Tuesday, April 29, 2014

Sandwic Sosej Croissant...




Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...Liza pun dah lama bila buat sandwich ni...suka sgt mkn roti croissant ni, ringan je rasa bila masuk mulut...kali ni Liza letak sosej pulak, buat ala2 sandwich, simple je kan..



So, harap dapat bg idea la pada sesiapa yg kebuntuan tu ye...hihii

Monday, April 28, 2014

Puding Kastad Jagung yg Senang n Sedap....


 
Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Isnin 280414...semoga semuanya di dlm lindungan Allah swt..Aamiin
 
Kali ni Liza buat lg pudding kastad jagung yg best ni, nak buat pun senang..pertama kali Liza buat puding ni kat SINI, hasil dok intai kat dapur Madihaa...thnx ye sbb panjangkan resepi ni, sekarang dah jd menu peberet family Liza...





Pada sesiapa yg nak mencuba puding ni, Liza letakkan sekali lg resepi kat sini ye...

RESEPI PUDING KASTAD JAGUNG

Bhn2:

1 tin jagung jenis creamy 
1 tin susu cair

3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad





Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati
kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.

 2. Masak puding dengan menggunakan api yang
kecil...hinggalah masak (kental& berkilat). (MaDiHa masak
guna kuali)

 3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.

 4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.





* kalau nk campur sdkt pewarna kuning pun boleh..*


Thursday, April 17, 2014

Ayam Penyet...




Assalamualaikum wbt... ayam penyet lg,masih menggunakan resepi yg dah pernah Liza buat kat SINI...tapi kali ni makan dgn nasi biasa je, tetap sedap...

Tuan rumah dah tak tau nak citer ape, jom tgk resepi ye, amik dr dapur Hana...thnx cikgu..



RESEPI AYAM PENYET

Bhn2:

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat. - Liza pun xbuat
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.




Kalau nk resepi set yg lengkap boleh klik kat SINI ye...



Monday, April 14, 2014

Roti Sarang Lebah n Butterscotch....



 Assalamualaikum wbt...sebenarnya roti ni Liza buat minggu lepas, kes tergoda bila ramai rakan fb dok tayang roti ni...so, dlm dok catu2 air tu terjadi jugak la roti ni...sodaaap bangat, mmg tak sia2 buat...nnt senang2 insyaallah Liza akan buat lg...terima kasih yg tak terhingga buat Lydia Honey yg sudi berkongsi resepi ni dan pada Izah yg sudi memanjangkan resepi roti yg marbeles ni...

 


RESEPI ROTI SARANG LEBAH N BUTTERSCOTCH

Bhn2:
DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2





BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter


Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Saturday, April 5, 2014

Baked Macaroni n Cheese.....


Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu....mmg dah banyak kali Liza buat baked macaroni n cheese ni sbb anak2 mmg sukaaaa sgt...nak buat pun amat senang bg Liza...

 Terima kasih yg tak terhingga buat Dayang sbb resepi ni dah menjadi salah satu resepi kesukaan family Liza...




RESEPI BAKED MACARONI DOUBLE CHEESE
 
Bhn2:
 
  • 2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan) - Liza guna makaroni je
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
 Sos Putih :
 
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
 
  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :
 
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
Sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
 
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
 
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.





 

Friday, April 4, 2014

Apam Puteri Ayu....





Dah lama sgt tak buat apam seri ayu ni,ye la banyak sgt list kuih yg nak dicuba..hihii

Kuih ni mmg kuih peberet family Liza, adik asyik dok angkut kuih ni satu satu...suka sgt dia makan kuih ni, Alhamdulillah
Liza masih menggunakan resepi yg sama macam yg pernah Liza buat sebelum ni..



RESEPI APAM PUTERI AYU

Bhn2:
 A
2 biji telur*
1 cwn gula*
1/2 s/mkn ovalette*
1/2 s/teh esen vanila
1 cwn pati santan / fresh milk
2 cwn tepung naik sendiri

B
Kelapa parut
Garam
Tepung ubi
- bhn2 ni Liza agak jer..satukan semua dan padat2kan kedlam acuan seri ayu yg telah disapu minyak..

# Bhn2 bertanda * dipukul hingga kembang. Masukkan esen vanila dan santan / fresh milk.. Gaul sebati. Masukkan tpg dan pewarna yg dikehendaki (Liza campur air pandan bersama santan)..Masukkan adunan tepung kedlm bekas berisi kelapa td...Kukus selama 10 - 15 minit..

* Liza buat dapat dlm 40 biji kuih..*






Kek Bola utk Papa....



Assalamualaikum wbt dan salam jumaat utk semua yg Liza sayangi...semoga hari ni lebih baik dr semalam, Aamiin

Sebenarnya dah lama Liza buat kek bola ni, ye la dah birthdaynya jatuh 140314 lg kan, jadi faham2 sendiri la...hihii, terlupa sgt2 nk masukkan n3 ni, sori papa.

Memang dah lama teringin nak buat kek bola ni utk papa, tapi kebanyakan resepi guna bc, so mmg Liza tak berkenan la sbb anak2 pun sure tak makan..satu hari tu Liza terjumpalah kek bola yg dibuat gunakan fc n coklat ganache, so, apa lagi...emmmm



Terima kasih bebanyak pada fb Marizah Miza yg banyak bg tips dan cara2 nak buat kek..sori, akk xdapat nk link kan, makcik tenet problem...






Tuesday, April 1, 2014

Kuah Rojak / Petis Homemade....



Assalamualaikum wbt...dah lama teringin nak buat sendiri kuah rojak ni, ye la kan, baru blh adjust nak pedas ke, manis ke atau apa saja rasa yg sesuai dgn selera kita...Alhamdulillah google punya google terberkenanlah dgn resepi dr Dayang ni..yg paling best sekali sebab family Liza mmg suka dgn sos homemade ni..dapat banyak jugak la, so, simpan je dlm petiais..bila2 je nak makan, keluarkan n terus cicah...perghhhh


Apa2 pun jutaan terima kasih pada Dayang yg sudi berkongsi resepi ni, izinkan Liza share kat sini pulak ye..



RESEPI KUAH ROJAK HOMEMADE

Bhn2:

  • 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
  • 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
  • gula pasir secukupnya jika perlu
  • 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
  • 1/2 botol kecil sos cili
  • 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
  • bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
  • 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)


  • Cara2:



  • Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin. 
  • Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
  • Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  • Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!








  •  
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...