Wednesday, February 27, 2013

Roti Manis Ala Jepun....



Hari tu ternampak roti manis ni kat dapur Kak Yati terus teringin nak cuba sbb hubby mmg suka dgn roti yg bergula cmni...tak dapat g Jepun pun tak pe la, janji dpt mkn roti jepun kan...hihihi, resepi asal dr Gert...CMG dgn Kak Ummi pun dh buat roti yg gebu ni...

Utk menepati selera cik hubby yg suka mkn roti yg ada gula ni kan, Liza tabur la sdkt gula kasar kat atas roti tu...
Puas hati tgk cik hubby mkn, lepas satu, satu dia ambik...lepas ni akan ada ulangan roti ni, yang tu ..PASTI...hihihii

Liza mintak izin share resepi roti ni kat sini pulak ye, mintak halal...

RESEPI ROTI MANIS ALA JEPUN

Bhn2:

375 g tepung roti (high protein flour)
100 g tepung gandum
35 g susu tepung
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih)
40 g mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  3. Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemaran atau seri kaya.


Rich Chocolate Moist Cake....



'Dah lama umi tak buat kek coklat mcm ni,' angah cakap...hihihi
haaa, ni umi dah buat, mkn sampai puas ye...resepi ni ambik dr dapur Madihaa, manyak syok layan ini kek wooo....hihihi

Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, thnx Madihaa...

RESEPI RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

Bhn2:

BAHAN A:
170gm butter
300gm gula castor
3 biji telur

BAHAN B :
2 tsp serbuk nescafe segera
1 tbs air suam
1 tsp esen vanilla
1 tsp choc emulco

BAHAN C :
225gm tepung gandum
65gm serbuk koko
1/2 tsp garam halus
1 tsp soda bicarbonate
1 1/2 tsp baking powder

180ml air sejuk dari petiais

CARA-CARA:
1. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi, putar Bahan A sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu dan terus putar.
3. Campur sebati semua bahan B dan titiskan ke adunan butter tadi. Putar seketika dan hentikan putaran.
4. Ayak Bahan C. Masukkan berselang-seli dengan air sejuk bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung. Gunakan spatula untuk mengkaup balik adunan. Jangan putar.
5. Alas dan gris loyang bulat 9". Bakar pada suhu 175 darj cel selama 40min atau sehingga kek masak.


TOPPING
1 tin susu pekat
90gm serbuk koko
100ml minyak jagung atau butter cair
1 tsp esen vanilla

Di dalam periuk, panaskan susu sebentar. Ayakkan serbuk koko ke dalam susu, terus kacau rata. Masukkan minyak/butter cair dan vanilla. Kacau sehingga rata dan berkilat, lebihkurang 5 minit. Biarkan suam baru tuang atas kek yang telah sejuk. Hias ikut suka.


Nasi Impit Goreng....


Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...hari ni cuaca ok sikit, diharapkan panas sampai ke petang la kan...sbb bila hujan ni bnyak aktiviti yg tergendala n terpaksa ditangguhkan...ape2 pun hujan tu sebenarnya rahmat pd kita, sebagai manusia kita sepatutnya bersyukur dgn apa yg Allah beri pada kita...jgn suka mengeluh, tak baik tawww...hihihihi

Berbalik la pada nasi impit grg, ni la pestime Liza mkn nasi impit grg..selama ni dok tgk je resepi yg berlambak2 tp tak pernah terbuka hati langsung nak try buat..sehinggalah satu hari tu dok borak2 dgn adik, dia bgtau dia dh buat nasi impit grg tu. sedaapp..dia cakap k.za try la...so, ni lah hasilnya...taraaaa


Rupanya mmg betul2 sedap bagai dikata, nak2 pulak Liza tambah ayam grg KFC kat dlm tu...perrghhhh

Resepi ni Liza ambik dr dapur Kak Ita yg diambil dr buku masakan Dato' Chef Wan...jom kita tgk resepi ye, thnx Kak Ita..

