Friday, August 26, 2011

Iftar 25 : Apam Salju lagi...


Resepi ni dah ada Liza tempek..untuk memudahkan di masa akan datang Liza CnP resepinya lg yer..

APAM SALJU / NASI

Bhn2

2 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg gndum
2 cwn tpg beras
1 cwn gula perang
3/4 cwn gula pasir
2 1/2cwn air
2 cm/teh yis segera
kelapa parut & secubit garam - gaul (utk kelapa tahan lebih lama, kukus sekejap)

- kisar nasi bersama air , tuang air sdkt demi sdkt.
- masukkan gula perang dan gula pasir & kisar lg hingga sebati
- dlm satu bekas lain , campurkan kedua2 tpg dan yis dan gaul rata
- tuang bhn2 kisar td kedlam bekas tepung dan gaul hingga sebati
- tutup bekas dan perap adunan selama 3 jam
- panaskan kukusan, sapu acuan dgn sdkt minyak mkn
- sudukan adunan apam dan kukus selama 15 min.



                                                      Wahhh...posing dan posing lagi...




Strawberry Bercoklat..

Masa g jengjalan kat Genting Highland ari tu, sempat la singgah kat Strawberry Park yg dok kat Genting tu...bkn kat Cameron jer yg ada strawberry sekarang yer..bila beli kat kebun dia  mmg puas hati coz blh pilih sendiri..harga dia lbh kurang RM60 sekilo..tp ari tu tak de la beli bnyk sgt..ye la bulan pose ni bknnya habis pun..so mlm tu angah request nk mkn strawberry coklat ni..adik pulak mmg tak suka langsung buah masam2 cmni, kakak pulak suka mkn strawberry macam tu jer, jd Liza buat la dlm 5 biji strawberry utk angah,tu pun tak habis.. umi yg tolong perabis...kuikuikui




                                                               mmmm....yummmmyy

Iftar 24 : Sosej Roll..

Salam semua, mesti dok sibuk mengemas mana yg nak di bawa balik kpg kan, ke ada yg dh balik? ok lah, ari ni Liza nk share sosej roll yg buat ari tu..resepi yg simple tp sgt disukai oleh anak2..moh kita tgk...



                                             Ni masih dlm proses penggorengan...hihihi


SOSEJ ROLL

Bhn2

Roti secukupnya - golek hingga nipis
Sosej
Cheese
Serbuk roti
Telur - pukul sedikit
Minyak masak
Tepung jagung + air - sbgai gam

- letak sekeping cheese dan sosej di atas  roti yg telah digelek td.
- gulung kemas dan lekatkan hujung roti dgn tpg jagung td.
- sementara tu panaskan minyak.
- golekkan roti td ke dlm telur dan juga serbuk roti..
- bila minyak dh panas masukkan roti td dan grg hingga keemasan.



              Dah pun siapp...cepatkan..hehehe..sosej roll sedap kalau mkn dgn sos Thai @ mayonis..
-

Thursday, August 25, 2011

Iftar 24 : Lala Goreng Pattaya..Sawadikappp


Salam semua, mst tgh sibuk mengukis kan.. ye la raya dah tak lama lagi..Liza jugak la yg tak berapa nak sampai seru lagi...kekadang on, kekadang pulak off terus...hihihi..Ni pun nak share menu berbuka semalam iaitu lala grg pataya yg diambil dr umah Hana.. mmg best lauk cenggini..jom kita layan resepi pulak..


LALA GORENG PATTAYA

Bhn2

  • 1/2 kg lala
  • 3 sudu minyak masak untuk menumis
       .  3 biji cili hidup ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1 inci halia diketuk
  • 2 batang serai dibelah 4
  • 5 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos tomato/sos cili
  • 3-5 helai daun limau purut
  • 1 biji perahan limau nipis
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 gelas air…..ikut kepekatan kuah
  • daun bawang - hana gune daun ketumbar
  •  
  • garam & gula secukup rasa
Cara-cara
  • tumis serai hingga wangi
  • masukkan halia dan cili hidup yang telah ditumbuk bersama bawang putih
  • masukkan sos tiram dan sos tomato/sos cili
  • masukkan 1 sudu gula kemudian masukkan lala
  • masukkan bawang besar dan daun limau purut, dan kacau rata
  • tutupkan lala dengan tudung kuali selama 2 minit
  • buka tudung kuali…..lala tadi akan terbuka kulitnya dan sebagai petanda ia sudah masak
  • Perahkan air limau nipis dan masukkan tomato
  • rasa….dan tambahkan garam jika kurang masin (sos tiram memberi rasa masin pada masakan)
  • Hidang dengan daun bawang.

