Tuesday, November 26, 2013

Burger Otak Otak...



Ni lah hasilnya burger otak otak yg Liza buat, terangkat habis..kalau sape yg nak buat popia otak2 pun boleh jugak dr resepi otak otak yg Liza buat hari tu..jom kita tgk

RESEPI OTAK OTAK TENGGIRI
Bhn2:
3 keping ikan tenggiri atau ikan merah ~ diambil isinya sahaja dan dicincang halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 batang cili merah ~ dibuang biji dan dikisar halus
5 tangkai cili kering ~ direndam hingga lembut dan dikisar halus
4 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
3 biji buah keras ~ dikisar
1 cm halia ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
1 cm kunyit hidup ~ dikisar
175 ml pati santan
garam secukup rasa
1 kiub ikan ~ ita tambah- Liza tak letak
20 helai daun kelapa ~ ita gantikan dengan daun pisang
Lidi secukupnya

Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.
Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya
Tunggu sehingga kuah sejuk
Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi
Sudukan ramuan ke atas daun kelapa atau daun pisang
Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya
Gril sehingga masak
Hidangkan bersama hirisan limau nipis dan sambal belacan dan makan bersama nasi panas.

- Liza buat bentuk dgg burger, bulat2kan dan leperkan sikit..





Ikan Goreng Celup Tepung...


Assalamualaikum wbt dan salam manis semua..pekabar? Sejak kebelakangan ni cuaca mmg tak menentu, kdg hujan kdg panas..macam kat sini pun, hari ni mentari baru je muncul, hujan dr pagi lagi..bila musim2 cmni bnyak la penyakit yg datang kan, so, jagalah kesihatan diri n family elok2 ye..

Berbalik pada ikan goreng celup tepung ni, ni antara menu yg mnjadi peberet arwah ma..kalau dulu2 bila dia beli je ikan selar kuning yg segar, kompem dia akan grg tepung cmni utk ratah cicah ngn sos je..mmg sedap bangett, atau boleh jugak mkn dgn nasi kerabu,perghhhh..



Untuk buat tepung gorengan ikan ni biasanya arwah ma gunakan tepung gorengan yg sama utk goreng pisang, Liza pun..



RESEPI IKAN GORENG CELUP TEPUNG

Bhn2:

10 ekor ikan selar kuning - bersihkan dan belah belakang
2 cawan tepung beras
1 s/b air kapur
Sedikit kunyit / pewarna kuning
Garam, gula
Air secukupnya
Minyak

- masukkan tepung, serbuk kunyit, air kapur, garam n gula ke dlm mangkuk..
- gaul rata dan masukkan air secukupnya,,jgn terlalu cair atau terlalu pekat ye..
- panaskan minyak, celop ikan dan grg hingga keemasan..
- tepung gorengan ni sesuai jugak utk pisang, cempedak dan lain2..

Monday, November 25, 2013

Durian Bites....


Musim durian dtg lagi, boleh dikatakan sepanjang jalan ada org jual raja buah ni kan...hari tu hubby beli sbb dia cakap nk makan pulut durian..durian masih ada bnyak lg lepas makan pulut durian tu, so Liza decide utk buat something yg dah lama Liza nk buat...hihii

Ni gara2 dok makan Durian Pop kat Marrybrown hari tu, tapi kat Mb diaorang goreng celup tepung n golek pulak atas breadcrumb kan..

Liza punya ni cara ringkas je, guna roti..jom kita tgk cara2 Liza ye..



RESEPI DURIAN BITES

Bhn2:
Isi durian secukupnya
Beberapa keping roti - digelek nipis
1 s/b tepung jagung + sedikit air
Serbuk roti / breadcrumb
Sebiji telur - kocok sedikit
Minyak



roti yg digelek nipis td dipotong 4 .
- ambil sekeping roti, letakkkan sedikit isi durian dan letak sekeping roti lg di atasnya..
- sapu sedikit bancuhan tepung jagung dan sapu di keliling roti utk melekatkan roti tersebut..
- celup dalam telur dan golek dlm breadcrumb, buat hingga habis..
- panaskan minyak dan grg roti tersebut dgn api sederhana hingga keemasan...
- wallllaaa, siap dihidang..


Shepherd's Pie...


Assalamualaikum wbt...sebenarnya dah lama nak buat shepherd's pie ni tapi tergendala atas sebab2 tertentu..hihii
Hari tu bila ternampak kentang dok bergolek kat dapur terus terfikir nak jalankan projek ni, ye la anak2 pun tgh cuti sekolah sekarang kan..Liza buat 6 bekas ramekin tu utk lunch, alhamdulillah kenyang dan anak2 pun suka sgt, lain kali boleh buat lagi... 

