Monday, June 30, 2014

Puding Roti Sunquick...



Ni la antara resepi puding yg sedap n mudah nak disediakan, dgn rasa masam dr sunquick tu, mmg mengasyikkan bila makan, ambil dan ambil...hihihi

Dah banyak kali Liza buat puding ni, mmg kompem menjadi la..resepi asal dr Mai, Liza kongsikan pula di sini sekali lg ye...terima kasih bnyak2




RESEPI PUDING ROTI SUNQUICK

Bhn2:

1 paket agar-agar serbuk (10gm)
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera individu) -
2 sudu besar sunquick - Liza letak 5 s/b
Pewarna kesukaan
Sedikit esen vanila


Cara-cara


  1. Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
  2. Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
  3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
  4. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
  5. Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
  6. Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
  7. Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
  8. Sejukkan.
 






Yong Tau Foo Sedap....



Assalamualaikum wbt dan Salam 2 Ramadan, selamat berpuasa kepada semua ye...ni sebenarnya menu minggu lepas sebelum Ramadan, request dr anak2..

Bagi sesiapa yg nak menjamu selera berbuka dgn ytf ni, silalah jenguk resepi kat bawah ye, senang je..dia ada 2 jenis sos ye, sos manis n sos pedas...jom kita tgk



RESEPI SOS MANIS YTF (HITAM)

Bhn2:

200gm taucu - siap kisar ( tumbuk)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 s/b minyak masak
1/2 s/b tpg jagung - bancuh dgn sdkt air
Gula secukup rasa

- pansakn minyak, masukkan taucu dan tumis sekejap.
- masukkan air, kacau dan biar mendidih.
- masukkan pula kicap dan gula secukup rasa..
- akhir sekali pekatkan dgn bancuhan tpg jagung dan kacau sebati..

RESEPI SOS PEDAS YTF ( MERAH)

Bhn2:

20 biji cili merah - kisar
1 cawan air
2s/b bijan ( optional)
2 s/b kcg tanah - tumbuk ( optional)
1 sb tpg jagung - bancuh dgn sedkit air
Cuka
Garam dan gula

- masukkan air dlm periuk dan  biar mendidih
- masukkan cili dan biar hingga cili masak.
- masukkan sdkt cuka, garam n gula secukup rasa.
- akhir sekali masukkan bancuhan tpg jagung utk pekatkan kuah.
- sebelum hidang, tabur bijan dan kcg tanah tumbuk td...

# Liza suka campurkan terus dua2 sos baru Liza tuang dlm bhn2 ytf...#




Ni sebelum dicampurkan dgn sos pedas..





Yang ni pulak selepas dicampurkan dgn sos pedas, tunggu apa lagi, gaul n makan la...hihihi

Sunday, June 29, 2014

Mars Chocolate Cheesecake...


Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Ramadan utk semua..org lain dok tayang menu berbuka, Liza pulak sibuk nak masukkan resepi kek ni atas permintaan kawan2...kek nia salnya resepi dari chilled oreo cheesecake, Liza saje nak ubah selera memandangkan anak2 suka coklat mars ni, so try la buatkan kek ni utk diaorg..

Coklat mars ni bg kami agak manis sikit, jadi Liza letak sikit je kat dlm tu, lain kali boleh try cairkan dulu coklat mars tu, lepas tu gaulkn dgn cream cheese tu, mungkin rasa dia lagi menarik kan..



RESEPI MARS CHOCOLATE CHEESECAKE

Bhn2:

Dasar Kek
200gm biskut oreo(buang krimnye)- Liza guna biskut oat
80gm butter cair

*campurkan butter & biskut yg telah dihancurkan,tekan dlm loyang
ratakan & buh dlm peti ais selama 20 minit.



Bahan Kek :

250 cream cheese
200gm non dairy whiping krim
1 sudu kecil lemon jus (x letak pun xpe)
1 1/2 sudu besar gelatin + 100ml air panas
60gm gula halus
biskut oreo 1 paket..hancurkan 3 suku..buang krimnye dan selebihnya buat deko..- 4 keping coklat mars ( potong kecil)

Cara-caranya:-

1.Putarkan whipping krim hingga jadi krim..ketepikan
2.Putarkan cheese, gula hingga kembang, masukkan gelatin, lemon jus putar sebati..
3.Campurkan whipping krim, kaup balik perlahan2..dan campurkan oreo hancur td, boh dlm loyang yg ade dasar kek td..dan sejukkan dlm peti ais selama 4 jam...leh deco ikut suka...




Bahan Topping @ Ganache Coklat :

100ml whipping cream/fresh cream
250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)

- Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi dan taburkan kepingan coklat mars, biarkan dlm fridge 1-2 jam...


 

Friday, June 27, 2014

Apam Balik Crispy....



Buat lagi apam balik crispy ni utk sekian kalinya...bila dah berulang2 buat tu, faham2 sendiri la kan..

Tak de idea pulak nk citer, hihihi...jomm tgk resepi yg Liza ambik dr Mamasya ni..