                                                 Inilah hasilnya...lala goreng pattaya

     


Iftar 23 : Agar Agar Coklat..


Agar agar ni mmg selalu buat sebab anak2 Liza suka mkn, tp biasanya Liza guna jelly.Jadi keadannya lembik la sikit kan..kali ni Liza guna agar2 pulak,resepi amik dr umah dak Hana yg comel tu..Liza CnP resepinya kat sini yer...


AGAR AGAR MILO / COKLAT

Bhn2
Bahan (Lapisan Coklat)
  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan ~k.nor guna agar2 serbuk 10gm
  • 1 3/4 cawan air (k.ummi letak hampir2 2 cawan) ~ k.nor letak 41/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula ~ k.nor letak 7sudu besar
  • 3/4 cawan serbuk Milo ~ k.nor gantikan dgn 1/3 cawan serbuk koko - Liza campur milo dan srbuk koko..
Cara-Cara:-

  • Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo@coklat, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  • Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan milo@coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnti. Jangan sampai terlalu keras. walaupon dicakar, puding akan tertanggal juga. better ketika puding tgh goyang2. tuang dari tepi yer..
Bahan Lapisan Susu:-

  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan) ~ k.nor guna agar2 serbuk (10gm)
  • 1 1/2 cawan air (k.ummi lebihkan jadi 1 3/4 cawan)~ k.nor letak 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation ~ k.nor letak 1 1/2 cawan susu
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-

  • Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  • Masukkan gula  dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  • Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  • Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan milo@coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.


                                                     Liza buat ikut cara K.Nor..tq sifu2ku..


Jom Intai Liza Buat Tart Gulung...

Sebelum meneruskan n3 ni,Liza nak mohom maaf la sbb bkn niat nak menunjuk yg Liza dah pandai mengetat ni, saje nk share cmner Liza buat tat  utk mereka2 yg tak ada keyakinan utk mengetat ni...juga sbgai rujukan utk diri sendiri dan anak2 di masa akan dtg...maklumlah buat tat setahun sekali, makcik ni jenis pelupa sikit..ok lah jom kita mengetat...


Step 1 : Bulat2kan jem supaya senang nak diletak atas doh nnt..buat ni ngan kakak sbb angah ada
              exam..


            Step 2 : Masukkan adunan tpg dalam acuan tat dan tekan. biarkan corak berada di bawah..



Step 3 : Letak inti dan gulung perlahan2..letak atas dulang pembakar dan sapu dgn bhn pengilat..masa sapu ni tak boleh kasar2 ye, nnt corak atas tu hilang..


                                                        Ni la bhn glaze yg Liza buat..





Step 4 : Bakar dgn suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak..


                                      Step 5 : Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara..









Tart Gulung Nenas..1st Trial yg menjadi...yabedabedooo

Salam semua, ari ni dah 25 Ramadan 1432H bersamaan 25 Ogos 2011..kalau diizinkan Allah, lbh kurang 5 hari lg kita akan menyambut lebaran..org lain dah sibuk dok tayang kukis dan kek raya, tp umah Liza ni tetap ngan entry lauk pauk dan kuih berbuka...aaahhhh ada aku kisah...hihihi...Tp kali ni jgn terkejut ye coz Liza nak tayang tat gulung yg pertama kali Liza buat.Selama ni bila tgk org buat tat, jeling macam tu jer, tak berminat lsg nak belajar..fobia sbb dulu buat biskut tak pernah nak jadi...tp kali ni dgn semangat dan jiwa yg kental, ku teruskan perjuangan ini...bnyk tips dan cara2 buat tat yg Liza dapat hasil dr mengintai kat umah org..jd Ahad ari tu dimulai dgn lafaz Bismillah maka Liza ngan anak2 mulakan projek mengetat ni...dan lepas berbuka pose hati makin berdebar2, nak tau knp? sebab masing2 dh nak rasa tat yg umi buat...dalam hati ni hanya Tuhan yg tahu..dup dap dup dap..dan bila papa makan 1st word yg dia cakap 'sedap umi buat, jadi la tat macam ni, lg sedap dr kedai'...hihihi. Sebenarnya dia ni mmg peminat tat, tiap2 thn mesti beli..tp tahun ni dgn rasa bangganya umi hidangkan utk papa...tak yah nak beli2 dah...Liza amik resepi ni dr sifu masakan yg terkenal, sape lg kalau bkn kak Hanieliza..tq kak share resepi ni. tp hasil dr penyiasatan yg Liza buat, Liza ada derhaka sikit la ngan resepi akak ni...sori ye, dari jauh ku pohon maaf...kuikuikui



