Friday, November 2, 2012

Creamy Potato N Chicken Soup Simple.....


Assalamualaikum wbt dan salam manis di hari Jumaat 021112 bersamaan dgn 17 Zulhijjah 1433H...semoga hari ini mendatangkan  seribu keberkatan bg kita semua...Aamiin..

Sup ni mmg anak2 Liza suka sgt, kali ni Liza gabungkan kentang dan jugak ayam,,kiranya ada protein dan karbohidrat....tp Liza ni mmg jenis yg suka masak benda yg simple2, mcm sup ni pun bnyk bhn yg Liza skip tp rasa mmg takde beza langsung....ye la masak ni ikut citarasa kita la kan, campak je apa brg yg ada kat dapur tu, insyaallah menjadi....

Jom kita tgk resepi sup yg paling simple Liza buat...

RESEPI CREAMY POTATO N CHICKEN SOUP

Bhn;

Ubi kentang - 3 biji (cuci dan rebus dgn sdkt garam hingga empuk dan lembut)
1 keping dada ayam -rebus bersama sdkt garam hingga msak, ketepikan
Susu segar - 2-3 cawan
Air - jika perlu
1 kiub ayam

- blend kentang bersama susu atau air hingga halus
- masukkan ke dalam periuk dan masak
-- siat2kan isi ayam dan masukkan ke dlm sup td.
- masukkan juga kiub pati ayam dan didihkan
- tambah sedikit air jika sup terlalu pekat
- rasakan dan siap utk dihidang

*kalau nak tambah sdkt marjerin ke dlam sup pun blh..ikut citarasa msg2.
*Liza tak masukkan tpg gandum utk pekatkan kuah sbb ubi kentang tu dahcukup utk memekatkan kuah sup..kalau nak tambah hirisan ayam @ mushroom pun blh..
*sup ni mmg berkhasiat dan mengenyangkan sbb kentang tu salah satu sumber karbohidrat...jd sgt sesuailah utk breakfast...

Atau pada sesape yg nk try resepi dr Madihaa ni pun blh jugak...

RESEPI SUP KENTANG MADIHAA


2 biji ubi kentang, direbus empuk dan dilecek lumat
2 cawan santan - MaDiHa guna santan segera (1 cwn santan kotak + 1 cwn air)
1/2 bwg besar, dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tuangkan santan ke dalam periuk atau casserole dan panaskan di atas api sederhana.
2. Bila agak mendidih masukkan kentang lecek dan semua bahan2 lain kecuali
tepung jagung.
3. Kacau dan masak sehingga sup nampak agak pekat dan menggelegak.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan sup.
5. Masak hingga sup pekat, adjust masin garam dan bolehlah diangkat dan dihidang
bersama homemade garlic bread.





Liza mmg selalu sgt buat sup ni sbb simple n yg penting anak2 cukup suka...anak suka, ibu setuju....hihihii


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...