Tuesday, May 27, 2014

Paprik Siakap...


Assalamualaikum wbt...hari ni Liza cuma nak share resepi siakap masak paprik...bila masak lauk cmni senang kan, sbb dah ada sayur2an kat dlm tu, tak yah nak masak lebih2 sgt...hihihi dasar M..

Tapi betul, lauk2 simple cmni sebenarnya menyelerakan bagi family Liza, tak tau la bg org lain kan, selera kita mungkin tak sama...




RESEPI PAPRIK SIAKAP

Bhn2:

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
 
 

Cara-cara


Panaskan kuali. gorengkan ikan (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). - Liza grg ikan ni sampai garing
 
Masukkan bawang merah, bwg putih, cili mesin dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
 
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
 
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar, cili merah yg dipotong dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
  



Memang sedap makan dgn nasi panas2, tambah pulak telur dadar, perghhhh



Monday, May 26, 2014

Sambal Udang Petai...



Sekarang mmg musim petai kan, rata2 org dok jual petai, tapi harga tetap mahal cmtu jugak...hari tu Liza beli 5 papan pun dah 5 hinggit, mahai oii tapi Alhamdulillah cukup lah utk kitaorg sebab anak2 mmg tak suka makan petai ni, busuk katanya...hihii




RESEPI SAMBAL UDANG PETAI

Bhn2:

300 gm udang - buang kepala dan bersihkan
5 papan petai - ambil isinya shj
1 biji bawang besar * - nk guna bwg merah pun blh
2 ulas bwg pth *
6-7 s/b cili mesin
Sdkt air asam jawa
Sdkt minyak
Garam, gula

- mesin bhn bertanda *
- panaskan sdkt minyak dan grg udg hingga masak, angkat n ketepikan..( kalau udang kecik tak yah grg dulu)
- guna minyak yg sama, tumis bhn blend dan cili mesin hingga naik bau..
- masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa..
- akhir sekali masukkan udang yg telah digrg dan gaul sebati, angkat..






Tepung Bungkus n step by step...


Assalamualaikum wbt dan salam manis, bersua kembali kita di dapur maya ni...semoga kita semua sentiasa di dlm lindungan Allah swt...Aamiiin

Tepung bungkus ni mmg dah lama bebenor Liza buat, tak ingat dah bila..tapi mmg sedap dan mmg resepi ni lah yg jadi pilihan Liza..sedap n senang..


RESEPI TEPUNG BUNGKUS

Bhn2:
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • sedikit garam
  • daun pisang - untuk membalut


Bahan2 inti :
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan
 



Cara membuat :

  1. Satukan semua bahan inti dan gaul rata. Kemudian kacau atas api perlahan hingga kering. Sejukkan kemudian bulat2kan inti kelapa tu.
  2. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran yang diperlukan. Lap daun pisang bersih2.
  3. Bancuh @ sebatikan tepung beras dengan santan. Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
  4. Letakkan 2 sudu besar bancuhan tepung diatas daun pisang. Kemudian letakkan inti yang telah dibulat2kan.
  5. Tutup daun pisang dan lipat kedua2 hujung daun dan kukus selama 15 minit.



Hari tu ada kawan yg mintak Liza tunjukkan cara2 nk buat tepung bungkus ni, so nnt bolehlah buat ye..




# Pada pengalaman Liza, santan yg guna utk buat kuih ni jgn terlalu pekat... nnt kuih ni ssh nak diletakkan atas daun pisang dan akan ssh jugak la nk letak inti sbb dia akan licin dan berminyak...#


Friday, May 23, 2014

Kek Gula Hangus...


Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua...utk tempahan kek gula hangus kali ni Liza gunakan resepi dari Cida de Nuanza lg, senang tak yah nak perap2...resepi ni Liza dah pernah buat kat SINI dulu...terima kasih banyak2 ye Madihaa n Cida atas perkongsian resepi ni..



RESEPI KEK GULA HANGUS

Bhn2:

(Buat yg ni dulu sblm bancuh adunan)
2 cawan gula pasir (MaDiHaA guna 1 1/2 cawan + 1 sudu besar) -Liza pun
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega

Cara:
Masukkan gula dlm kuali atau periuk.
Bukak api sederhana kecil...
Sentiasa kacau2 gula sampai larut, sampai warna jadi keemasan macam madu..
Kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik.

Nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula yang hangit.

Pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2 sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
Pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air... Cairkan semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan



Bahan lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai (MaDiHaA guna 1/3 tin susu yg tinggi sikit tu)
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila


Cara:
Pukul telur sampai kembang.
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna
blender je. MaDiHaA guna mixer)
Pastu masukkan susu pekat, kasi blend lagi sampai sebati.
Masukkan pulak esen vanila


Ayak tpg gandum + soda + baking powder
Masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td... blend lagi!

Bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius.
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
Kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
Biarkan sejuk sblm potong


Nota Cida : utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut.





Wednesday, May 21, 2014

Strawberry Swiss Roll...


Berulang kali buat swiss roll dr Kak Wan ni, mmg tak pernah jemu, sebab sedap sangat, terima kasih Kak Wan..kali ni Liza buat filling strawberry krim pulak, gara2 nak habiskan stok krim strawberry yg ada...



RESEPI STRAWBERRY SWISS ROLL

Bhn2:
BAHAN A
3 kuning telur gred "B"
75 gram gula halus
50 ml air
40 ml minyak jagung
1 s/t esen vanilla
1/2 s/t perisa lemon
80 gram tepung gandum - ayak

BAHAN B 

3 putih telur gred "B"
2 s/t gula halus
1/8 camca teh cream of tartar


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Alas 2 loyang berukuran 10 inci x 10 inci dengan kertas minyak, sapu kertas minyak tadi dengan mentega. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A dalam satu bekas dan kacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur (bahan B) hingga berbuih, masukkan gula dan cream of tartar, dan putar hingga kental. Kemudian gaul bahan no. 2 tadi dengan kaedah kaup balik hingga sebati..
  4. Ketepikan separuh adunan dan tambah warna merah jambu, masukkan ke dlm piping bag..
  5. Paipkan ke atas loyang secara selang seli, bakar 170C - 1 minit...angkat dan ketepikan.
  6. Keluarkan dr oven dan sejukkan atas redai selama 10 minit, terbalikkan atas kertas minyak dan  keluarkan kertas alas bawahnya..
  7. Sapu krim strawberry dan gulung dgn kemas perlahan2.
  8. Simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong...
  
BAHAN LAIN :-)
Filling strawberry
Whipping cream secukupnya, disejukkan dan putar hingga kental
- campurkan kedua2nya hingga sebati..








Kek Kastad Keladi...


Ni kali kedua Liza buat kek kastad keladi ni, kali pertama buat mmg tak jadi, kastad dia lembik, nk mkn pun kena makan dgn sudu...hihii
Tapi lepas diajar oleh Naz, alhamdulillah jadi..terima kasih banyak2 ye Naz atas ilmu yg diberikan, hanya Allah je mampu membalasnya..



Resepi ni asalnya dr fb Jom Masak,thnx jugak utk Zahyg sudi berkongsi resepi n cara2 nak buat kek ni...

RESEPI KEK KASTAD KELADI

KEK SPAN KELADI
Bahan-bahan:
  • 150 gm tepung gandum- ayak
  • 1 tsp baking powder- ayak
  • 5 biji telur gred B
  • 100 gm gula kastor
  • 1 tsp ovallete
  • 50 ml susu segar/ susu cair
  • 1 tsp esen vanilla
  • Perisa keladi dan pewarna purple
  • 50 ml minyak masak
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
  2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
  3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
  6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.
*******************************************************************************

KASTAD KELADI
Bahan-bahan:
  • 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)- Liza guna 600ml sntan+600ml susu cair
  • 1 cawan gula kastor
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
  • Secubit garam
  • Perisa keladi dan pewarna purple
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.



CARA MELAPIS KEK KASTAD
  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

Kuih Keria...


Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua yg Liza sayangi...dah lama rasanya tak mengadap blog kesayangan Liza, rindu pulak...

Kuih keria ni pun sebenarnya dah lama Liza buat, masa zaman2 catuan air ari tu...sebab tu la tak sempat nk posing dlm pinggan, jimat air katakan...hihii

Tak tau nak citer apa lagi dah, jom kita tgk resepi ye, ambik dr blog Kak Yati, terima kasih kak...




RESEPI KUIH KERIA

Bhn2:

500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
1 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Untuk Sira Kuih
1 cawan gula-
1/2 cawan air

Cara-Caranya
  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan
**Untuk adunan kuih di atas, saya hanya gunakan separuh je adunan gula utk sira kuih. Maksudnya saya guna 1/2 cwn gula dan 1/4 je air. Masak sampai likat, matikan api dan masukkan kuih dan gaul perlahan sehingga semua kuih bersalut gula. Selamat Mencuba


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...