Haaa..cantik tak? ok la kan utk org amatur cam Liza ni. Tp kan suka sgt sbb hubby ngan anak2 dok ulang mkn tat ni...nnt Liza nak try resepi lain pulak, harap2 menepati citarasa kami jugak lah..jom kita tgk resepi tat ni..Liza CnP ye kak..

TAT GULUNG

Bhn2
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung - ( Liza letak 25 gm tpg jagung + 25 gm tpg kastad )

Jem Nenas..
boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
 - (Liza beli jem yg dah siap jer)
Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
 




Rendang Itik..

Menu berbuka ari tu, sebenarnya ssh jugak nk cari itik area kl ni.. nasib baiklah hubby ringan mulut tanya tentang itik ni kat member yg jual ayam..ye la, itik ngan ayam kan best friend...hihihi...pepandai jer mak dara sorang ni kan..harga itik ni RM50 lebih, huuuiiii kalah ayam. Tp makan mmg puashati coz isi dia banyak, kiranya berbaloi la dgn harga dia..disebabkan isi dia yg sikit liat, so Liza masak rendang la itik ni...


Ni masa masih dlm proses, tu tgk buih2 yg sedang mendidih macam lava gunung berapi...Liza buat rendang ni guna resepi rendang ayam yg macam org lain buat jugak..biasa2 jer


RENDANG AYAM / ITIK

Bhn2

1 ekor ayam / itik
1/2 kilo bwg merah*
Halia*
Lengkuas*
Cili kering*
Serai (4 btg)*
Serai - 2 btg ( ketuk )
Santan pekat
Kerisik
Asam keping
Daun kunyit - hiris
Garam
Gula

- kisar semua bhn2 bertanda*.
- tumis dgn sdkt minyak dan masukkan serai yg diketuk..
- biarkan hingga airnya betul2 kering
- kemudian masukkan ayam dan asam keping dan biarkan sebentar
- masukkan santan sama paras kalau guna ayam, tp Liza lebihkan sbb nk bg itik tu betul2 empuk
- bila dah hampir kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yg dihiris
- masukkan garam dan gula
- sesuaikan rasanya


                                 Rendang ni Liza buat berkuah sikit sbb nak makan ngan nasi.



Wednesday, August 24, 2011

Iftar 22 : Tepung Pelita Yg Selalu Terang...

I

Salam semua, ari ni bru sempat nak tayang n3 yg tertangguh...semenjak dua menjak ni bz memanjang,almaklumlah dah nak raya kan...tepung pelita ni sebenarnya kuih berbuka 2 ari lepas..Liza selalu buat guna resepi ni sebab anak2 suka yg lembik2 cenggini...meh kita layan resepi dulu..

TEPUNG PELITA

Bhn2 bahagian bawah :

Tepung beras / tepung jagung - 1 cawan
7 cawan air
Daun pandan - 5 helai
Gula secukup rasa

-  daun pandan dimesin bersama air
-  masukkan semua ke dlm periuk dan masak hingga likat
-  ketepikan

Bhn2 bahagian atas :

Tepung beras / tepung jagung - 1 cawan
7 cawan santan
Garam
Sedikit gula

- masak semua atas api hingga likat dan pekat

Cara buat kuih:
- masukkan bhgn bawah kuih ke dlm bekas kecil @ daun pisang
- biarkan beku..
- bila bhgn bwh dah beku, masukkan bhgn santan di atasnya..
- biarkan beku dan sedia dijamu..



