Tuesday, January 30, 2018

Sambal Hitam Tomato....sedapppp sgt


Bila ada sambal ni kan, asyik bertambah je nasi..huhuhu bila la nk kurus kalau cmni






Resepi masih sama, amik dr dapur fren yg jauh nun,  Lina...timakasih fren, sambal ni mmg berantu la,hihihi








RESEPI SAMBAL HITAM TOMATO 

Bhn2:


5-7 biji buah tomato (potong baji/dadu) 
1 mangkuk ikan bilis (tumbuk/blend kasar) 
1/2 mangkuk cili padi (ikut kepedasan masing2) 
2 biji cili merah (LiNa Pg tambah rcp asal xde) 
4 labu bawang besar (dadu kasar) 
Garam dan gula/perasa 
Minyak 


Cara-Cara: 


  1. Goreng tanpa minyak buah tomato hingga layu
  2. Sementara itu kisar cili padi dan cili merah bersama sedikit minyak.
  3. Bila cili hancur, masukkan bawang besar dan kisar lagi.
  4. Tuang bahan kisar ke dalam kuali yang berisi tomato tadi. Tumis sebentar.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Renjiskan sedikit kicap (jika suka warna yang lebih gelap)Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  7. Masak hingga sambal kering (Jika suka yang lembab pun boleh juga)
  8. Sejukkan dalam kuali sambil sengetkan kedudukan kuali supaya minyak tersejat.
  9. Dah siap, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.








Kuih Ketayap Lembut...



Assalamualaikum wbt..petang semalam buat ketayap ni sbb nk abiskan stok inti kelapa tu..cuba resepi dr Cikgu Ani yg ,menggunakan sukatan cawan je..timakasih ye, kuih ni mmg sedap n lembut je








RESEPI KETAYAP LEMBUT

Bhn2:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)


Cara Membuat Kulit Ketayap
  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. 
  2. Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah yang sama hingga adunan habis. 
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. \
  12. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  13. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan







Bahan Inti Kuih Ketayap
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  •  secubit garam 
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara Membuat Inti Ketayap
  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Thursday, January 25, 2018

Vietnamese Spring Roll...



Pertama kali buat dan makan, kulit popia tu dah lama Liza beli tapi baru sekarang terbuka hati nak cuba buat dan rasa...sebenarnya takut tak dapat sambutan dr ahli kat rumah ni..hihi
Rupa2nya bila buat, tak habis2 diaorang dok puji sedap,masa tu rasa ruginya tak buat awal2,hihii
Sos tu Liza guna yg readymade dipping sauce thai je ( sbb takut tak dpt sambutan kan), at least takde la rasa kecewa sgt kalau diaorang tak makan pun,hihi
Disebabkan ahli dlm rumah ni mmg suka dgn popia sihat ni, maka next time Liza akan cuba buat sos dia pulak
Terima kasih Zila utk resepi ni, cuma tang gulung tu Liza buat tak kemas lagi, practice makes perfect kan..







'Goi cuon' atau vietnam spring roll merupakan gulungan kertas beras 'banh trang'  atau rice paper iaitu hidangan tradisional rakyat vietnam,yang terdiri daripada sayur-sayuran segar udang dan isian yang digemari.






VIETNAMESE SPRING ROLL

Bhn2:


Beberapa keping kulit rice paper
Udang segar - dicelur dan dibelah dua
Daun salad - secukupnya
Daun Pudina - secukupnya
Timun - dihiris memanjang
Daun Ketumbar - secukupnya
Daun Bawang - secukupnya
Suh hoon - dicelur dan toskan



Caranya

  1. Ambil sekeping rice paper celupkan seketika didalam air,balik balikkan supaya semua permukaan lembut.
  2. Kemudian angkat susun sayur-sayuran,lipat kiri dan kanan dan gulung sedikit,susunkan udang dan gulung sedikit lagi ,letak daun bawang biarkan sedikit terkeluar dan terus gulung sehingga habis.
  3. Sedia dihidang bersama sos pilihan.

Vietnamese Dipping sauce 'nuoc cham'


Bhn2:

2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan jus limau
2 sudu makan cuka 
lada cili kecil merah - secukupnya 1 atau 2 batang
daun bawang - hiris halus.




Jus Bunga Telang / Magic Blue Pea Juice...