Liza ambik resepi dr dapur Kak Ummi, thnx ye kak..

RESEPI SHEPHERD'S PIE

Bhn2:

Bahan A (Untuk Inti):-
 
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - akak x letak pun
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun)
  • Garam secukup rasa
     
Cara Memasak Inti:-
 
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...



Bahan B (Untuk Pai):-
 
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-
 
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

Friday, November 22, 2013

Laksam Special...




Assalamualaikum wbt dan salam di hari Jumaat 19 Muharam 1434H...laksam, oh my peberet...tgk gambar ni pun dah rasa nak makan...huhhh parah betul la..

Liza masih gunakan resepi yg sama dan cara yg sama utk laksam ni, cuma yg menjadikan dia special sbb Liza tambahkan serunding dgg..kalau sesape yg nak tau kesedapan laksam ni, try lah mkn dgn serunding, kompem bertambah2...perghhhh



RESEPI LAKSAM HOMEMADE SPECIAL

Bhn2:

BHN2 LAKSAM :4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
Sdkt minyak

- cara2 buat laksam blh tgk link kat atas yer..


BHN2 KUAH :

10 ekor ikan sardin / kembong - rebus dan ambil isinya
15 ulas bwg merah
2 inci halia
2 s/t serbuk lada hitam
2 biji santan kelapa
Garam
Gula, srbk perasa

- kisar halus ikan rebus, bwg merah, halia bersama sedikit santan.
- masukkan ke dlm periuk, masukkan lebihan sntan dan serbuk lada hitam.
- masak dgn api sederhana,masukkan garam, gula dan srbk perasa.
- biar hingga didihdan tutup api.

#kuah laksam ni perlu sentiasa dikacau utk mendapatkan kuah yg cantik dan tidak berketul2..#



BHN2 SAMPINGAN:Timun - hiris halus memanjang
Bunga kantan - hiris halus
Daun kesum - hiris nipis
Kcg panjang - hiris nipis
Taugeh
Sambal - lada kering / cili api + garam (tumbuk hingga lumat).




Thursday, November 21, 2013

Talam Gula Merah....



Kuih yg sentiasa jadi rebutan family Liza, nak2 pulak kalau santan atas tu lembik2, mmg terbaik la resepi kuih dr Kak Yati ni..besttt

Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, terima kasih kak..




RESEPI TALAM GULA MERAH

Bhn2:
Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Bahulu...



Assalamualaikum wbt...bahulu ni mmg peberet hubby ngn anak2 Liza, cuma Liza kurang sikit kuih2 cmni...tapi terpaksa la belajar buat sbb hubby ngn anak2 suka sgt...bila tgk diaorg makan mmg hilang segala penat lelah buat bahulu ni..bg org2 yg amatur cm Liza ni, buat bahulu mmg mencabar, kdg2 jadi, kdg2 tidak...huhhhh


RESEPI BAHULU

Bhn2:

4 biji telur
120gm tpg gandum
1/4 s/t baking powder
1/2 s/t esen vanila / esen ros
80 - 90gm gula kastor - panaskan sekejap hingga suam2
1/2 s/t ovalette - optional


Cara cara (yg ni Liza CnP dr Tuntung sbb sama cara dia)

  1. Pukul telur , ovalette dan gula sehingga kembang dan pekat. -bab ni mmg betul2 penting yer kalau tidak bahulu tak akan mnjadi..
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan. - yg ni penting utk elak bahulu melekat kat acuan
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti. - suhu oven bergantung pada jenis oven, biasanya 200 C - 250 C


Wednesday, November 20, 2013

Masala Kambing Pakistan....



Dah lama rasanya nk try masala kambing Pakistan ni..ye la kan, kalau dah namanya masala ni biasanya mmg sedap hingga menjilat jari...jadi kali ni Liza merantau jauh sikit ke Pakistan utk cuba resepi ni, perghhhh mmg tak sia2 lah perjalanan sejauh tu...ihhihii

Masala kambing ni mmg sedap, mana tidaknya, dah resepi dr chef Pakistan, kompem la sedap...terima kasih sgt2 pada Kak Fatim yg sudi berkongsi dgn kita semua resepi masala kambing Pakistan yg sedap ni...tapi ada bhn2 yg Liza tambah ikut selera..