Adunan ni kalau buat dlm cawan kecik2 tu, biasanya akan dapat dlm 27 cawan...Liza suka buat resepi ni sbb senang dan cepat..dan yg paling pnting sedappppp..




Tuesday, August 23, 2011

Homemade Jus Mata Kucing...


Buat jus ni 2 hri lepas sebagai minuman berbuka...ye la bila tgk buah mata kucing yg dijual merata2, terlintas la pulak nak buat jus ni..bila tgk buah mata kucing tu rasa sejuk jer tekak..

JUS MATA KUCING

Bhn2

Buah mata kucing - dibuang biji
Gula melaka @ nise
Gula pasir
Daun pandan
Air secukupnya

- rebus semua di atas api hingga sedikit pekat dan gula cair
- dah siap jus mata kucing
- sedia dihidang panas @ sejuk


                                                           mmmmm....sedapnyaa

Sardin Puff..

Salam semua,singgah sahur jap...hihihi...ari tu buat sardin puff ni utk berbuka coz en hubby dan anak2 suka sgt dgn puff cenggini.....kali ni buat dgn inti kari sardin..sebenarnya mula buat puff ni dah lama, lepas jenguk kat umah  sifu Cik Mat Gebu  satu masa dulu...kat situ dapat macam2 idea utk buat puff ni...jom kita tgk camner Liza buat puff ni yer, walaupun tak sehebat sifu, tp alhamdulillah family Liza suka..




SARDIN PUFF

Bhn2:

Beberapa keping pastri puff segera - Liza pun guna brand 'Kawan'
Telur
Susu segar

Inti kari sardin:

1 tin sardin
Bwg merah
Bwg pth
Rempah kari ikan
Cili mesin
Air asam jawa
Garam,perasa

- Bwg merah, bwg pth ditumbuk dan campurkan dgn rempah kari ikan dan cili mesin
- Tumis bhn2 td hingga garing dan masukkan air asam jawa
- Masukkan pula sardin bersama kuahnya dan perasakan dgn garam dan sdkt perasa..
- Bila dh kering, sejukkan dan sedia utk dibuat inti puff..



Cara buat puff :

- ambil sekeping pastri puff dan bg 2..
- masukkan inti yg telah dibuat td dan lipat
- guna garfu utk cucuk bhgn tepinya supaya tidak terbuka..
- campurkan susu dan telur dan sapu atas telur sebelum dibakar
- letak atas dulang yg telah disapu mentega
- bakar 200 C selama 20 minit...

Monday, August 22, 2011

Iftar 21 : Pengat Pisang Durian..


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...petang semalam berbuka dgn pengat pisang ni..dah lama tak buat pengat ni, tiap kali beli pisang anak2 mesti suruh buat cekodok @ kek pisang..tp kali ni dgn azam dan tekad umi dia try buat pengat ni..bkn ape, saje nk bg anak2 kenal dan rasa pengat ni..pengat pisang ni Liza campur dgn durian yg jiran bg ari tu..resepi pengat ni macam biasa jer, tp Liza letak jugak kat sini utk rujukan anak2 dikemudian hari...


PENGAT PISANG DURIAN

Bhn2

Pisang
Isi durian
Gula melaka
Gula pasir
Santan
Sagu
Daun pandan

- masak semua di atas api kecuali pisang
- masak hingga gula melaka dan gula pasir hancur
- bila dah mendidih br masukkan pisang
- siappp


                                                 Pengat pisang durian yg best...walllaaaa



Ni la lada solok yg K.Sue jiran sebelah bagi...Alhamdulillah, mudah2an murah rezeki K.Sue sekeluarga...terima kasih banyak2 yer K.Sue..


Sunday, August 21, 2011

Udang Goreng Keropok Ikan...

Salam bersiaran kembali...semalam tak sempat nak update apa2 pun...almaklumlah en hubby ajak buka pose kat luar...yabedabedu, blh relax la nmpak gayanya....udang grg keropok ni buat utk berbuka ari tu..udang ni mmg best kalau mkn camtu jer, cicah dgn sos cili @ sos kegemaran...walaupun dh sejuk, udang ni tetap rangup..resepi ni dapat dr majalah Rasa September 2011...