Bila tengok bunga telang yg subur belakang rumah, baru teringat kat satu program TV ni yg pernah tunjuk magic air bunga telang ni..jadi terus kutip  dan rebus bunga telang ni .

Jgn pandang rendah pada pokok yg menjalar ni ye, bnyk khasiat  yg terkandung di dlmnya..Kalau nak tau khasiat bunga telang ni, boleh Google dan baca sendiri..








JUS BUNGA TELANG

Bhn2:

Bunga telang
Daun pandan
Gula secukupnya

- rebus semua bhn hingga gula cair dan air bertukar menjadi kaler biru
- sejukkan dan sedia digunakan

* kalau terus guna air akan jadi kaler biru mcm dlm gmbr kat atas





* Kalau perah sebiji lemon atau limau, kaler jus akan bertukar jadi purple macam dlm gambar atas ni..sbb tu dipanggil magic juice,ihhii


Kuih Lapis Lagiii..



Assalamualaikum wbt...kuih yg selalu mendapat permintaan dr adik,suka sgt dia mkn kuih ni tapi awal2 dia dah pesan tak nak kaler lain, nak kaler pink ngn putih je...lagi senang keje umi,hihii

Liza buat lagi resepi yg dah pernah Liza buat ni sbb sukatan dia sikit, cukup la utk kami 4 beranak ni..








RESEPI KUIH LAPIS


Bhn2

100gm tpg beras
435ml santan
30gm tpg ubi kayu
90ml air
30gm tpg jagung
190gm gula
sdkt pewarna merah

panaskan pengukus dan ayak semua tpg kedlm mangkuk besar.
- kacau bersama sntan, air dan gula.Kacau hingga gula larut.
- bhg adunan kpd 2 bhgn dan warnakan.
- masukkan 3/4 senduk adunan kedlam loyang dan kukus selama 3 min.
- angkat dan tuangkan lapisan yg berlainan kaler ke dlm adunan td dan kukus semula 3 min.
- ulang hingga habis..
- akhir sekali tutup loyang dgn kain bersih dan kukus lg selama 15 min..


Tuesday, January 23, 2018

Chicken Meatball Homemade with Spagetti.....


Sebenarnya Liza mmg suka buat meatball, chicken ball atau patty burger homemade sbb blh adjust apa bhn yg nak masukkan dlm tu..dan setiap kali berbeza bhn tu sbb Liza ikut apa yg ada kat dapo je, janji sedap dan berkhasiat utk family Liza,hihi
So, resepi ni versi Liza sendiri ye..lebih kurang je dgn resepi org lain pun,hihihi






CHICKEN MEATBALL

1 paket ayam kisar 
Serbuk bawang putih
1/2 biji bawang Holland - cincang
Serbuk lada hitam - blh adjust sikit atau bnyk
Garam
Daun parsley - cincang
Breadcrumbs
Olive oil
Sebiji telur - kocok sikit

- campurkan semua bhn dan bulat2kan ikut saiz yg dikehendaki
- rehatkan sekejap di dlm fridge ( Liza rehatkan dlm 30 min)
- panaskan sedikit minyak zaitun dan grg ball td hingga masak
- angkat dan sedia digunakan


* Minyak lebihan menggoreng ball td jgn dibuang ye, gunakan utk menumis bhn2 kuah spagetti *








Ferrero Rocher n Chocolate Ice Blended...Homemade



Masih setia dgn resepi dr Kjee ni sbb anak2 suka..cuma Liza olah sikit dan tambah ferrero rocher kat dlm tu, tq Kjee n Uncle Pali sbb sudi share resepi yg sgt sedap ni






RESEPI FERRERO ROCHER N CHOCOLATE ICE BLENDED

Bhn2:

2 s/b milo
1 s/k serbuk koko - Liza guna s/b
3 s/b susu pekat manis - Liza guna 11/2 s/b je
5 s/b susu cair - xletak
1 mug ais
4 biji coklat Ferrero Rocher

Hiasan:

Whipping cream
Syrup chocolate Hershey's
1 biji Ferrero Rocher - pecah2kan



- blend semua bhn dan masukkan ke dlm gelas..
- hiaskan dgn bhn hiasan
- slurpppp




Kacang Tanah Rebus Homemade.....