RESEPI MASALA KAMBING PAKISTAN

Bhn2:

1 Kilo kambing
Air secukupnya untuk merebus
Semangkuk santan / secawan susu / secawan tairu (pilih salah satu)- Liza guna yogurt

4 biji ubi kentang - potong 4
Daun ketumbar - potong

Rempahnya:

2 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk rempah saja(coriander powder)
2 sudu makan serbuk paprika (boleh dibeli di hypermarket)
1 sudu makan serbuk cili atau cayyenne (boleh dibeli di hypermarket)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam masala (dapatkan dikedai rempah/mamak)
1 sudu teh serbuk pala
2 sudu makan tomato puree

2 s/b rempah kari - Liza tambah
Bahan tumis :

Minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji buah tomato dicincang
3 inci halia ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih ditumbuk lumat

Cara-cara memasaknya:

1. Seperti biasa, masuk dapur bacalah doa memudahkan kerja :
"Rabbana atina milladunka rahmataw wahaiyiklana minanrina rashada "

2. Pasang api bacalah doa ini:
" Allahhumma la aisya illa aisul akhiroh, faqfirli ansori wal muhajiroh"

3. Rebus daging kambing sehingga empuk.
4. Panaskan minyak. Tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
5. Setelah garing, masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk.
Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan rempah dan sedikit air.
Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
6. Seterusnya masukkan tomato puree. kacau lagi sehingga pecah minyak.
7. Seterusnya masukkan kambing beserta sedikit air rebusan. Kacau lagi sehingga mendidih.
8. Akhir sekali masukkan santan/susu atau tairu. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
9. Taburkan daun ketumbar, daun bawang dan cili semasa menghidang.
10. Boleh dimakan bersama nasi putih, nasi hujan panas, nasi minyak atau nasi beriani.
Bismillahirrahmanirrahim..




Kat dapur kak Fatim ni bnyak mengingatkan kita ttg doa2 utk memulakan sesuatu kerja...terima kasih kak...

Nasi Karot Special...


Assalamualaikum wbt...nasi karot ni dah lama bebenor melapuk dlm folder..tuan dapur sendiri pun dah tak ingat bila masa membuatnya...hihii



Buat nasi ni utk gandingkan dgn ayam golek beriani dulu..kalau nk tgk resepi ayam golek beriani tu boleh intai kat SINI ye..kali ni Liza letakkan resepi nasi karot ni pulak, saje2 nak tambah special sbb Liza tambahkan rempah beriani dlm nasi tu...jom kita tgk.

RESEPI NASI KAROT SPECIAL

Bhn2:

6 cawan beras basmathi - rendam 30 minit
2 batang karot - parut halus
71/2 cawan air
3 s/b rempah beriani
1 biji tomato *
1/2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 inici halia *
2 s/b minyak sapi
Rempah 4 sekawan
1 tangkai daun ketumbar - hiris halus
Garam,gula secukup rasa
Daun pandan



- blend halus bhn2 bertanda * dan campurkan dgn rempah beriani..
- panaskan minyak sapi, masuk daun pandan, rempah 4 sekawan dan bhn2 blend yg dicampur dgn rempah beriani td..
- bila dah naik bau masukkan beras, air, karot parut, garam dan gula..
- bila nasi hampir kering, masukkan daun ketumbar.
- biar nasi masak sepenuhnya..




Monday, November 18, 2013

Otak Otak Tenggiri....



Ni la first time Liza buat sendiri otak otak ni, tu pun sbb angah mmg suka sgt makan otak otak ni, pantang dia jumpa org jual otak otak mst dia suruh beli..tapi dlm bnyak2 tempat yg kitaorg mkn, kat Umbailah yg paling menepati selera, katanya kat sana otak otak dr Kempas..

Hari tu kebetulan bnyk ikan tenggiri yg hubby beli, jadi terlintas lah nk buat otak otak ni, tapi sebenarnya risau jugak takut tak sama dgn rasa yg diharapkan..dlm bnyak2 resepi ni Liza terberkenan dgn resepi otak otak dr dapur Kak Ita, terima kasih kak...



RESEPI OTAK OTAK TENGGIRI

Bhn2:
3 keping ikan tenggiri atau ikan merah ~ diambil isinya sahaja dan dicincang halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 batang cili merah ~ dibuang biji dan dikisar halus
5 tangkai cili kering ~ direndam hingga lembut dan dikisar halus
4 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
3 biji buah keras ~ dikisar
1 cm halia ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
1 cm kunyit hidup ~ dikisar
175 ml pati santan
garam secukup rasa
1 kiub ikan ~ ita tambah- Liza tak letak
20 helai daun kelapa ~ ita gantikan dengan daun pisang
Lidi secukupnya

Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.
Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya
Tunggu sehingga kuah sejuk
Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi
Sudukan ramuan ke atas daun kelapa atau daun pisang
Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya
Gril sehingga masak
Hidangkan bersama hirisan limau nipis dan sambal belacan dan makan bersama nasi panas.



