Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua...ape projek ari ni? jalan2 cari makan kat mana agaknya yer.....Liza pun kejap2 lagi nak keluar jugak, bawak anak2 meronda sambil cuci mata....hihihhihi
Ari tu Liza buat roti utk angah n kakak bawak bekal g sekolah...kali ni Liza try resepi dr pakar roti kita, sape lagi kalau bukan
Cik Ros yg dok jauh tu...tekstur roti yg tak menghampakan dan anak2 pun suka...Liza buat 2 jenis roti, satu letak filling nutella dan satu lagi Liza buat mini pizza...laju jer diaorg makan, lepas satu satu masuk mulut...
Akak mintak izin letak resepi kat sini yer Ros, terima kaseh daun keladi....hihihihi
RESEPI DOH ASAS BUN MANIS ROS
Bhn2:
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim
milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur (
tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar
butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil
bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik
madu
*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix
vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan
Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai
siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika
uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak
melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah
letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8
hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat
doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan
dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas
itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3
bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan
mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak
sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali
ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit
atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan
kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan
doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni
penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi
memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
- Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros
sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau
ringan, dan juga kenyang apabila di makan.
Yummy....roti ni mmg agak padat tp tetap lembut dan gebu....sedaaappppp