RESEPI NASI IMPIT GORENG

Bhn2:

Sedikit minyak masak
600 gm nasi himpit ~ dipotong kecil
1/2 sudu besar kicap pekat
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
4 ulas bwg merah - Liza tambah
1/2 sudu besar cili kisar
4 biji telur ~ dipukul sedikit
100 gm lobak putih jeruk ~ ita tak letak
400 gm dada ayam ~ dipotong kecil - guna ayam KFC
3 keping sosej ayam ~ dipotong kecil
400 gm taugeh
150 gm daun kucai ~ di potong 1 inc

Bahan Sos

50 ml Kicap cair
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
100 ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sedu besar serbuk pati ayam

Sediakan sos.

Kacau semua bahan bersama gula, garam dan serbuk pati ayam.
Perasakan secukupnya jika perlu dan ketepikan



  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali.
  2. Goreng nasi himpit dengan kicap pekat sehingga rata warnanya.
  3. Angkat dengan sudip berlubang dan ketepikan.
  4. Panaskan kuali sekali lagi dengan baki minyak yang tinggal dalam kuali.
  5. Tumiskan bawang putih dan cili kisar di atas api sederhana sehingga harum.
  6. Kemudian tambahkan nasi himpit yang di goreng tadi dan goreng sekali lagi sehingga rata.
  7. Masukkan telur, lobak putih jeruk, ayam, sosej dan perasakan secukupnya.
  8. Goreng selama 5 minit sehingga ayam masak sepenuhnya
  9. Masukkan taugeh dan daun kucai
  10. Kacau cepat-cepat dan matikan api
  11. Hidangkan segera

Monday, February 25, 2013

Puding Coklat Oreo...





 


Dah lama sangat buat puding ni, anak2 mmg suka dgn gabungan rasa coklat n oreo tu, sedapp...makan bnyak pun mmg tak sedar, hiihhii..dan umi dia pulak paling suka tang bab nak buat tu, senang bangat...thnx Ros atas perkongsian resepi yg sedap ni...
 
Tapi puding oreo yg Liza buat ni tak nampak berlapis sbb Liza tak keluarkan puding ni dr acuan, lupa la...hihihi, so, kalau nak tengok puding oreo yg cantik berlapis, silalah ke rumah Ros ye..sebenarnya lg bnyak oreo yg kita letak lg tebal lapisan dia tu dan lg cantik la...
 
RESEPI PUDING COKLAT OREO
 
Bhn2:
 
1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara

1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.

2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
 



 



Ayam Panggang Ala Kenny Rogers...

 
 
 

Dah berulang kali buat ayam panggang Pak Kenny ni, sedap...dah pernah buat kat SINI, tp Liza tempek lg resepi kat sini utk menyenangkan rujukan...

Resepi ni Liza CnP dr dapur Mamasya, thnx a lot mama sbb sudi panjangkan resepi yg marbeles ni...


RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Bhn2:
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- bakar 4 chicken leg/paha

Bahan-2 untuk make up ayam
3 biji bawang besar - letak 2 biji bwg shj
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-Cara

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.

Nota dapur mamasya
Berdasarkan pengalaman 3x buat, oleh krn ayam yg mama buat ni guna chicken leg, bolehlah dibalek2 ayam agar masak serata.tp pastikan semasa ayam dibalek dipegang berhati2 dgn sepit agar kulit ayam tidak koyak dan rupa ayam akan nampak elok bila masak. Dan pastikan langkah2 menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis dibuat. Ini perlu supaya ayam tidak terlalu kering dan lebih sedap rasanya tp jgn letak terlalu byk campuran rempah nanti tak elok rupa paras ayam bakar ni.

Daging Goreng Lada Hitam Capsicum...


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...resepi ni Liza main campak2 je sbb anak2 ngn cik hubby mmg suka lauk2yg ada lada hitam cmni...disebabkan Liza mg suka dgn lauk2 perap ni, so, kali ni Liza perapkan dgg dgn sos lada hitam...

Kalau takde sos lada hitam pun, mgkn blh jugak guna srbuk lada hitam yg biasa tu..resepi Liza ni mmg simple sgt dan Liza letak capsicum hijau sbb nk perabis stok...kalau tak de pun tak pe..

Jom intai resepi..



