Friday, January 27, 2017

Kuih Bingka Pandan....




Kuih yg selaluuuuu sgt Liza buat sbb senang n sedap...hihii







RESEPI BINGKA PANDAN
Bhn2:


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.
Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.






Satu adunan ni dapat 3 bekas bahulu kemboja tu ye..


Crustless Quiche Ayam...




Dah lama tekak teringin nak rasa quiche, tapi nak buat macam malas sbb takut tak habis..bila adik cakap dia nak datang bermalam kat sini, maka terlintas la utk buat quiche ni tapi versi takde crust...

Maka terjumpa lah resepi ni kat SINI, tapi Liza olah ikut bhn yg ada kat umah je..
Tq kak Hanieliza..sedappp




 
 

CRUSTLESS QUICHE AYAM


Bahan A
1 keping dada ayam [dihiris kecil]
3 biji ubi kentang [dipotong dadu]
1 batang lobak merah saiz kecil [dipotong dadu]
1/2 cawan air

1 labu bawang besar kuning/holland [dipotong dadu]
4 biji cendawan butang [dihiris nipis] - skip
1 sudu besar lada hitam [mesin kasar]
2 sudu besar majerin
garam secukup rasa

Bahan B
1 tin kecil kacang pea - ganti broccoli
1 biji lada benggala hijau [dipotong dadu]
3 biji cili merah               ]
1 pokok daun sup          ] dicincang kasar

Bahan C
1 cawan susu cair - susu segar
4 biji telur - 3 biji
100 gram keju cheddar [dipotong kecil]
1 sudu besar oregano [optional]
1 s/teh mix herbs

Cara Membuat
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam, ubi kentang dan lobak merah. Kacau rata.
3. Masukkan air dan garam. Masakkan sehingga lembut dan air kering.
4. Masukkan lada hitam dan cendawan. Kacau rata. Tutup api.
5. Masukkan dalam mangkuk besar dan campurkan semua bahan B. Gaul rata.
6. Masukkan semua bahan C dalam mangkuk lain dan kacau rata.
7. Gaulkan semua bahan C ke dalam mangkuk B. Kacau rata.
8. Masukkan dalam pinggan pie berukuran 8 inci X 8 inci yang telah disapukan majerin kelilingnya.
9. Bakar dalam oven pada suhu 160'c selama 30 minit.
10. Sejukkan dahulu dan potong kecil. Hidangkan.
 
 
 



Roti Aiskrim...








Nak juga masukkan entry ni sbb takut ada yg tak tau wujudnya roti eskrem ni..hihii
Roti tu boleh je nak guna roti apa2 pun, eskrem tu pun sama...ikut sukahati la, kita yg nak makan kan



Popia Goreng Bersira...




Assalamualaikum wbt...menu petang yg dah lama Liza buat,hihihii
Selalu sgt buat popia ni sbb family Liza mmg suka popia ni









RESEPI POPIA GORENG BERSIRA
Bhn2:

kulit popia secukupnya

       UNTUK INTI :
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • 1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
  • 1 mangkuk kubis yang dihiris halus
  • taugeh - jika suka (hana x ltk)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula

  • UNTUK SAMBAL SIRA :
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
  • sedikit belacan - jika suka
  • sedikit air asam jawa@cuka
  • gula melaka@gula putih
  • garam
  • bijan sangai
 







Cara-cara
  1. UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  2. UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!


Wednesday, January 25, 2017

Sourdough Pizza Crust...




Masih menggunakan sourdough starter yg Liza buat ari tu, dan dibakar atas terracotta tiles..mmg terbukti crust pizza ni lagi sedap..puas cari baking stone/ pizza stone tapi tak jumpa, maka terpaksa lah beli terracotta tiles ni...tima kasih bnyk pada Nurul sbb bnyka explain kt akak tentang sourdough n peel dia, hihii








SOURDOUGH PIZZA CRUST

  • 1 12 cups sourdough starter
  • 4 -5 tablespoons olive oil
  • 1 teaspoon salt
  • 1 12 cups flour (plus a little more or less to adjust consistency)