UDANG GORENG KEROPOK IKAN

Bhn2

500 gm udang harimau - dibersihkan dan dibuang kulit
300 gm keropok ikan
200 gm tepung jagung
5 biji telur
Minyak masak
Garam
Serbuk lada sulah

- keropok ikan ditumbuk halus hingga hancur - Liza blend jer
- udg yg telah dibersihkan diperap dgn garam dan serbuk lada sulah,kemudian
masukkan ke dlm tpng jagung, telur dan keropok ikan yg dihancurkan td.
- panaskan minyak masak dan grg udang hingga keemasan dan keropok menjadi kembang..
- dah siap



                        Sedia dinikmati bersama mayonis dan sos kegemaran....best woooo

Saturday, August 20, 2011

Pecal Spesel..

Pecal ni masih menggunakan resepi yg sama, ape yg speselnya ialah bhn2 sampingannya...kali ni Liza tambah ayam grg yg dah diracik isinya dan fishcake sebagai lauk tambahan selain dr timun, kangkung, tauge, tauhu grg, nenas dan  kcg pjg..Liza tempek lg resepi kat sini yer utk memudahkan di masa akan dtg..

PECAL aka ROJAK SAYUR
Bhn2

500gm kcg tanah *
100gm cili kering *
3 biji bwg besar *
1 potong belacan- blh kurangkan *
1 mangkuk air asam jawa
5 s/besar gula
1 s/kecil garam

- semua bhn bertanda * digoreng dgn minyak berasingan..
- kemudian kisar semua bhn td guna pengisar kering- Liza guna pengisar biasa dan + air masak
- masukkan kedlm mangkuk dan masuk garam, gula dan air asam jawa..
- hidangkan bersama sayur2an kesukaan yg telah dicelur..

* kuah pecal ni blah dibuat bnyak dan simpan dlm bekas tertutup di tpt sejuk beku..bila nk digunakan, keluarkan dr tpt sejuk beku dan panaskan...sedia diguna...


                                                  Ni la pecal berbuka petang semalam...


Iftar 19 : Asam Pedas Pari World...

Assalamualaikum..ari ni genap 20 hari kita berpuasa..maknanya raya dah semakin hampir,lagu2 raya pun dh bnyk berkumandang kat radio dan shpping complex...usssshhh syahdu betul la dgr lagu raya lama2...terasa nak menitik airmata den...tp hidup perlu diteruskan..kan..ok la..ari ni nak share lauk asam pedas yg spesel coz selama ni tak pernah pulak jumpa asam pedas yg bubuh daun kari kan...so jom kita tgk resepinya..



Resepi ni dapat dr adik yg dapat dari mak long tunangnya...faham tak? kalau tak faham tak pe la...hihihi..

ASAM PEDAS PARI WORLD

Bhn2

Ikan pari - terpulang
Bwg merah*
Bwg pth*
Halia*
Halba
Jintan manis
Jintan pth
Serbuk ketumbar
Daun kari
Air asam jawa
Cili mesin
Kerisik
Bendir
Garam, perasa
Minyak masak

- bhn2 bertanda * dimesin @ ditumbuk
- panaskan minyak, tumis halba dan bhn2 mesin bersama bhn2 rempah
- masukkan cili mesin dan daun kari, biar hingga naik bau..
- bila dah naik bau, masukkan air asam jawa dan sedikit air
- bila dah mendidih bru masukkan ikan, garam dan perasa
- masukkan juga kerisik dan masak hingga agak pekat
- bila dah hampir masak, blh la masukkan bendir dan masak hingga bendir empuk..

# bhn2 rempah blh ditukar dgn srbuk kari ikan..



Rasa asam pedas ni mmg sedap coz ada gabungan rasa kari dan asam pedas...mmg betul2 world laa..


Friday, August 19, 2011

Biskut Cornflake Rangup..