RESEPI DAGING GORENG LADA HITAM CAPSICUM

Bhn2 A:

1/2 kg dgg - hiris nipis
4 s/b sos lada hitam - guna serbuk lada hitam pun boleh
4 ulas bwg putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk

- perap bhn2 di atas dgn dgg lbh kurang 2-3 jam.

Bhn2 B:

1 biji capsicum hijau - potong kecil
1 labu bwg besar - hiris nipis
2 s/b sos tiram
Garam, gula secukup rasa
Minyak
Air secukupnya

- panaskan sdkt minyak dan tumis bwg besar hingga wangi.
- masukkan sos tiram, gaul dan masukkan dgg perap td, masukkan sdkt air, garam dan gula.
- masak hingga dgg empuk dan masukkan capsicum hijau dan gaul sebati...


Thursday, February 21, 2013

Rendang Ayam Bonda...



Buat lg rendang ayam ni sbb kat umah ni kalau buat lauk2 cmni mmg laju je...nak2 pulak kalau ada ketupat daun palas ataupun pulut kuning...fuhhh mmg kompem tak nmpak MIL dok jeling2...hhihi

Sebenarnya asas nk buat rendang ni lebih kurang sama je kan, ni pulak resepi rendang dr arwah ma yg mmg selalu Liza guna...dulu dah pernah buat rendang itik tp guna resepi lain yg kena tumis dulu...kali ni tak payah nk tumis2 , terus campak je semua nya...hihihi

Jom kita tgk resepi..

RESEPI RENDANG AYAM BONDA

Bhn2:

1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 keping asam gelugor
1 keping kecil nise/ gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):
 
10 biji bawang merah
5 batang serai
3 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
20 tangkai cili kering
 
Cara Memasak:-

Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali dan kacau atas api perlahan.
Kacau sekali sekala je ye, nnt isi ayam hancur..
Masukkan garam, nise/gula melaka dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata.
Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
Bila dah seimbang rasanya, tutup api..
Dah pun siap, boleh mamam...
 

Kepak Ayam Madu Panggang...



Anak2 Liza mmg suka dgn kepak ayam madu ni, tiapkali diaorg tgk ada org jual kepak ayam madu ni, mesti suruh beli...tp jarang jugak la Liza beli sebab pernah sekali tu kepak tu rasa tawar je, mgkn tak cukup perap kot...last2 cakap kt anak2, tak pe la, nnt umi try buat ye..

Pastu bila dh jumpa wing ni, mulalah fikir cmner org yg jual tu buat ye, apa bhn yg diaorg letak, nk cari resepi malas la pulak, so, campak je la apa yg ada, janji anak2 tak sakit perut....hihii

Moh la kita tgk resepi Liza yg simple ni ye..

RESEPI KEPAK AYAM MADU PANGGANG

Bhn2:

12 ketul kepak ayam - basuh tos
1 s/b serbuk cili
6 s/b madu
2 s/b serbuk lada hitam
1 s/k garam
2 s/b sos tiram

- gaul kepak ayam dgn semua bhn dan perap lebih kurang 5-6 j atau semalaman.
- panaskan oven 170C.
- letak kepak ayam atas dulang yg dilengser minyak dan bakar 15 minit atau hingga masak, sentiasa balik2kan kepak ayam utk masak yg sekata..



Mkn dgn kentang grg n coleslaw, sedap n kenyang...alhamdulillah..


Burger Sos Lada Hitam...




Assalamualaikum wbt...biasa beli je burger sos blackpepper ni, tp kali ni buat sendiri sos tu, baru puas hati mkn...tp adik tak nak sos ni, dia cakap dia nk burger biasa je...ape2 je la kan...

Sos blackpepper ni Liza ambik kat dapur Hana, masa tu dok terliur nengok oblong burger Hana, tp Liza baru buat hari tu guna sos bbq, so, kali ni Liza guna roti n dgg burger je...sama je kan...hiihihi

RESEPI SOS LADA HITAM

Bhn2:
  • 2 cawan stok ayam- (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - hana buh 1/4 je
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
 
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging oblong (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging oblong yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.

Monday, February 18, 2013

Muffin Strawberry n Chocolate...