Directions

  1. Preheat oven to 500°F.- Liza guna 180C
  2. Mix starter, 1 tbsp olive oil, salt, and flour together in a mixing bowl until it blends and forms a ball (add more or less flour to adjust consistency; if you get it too dry just add a little more starter).
  3. Allow dough to rest for about 30 minutes (don't look for it to rise, just to get the dough where it is easier to roll).
  4. Roll out mixture on parchment paper or a lightly floured surface until it fits the size of your pan, turning the dough as you roll (if you want a more even circle).
  5. Par-bake the crust on a pizza stone or pizza sheet for about 7 minutes, then remove from oven.
  6. Before topping your pizza with any sauce, cheese, or toppings, brush the top of the crust all over with remaining olive oil (as needed), using a pastry brush (this helps keep soggy moisture out of the crust as it bakes).
  7. Top as desired and cook until browned and cheese is melted.
  8. If you use certain vegetables as a topping (onions are the first thing that comes to mind) you might want to cook those about halfway before topping the pizza with them (or they will be too crunchy).





Cucur Bilis Sourdough....



Pertama kali buat cucur guna sourdough mmg berdouble2 sedap...tak sangka anak2 mmg suka sgt cucur ni,mula2 bila bau cucur ni rasa cuak la jugak...bukannya apa, kang buat bnyk2 takde org makan pulak kan..

Kalau nak tau cmner rupa sourdough tu blh tgk kat SINI ye..






RESEPI CUCUR BILIS SOURDOUGH

Bhn2:

1 cawan Sour Dough Starter (SD)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
5 ulas bawang merah - tumbuk kasar
Ikan bilis - tumbuk kasar
Daun sup, daun bawang - hiris
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

- gaulkan semua bhn hingga sebati
- panaskan  minyak dan masukkan adunan td menggunakan sudu
- masak hingga kekuningan dan garing
- angkat dan sedia dihidang dgn sos cili




Roti Canai Lagiii....macam2 ada




Masih menggunakan resepi dr SINI tapi kali ni pelbagaikan versi utk anak2..ada yg ala2 nutella pancake, ada yg letak susu n cheese n utk umi opkos la roti sardine n utk papa roti telur..








RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE
Bhn2:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak


Cara-cara

  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)
  • Tinggalkan selama 2 jam.
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.




Yg ni versi filling pisang,kat luar tu adik nak sapu nutella ngn susu pekat manis...ikut je la




 
 
 
 
 

Nasi Lemak Daun Pisang....



Assalamualaikum wbt....kalau dapat nasi lemak daun pisang cmni,mmg tak cukup sebungkus kan, aroma daun pisang tu mmg betul2 membangkitkan selera..








RESEPI NASI LEMAK

Bhn2:

3 cawan beras - basuh dan tos
4 cawan santan cair
1 inci halia -ketuk sikit
2 biji bawang merah kecil - hiris
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

- satukan semua bhn ke dlm periuk nasi dan masak macam biasa


* sukatan santan cair terpulang pada beras yg digunakan*








RESEPI SAMBAL BILIS PETAI
Bhn2:

200gm ikan bilis - sotong atau udang pun blh
2 biji bwg besar *
1 ulas bwg Pth*
3 senduk cili mesin
Minyak
Garam
Gula, perasa


- panaskan minyak.
- mesin semua bwg dan tumiskan bersama cili mesin hingga naik bau
- masukkan bilis

- akhir sekali masukkan juga garam, gula dan perasa
- masak hingga naik minyak
- sedia dihidang





Tuesday, January 24, 2017

Muffin Pisang Double Chocolate..





Muffin yg selalu juga Liza buat utk anak2 sbb senang dan insyaallah sedap...







RESEPI MUFFIN PISANG DOUBLE COKLAT
Bhn2 A:

2 cawan tpg gandum
2 s/mkn srbk koko
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t baking powder
Garam

- semua bhn di atas diayak..

Bhn2 B:

1 cawan pisang emas - sudah dilecek
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
2 biji telur - dipukul sedikit

- panaskan oven 180C.
- masukkan semua bhn A ke dlm bhn B..
- gaul sebati, tp jgn lama sgt
- masukkan dlm bekas muffin dan bakar selama 20 minit..
- dah ready...senang kannn




Ayam Percik Chef Wan...




