna 21/2 cawan
1/2 s/t garam

- panaskan kukusan
- masukkan semua bhn pulut ke dlm loyang dan kukus pulut hingga masak..
- sapu sedikit minyak pada loyang lain dan tekankan pulut yg sudah masak td..

Liza terus gunakan loyang yg disapu minyak dan dialas plastik diatasnya dan terus kukus pulut tu..bila pulut dah masak, cuma tekan2kan bg padat je dlm loyang yg sama..
Liza gunakan loyang 71/2" x 71/2 "...



Bhn2 B:

2 cawan santan pekat
1 cawan gula perang - Liza guna 2 keping nise
5 ulas durian - Liza guna 8 ulas
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 s/makan gula pasir ( sekiranya perlu)
1/2 s/t garam

- masukkan santan pekat, gula perang dan isi durian dalam pengisar dan kisarkan..
- masukkan bhn kisar ke dlm mangkuk..
- ayakkan tepung gandum dan tepung jagung ke dlm mangkuk bhn2 kisar td.
- masukkan gula dan garam, kacau rata.. 
- panaskan bhn2 ini sekejap atas api sederhana hingga naik wap..
- tuangkan adunan ini atas lapisan pulut dan kukus lg selama 30 minit atau sehingga masak..
- sejukkan sebelum dipotong..

Disebabkan Liza lebihkan isi durian, jadi kuih tu sedikit lembik tapi masih  boleh dipotong...pada sesiapa yg suka sgt dgn durian, apa kata cubalah resepi ni, mmg berbaloi2..

Wednesday, October 30, 2013

Pepahat Sambal Bertelur...



Sebenarnya ni la kali pertama beli pepahat, selama ni bila tgk tak terliur langsung sbb kecik2...tapi bila tgk pepahat kat Bagan Lalang Liza terus terpikat n beli sbb nmpk besar2...barulah best kan...so balik tu terus godek2 buat grg sambal ni, cuma kali ni Liza tambahkan telur utk pekatkan sambal dia...



RESEPI PEPAHAT SAMBAL BERTELUR

Bhn2:

700gm pepahat - bersihkan
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
2 batang serai *
5 s/b cili mesin
1 biji telur
2 s/b sos tiram
2 s/b sos cili
1/2 cawan air
 Minyak untuk menumis
Garam, gula secukup rasa

- tumbuk/mesin bhn2 bertanda *.. 
-panaskan sedikit minyak dan tumis bhn2 tumbuk td dan cili mesin, masak hingga wangi..
-masukkan sos tiram, sos cili, garam dan gula dan masak lg sekejap..
- masukkan air, biar mendidih dan pecahkan telur dan masak sebentar hingga sedikit kering..
-masukkan pepahat dan kacau sebati, tutup kuali sekejap utk mempercepatkan proses memasak pepahat..
- masak selama 7-8 minit hingga pepahat masak..(bila dah terbuka tu maknanya masak la ye  )
     

Black Beauty Choc Cake..



Assalamualaikum wbt...buat kek coklat dr resepi Chef Zubaidah pulak, terima kasih tak terhingga buat Maklang Azie yg sanggup berkongsi resepi ni..sekurang2nya bertambahlah resepi kek coklat dlm simpanan kan..

Adik pulak cakap dah lama umi tak buat kek yg coklat bnyak leleh2 kat tepi tu, jadi buatkan je la utk dia...haaa, makanlah puas2..


RESEPI BLACK BEAUTY CHOC CAKE

Bhn2:

BHN A
2 cwn tepung gandum/superfine (mklang guna tpg gandum)
¾ cwn serbuk koko
2st soda bikarbonat
2st b/powder

BHN B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan
1 cwn air panas suam
1sb emulco
3 biji telur

Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn B dan gaul rata
Bakar 50 minit -1 jam, suhu 150C, api atas bawah
Guna loyang 8x8



Topping Jimat :Liza xbuat

1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (mklang guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2sb majerin

Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau.




Bahan Topping @ Ganache Coklat (Liza guna lebihan ganache ni)
 
100ml whipping cream/fresh cream
250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)





Tuesday, October 29, 2013

Yogurt Muffin Chocolate Chips...




Resepi muffin dr ratu muffin kita, sape lagilah kalau bukan Izah tu..lama betul dia menyepi ye, sibuk dgn bisnes kot...tak pe la kan Izah, janji duit den bertingket tingket....hihii

Terima kasih bebanyak ye Izah, akak mintak izin share resepi kat sini pulak ye..