Lagi resepi muffin yg Liza cedok dr dapur CMG yg makin popular sekarang ni...Liza sbenarnya mmg kagum dgn Cik Mat ni dr dulu lg, mmg bnyak resepi yg Liza ambik dr dapur dia dan alhamdulillah semuanya menepati selera kami...

Tapi kali ni Liza gaulkan sekali strawberry filling tu dgn adunan muffin, mmg sedap walaupun derhaka sikit....hihihii..
Akak mintak izin share resepi kat sini ye Cik Mat..thnx

RESEPI MUFFIN STRAWBERRY

Bhn2:

170 g mentega
170 g gula halus (castor sugar)
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
160 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
Strawberry filling secukupnya (atau guna apa filling kegemaran)

Coklat duit ( patahkan)- Liza tambah

Bahan Hiasan:-
100 g coklat berperisa strawberry, dicairkan secara double-boiler (tapi gunakan api paling perlahan dan biar mangkuk sederhana panas untuk mengelakkan coklat bertukar warna...Tips dari Ho Ah Lin @ Chef Nor Zailina Nordin...terima kasih!!)

Cara membuatnya:-

  1. Panaskan oven pasa suhu 175C. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan esen vanilla dan putar. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar tadi hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan adunan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh. Sudukan 1/2 camca teh strawberry filling dan sudukan sedikit lagi adunan untuk menutupi filling tadi. Isi hingga 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar selama 20 minit hingga kuning keemasan.- Liza campurkan terus strawberry filling n coklat duit tu dlm adunan.
  4. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum dihias dengan coklat berperisa strawberry (jika suka).


 

Karipap Apam...

 
 
Buat apam ni gara2 dok terliur tgk kat dapur Kak Ita, mmg comel2 apam yg Kak Ita buat, kaler maler lagi....hihhii
 
Tapi Liza tak buat inti kelapa, yg merah tu Liza letak inti kacang merah dan yg kuning tu Liza letak inti kaya...anak2 lg suka inti kaya sebenarnya..tp adunan ni tak dapat bnyak pun, bg sesape yg nak buat bnyak tu eloklah gandakan sukatan bhn2..kang tak cukup pulak...hihihi

 
 
Sebenarnya inti tu terpulanglah pada citarasa masing2, suka hati nk letak apa pun sbb kita yg nk mkn kan...kalau nk tgk inti kelapa klik kat SINI atau SINI...


 


Liza nk ucapkan terima kasih pada Kak Ita sbb memanjangkan lg resepi yg asalnya dr Mama Mimi, thnx pada kedua2nya..Liza share kan resepi ni kat sini pulak ye...

RESEPI KARIPAP APAM

Bhn2:

Kulit:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/2 sudu teh yis kering
2 sudu besar gula pasir
Secubit Garam
1/2 sudu teh eno biru
1/2 sudu teh pes pandan
Beberapa titis pewarna makanan

Satukan 1 cawan tepung, gula, garam, air dan susu. Kacau rata
Tambahkan yis
Kacau rata
Tutup bekas dengan plastik
Perap adunan selama 1 jam

Selepas 1 jam, tambahkan Eno
Kacau rata
Kemudian tambahkan pes pandan dan pewarna makanan
Kacau rata

Panaskan non stick pan
Letakkan sedikit minyak
Sendukkan 1 senduk adunan dan layangkan pan agar adunan rata
Masak sehingga 2~3 minit jangan sampai hangus
Setelah angkat terus letakkan atas acuan karipap dan masukkan inti
Untuk mengelakkan kulit melekat pada acuan, letakkan sedikit minyak pada gigi acuan karipap agar mudah dikeluarkan dan tidak koyak
Ulang sehingga habis





RESEPI INTI KACANG MERAH BONDA

Bhn2:
250 gm kacang merah - rendam semalaman dan rebus hingga empuk
1 cawan gula pasir
1/2 keping nise / gula merah
1 helai daun pandan
2 s/b tpg jagung + sdkt air - bancuh
Secubit garam
Sdkt minyak

- mesin halus kacang merah td bersama sdkt air.
- panaskan minyak dan masukkan kacang yg dimesin.
- masukkan gula pasir, nise, garam dan daun pandan
- masak hingga agak pekat dan masukkan bancuhan tpg jagung.
- masak lagi hingga betul2 kering dgn api perlahan.
- bila dah terasa berat, maknanya inti kacang dah siap...