Apa yg buat Liza tertarik nak cuba resepi ni ialah sebab ada guna halba yg di kisar...nak tau la juga macam mana rasanya kan, alhamdulillah mmg sangat2 sedap








RESEPI AYAM PERCIK CHEF WAN

Bhn2:

  • 1 ekor ayam
  • 1 liter santan
  • 10 batang serai di titik
  • 6 cm lengkuas di hiris
  • 1/2 helai daun kunyit di hiris halus
  • 1 sudu besar gula merah
  • garam dan gula secukupnya
  •  
     
    Bahan kisar:
    • 3 tangkai cili merah
    • 4 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 1/2 cm halia
    • 2 1/2 cm kunyit hidup
    • 10 biji buah keras
    • 1 sudu teh halba
     
     
    Cara buat ayam percik:


    1. Masukkan bahan kisar dan santan dalam satu periuk besar. Kacau dan didihkan hingga pecah minyak.
    2. Masukkan ayam, serai dan lengkuas. Kacau hingga ayam disalut dengan kuah.
    3. Masukkan garam dan gula dan renehkan selama 30 minit.
    4. Kacau dan balik-balik ayam selalu.
    5. Keluarkan ayam daripada kuah dan panggang ayam selama 10 minit sambil dilumur dengan kuah.
    6. Letakkan ayam panggang di atas pinggan.
    7. Kembalikan periuk ke atas api sederhana dan pekatkan kuah sambil di kacau sehingga menyalut ayam apabila di tuang ke atasnya.
    8. Angkat kuah dan siram ke atas ayam.







    Lauk ni Liza gandingkan dgn salsa tomato je, mmg sedap..






    Salsa Tomato...



    Salsa ni lebih kurang macam acar juga la, ada rasa masam dan manis...






    RESEPI SALSA TOMATO

    Bhn2:

    2 biji tomato - buang biji dan potong kecil @ memanjang
    1 biji bawang besar merah - potong kecil
    1 biji lada merah - xletak
    Jus dr 1/2 biji lemon
    Daun ketumbar / Daun pudina
    Garam, gula secukup rasa

    - masukkan tomato , bawang besar dan cili merah ke dlm mangkuk..
    - masukkan jus lemon, garam dan gula di dlm mangkuk lain, kacau sebati
    - masukkan campuran jus td ke dlm mangkuk berisi tomato dan taburkan daun ketumbar/ pudina..
    - gaul sebati
    - simpan di dlm fridge 30 minit sebelum dihidangkan






    Detox Water...





    Assalamualaikum wbt...bila dah macam2 masuk dalam perut, sesekali kena la pekena air detox kan..hihii





    DETOX WATER / AIR DETOX

    Bhn2:

    1 biji oren
    1 biji lemon
    5 hirisan timun
    1 inci halia - ketuk sikit
    Daun pudina


    - masukkan semua bhn ke dlm bekas dan masukkan sekejap ke dlm fridge sebelum diminum
     
     
     
     
     
     
     
    

    Wednesday, January 18, 2017

    Starter Sourdough Bread....




    Sebenarnya Liza mmg takut nak cuba buat starter sourdough ni sbb rasa macam susah je, ye la tak biasa kan...lagipun selama ni kalau nak buat roti guna yis je, tak pernah terlintas pun nk guna sourdough ni, rasa mcm leceh nak buat..
    Tapi akhirnya Allah bukakan juga hati Liza utk buat starter ni selepas ditemukan dgn otai SD iaitu Nurul atau Nurpian nama IG dia...terima kasih banyak2 sbb sudi jawab segala pertanyaan akak tentang SD ni, almaklumlah jakun kan...hihii

    Cara dan resepi starter sourdough ni pun Liza CnP je dr blog Nurul, tq sekali lg ye


    NATURAL STARTER

    Dari buku Bread Revolution-Duncan Glendinning dan Patrick Ryan

    * starter elok di letakkan di tempat yang mempunyai aliran udara yang elok.

    Day 1
    175ml susu dari bancuhan susu tepung
    75ml yogurt asli

    cara:
    panaskan susu sehinnga suam dan masukkan ke dalam mangkuk besar yg bersih.
    Masukkan yogurt dan kacau sebati.Tutup mangkuk dengan plastik wrap.