Assalamualaikum wbt...kisah kacang tanah rebus ni pun dah lama sebenarnya,hihii
Disebabkan tau fav bini dia kekacang cmni, maka setiap kali ari Jumaat hubby akan bawa balik kacang tanah rebus yg dia beli kat Masjid Sg Tua, mmg setiap ari Jumaat ada pakcik yg jual kacang rebus ni depan masjid tu..
Dan bila ternampak kacang tanah ni kat NSK, mula lah rasa gatal nk rebus sendiri. teringat masa kecik2 dulu sbb abah selalu tanam kacang ni kat belakang rumah..tapi kan masa tu tak pernah pun nak tgk macam mana arwah ma rebus kacang ni, yang tau masa tu makan je..sekarang ni bila nk rebus sendiri terpaksa lah tanya pakcik Google, hihii

Dan baru Liza tau rupanya lama betul nak rebus kacang ni ye, sebab tu la harga kacang tanah rebus ni mmg mahal sekarang,jadi jgn pertikaikan harga tu ye,hihihi









KACANG TANAH REBUS HOMEMADE

Bhn2
Kacang tanah secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit - utk bagi kaler kuning mcm yg dijual
Air secukupnya

- bersihkan kacang dan masukkan ke dlm PC ( Liza guna Noxxa )
- on kan button high pressure dan set kan masa
- Liza rebus ni selama 21/2 jam baru empuk
- kalau guna periuk biasa mungkin kena rebus 4 jam dan sentiasa kena tgk air ye








               Puashati bila dapat makan kacang yg direbus sendiri..

Friday, January 19, 2018

Puyuh Vanggey...




Family Liza mmg suka sgt makanan yg berempah2 cmni,nak cakap ada keturunan mamak atau India, takde rasanya...hihihi
So, bila buat lauk cmni kompem makan bertambah2 la..selalunya org gunakan ayam kan, tapi disebabkan ayam takde, Liza gunakan puyuh je..
Menu ni pun dah laaaaama sgt buat,hihii..Liza pun dah lupa dr mana Liza dapat resepi ni..terima kasih pada empunya resepi ye, ada yg Liza olah ikut selera family..








RESEPI PUYUH VANGGEY

Bhn2:

5 ekor puyuh - bersihkan dan potong 2
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit 

- gaul puyuh dgn garam dan serbuk kunyit
- goreng hingga setengah masak, ketepikan

Bhn Kisar:

15 biji cili kering
2 biji bawang besar
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 btg serai
4 inci halia
1 cawan air
- kisar semua bhn hingga lumat

Bhn Rempah:

10 s/b cili serbuk
6 s/b serbuk kari daging
1/2 cawan gula merah
Kicap - utk bg gelap sikit, kalau tak nak letak pun takpe


Bhn Tumis:

Rempah 4 sekawan
Daun kari secukupnya







- panskan minyak lebihan menggoreng puyuh td
- tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau, masukkan bhn kisar dan daun kari, biarkan hingga naik bau dan wangi
- masukkan bhn2 remp[ah dan tumis lagi hingga pecah minyak
-perlahankan api dan masukkan gula merah , sedikit kicap, garam dan perasa
- last masukkan puyuh yg telah digrg td
- masak hingga kuah pekat dan puyuh masak

Iced Caramel Macchiato Lagiii...Homemade





Air2 jenis macam ni mmg anak2 suka sgt la, sbb tu la Liza gigih cari resepi air2 ala starbak ni..dan yg paling best, bila anak2 cakap air yg umi buat lagi sedap dr kedai tu..bangga kejap, hihii


RESEPI ICED CARAMEL MACCHIATO

Bhn2:

Vanilla syrup - resepi kat bawah 
Ais secukupnya
Susu segar
Kopi
Caramel

- apa yg Liza tulis kat bhn2 tu dah ikut turutan ye, maknanya vanilla syrup tu masukkan dulu dan diikuti ngn ais dan seterusnya last sekali ltk caramel...
- faham kan,hihii



RESEPI HOMEMADE VANILA SYRUP

Bhn2:

1 cawan air
2/3 cawan gula 
1/3 cawan gula perang
Secubit garam
2 s/t  esen vanilla - Liza guna esen vanilla Chef Amer


- dalam bekas, masak air, gula perang dan guka biasa serta garam..
- masak dan sentiasa kacau hingga gula hancur..
- biarkan mendidih selama 5 minit..
- alihkan dr dapur dan biarkan sejuk selama 1 1/2 jam..
- akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau hingga ebati..