RESEPI YOGURT MUFFIN CHOCOLATE CHIPS


Bhn2:
1 cawan tepung 
1/3 cawan gula
1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/4 sk garam
1 biji telur
1/2 cawan yogurt natural low fat *boleh guna jenis apapun
1/3 cawan susu segar
1/2 sk vanilla essence
2 sb butter cair
*1/2 cawan coklat chip
 
Caranya:
Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu, butter cair dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul sekadar tepung bersatu dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. 
Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.





Char Kuetiaw...



Selalu jugak buat char kuetiaw ni sbb anak2 mmg suka, selalunya mmg Liza akan buatkan lebih sos kicap n simpan dlm freezer, jadi bila2 je nak guna, senang...

RESEPI CHAR KUETIAW

Bhn2 sos kicap:

Kicap manis
Kicap masin
Sos ikan
Sos tiram
Gula, perasa
Air

- semua bhn diatas Liza agak2 sama banyak, garam xyah letak sbb sos ikan dgn sos tiram dah masin...perasa pun dlm 1s/t.
- masak semua bhn di atas dan selalu kacau hingga gula hancur.
- sejukkan dan simpan kat tmpat sejuk beku utk tahan lebih lama.
 
Ramuan bhn2 ni Liza dapat dr ( bro )tukang masak char kuetiaw kat Alor Setar dulu, resepi dr Mas pun lebih kurang sama dgn resepi ni, cuma Liza kurangkan sukatan garam dan ajinomoto..perasakan ikut selera kita masing2 ..



Bhn2:

Cili mesin - digoreng dgn api perlahan hingga naik minyak
4 ulas bwg pth - tumbuk
3 senduk kicap campur
4 senduk air
Kuetiaw - 1kg
Udang
Kerang
Daun kucai
Tauge
Telur 2 biji - kalau nak letak lebih pun blh


Cara2 :

- panaskan sedkit minyak, tumis bwg pth , bila garing sikit masukkan cili mesin grg tadi.
- masukkan udang / kerang, biar hingga udang masak.
- masukkan pula kicap campuran, air dan kuetiaw.
- biar hingga kering sdkt, masukkan kucai dan tauge.
- pecahkan telur di tgh2 kuali, kacau membulat dan terus tutup api.
- sedia dihidang, enak dimakan panas2...


Tortilla Pizza n Telur Hancur....



Assalamualaikum wbt dan salam semua...disebabkan Liza ni mmg suka sgt mkn tortilla atau yg seangkatan dengannya, maka ada lagi lah resepi tortilla ni ye...sebenarnya inti tortilla ni kita boleh pelbagaikan ikut selera family kita..

Macam kali ni Liza sapukan sos spaghetti, tabur sosej, cheese n telur hancur, pastu gulung...boleh jugak bakar sekejap utk bg rangup, kalau tak nak pun ok jugak, terpulanglah ye..


RESEPI TORTILLA PIZZA N TELUR HANCUR

Bhn2:

Beberapa keping tortilla - panaskan sekejap
Sos pizza/ sos spaghetti secukupnya
Sosej - rebus dan potong kecil
Cheddar / mozzarella cheese parut
Telur hancur*

- ambil sekeping tortilla, sapukan sedikit sos pizza, tabur potongan sosej, telur hancur dan keju..
- gulung dgn kemas dan panaskan sebentar utk cairkan cheese..kalau nak terus makan pun boleh..


Telur hancur:

3 biji telur
Sedikt susu segar
Garam
Serbuk lada hitam
Marjerin / mentega

- campurkan semua bhn di dlm mangkuk dan kacau sebati..
- panaskan sedikit marjerin di dlm pan dan masukkan telur td, kacau2 sedikit..
- bila telur dah masak, angkat dan boleh dicampurkan ke dlm tortilla td...

Monday, October 28, 2013

Bun Tuna....




Terima kasih pada Kak Pah @ Bundo atas perkongsian resepi roti tuna ni...dapat bnyak jugak la satu adunan ni, jadi pada sesiapa yg ahli mkn tak ramai tu buat separuh adunan pun dah cukup...tapi roti ni mmg best n lembut...

RESEPI BUN TUNA

Bhn2:
Bahan A
600 gm tepung HP
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)

Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila

Bahan C
60 gm butter

Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati pakai low speed one minute. Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit lagi.  Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit.

Keluarkan dan bahagikan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu.
Kemudian boleh terus isikan inti.  My adonan ni tak payah tunggu kembang kembang baru nak isi inti.  Lepas isi inti baru biarkan dia kembang.




Inti:
1 tin tuna
1 biji bawang besar didadu
1 sudu besar dried parsley
1 biji cili besar cincang kecil (tak suka cili tak payah bubuh)
1 sudu kecil jus lemon

* gaul semua bahan di atas dan masakkan sekejap dalam pan hingga bawang layu.