    Day 2
    120g tepung roti

    cara:
    campurkan tepung roti ke dalam adunan yogurt dan kacau sebati.
    Tutup semula mangkuk dengan plastik wrap dan biarkan selama 2 hari.
    selepas 2 hari adunan starter akan di penuhi dengan buih  dan berbau masam.

    Day 4
    175g tepung roti
    100ml air
    40ml susu segar

    cara:
    campurkan kesemua bahan dalam adunan yogurt dan kacau sebati.Tutup semula mangkuk dan biarkan selama 12 ke 24 jam.




    Ni starter Liza hari pertama, maksudnya sehari lps buat




    Day 5 Starter sepatutnya sudah aktif dan dipenuhi dengan buih-buih kecil dan berbau masam yang elok seterti gambar di atas.
    Dan sekarang masanya yang elok untuk buat Roti SD.Saya akan share cara membuat roti dalam next post.

    Selalunya kita akan menggunakan separuh starter ni untuk membuat roti dan starter yang selebihnya akan di simpan dan kita perlu bagi 'makan' atau feeding untuk kegunaan yg seterusnya.

    Untuk Lebihan Starter campurkan:
    300g tepung roti
    300ml air

    cara:
    campur sebati dalam lebihan starter dan ketepikan selama 12 jam dan selepas itu boleh guna lagi separuh starter untuk buat roti baru.Tetapi sekiranya anda tak nak bake roti SD pada hari seterusnya macam saya ,selepas bagi makan starter tersebut saya masukkan kesemua starter dalam tupperware besar bertutup dan simpan di dalam fridge.Bagi makan setiap 5 hari iaitu pada hari ke 5 keluarkan separuh starter tersebut dan bagi makan semula ikut formula lebihan starter .Sebelum guna keluarkan dulu starter dari fridge 2 jam sebelum membuat roti.

    Cara saya - saya akan membuat roti SD ni setiap 5 hari dan pusingan ni memang berlarutan dengan memberi starter ni "makan" dan Insyallah starter ni akan hidup dengan baik selagi kita memberi ia makan.

    Nota:Kalau nampak ada air timbul di permukaan starter maksudnya Starter anda sgt lapar dan kena terus bagi ia makan dan kalau tak starter anda akan mati.




    
     
    Ni pulak hari ke 5, dah nampak buih2 dan starter pun dah bau masam macam bau yis...maknanya sourdough ni dh blh digunakan..kalau ikut kata Nurul, andainya nak tau starter tu dah sedia utk guna atau belum, amik sikit starter tu dan amsukkan dlm gelas berisi air, kalau timbul maknanya dah sedia utk guna la




    Onde onde / Kuih Buah Melaka....





    Rasa macam dah lama sgt tak buat kuih ni, tak tau la kenapa..kali ni pun buat sebab sambil nak ajar angah ..iye la kan, malu la kalau anak dara tak pandai masak..belajar tinggi mana pun, tetap kena masuk dapur jugak




     
     
     
     
    RESEPI ONDE ONDE / BUAH MELAKA
    Bhn2:
    Tepung pulut secukupnya
    Air pandan secukupnya
    Pewarna hijau
    - gaul sebati tp jgn terlalu lembik

    Gula melaka - racik halus
    Kelapa pth
    Garam
    - masukkan gula melaka kedlm tpg td dan masukkan kedlm air mendidih.
    - bila kuih terapung maknanya kuih dh masak dan blh la diangkat..
    - gaulkan dgn kelapa yg tlh dicampurkan garam..
    - sedia utk dihidang..
    
     
     
     
     


    Taraaaaa, senang je kan...air tu masukkan sikit2 ye, bila dah rasa boleh kepal, maknanya air dah cukup la tu...kalau tersalah lembik, tambah je tepung pulut tu






    Puff Pisang / Banana Puff...




    Satu menu yg simple dan insyaallah sedap..boleh je nk gunakan apa2 buah pun, macam peach, pear, epal dan lain2 lagi la..