# masa masak inti ni kan, dia akan meletup2, so, berhati hati lah dijalanraya....ekeekekekke #

Nasi Goreng Sambal Belacan...




Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...hari ni dah back to normal, anak2 pun dah mula sekolah, aktiviti mak2 pun berjalan mcm biasa...terkejar2 ke sana sini...

Nasi goreng sambal belacan ni Liza buat utk habiskan sambal belacan yg buat hari tu...pastu tambah lg cili merah kat dlm tu, tu yg kaler dia merah menyala...sebenarnya buat nasi grg tak susah pun kan, campak je apa yg ada kat dapur tu, janji basic dia bwg kena ada...

Bhn2 utk buat nasi ni Liza main campak je ye, jadi kena pandai lah agak2 nk letak bnyak mana..jom kita tgk..

RESEPI NASI GORENG SAMBAL BELACAN

Bhn2:

Nasi sejuk secukupnya
Sambal belacan
Cili merah / cili api ( tumbuk) - optional
Bwg merah - tumbuk
Bwg pth - tumbuk
Kangkung / sayuran lain - potog kecil
Ikan bilis grg - optional
Isi ayam/ lauk2 lain
Minyak
Garam, perasa
1 biji telur

- panaskan minyak, tumis bhn2 tumbuk hingga wangi.
- masukkan smbal belacan, isi ayam, garam dan perasa, masak hingga ayam empuk..
- masukkan telur, kacau sedikit dan masukkan nasi dan kangkung.
- gaul hingga semua bhn sebati dan bolehlah angkat dan tabur ikan bilis grg..
- taraaa...dh siap, senang kan..

RESEPI SAMBAL BELACAN

Bhn2:

10 biji cili merah
1/2 cawan cili padi
1/4 cawan gula
1/4 cawan garam
1/4 ketul belacan
1 biji tomato
6 ulas bwg merah

2 ulas bwg pth
7 biji limau kasturi - ambil jus
sedikit air


Caranya :

Bakar belacan, bwg merah dan bwg pth..

Blend semua bhn hingga lumat.
Rasalah, kalau tak cukup masam tambah lg jus limau..

Sunday, February 17, 2013

Cendawan Goreng Tempura...


Sebenarnya dah lama sgt buat cendawan grg tempura ni, pestime mkn mmg sedap, tak terasa mcm mkn cendawan pun...maaf la, jakun sikit...hihihii

So, pada sesape yg agak2 jakun mcm Liza ni, cubalh mkn cendawan grg tepung / tempura ni, gerenti tak nyesal....mcm ingatkan diri sendiri je...hihihi

Liza guna tepung tempura je, malas nk godek2 tepung...hihihhii
So, teringatlah pernah tgk chef kat hotel grg seafood guna tpg tempura ni, bknnya susah pun salut tepung, celup dlm telur pastu salut tepung sekali lg n grg...

Kalau cendawan tu besar, boleh siatkan bg kecik sikit, tp Liza xbuat sebab terlebih rajin...

RESEPI CENDAWAN GRG TEMPURA

Bhn2:

Cendawan tiram - bersih dan keringkan
Tepung tempura secukupnya
2 biji telur -kocok sikit
Minyak

- panaskan minyak.
- salut cendawan dgn tepung tempura.
- kemudian celup dlm telur dan salut tepung sekali lg..
- grg dgn api sederhana hingga garing. angkat..
- sedap dimakan masa panas, cicah dgn sos kegemaran.



Tips Goreng Cendawan Agar Ranggup

Untuk hasilkan cendawan goreng tepung yang rangup , lepas basuh cendawan tu , kita mesti perahkan cendawan tersebut hingga kering air cendawan tu, lepas tu barulah celup dalam tepung n telur dan goreng dalam minyak yang panas.


Kam Heong Chicken...