Untuk tabur:
mozarella cheese
mayonis
cili sos (kalau nak)


Kalau nk tgk cara gulung roti tu, tgk je kat dapur Bundo ye sbb Liza mmg tak buat..




Kek Kukus Asam Manis...


Buat lagi kek kukus asam manis ni sebab family Liza mmg suka sgt..Liza buat kek ni sehari sebelum raya haji hari tu lagi...maknanya dah habis la ye...hihihi



RESEPI KEK KUKUS ASAM MANIS

Bhn2:

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus



Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.






Kobis Goreng Fishball n Telur...


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Isnin 281013...hari ni adik exam, risau jugak bila ingatkan dia..harap2 semuanya dipermudahkan...

Kalau goreng sayur cmni kan, anak2 kompem makan, nak masak pun senang je...tapi jgn salah faham ye, Liza share kat sini hanyalah utk rujukan buat anak2 Liza atau pada sesiapa saje yg baru nak belajar masak...




RESEPI KOBIS GORENG FISHBALL N TELUR

Bhn2:

3 cawan kobis hiris
1 labu bawang besar - hiris
2 biji lada merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1-2 biji telur - kocok sedikit
Beberapa biji fishball - potong dua
Sedikit minyak
Garam, perasa

- panaskan sedikit minyak, tumis bhn2 hiris hingga wangi, masukkkan fishball, garam n perasa.
- masukkan kobis hiris dan telur td, kacau2 sedikit dan masak hingga kobis layu..
- tutup api dan sedia dihidang..

Thursday, October 24, 2013

Mango Sagu....




Alang2 dah musim manga ni, rezeki kitaorg pun murah sgt sebab ramai yg bagi mangga ni...bila dah banyak sgt ni, terfikir la jugak nak buat bndalain dgn manga ni..cari punya cari terjumpalah resepi yg berkenan di hati..

Bila tengok je gambar mango sagu ni kat dapur Zack, terasa sejuk sampai ke tekak, perghhh mmg dah jatuh cintan...terima kasih Zack atas perkongsian resepi ni ...

RESEPI MANGO SAGU


Bhn2:
1 biji mangga besar @ 2 biji mangga sederhana, masak ranum - isinya lebih kurang 1C + 1/4C tapi ku dapat 1C je :P
1/4C biji sagu kecil - lain kali ku akan guna 1/8C je sebab banyak juga dapat
1/2C susu pekat manis - ku guna susu sejat tambah 4sb-5sb gula. Kalau guna susu pekat boleh kurangkan kepada 1/4C@1/3C atau adjust air/gula.
1/2C susu segar
Gula - jika perlu
Sedikit ice cubes - optional

Cara:
1. Rendam biji sagu dalam air paip selama sejam. Basuh dan tapis untuk buangkan lebihan kanji. Ketepikan.

2. Didihkan 1C air dalam periuk kecil, masukkan biji sagu tadi. Masak hingga lembut dan lutsinar dalam 4-5 minit. Tapiskan dalam penapis dan lalukan bawah air mengalir untuk elak sagu melekat. Ketepikan.

3. Buangkan kulit mangga dan dadu-dadukannya. Ketepikan 1/4C untuk perhiasan.

4. Blend baki mangga, susu sejat/susu pekat manis, susu segar, gula (jika perlu) dan ice cubes (jika mahu) hingga dapat pes yang smooth. Tambah susu segar jika inginkan adunan lebih cair.

5. Tuangkan dalam jug dan masukkan sagu yang sudah dimasak tadi. Kacau rata. Simpan dalam peti sejuk sebentar, atau boleh juga dituangkan dalam gelas (ku guna pudding cup).

6. Hiaskan atasnya dengan baki 1/4C mangga tadi. Sedap dimakan sejuk-sejuk.



Ayam Golek Beriani...



Assalamualaikum wbt...sebenarnya ayam golek beriani ni dah berkurun Liza buat, hihihi..mmg best sgt ayam golek ni, kalau tak, takde la sampai 2 kali Liza buat dlm masa terdekat ni..mula2 tu buat utk makan dgn nasi putih je, lepas tu buat lagi kali kedua digandingkan dgn nasi lobak merah...terangkat bebbb

Masa dok kemas buku2 resepi lama, terjumpalah resepi ni, mula2 tu teragak2 jugak nk try, pastu bila fikirkan kat kedai Ayamas pun ada jual jugak ayam golek ni, so Liza decide kena try sbb kalau tak try mmg tak tau macamana rasa dia kan...dan mmg tak menyesal la, alhamdulillah sebab family Liza semua suka rasa ayam golek ni...