    RESEPI PUFF PISANG

    Bhn2:

    Puff Pastri secukupnya - potong ikut saiz yg kita nak
    Pisang/ buah2 lain - hiris nipis
    Sedikit gula perang
    Sedikit butter
    1 biji telur - kocok sikit
    Snow powder - utk tabur

    - panaskan oven 200C selama 15 minit
    - letak pisang hiris di atas puff pastry dan letak di dlm loyang yg telah disapu sedkit butter / marjerin
    - sapu telur dan tabor gula perang diatas pisang td..
    - letakkan juga sedkit butter di atas pisang utk bg kesan garing nnt..
    - bakar di dlm oven 20-25 minit atau sehingga puff masak
    - sejukkan dan tabur snow powder sebelum hidang...




    -

    Sup Urat Keting....



    Assalamualaikum wbt...ni menu yg tak tau bila, maknanya dah lama sgt dia terperuk dlm folder..

    Disebabkan adik minat sgt dgn sup keting ni, maka umi pun gigih la utk buat sendiri, mmg beria2 dia makan..Alhamdulillah









    Liza buat ni gunakan resepi sup kat SINI, cuma macam biasa la..disebabkan keting ni agak liat dan ssh lembut, Liza masak rebus dulu dgn pressure cooker..jimat masa,hihii










    RESEPI SUP URAT KETING
     
    Bhn2:
     
     
    1 kilo urat keting- bersihkan
    1 sudu makan perencah sup + sedikit air dan bancuhkan (tak letak pun ok)
    1 peket sup bunjut atau rempah 4 sekawan
    cili padi secukupnya (diketuk)
    2 btg serai ( ketuk) - Liza tambah
    2 biji bawang merah (ditumbuk)
    1 ulas bawang putih (ditumbuk)
    1/2 inci halia (ditumbuk)
    1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
    1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
    garam dan gula secukupnya
    1 labu bawang besar (dimayang)
    bawang goreng
    daun sup/daun bawang
    ubi kentang, tomato dan karot untuk campuran - xletak
    air secukupnya

     
    Cara-cara

     
    - Masukkan keting bersama air dan sedikit garam di dalam periuk. Jerangkan dengan api sederhana. Masak tulang untuk beberapa ketika sehingga lemak-lemak dan minyaknya keluar. Kemudian dengan menggunakan senduk atau sudu, buangkan atau cedok keluar minyak-minyak tadi hingga habis. - guna PC

     - Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan perencah sup(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang tadi. (Masukkan sup bunjut jika tak menggunakan rempah 4 sekawan).

     
    - Masak hingga hampir empuk. Sentiasa tambahkan air panas jika sudah berkurangan.

     
    - Masukkan ubi kentang, karot dan bahan-bahan selebihnya.

     
    - Setelah masak dan empuk, tutupkan api.

     
    - Hidangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
      


    Monday, January 9, 2017

    Double Chocolate Waffle...




    Kalau dah buntu nk buat menu breakfast utk ank2, buat je la waffle ni..sedap, kenyang dan sangat senang...




     
     
     
     
    DOUBLE CHOCOLATE WAFFLE
     
    Bhn2:
     
    2 cawan tpg self raising
    1/4 cawan cocoa powder
    2 s/b gula
    1/2 s/t garam
    2 biji telur A
    1/4 cawan butter - cairkan
    1 s/t esen vanila
    1/4 cawan white choc chips
     
     
    
     
     
     
     




    - ayak semua bhn kering..
    - satukan bhn cecair di dlm bekas lain dan masukkan ke dlm bhn kering td, gaul rata..
    - panaskan waffle iron, sapu sedkit butter atau  minyak dan sendukkan satu adunan batter td..
    - masak selama lebih kurang 4 minit atau sehingga masak dan lampu waffle iron bertukar hijau..
    - angkat dan sedia di ngap ..hihii




    Croissant Pandan Butter Pudding...