Assalamualaikum di hari Jumaat 19 Ramadhan 1432H...mst semua dok juling mata tgh mengukis kan...hehehe..Liza pun nk share kukis yg anak2 Liza buat semalam..anak2 jer?? maknya mana?hehehe..maknya jd komander smlam, arah itu ini... anak2 yg sibuk sgt nk buat , ye la raya setahun sekali, bdk2 la yg paling happy...so nak tunjuk la sekut yg diorg buat,resepi ni amik dr umah kak Ummi Kuantan tu..tq akak..biskut ni mmg best, gerenti bdk2 dan mak bapak budak suka...heheehe


BISKUT CORNFLAKE RANGUP

Bhn2:

1/2 cwn butter
1/2 cwn gula castor
1 biji telor
2/3 cwn kismis - xletak, ganti choc rice
1 cwn tpg naik sendiri
2-3 cwn tpg naik sendiri - (ramas2 sdkt)

- pukul gula castor dan butter hingga kembang
- masukkan telur dan pukul lg
- dlm bekas lain, masukkan tpng dan kismis..gaul rata
- masukkan dlm adunan telur td dan sebatikan
- guna sudu teh, cedok adunan dan jatuhkan dlm bekas berisi cornflake,golekkan biar bersalut rata (xbuat, Liza gaul semua bhn dan terus sudukan atas dulang pembakar)
- letak dlm papercup atau biarkan macam tu jer
- bakar 180 C selama 12-15 minit...
-tunggu sejukbru simpan dlm bekas kedap..

* adunan ni dpt sedikit, kalau nk buat utk raya kenalah double troublekan yer...hihihi


       
    Anak2 Liza mmg suka biskut ni, mana taknya bila mkn  krup krap krup krap bunyi...cubalah utk raya nnt..gerenti habis..









Iftar 18 : Kuih Ketayap Yang Alim...

Salam semua, ni la kuih yg Liza buat untuk berbuka semalam..kuih ketayap ni amik dr umah Izah yg rajin tu...pagi pagi ni malas pulak nak citer panjang,so jom kita terus ke resepi ye...Izah, akak CnP resepinya ye..



                             Satu adunan ni Liza buat 2 versi, ketayap dan dadar samarinda...

                                                             KUIH KETAYAP /DADAR

                                                                            Bhn2:

3 cawan tepong gandum

1 biji telor

1 1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil perwarna hijau

4 cawan air

1/2 cawan minyak masak*

3 helai daun pandan*

Cara-cara



Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis.

Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian di ikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali.

Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan kedalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.

Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
 
 

Dah pun siap, moh kita makan..seeedaapp



Wednesday, August 17, 2011

Iftar 16 : Keli Berlado...


Salam sayang semua...ni la keli berlada atau keli grg pedas yg menjadi menu berbuka kami smlm..ikan keli berlada ni request dr anak2 yg mmg suka ikan ni..digandingkan dgn sayur lemak pucuk paku yg mmg ngam bg kami. Resepi Liza ni simple jer, meh kita tgk..

KELI BERLADO / KELI GRG PEDAS/ KELI SAMBAL

Bahan2

Ikan keli - lumur dgn garam dan kunyit, pastu grg..ketepikan
Bwg besar*
Bwg pth*
Halia*
Serai*
Cili mesin
Garam
Gula
Minyak

- kisar halus bhn2 bertanda *
- panaskan minyak dan tumis bhn kisar
- masukkan cili mesin dan masak hingga naik bau
- masukkan garam dan gula
- akhir sekali masukkan ikan yg telah digrg td..


                                                             Keli berlado peberet anak2...

Tuesday, August 16, 2011

Iftar 15:Laksa penang dan sire roti...

Ni menu berbuka ptg semalam..laksa penang dan sire roti warisan keluarga suami..sebelum kahwin mmg tak pernah dengar apath lagi nak kenal rupa sire roti ni..tp bila dah kahwin bru tau ni la kuih wajib setiap kali Ramadhan...sampai skarang still tak boleh nak telan lagi makanan manis2 camni, kalau setakat tlg masak boleh la..biasanya sire roti ni mak mertua akan buat guna roti bantal yg biasa jual kat kpg2, tp disebabkan kat sini ssh nak jumpa roti tu, so Liza guna jer roti gardenia yg biasa tu...janji rasa dia sama kan..meh kita teropong camner rupa sire roti tu..



macam ni la rupa sire roti tu..nak buat dia tak susah pun, santan, gula, telur (optional) dan daun pandan..masak semua atas api hingga santan mendidih dan masukkan roti yg telah dipotong..dah pun siap...




kalau ada peberet papa, mesti lah ada peberet umi...bru lah adil...kan kan kannn..so, inilah dia poooojaaaannn hatiku selama lamanya...ooopppsss tak sempat nak bg resepi ari ni, budak yana dah bising mintak nasi...nnt lain kali Liza share ye..ari ni kita layan gambar jer dulu...