Liza pun buat burger otak otak dr bhn2 yg sama...hubby ngn angah cukup suka dgn rasa otak otak ni, sedap, itulah  komen dr diaorg...terima kasih sekali lg Kak Ita...

Bun Pandan Kaya....


Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua kengkawan yg Liza sayangi...dah lama betul rasanya tak masuk dapur ni, tak taulah kenapa rasa lemau semacam je...tapi hari ni terpaksa gagahkan jugak utk publishkan n3 yg dah lama tersimpan...



Macam bun kaya ni pun dah lama Liza buat, ambik dr dapur CMG, terima kasih banyak2 ye Cik Mat...sebenarnya Cik Mat ni sumber inspirasi Liza, bak kata role model la sbb walau sesimple mana pun masakan dia, dia akan tetap publishkan dan Cik Mat pun suka berkongsi idea2 baru utk mengindahkan lg masakan tu..jadi secara tak langsung ia akan memudahkan bg sesiapa saje yg baru nak berjinak2 dgn dapur ataupun org macam Liza yg sukakan masakan yg simple2...terima kasih bebanyak Cik Mat...

Dah panjang jugak bebel kan, so, kita terus tgk resepi ye..



RESEPI BUN PANDAN KAYA

Bhn2:

350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-) -skip
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat kaya roll pun ok, canai adunan rata2, sapu kaya dan gulung macam swiss roll, pastu kerat dan susun. Bila sampai waktu membakar, spray air dan tabur kelapa kering.





Friday, November 1, 2013

Apam Polkadot Gebu...



Kali ni Liza cuba pulak buat apam polkadot yg guna minyak, ni pun gara2 tgk kat dapur Mas hari tu...katanya resepi ni dr Cide De Nuanza, thnx pada kedua2nya ye..kali ni Liza buat 2 filling, yg kaler pink tu filling strawberry dan kaler oren tu mestilah filling oren kan...mmg sedap..




RESEPI APAM POLKADOT GEBU

Bahan A :
 
3 biji telur
2 sudu teh ovalete
3 sudu besar minyak masak
200 gram gula castor
 
 
 
Bahan B: 
250 g tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
150 ml susu segar (sy guna susu tin f&n)
 
 
 
Cara :

 
Pukul bahan A kat atas sampai kembang n gebu...adunan akan jadi berganda2 dan keputihan)
Lepas adunan tadi kembang, masukkan tepung selang seli dengan susu sampai habis dan pukul sebati.
Lepas tu bahagi la ikut berapa kaler yg nak

Sediakan acuan (bekas lompang kaca atau plastik), isikan cup kertas di dalamnya, masukkan sedikit adunan
(lebih mudah kalo masukkan adunan dlm plastik, just paipkan)
paipkan separuh je, pastu leh la letak filling (inti) yg di sukai..
kemudian paipkan baki lg separuh hingga memenuhi cup

ambik kaler lain, dot2 kan atasnya (masa dot2 ni, gunting bucu plastik lubang kecik je)

kemudian panaskan kukusan hingga airnya mendidih
kemudian kecilkan api 
kukus selama 9-10 mnt (sy kukus 9 mnt)

dlm resepi asal, 15 mnt, tp nti habis pecah apamnya
jgn terlalu sekejap, nti dlmnya x masak...bab ni kena la try error sendiri ye berapa mnt yg sesuai...test 2-3 cup dulu...
sbb lain dapur, lain pengukus, lain hasilnya



Daging Palembang...


Assalamualaikum wbt...pejam celik pejam celik hari ni dah 1 Nov 2013 kan, sekejap je rasanya dah nak penghujung tahun...rasa2nya azam tahun ni dah tertunai ke belum, kalau belum tu cepat2 lah laksanakan ye, insyaallah apa jua halangan dan rintangan akan dapat kita tempuhi dgn pertolongan Allah swt..so, jgnlah ketepikan Dia Yg Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi...sebenarnya ni jugak peringatan utk diri Liza sendiri sbb kdg2 tu kita alpa, semoga dosa2 kita sepanjang membelakangkan Dia akan terampun...Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah segala dosaku...



Ok lah berbalik pada lauk daging Palembang ni, sebenarnya dah lama Liza buat, Liza pun dah lupa...hihi

Resepi ni Liza ambik dr dapur Madiha, Liza tgk ramai yg dah buat kan..Liza suka sgt dgn resepi ni sbb simple je cara2 nak buat dan tak ambil masa yg lama...




RESEPI DAGING PALEMBANG


Bhn2:

700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ MaDiHaA tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar - Liza pun guna kerisek
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
(MaDiHaA tambah 1/2 batang carrot & sebiji bawang besar yang dibelah 6)

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...