    Kali ni Liza try buat bread butter pudding guna croissants pulak..ni gara2 terliur tgk kat TV la ni, hihihi
    Liza olah sikit gunakan daun pandan blend dgn susu..perghhhh mmg wangi la pudding croisssnts ni







    CROISSANTS PANDAN BUTTER PUDDING

    Bhn2:


    (A)
    6 biji croissants - potong kecil
    250g butter
    250g kismis
    serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj

    Choc chips - Liza tambah


    (B) Filling kastard : - Liza buat 1/2 adunan
    1 liter fresh milk
    200g gula castor
    10 biji telur
    1 tsp esen vanilla

    3 helai daun pandan - blend dgn susu segar
    Sedikit pewarna hijau


    Cara2nya:
    1.Sapu acuan dgn butter & potong tepi roti(jgn di buang)
    2.Sapu roti ngan butter & susun roti dlm acuan.
    3.Setiap lapisan tabur kismis & serbuk kulit kayu manis
    4. Buat sehingga beberapa lapisan & tuangkan filling (bahan B).
    5.Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu lembut.
    6. Bakar suhu 160 C sehingga masak guna cara steambaked.










    Cara2 buat filling:
    1.Campurkan kesemua bahan
    2. Tuangkan keatas roti & biarkan roti lembut.

    Masam Manis Ikan Dori..






    Assalamualaikum wbt...menu ni sebenarnya dah lama tertunggak, baru berkesempatan nk masukkan n3 kat sini..

    Resepi ni macam resepi sweet sour yg lain jugak, tapi kali ni ikan tu Liza tak salut ngn tepung...perap ngn kunyit n garam je sbb kalau dah salut dgn tepung, bila sejuk nnt kompem sos dah kering, kan..







    RESEPI DORY SWEET SOUR
    Bhn2:

    4 keping isi ikan dori - potong dadu
    1 biji bawang besar - dipotong bulat
    1 potong nenas-di dadu
    1 biji tomato-di belah 4
    1 biji lada benggala - potong dadu
    2 ulas bawang putih - hiris
    3 ulas bawang merah - hiris
    2 sudu besar cili kisar
    2 sudu besar sos cili
    2 sudu besar sos tomato
    1 sudu besar sos tiram
    1/2 cawan air
    Garam dan gula secukup rasa

    - ikan dicuci bersih, gaul dgn kunyit dan sedikit garam, goreng hingga masak, angkat dan toskan.
    - tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing, masukkan sos cili , sos tomato, sos tiram, garam dan juga gula. Gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih.
    - masukkan ikan, bawang besar, lada benggala, nenas dan tomato. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat.
    - bila rasa dah sesuai, bolehlah dihidangkan





    Wednesday, January 4, 2017

    Serunding Daging Bread Roll....

     
     
     
    Assalamualaikum wbt dan salam bertemu kembali..ada yg rindu kat Liza tak,hihihi.Rasanya masih tak terlambat lg utk Liza mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kan, semoga tahun ini mendatangkan berjuta kebaikan dlm hidup kita..Aamiin
     
     
    Berbalik pada roti roll yg tgh viral ni, Liza pun tak nak lepaskan peluang utk cuba buat dan rasa...cuma Liza gunakan serunding daging dr Kg Laut, Klate menggantikan chicken floss sbb anak2 mmg tak makan chicken floss tu...mmg sedap dan nak buat pun bg Liza takde la susah mana pun...
     
    Kita boleh gunakan mana2 resepi sweet bun ye,jom tgk ..
     
     
     
     
     



    SERUNDING DAGING BREAD ROLL

    Bhn2: ( Loyang 10x10)

    350gm sweet bun dough
    2 biji telur
    Daun sup - potong kecil
    2 biji lada merah - hiris nipis


    Filling:

    Serunding daging / chicken floss secukupnya
    Mayonis secukupnya
    Sdikit susu pekat









    - bentukkan doh roti td mengikut bentuk Loyang 10x10 inci..
    - sapu Loyang dgn sedkit butter dan masukkan doh yg telah dibentukkan td..
    - biarkan kembang 2x ganda ..
    - panaskan oven 180C selama 15 minit
    - tuangkan telur yg telah dikocok ke atas doh dan tabur daun sup serta cili merah hiris.
    - bakar 15  minit dgn api atas bawah dan 5 minit dgn api bawah sahaja..(rak tengah)
    - keluarkan roti td dan sejukkan seketika, terbalikkan roti ( maknanya, yg bersalut telur tu di bahagian bawah ye)
    - campur mayonis dan sedikit susu pekat dan sapu dia ats roti td..
    - taburkan serunding daging / chicken floss dan gulung..
    - sejukkan sebentar dlm petiais utk meudahkan roti td dipotong




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...