Pernah buat resepi ni dulu, tp guna udang..kali ni liza ikut resepi asal yg guna ayam...hubby ngn anak2 mmg suka lauk ni, sebab tu dah masak berulangkali...

Resepi asal Liza ambik dr Nurul, jom kita tgk resepi sekali lg ye..




RESEPI KAM HEONG CHICKEN

Bhn2:
500 gm ayam ( digoreng dengan sedikit tepung)
~ ayam diperap ngan tepung jagung dan sedikit garam, then goreng & toskan.

4 tangkai cili padi (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam bersama tepung jagung n sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
4. Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.
5. Masukkan garam, gula dan angkat.
6. Hidangkan bersama nasi putih.

Puding Susu 3 Rasa....


Puding yg sedap n paling penting senang nk buat...tulah faktor utama utk Liza yg tak berapa rajin ni....hihihihi

Resepi asal dr Gert, Liza tak dapat cari link dia, tp bebanyak terima kasih atas sumbangan resepi ni...Liza CnP resepi dr Kak Yati yg asalnya puding susu pandan, tp Liza ubah suai sikit guna stroberi n blueberry flavour..

RESEPI PUDING SUSU 3 RASA

Bhn2:
  • 600 ml air( saya tambah 100ml air)
  • 120 gram gula pasir
  • 8 gram serbuk agar agar(saya guna 10 gm serbuk agar-agar)
  • 3 helai daun pandan
  • 300 ml susu segar
  • 200 ml santan
  • beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau - guna strawberry emulco n blueberry emulco
Cara membuatnya :
 
  1. Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
  3. Tapis dan bahagi kepada 3 bahagian, satu letak blueberry emulco dan pewarna purple, satu bhgn strawberry emulco dan pewarna pink, selebihnya biarkan warna asal.
  4. Tuang adunan blueberry/ purple kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
     
  5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna pink atas puding blueberry tadi , ulang cara yg sama utk lapisan putih/ asal.
  6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....
**Sementara menunggu adunan blueberry beku di dlm acuan, adunan stroberi akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan purple beku,bolehlah tuang adunan pink ke atas permukaan adunan purple dan buat benda yg sama pada lapisan asal/ putih..


Ayam Goreng Bersos BBQ....sedapnyaaa



Resepi ayam yg gerenti tak nyesal kalau buat...anak2 Lzia cakap mcm chicken chop pulak...hihihii, mana taknya Lzia tambahkan lg sikit lada hitam tumbuk dlm tu..kuah pun Liza lebihkan sbb hubby ngn anak2 mmg suka berkuah cmni...

Resepi marbeles ni dr dapur Diana la, kat situ mmg bnyak resepi ayam yg best2...tp kali ni Liza derhala sikit sbb tak perap dulu ayam tu




RESEPI AYAM GORENG BERSOS BBQ

Bhn2:

1 ekor ayam ( 1.4 - 1.5 kg ) _ buangkan kulitnya dan dipotong kecil ( Liza guna isi ayam potong kecil)

1 biji bawang bombay _ dihiris kasar

2 ulas bawang putih _ dicincang

1 1/2 cawan Sos BBQ Special

Minyak untuk menumis dan menggoreng

Daun sup atau daun ketumbar hiris untuk hiasan jika suka


 
 

Bahan² Perap - Liza xbuat

1 tsp kicap cair Loon Kee

1 tsp Maggi seasoning

1 tsp serbuk lada hitam
 
1 tsp perencah pati ayam Tumix

2 tsp daun basil kering cincang
 
4 tbsp tepung jagung

2 biji kuning telur

1 tbsp gula

Garam secukup rasa

Cara²

Campurkan ayam bersama bahan² perap dan perap ayam

selama 30 minit.

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga

masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.

Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak dan

tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.

Kemudian masukkan ayam goreng dan Special BBQ Sos.

Gaul rata dan masak seketika.

Tutupkan api dan angkat.

Taburkan hirisan daun sup / ketumbar jika suka.

Hidang bersama nasi putih panas.

Kek Chiffon Jagung Manis Berkrim...