Sirap Bandung Cincau Bersama Buah Kabung...

Salam ceria semue...Liza tgk ramai yg dah sibuk mengukis yer...Liza ni bila nak sampai seru tak tau la..bkn malas tp tiap kali buat ikut resepi dalam buku mesti tak jadi...so dari buang duit beli bhn2 nak buat kukis ni, baik terus beli kat kukis kat kedai jer...tp thn ni macam teruja la pulak nak buat sendiri coz tgk member2 semua pakat dok sibuk mengukis....oklah jom kita tgk buah kabung yg wajib ada kat umah kitaorg time bulan pose ni...Liza rasa mst ada yg tak kenal langsung buah ni kan..



Ni la ghuper pack buah kabung yg Liza beli kat Econsave..satu packet ni harga dia RM2.59..kalau kat c4 buah kabung ni diaorg jual timbang...



Buah kabung ni mampu sejukkan badan...elok la kita amalkan masa bulan pose ni..tgk buah ni pun dh terasa sejuk kat tekak...hihihi...


Hmmm......sedapnya..buah kabung ni sedap dimakan dgn bermacam jenis air dan rasa pun sedap..cubalah untuk berbuka ptg nnt..


Saturday, August 13, 2011

Iftar 13 : Kuih Puteri Ayu yg perasan katanya...


Cuba tengok betul2 kuih ni...perasan tak??tak kan, sian dia , nape la org cakap dia ni kuih yg paling perasan...posing pun gitu2 jer kan, xde la over sgt..Habis tu perasan tang mana, tu yg ceq conpius tu...buat kuih ni sebenarnya dok tergoda tgk kat blog Izah ari tu..dah lama tak buat kuih ni..tp xbuat ikut resepi Izah, Liza guna resepi yg dh biasa Liza buat.Bkn apa Liza ni cepat fobia sikit, kalau try mana2 resepi yang xjadi, Liza akan amik masa utk try resepi lain..Dan kalau dh jumpa resepi yg betul2 menepati selera kami, maknanya resepi tu beruntung la sbb mmg sampai bila2 pun Liza akan follow resepi tu...so jom kita tgk resepi Liza pulak ye..


KUIH PUTERI AYU / APAM SERI AYU

Bhn2

     A
2 biji telur*
1 cwn gula*
1/2 s/mkn ovalette*
1/2 s/teh esen vanila
1 cwn pati santan / fresh milk
2 cwn tepung naik sendiri

     B
Kelapa parut
Garam
Tepung ubi
- bhn2 ni Liza agak jer..satukan semua dan padat2kan kedlam acuan seri ayu yg telah disapu minyak..

# Bhn2 bertanda * dipukul hingga kembang. Masukkan esen vanila dan santan / fresh milk.. Gaul sebati. Masukkan tpg dan pewarna yg dikehendaki (Liza campur air pandan bersama santan)..Masukkan adunan tepung kedlm bekas berisi kelapa td...Kukus selama 10 - 15 minit..



                                        Jadilah puteri ayu yang sememangnya ayu...hehehe


Iftar 12 : Puding Koktel...

Semalam kami berbuka dgn puding koktel ni sebagai pencuci mulut...hubby suka sgt mkn puding nisbb dai kata sejukkk jer rasa perut bila mkn benda2 camni...Tp Liza mmg buat simple jer sbb macam ni yg diorg suka kan...juz bubuh susu cair, fruit koktel dlm tin dan sumi...mesti semua org kenal sumi kan, ala yg bdk2 suka makan tu, yg ada mcm2 perisa tu...Liza suka guna sumi dr agar2 sbb yg pertama dan yg paling utamakan MALAS...heheehe...sebenarnya, bg fmily Liza kalau bubuh sumi ni rasa dia lg sedap sbb rasa masam manis sumi tu akan sebati ngan kuah koktel tu...so, bila makan ada la rasa masam manis nya....sooooo delicious..jd pada sesape yg ada penyakit M cam Liza ni, blh la try ye...



                                                     Jemput semua...jgn malu2 yer...sila2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...