RESEPI AYAM GOLEK BERIANI

Bhn2:

1 ekor ayam
2 ulas bawang putih - kisar
11/2 inci halia - kisar
2 biji bawang besar - kisar
3 s/b rempah beriani
2 s/b rempah kari daging
3 s/b minyak sapi
Rempah 4 sekawan
1/2 biji santan
2 s/b sos tomato
Sedikit madu
Garam
Sehelai daun pandan

- rempah beriani dan rempah kari dibancuh dgn sedikit air, ketepikan..
- panaskan minyak sapi, masukkan daun pandan dan rempah 4 sekawan dan tumis hingga wangi...
- masukkan bhn2 kisar dan rempah2 yg dibancuh td, masak lagi hingga naik minyak..
- masukkan sos tomato, madu, garam dan santan..kalau nmpak pekat sgt boleh tambah air sikit ye..
- masukkan ayam dan masak hingga  3/4 masak..
- keluarkan ayam dan tutup api..
- letak ayam di dalam dulang pembakar dan bakar di dalam oven, suhu 180C selama 30-45 minit atau sehingga ayam telah masak..
- hidang ayam di dalam pinggan dan tuangkan kuah td..



* Air yg keluar masa proses membakar ayam td jgn dibuang, campurkan dgn kuah ayam td..



Wednesday, October 23, 2013

Baked Macaroni n Cheese...



Makaroni dan keju bakar, tulah nama melayunya...hihihi, angah mmg suka sgt bila Liza buat cmni...nilah hasilnya yg Liza dapat bila tgk food channel, kalau dulu2 mmg tak termimpi langsung nk masak n mkn benda alah cmni...tapi sekarang alhamdulillah Allah perluaskan lagi ilmu yg tak seberapa ni...


Jom tgk camner Liza buat ye..

RESEPI BAKED MACARONI N CHEESE

Bhn2:

1 paket macaroni - rebus bersama sedikit garam dan toskan
3 s/b marjerin / mentega
3-4 s/b tepung gandum
4 cawan susu segar
4 keping cheddar cheese
4 batang sosej - potong kecil
2 keping chicken meatloaf - hiris kecil
1 tin chicken n muhroom soup - Liza guna Kimball
Garam, gula secukup rasa
1/2 s/b serbuk lada hitam
Mozarella cheese secukupnya
Serbuk roti secukupnya

- panaskan marjerin / mentega didalam periuk, tambahkan tepung gandum dan kacau sehingga tidak berbintil..masa ni guna api kecik ye..
- masukkan sosej, chicken meatloaf, susu segar dan sup Kimball, masak hingga didih dan kacau lagi utk pastikan tepung td tidak berbintil..
- bila dah mendidih, masukkan cheddar cheese dan biar hingga cheese cair..
- tambah serbuk lada hitam, garam n gula secukup rasa..pastikan rasa dulu sebelum letak garam ye sbb cheese n sup dah masin..
- bila semua dah sebati, tutup api..




- masukkan macaroni yg telah direbus td ke dlm periuk sos keju dan gaulkan sebati.
- tuang ke dlm bekas kaserol yg telah dilengser mentega / marjerin.
- taburkan mozzarella cheese parut dan serbuk roti diatasnya dan bakar 170C selama 20- 25 minit atau sehingga kekuningan dan cheese mencair...


Roti Sumbat Sardin...



Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...sejak kebelakangan ni cuaca mendung je, kadang2 panas sekejap je waktu pagi, tapi alhamdulillah la sempat jugak keringkan kain..bagi negeri2 yg dilanda banjir tu mcm Perak, Kedah n P.Pinang tu berhati2 la ye, samalah kita doakan keadaan akan kembali seperti sediakala...kalau boleh, hadkanlah aktiviti luar rumah sampai keadaan betul2 dah selamat...



Dah habis kisah banjir, kita balik pada roti sumbat sardine yg Liza buat ni...dah bnyk kali buat roti ni, terima kasih sgt2 pada Kak Nor sebab bg idea ni, kadang2 Liza sumbat dgn inti karipap, pun best...apa2 inti pun terpulanglah pada kita ye..

RESEPI ROTI SUMBAT SARDIN

Bhn2:
10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.
- Potong dua bun burger.
- Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
- Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
- Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
- Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
- Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.

- Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
- Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
- Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..






Tuesday, October 22, 2013

Gerang Asam Ikan Merah...



Assalamualaikum wbt...Liza ni mmg suka sgt dgn kuah2 asam pedas cmni, mmg dr kecik lagi, ni lah lauk peberet giler bg Liza..kali ni Liza try buat resepi gerang asam dr Chef Florence pulak...mgkn ni nama asam pedas bg kaum Baba Nyonya..