Resepi kek chiffon ni hasil selongkar dapur Sonia, mmg best sgt sbb Liza ni mmg peminat tegar kuih2 yg ada jagung cmni...apa je resepi yg guna jagung mst nk cuba...

Thnx ye Sonia sbb sudi share resepi ni, masa bake tu kan satu rumah berbau wangi....Liza mintak izin share resepi kat sini ye, tp hari ni Liza malas nk translate, so translate sendiri ye,lagipun bhn2 dia pun senang je...



RESEPI KEK CHIFFON JAGUNG MANIS BERKRIM

Bhn2: ( acuan chiffon 20cm @ 7 ")
4 egg yolks 20g sugar
50g corn oil
85g self- raising flour
75g sweet corn cream


4 egg whites
70g sugar
1s/t perisa jagung -  Liza tambahMethod
1. Hand whisk egg yolks and sugar till sugar dissolved.
2. Add in corn oil and sweet corn cream, mix well.
3. Add in flour and combine well, set aside.
4. Beat egg whites over high speed till foamy ( 1min for KA mixer at speed 8).
5. Slowly add in sugar, beat till soft peak form (2-3mins for KA mixer at speed 6).
6. Take 1/3 portion of egg white mixture and use hand whisk to mix with egg yolk mixture till light.
7. Fold the balance of egg white mixture into egg yolk mixture, combine well.
8. Pour cake mixture into baking pan and bake at pre-heated oven at 160c for 40min or adjust to your oven as every oven is difference.


Sos Yong Tau Foo Pedas n Manis....



Assalamualaikum wbt dan salam berhujung minggu...dah bekpes ke? biasanya kalau hujung minggu cmni, ramai yg breaklunch kan,senang....hihihii..tp zaman tu dah berlalu buat Liza yg ada anak2 besar ni..kalau dulu mungkin ya...hihihii

Hari ni Liza nk share resepi sos ytf yg mmg jd peberet family Liza...dh berulang kali buat sos ni, mmg tak menghampakan...bg kitaorg rasa sos ni mmg mcm yg org jual kat pasar mlm tu...tu selera kami la, tak tau la pulak bg org lain kan, so, pada sesape yg suka sgt mkn ytf ni, jom la kita jenguk resepi ye, mana tau nnt terbuka hati nk buat sendiri pulak kan....

RESEPI SOS MANIS YTF (HITAM)

Bhn2:

200gm taucu - siap kisar ( tumbuk)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 s/b minyak masak
1/2 s/b tpg jagung - bancuh dgn sdkt air
Gula secukup rasa

- pansakn minyak, masukkan taucu dan tumis sekejap.
- masukkan air, kacau dan biar mendidih.
- masukkan pula kicap dan gula secukup rasa..
- akhir sekali pekatkan dgn bancuhan tpg jagung dan kacau sebati..

RESEPI SOS PEDAS YTF ( MERAH)

Bhn2:

20 biji cili merah - kisar
1 cawan air
2s/b bijan ( optional)
2 s/b kcg tanah - tumbuk ( optional)
1 sb tpg jagung - bancuh dgn sedkit air
Cuka
Garam dan gula

- masukkan air dlm periuk dan  biar mendidih
- masukkan cili dan biar hingga cili masak.
- masukkan sdkt cuka, garam n gula secukup rasa.
- akhir sekali masukkan bancuhan tpg jagung utk pekatkan kuah.
- sebelum hidang, tabur bijan dan kcg tanah tumbuk td...

# Liza suka campurkan terus dua2 sos baru Liza tuang dlm bhn2 ytf...#

Friday, February 15, 2013

Sos BBQ Special....



Hari tu dok intai2 dapur Diana, terjumpa resepi sos ni...ape lg terus salin n buat...mmg tak menghampakan, walaupun ada bhn yg Liza xletak sbb xde stok..pertama kali Liza buat utk mkn dgn oblong...mmg meletup n melompat2 dlm mulut...hihihihi, ayat sape tu...

Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, thnx Diana...

