Thursday, January 21, 2016

Tempahan Hokkaido Cupcake...





 
 
 
 
 
 
Berminat boleh WA 0192113080
 
 
 


Ikan Bawal Kasturi....



Assalamualaikum wbt...ari ni Liza cuba salah satu resepi dr buku Chef Wan,ikan bawal kasturi...rasa ikan ni macam asam pedas pun ada, macam rendang pun ada, mcm percik pun ada...all in 1 la

Ok la, terus pada resepi ye, Liza sibuk ni...hihihii








RESEPI IKAN BAWAL KASTURI

Bhn2:


1 ekor ikan bawal - bersihkan dan gaul dgn kunyit n garam, pastu grg sehingga masak

1 liter santan dr sebiji kelapa - tak yah la pekat sgt ye
2 btg serai - ketuk
4 biji belimbing buluh - ltk tomato
4 helai daun limau purut
4 biji limau kasturi - perah n ambil airnya
Gula secukup rasa

Bhn Mesin:

6 biji bwg merah ( guna 3biji bawang besar)
8 biji cili merah
4 biji cili padi
11/2 inci kunyit hidup
1/2 halia
2 ulas bawang putih

- panaskan sedikit minyak lebihan gorengan ikan td dan tumis bhn2 mesin hingga naik bau..
- masukkan semua bhn lain dan perasakan dgn gula..
- last masukkan ikan dan gaul2 manja je..
- dah siap..

Tuesday, January 19, 2016

Cottage / Sheperd's Pie....




Assalamualaikum wbt....buat utk lunch ari ni, boring jugak makan nasi hari2 kan...yg ni pun kenyang jugak sbb ubi kentang kan..

Ok la , xmo citer panjang dah...resepi ni dah pernah buat kat SINI, resepi asal dr Kak Hanieliza...mmg sedap





 RESEPI  COTTAGE / SHEPHERD'S PIE
 
Bahan A (Untuk Inti):-
 
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  • 1 cawan sos Bolognese - Liza tambah
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang)
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun)
  • Garam secukup rasa
 
Cara Memasak Inti:-
 

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...







Bahan B (Untuk Pai):-
 

  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah - Liza ltk serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
  
Cara Menyediakan Pai:-
 
 
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging). Liza ratakan ngn sudu jeee
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.- Liza bako kjp je, dlm 20 minit  sbb nak cepat..hihihi 
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

Monday, January 18, 2016

Chewy Chocolate Chips Cookies ala Subway.....





Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...sekarang ni timbul pulak versi biskut yg chewy2 gitu kan...jadi Liza pun tak nak la lepaskan peluang utk merasa kehebatan biskut ni seperti yg diperkatakan...cari punya cari resepi yg paling simple, maka terjumpalah resepi ni ..



 
 
 
Nak buat biskut ni teramat lah senangnya,Liza pun godek2 bhn ni sebelum hantar kkk g sekolah ptg..pastu balik dr ambik angah terus bako..mmg teramat sng
 
Pastu yg paling best adunan biskut ni boleh buat awal dan simpan dlm fridge bhgn chiller..bila2 nak makan, keluarkan n bako je..senang kan
 
Apa pun rasa biskut ni tak la rangup macam biskut lain, ye la dah namanya chewy kan, lembut dan sedap...hihihii
Ari tu Liza cuma buat satu adunan, dapat dlm 36 keping biskut ni, lenkali boleh doublekan adunan n simpan dlm fridge je..


Tq Kak Ita kerana memanjangkan resepi cookies yg sedap ni..






RESEPI CHEWY CHOC CHIPS COOKIES ala SUBWAY

Bhn2: ( 36 keping biskut)

115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka


Mula-mula satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak

Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje
Kemudian masukkan telur dan vanilla
Adun rata







Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar

Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Bakar selama 15 ~ 18 minit

Jika anda suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi anda yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai -Liza bakar 15 minit je


Sunday, January 17, 2016

Muffin Pisang Bercoklat.....


Assalamualaikum wbt dan salam hujung minggu semua...muffin ni Liza buat minggu lepas lagi, utk minum petang dan utk kakak bawa bekal ke sekolah...kiranya 2 in 1 la...
Muffin ni mmg sedap n lembut ... ada lebih dalam 4 5 ketul ptg tu Liza simpan dlm fridge sbb adik cakap nk bawak bekal pg esok..dan Alhamdulillah still lembut lagi sampai ke petang hari kedua tu...mmg puashati sgt2






Resepi ni Liza amik dr dapur CMG tapi Liza ubah tang coklat chip tu...Liza letak choc rice dan atas tu Liza letak milk compound choc yg di hiris..tq ye Cik Mat sbb  muffin ni mmg best.





RESEPI MUFFIN PISANG BERCOKLAT

Bhn2:

1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan ayak)
5 biji pisang emas, dilecek hancur - guna pisang berangan
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu segar
100 gram mentega, cair dan sejukkan
Beberapa titik esen pisang (boleh juga guna esen vanilla)- esen vanilla
1/4 cawan coklat chip - choc rice
Badam keping untuk hiasan - milk choc compound
Sedikit lagi coklat chip untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut.
  2. Tambah pisang lecek dan mentega cair. Kacau hingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambah esen pisang atau esen vanilla. Masukkan 1/4 coklat chip, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit coklat chip dan badam keping. Buat hingga siap.
  3. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau hingga keemasan. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk atas redai. Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam..






Wednesday, January 13, 2016

Siakap Kerabu Mangga....



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...sejak anak2 dah buka sekolah ni, mmg teramat bizi..almaklumlah angah ngn adik sekolah pagi, kakak pulak sekolah ptg...ari2 kelam kabut nak siapkan makan dan bekal diaorang, mmg letih..tapi yg herannya, tak kurus2 jugak...hihihi

Lauk kat bawah ni pun dah lama Liza buat, tapi mmg best bila ada gandingan masam2 cmni..kalau makan kat restoran Thai, lauk ni salah satu lauk yg kitaorg akan order...tapi kali ni try buat sendiri pulak..



 
 
 
Resepi kerabu mangga Liza ambik dr CMG,tq ye Cik Mat...Ikan tu pulak macam biasa la, goreng ngn tepung pun sedap..tapi Liza kemalasan sikit, jadi goreng ngan garam n kunyit je..
 
 
 
 
RESEPI SIAKAP KERABU MANGGA
 
 
Bhn2:
 
Seekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam n kunyit
 
 
- goreng ikan hingga masak dan ketepikan
 
Bhn2 Kerabu Mangga:
 
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris -xde
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar - guna gajus
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing- xletak
4 biji cili padi, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Tuang di atas ikan yg telah digoreng tadi.
  4. Sedia dihidang,yummyyyy
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...