Resepi ni Liza jumpa kat dapur Bundo tp Bundo guna ayam, Liza guna ikan merah...apa2 pun mmg sedap lauk ni, kalau tak caya, silakanlah mencuba ye...




Terima kasih Bundo, Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye..

RESEPI GERANG ASAM IKAN MERAH

Bhn2:
A
1 ekor ayam - Liza guna 1 ekor ikan merah

B
Bahan blender
30 biji cili kering (bundo suka pedas)
5 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji buah keras
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar serbuk belacan (belacan biasa pun boleh kalau tak ada yang serbuk)

C
70 gram asam jawa + 1300 ml air
sehelai daun kunyit dicarik-carik - Liza xletak
1 batang bunga kantan dibelah dua
beberapa helai daun limau purut
beberapa batang daun kesum
2 sudu besar serbuk ikan bilis

-Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.  Lamanya proses ini agak-agak 10 ke 15 minit.  Pastikan bahan tumis benar-benar masak.
-Masukkan ayam dan gaul sehingga air ayam kering.
-Masukkan air asam jawa bersama bunga kantan, daun kesum, daun limau purut, daun kunyit, serbuk ikan bilis dan garam.
-Tambah sesudu gula kalau suka.  Bundo tak bubuh.- Liza pun skip
-Masak sehingga kuah pekat. 



Monday, October 21, 2013

Rendang Ayam Pencen...


Hari tu rasa teringin nk mkn rendang ayam kampung, lepas hantar adik sekolah, terus singgah kat pasar tp abg tu cakap ayam kampung takde, yg ade ayam pencen...ayam pencen pun ayam pencen la, janji ada...so, bermulalah projek ala2 org mengidam tu...hihihi




RESEPI RENDANG AYAM PENCEN

Bhn2:

1 ekor ayam pencen/ ayam kampung- potong kecil dan bersihkan
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 keping asam gelugor
1 keping kecil nise/ gula Melaka
Garam , gula secukup rasa
2 s/b serbuk kari ayam
1/2 s/b serbuk jintan putih
1/2 s/b serbuk jintan manis


Bahan B (Dikisar):

10 biji bawang merah
5 batang serai
3 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
20 tangkai cili kering

 
Cara Memasak:-

Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali dan kacau atas api perlahan.
Kacau sekali sekala je ye, nnt isi ayam hancur..
Masukkan garam, gula, nise/gula melaka dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata.
Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
Bila dah seimbang rasanya, tutup api..
Dah pun siap, boleh mamam...





Hash Potato....



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...memula tgk org buat hash brown ni ingatkan susah, lepas tu teringin la nk cuba buat sendiri...mmg berdebar sungguh, walaupun bhn2 dia cukup simple tp kalau tak kena tekniknya mmg boleh berterabur kentang ni dlm kuali...

Kat youtube pun macam2 cara dia org buat hash potato ni..so, pilih je la cara mana yg berkenan di hati...tapi resepi kali ni Liza dapat kat dapur Maisya, thnx ye..



RESEPI HASH POTATO

Bhn2:
2 biji kentang( lebih kurang 300g )
sedikit garam

Kentang dibasuh bersih-bersih kemudian baru dibuang kulitnya. Selepas dibuang kulit jangan bagi kena air( jangan bilas etc ).
Potong kentang dengan saiz yg bersesuaian agar senang nak masuk dlm food processor.- Liza guna pemarut biasa je
Ambil 1/3 dari kuantiti kentang dan masukkan dalam food processor. Kisar hingga halus.
Masukkan baki kentang dan juga sedikit garam. Kisar lagi tapi biar agak kasar, tak perlu sampai halus.
Ambik sedikit dan bentukkan mengikut kesukaan; nak buat bulat ke, 4 segi ke tak kisahlah. Kalau boleh masa nak bentukkan ni kita buat macam buat daging burger iaitu kepal dan baling-baling antara dua tangan supaya kentang tu mampat tak de ruang antaranya( boleh imagine ke macamana ? )
Masa Maisya buat haritu.. lepas kisar, kentang tu jadi agar berair so Maisya buang air tu sikit. Jangan tapis sampai kering plak...biar dia lembap-lembap sikit supaya senang melekat masa dibentuk.
Dah siap bentukkan, bolehlah digoreng dalam minyak yg panas ( api sederhana ). Goreng hingga warna keemasan.
Angkat dan toskan minyak yg berlebihan. Bolehlah dimakan dengan sos/ mayonis.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...