* - Bila dh sejuk syrup ni akan pekat sendiri ye..
   - Liza gunakan sepenuhnya gula perang, maknanya 1 cawan gula perang..
    - Syrup ni blh simpan kat suhu bilik je..


Vanilla Choc Chunk Yogurt Muffins...



Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat utk semua...kejadian muffin ni dah lama sebenarnya..masa ni tangan Liza baru start sakit dan angah terpaksa buat sendiri muffin ni 100 %...masa tu baru umi sedar yg apa yg berlaku pasti ada hikmahnya,hihii

Umi cuma bagi resepi dan panaskan oven je, yg lain2 semua angah buat, pandai rupanya anak dara umi ni ye...hihii
Resepi ni Liza ambil dr rakan IG Inda @pandangulamelaka..tq Inda, mmg sedap n lembut..almaklumlah ada yogurt kan

Tapi Liza tak gunakan choc chunk ye, sbb angah nk letak hazelnut choc paste Chef Amer ..tgk tu, mewah btl dia letak kan...tak pe la, sekurang2nya dah boleh jadi tgn kanan umi kan, tq angah







VANILLA CHOC CHUNK YOGURT MUFFINS

Bhn2:

A

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 s/k baking powder
3/4 s/k baking soda
1/2 s/k garam

B

135gm yogurt
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1 s/k esen vanilla
1/3 cawan minyak masak

C

3/4 cawan dark cooking chocolate - cincang kasar ( Liza guna hazelnut choc paste, kalau nk guna nutella pun ok)









- panaskan oven 220C selama 15 minit
- campurkan kesemua bhn A dan gaul rata
- satukan semua bhn B dan amsukkan ke dlm bhn A, gaul rata dgn whisk je..JGN overmix ye
-akhir sekali masukkan choc chunk / cincang td, gaul rata secara kaup balik je
-sudukan adunan 3/4 penuh ke dlm acuan
- bakar selama 10 minit dgn suhu 220C, turunkan suhu 200C dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga masak..

# Cara Liza:

- sudukan separuh penuh adunan ke dlm acuan dan picit hazelnut choc paste , kemudian isi lagi adunan hingga 3/4 penuh kedlm acuan dan picit lagi hazelnut choc paste tu- 



Tuesday, January 16, 2018

Potato Wedges Homemade...



Hari tu terbuka hati nak try buat wedges ni sendiri, boleh makan puas2..nk letak cheese bnyk2 pun boleh

Senang sangat kan, cuma kalau ada angin M tu, senang macam mana pun mmg tak buat la,hihihi
Jom try buat, lagi terjamin segala2nya..






POTATO WEDGES HOMEMADE

Bhn2:

5 biji ubi kentang - basuh bersih dan potong baji
Sedikit garam
Air utk merebus
Minyak
Tepung bestari / tepung kegemaran

- rebus kentang bersama kulitnya sehingga separuh empuk SHJ
- toskan ubi td dan salut dgn tepung kegemaran ( Liza guna tpg bestari je)
- panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan atau masak
- angkat dan sedia dihidang
- senang kan, pasni xyah beli dah..hihihi

Aglio Olio..


Assalamualaikum wbt ...dah banyak kali Liza buat aglio olio ni sbb mmg peberet Liza..tapi bila cari resepi ni kat dapo Liza . xde la pulak...maknanya setiap kali buat mmg Liza tak update resepi kat sini la ye,hihii

Ni versi Liza yg suka pedas2 sikit ye..kalau ikutkan yg original mmg diaorang xletak la segala cili tu...segalanya terpulang pada selera masing2 kan..






RESEPI AGLIO OLIO

Bhn2:

1 paket spagetti - rebus hingga masak dgn sedikit minyak dan garam
Air rebusan spagetti / stok seafood
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 biji cili api - tumbuk( blh skip kalau xsuka pedas)
Seafood pilihan ( udang, sotong , lala, ,kupang atau apa saja)- rebus skjp
Sedikit minyak zaitun
Chili flakes
Sedikit daun ketumbar / daun parsley - racik halus

- panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih serta cili api hingga naik bau
- masukkan sedikit air rebusan dan biar mendidih, masukkan garam dan perasa
- masukkan spagetti serta lauk pauk  yg telah siap direbus td
- sesuaikan rasa dan masukkan cili flakes, gaul sebati
- tutup api dan taburkan daun ketumbar / parsley
- sedia dihidangkan



Thursday, January 11, 2018

Kek Gula Hangus Chef Asma...





Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua...dah masuk dua kali Liza buat resepi kek gula hangus aka kek sarang semut ni guna resepi dr Chef Asma yg dikongsikan kat fb tak lama dulu..

Pertama kali buat terus menderhaka sbb nak cepat..lagipun zaman dulu2 pernah tolong arwah ma buat kek ni tanpa diperap dan kejadian sarang atau lubang2 tu mmg menjadi...jadi Liza cuba bereksperimen dgn resepi dr chef ni, alhamdulilah walaupiun sarang2 tu tak besar sgt tapi Liza cukup puashati dgn rasa kek ni yang tak terlalu manis dan lembut

Terima kasih chef kerana sudi berkongsi resepi ni..





Liza buat 1/2 adunan dr resepi di bawah dan menggunakan loyang 8x8 inci..

RESEPI KEK GULA HANGUS CHEF ASMA

Bhn2:

2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
4 tbsp mentega 

- gula digoreng dgn api sederhana besar, bila gula dah cair masukkan air pana ..( hati2 ye )
- tutup api dan masukkan mentega
- ketepikan dan biar suam sebelum guna


Bhn kek :

8 biji telur
2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
4 tsp soda bikarbonat
2 tsp esen vanila








- ayak tepung gandum dan soda bikarbonat
- pukul telur hingga kembang dan pekat dgn menggunakan mixer high speed
- masukkan susu pekat dan kacau rata
- perlahankan speed mixer dan masukkan tepung yg telah diayak td
- masukkan esen vanila
- akhir sekali masukkan gula hangus td dan mix sebati
- perap adunan 3-4 jam ( bertutup) utk mendapatkan sarang yg cantik.
- bakar 160C selama 60 minit ( api bawah sahaja)
- bahagian terakhir, bakar 15 minit api atas bawah


* Liza xperap adunan , lepas mix semua bhn baru Liza on kan oven 15 minit, dan terus bakar *




Tuesday, January 9, 2018

Tempahan Nasi Kandaq Gempaq...








Nasi kandaq gempaq ni ialah nasi kandar ori, bukan nasi putih biasa ye...digandingkan dgn lauk ayam madu mamak, kobis grg mamak, dalca ori mamak. pappadom dan telur rebus...alhamdulillah sgt sedap dan mendapat pujian dr pelanggan, ada yg menyesal beli sebungkus...hihii








Kek Pandan Lembut dan Sedap....





Resepi ni Liza amik dr rakan fb Miey Hayati , mmg lembut dan wangi dgn bau asli daun pandan..terima kasih ye 


RESEPI KEK PANDAN

Bhn2:

A:
4 biji telur
4 s/b susu pekat
3/4 cawan gula halus
1 s/b ovalette
1 s/k esen pandan / esen vanila

- pukul semua bhn A hingga gebu dan berkrim


B:

2 cawan tepung kek
1 cawan santan pandan ( 6 helai daun pandan + 1 cawan santan sederhana pekat  diblend dan tapis )
1 titik pewarna hijau epal

C:

1/2 cawan butter cair










- panaskan oven 160C
- masukkan santan pandan dan pewarna hijau dan pukul lagi
- slowkan mixer, masukkan tepung kek dan gaul rata
- masukkan pula butter cair dan sebatikan dgn cara kaup balik SAHAJA.
- tuang adunan ke dlm loyang yg telah dialas dgn baking paper dan bakar selama 50 minit atau sehingga masak 



Tempahan Curry Chicken Puff...





Terima kasih pada peminat setia puff ni..alhamdulillah masih sudi order dgn Liza







Bread Pudding ..




Family Liza mmg cukup suka dgn bread pudding ni, sbb tu Liza suka variasikan pudding ni..kali ni pulak disebabkan lebihan roti cukup2 dgn 6 bekas ramekin, so Liza suruh anak2 pilih sendiri filling yg diaorang suka...dan utk hubby pulak, tetap dgn kismis saja

Dah banyak kali Liza masukkan resepi, lebih kurang sama je cuma kali ni Liza letak dlm mangkuk ramekin..almaklumlah roti tak banyak, kan..hihi







BREAD PUDDING

Bhn2:

10 kpg roti - dadu
3 cawan susu segar
2 biji telur - kocok sedikit
4 s/b gula perang
100gm strawberry filling/ apa2 filling kegemaran


- panaskan oven pada suhu 150C
- gaul sebati semua bhn di atas KECUALI filling..
- masukkan roti dan rendam selama 30 minit - 1 jam.
- tuang adunan ke dlm loyang yg telah dilengser mentega.dan sudukan filling ke dlm adunan secara marble..