RESEPI SOS BBQ SPECIAL

Bhn2:


3 tbsp minyak
1 tbsp bawang putih cincang
1 biji bawang besar _ dicincang
1 tbsp sos cili _ ( Diana guna sos cili Maggi )
5 tbsp sos tomato _ ( Diana guna sos tomato Maggi )
3 tbsp kicap cair _ ( Diana guna kicap cair Loon Kee )- guna kicap manis
1/2 tsp serbuk rempah 5 - Liza xletak
1 tsp lada hitam kisar - tambah lg 1s/t
1 tbsp gula
1 tsp garam
300 ml air

 
 
Cara²

Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga terbit aromanya.

Kemudian masukkan kesemua bahan² yang lain dan masak hingga mendidih.

Perlahankan api dan masak lagi selama 10 minit.

Angkat dan sedia untuk digunakan didalam masakan
kegemaran.



Pasta Carbonara ala Malaysia...



Ni pestime kitaorg mkn pasta carbonara, jgn gelak ye...sbb kan bnyak sgt citer2 negatif, takde langsung citer positif yg blh buat kitaorg tertarik utk mkn sos carbonara ni...

Tapi angah request hari tu suruh buat, biasa la kan bdk tgh naik ni semua benda dioarg nak try...so,ikutkan je la, kang kempunan pulak budak tu...hihihii

Liza tgk macam2 resepi yg ada, dan kebanyakan resepi sama je...Liza pun ambik jalan senang, guna sos Prego Carbonara Mushroom, senang kan...hihihii

Jom la kita tgk resepi campak2 n hentam Liza ni...hihihi


RESEPI PASTA CARBONARA ALA MALAYSIA

Bhn2:

1/2 paket small shell - nak guna pasta lain pun blh je..
1 tin Sos Spaghetti Prego Carbonara Mushroom
Sedikit isi ayam dipotong dadu

5 keping meatloaf - potong nipis
2 batang Sosej dipotong-potong

6 biji cili api -potong kecil
3 ulas bawang putih - dicincang
2 ulas bawang merah - dicincang
Garam
Lada Sulah
Serbuk Blackpepper
1 cawan Air

Sdkt minyak masak

- rebus pasta sehingga betul-betul masak...
- panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi..
- masukkan ayam, chicken meatloaf dan sosej sehingga masak.
- kemudian baru masukkan sos carbonara..kacau rata
- masukkan air dan kacau hingga agak pekat..
- masukkan garam, lada sulah, cili api dan serbuk blackpepper secukup rasa..
- bolehlah angkat dan curah atas pasta td...




Yummy...sedap jugak rupanya pasta carbonara ni kan, cuma mmg kena mkn panas2 la, baru uummmpphhhh...

Kek Span Pandan....




Assalamualaikum wbt..alhamdulillah kita masih diberi peluang utk bersama di dapur maya ni...kek span pandan ni dh byak kali Liza buat sbb anak2 mmg suka..kali ni Liza tambah krim kastad lebihan crepe durian hari tu...saje nk perabis stok...hihihii

Resepi amik dr dapur Kak Yati, resepi asal pulak dr sweet 4ever..thnx pada kedua2nya sbb kek ni mmg best, lembut gitu...

RESEPI KEK SPAN PANDAN

Bhn2:

150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum
150 gm gula kastor

5 biji telor A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar/air pandan
80 ml minyak masak / mentega cair
1 sudu teh pes pandan
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna hijau - xletak, lupa daa...
Sdkt krim kastad - Liza tambah
Cara-cara :

  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing). Yatie pkl telur bersama gula hingga kembang dulu. Lepas tu baru masukkan ovalette dan pukul lagi hingga kembang.
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar/air pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau... pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.

Wednesday, February 13, 2013

Baked Macaroni Double Cheese....


Baked makaroni yg best, ala2 mkn lasagna pun ada...nak2 pulak letak cheese yg melimpah ruah, mmg btak hengat diet dah....perghhhh, mmg sodap gitu...Ambik dr dapur tokey kek lapis Dayang yg cantik molek tu...thnx ye Dayang atas resepi yg marbeles ni....




RESEPI BAKED MACARONI DOUBLE CHEESE

Bhn2:


  • 2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan) - Liza guna makaroni je
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega

Sos Putih :

  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula

  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
Sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt

**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...