- bakar secara ' steam bath' selama 50 minit atau sehingga keperangan..



Monday, January 8, 2018

Coconut Ice Cream / Aiskrim Kelapa..





Memang dah lama sgt adik minta suruh buatkan aiskrim kelapa macam kt Krabi tu, errkkk..maka bila ada kerajinan sikit ari tu, buatkan lah utk budak montel tu, dan kebetulan ada air kelapa muda dan isi dia sikit
Campur2 je n biar mesin eskrem yg buat keje,hihi

COCONUT ICECREAM / AISKRIM KELAPA

Bhn2:

2 cawan whipping cream
1 cawan air kelapa muda
1/2 cawan isi kelapa muda
1/4 cawan gula

- di dlm bekas kacau sebati krim, air kelapa, susu dan gula hingga gula hancur..
- on kan mesin icecream dan biar ia berputar..
- masukkan ke dlm mesin sedikit2 bhn2 campuran td..
- biarkan mesin terus berputar hingga bhn2 td kental dan seakan2 ice cream..
- masukkan pula isi kelapa td dan biar mesin berputar lagi hingga bhn semua sebati dan hampir mengeras..
- offkan mesin dan tuang ice cream td ke dlm bekas yg sesuai..
- sejukkan dlm freezer atau blh juga terus di makan..





Tortilla / Nachos Cheese ..




Kali ni buat lagi ala2 popia cheese cuma Liza guna tortilla..nampak macam bnyk sgt cheese powder tu kan, sebab tortilla ni agak tebal dan agak ssh dia nak melekat cheese...jadi terpaksa la letak bnyk2,hihihi
Terima kasih sekali lg pada my fren Lina PG..kalau nk tgk popia cheese sebelum ni, blh je g kat SINI..






KEREPEK POPIA CHEESE TERLAJAK SEDAP

Bahan2:

1 paket kulit popia ( kali ni Liza guna sourdough tortilla )
Cheese powder secukupnya (terpulang nak letak banyak mana) Sedikit gula kastor 
Sedikit serbuk cili 
Minyak untuk menggoreng 


Cara-Cara:

Kulit popia dipotong ikut suka potong ~nachos tu la(LiNa Pg potong ~2x2in) 
Panaskan minyak, goreng kulit popia dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Goreng secara berperingkat (sedikit demi sedikit hingga habis) Sejukkan sebentar 
Ambil sebahagian dari gorengan kulit popia masukkan ke dalam bekas yang agak besar, masukkan serbuk cheese, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas).
Goncangkan/gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese.
Terpulang nak letak banyak mana. Simpan kerepek popia cheese dalam balang




Pizza Waffle yg Sedap...



Assalamualaikum wbt..pizza waffle ni dah laaaaama Liza buat, cuma baru teringat nk upload resepi kat sini, ye la mana tau kan, kot2 nnt anak2 nak buat, senang boleh rujuk resepi kat sini je..
Dapat dr blog minah salleh ( dah lupa apa nama blog dia) , waffle ni mmg sedap n lembut sbb penggunaan buttermilk tu..








SAVOURY WAFFLE / PANCAKE

Bhn2:

2 cawan tepung self raising
1/4 cawan gula perang
1 s/t baking soda
1/2 s/t garam
2 s/t lada hitam kisar
3 biji telur
1/3 cawan unsalted butter - cairkan
2 cawan buttermilk ( guna yogurt + susu segar )
5 biji bawang merah - hiris halus
Minyak

- campur semua bhn kering 
- pecahkan telur dan kocok sikit, masukkan ke dlm bhn kering td
- tambah butter cair dan buttermilk..guna sudip kayu dan kacau waffle batter sehingga sebati SAHAJA
- masukkan bawang hiris dan gaul sebati
- panaskan waffle iron / pan dan sapu sedikit butter cair / minyak
- masukkan 1/2 cawan batter ke dlm acuan
- masak 4-6 minit atau sehingga golden brown dan crispy

Boleh gunakan apa2 filling kegemaran, cuma kali ni Liza letak filling pizza dan cheese dan grill kjp sampai cheese mencair.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...