RESEPI APAM BALIK CRISPY

Bhn2:
170 gm all purpose flour
100 gm rice flour
30 gm cornstarch
2 tsp double action baking powder- ganti 2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp salt
2 large eggs
1 tsp vanilla essence
6 - 7 ozs water
150 gm fine granulated sugar - Liza kurangkan gula, cuma guna 100 gm

Filling:
120 g melted butter- letak sikit setiap kpg, x letakpun tak pa
150 gm fine granulated sugar - letak sikit je sbb adunan dah manis
1 cup chopped roasted peanuts

Method:
Mix all the ingredients together, strain and leave in the fridge for at least 3 hours. (i left it overnight)
Heat a crepe pan or a small nonstick pan slightly. (just hot enough for batter to stick to pan)
Pour in a 4 oz ladle of batter and swirl pan so that batter is coating the edge. Remove the excess batter and sprinkle in some sugar on the pancake.
Cook till the bottom of pancake is golden brown.
Sprinkle with melted butter and then chopped roasted peanuts.
Fold the pancake into a half and leave to cool.(it will be crispy as soon as it gets cold)

Makaroni Bakar...


Assalamualaikum wbt..insyaallah lebih kurang 2 hari lg umat Islam akan menyambut Ramadan sekali lg...puasa dh habis ganti ke, hihihi..semoga Ramadan ini memberikan kita semua seribu keberkatan dan mendapat keredhaan drNya...Aamiin



Dah lama tak buat macaroni bakar, ni Liza buat utk lunch minggu lepas...sedap n kenyang..jom la terus tgk resepi ye..

RESEPI MAKARONI BAKAR

Bhn2:
300gm makaroni - rebus hingga empuk dan toskan
250gm daging cincang - potong kecil
4 biji telur - pukul hingga kembang atau blend
3 s/b rempah kari ayam/ dgg
2 s/b cili mesin
2 labu bwg besar - potong dadu
1 tin susu cair
1 cawan air
Sdkt keju parut utk tabur - optional
Garam dan gula
Minyak utk menumis

- satukan rmpah kari dan cili mesin bersama sdkt air.
- panaskan minyak dan tumis bwg besar hingga wangi, masukkan rempah bersama cili mesin td.  dan masak lg hingga wangi.
- masukkan daging dan kacau rata hingga dgg masak.
- selepas tu, masukkan susu, garam, gula dan kacau rata.
- masukkn makaroni dan air, kacau hingga mendidih.
- tuang adunan kedlm loyang yg disapu mentega dan tuangkan telur diatasnya dan kacau rata.
- tabur keju dan bakar 180C selama 45 minit atau hingga masak..
- tadaaa, dah pun siap..


Wednesday, June 25, 2014

Kek Buah Kukus Sedap....



Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua...disebabkan ramai yg pm bertanyakan resepi kek buah kukus ni lepas Liza upload kat fb, jadi di sini dan pada masa ini, Liza sharekan resepinya sekali lg ye...

Resepi asal kek buah ni dr buku chef Zubaidah Che Pa dan dikongsikan oleh rakan Liza Sheila.ramai jugak yg Liza tgk dah cuba resepi ni dan rata2nya memberikan feed back yg bagus..terima kasih pada semua yg memanjangkan resepi ni, macam Kak Yati, Madihaa dan Azie...dan ramai lagi..




RESEPI KEK BUAH KUKUS

Bhn2:

225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir - Liza guna 200gm je
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)- guna saiz A jugak
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar - xletak
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala 

Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.


Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" ( Liza guna Loyang 9 inci) yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

 

 
 
 

Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.


 

Monday, June 23, 2014

Kuih Bakar Daging Kak Jee, terlajak sedap....



Memula sekali Liza nk ucapkan jutaan terima kasih pada Kjee atas kesudian berkongsi resepi kuih bakar turun temurun katanya..Benar bagai dikata, kuih ni mmg terlajak sedap, betul, mmg tak tipu..kalau tak caya, cubalah buat, gerenti nak buat lagi n lagi...

Gerenti kuih ni akan jadi salah satu menu utk berbuka puasa Ramadan nnt, insyaallah...


Liza mohon share resepi kat sini pulak ye Kjee..

RESEPI KUIH BAKAR DAGING KJEE

Bhn2:
250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

CARA MEMBUATNYA:

Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.





Pizza Roti Pita...



Piza ni pulak Liza buat utk bekpes minggu lepas, anak2 mmg suka sgt la kalau dapat mkn pizza cmni..nak buat pun senang je..
Liza guna lebihan sos spaghetti je, pastu koyak2kan cheddar cheese, pastu bako hingga cheese cair...dah siap




Kek Limau Chef Wan.....



Assalamualaikum wbt...kali ni Liza nk share lg kek limau chef wan yg menjadi kek peberet family Liza..mmg gebu n moist kek ni, sesuai sgt bagi sesiapa yg nak buat utk raya nanti...

Dah semestinya resepi ni dari Chef Wan kan, mmg terbaikkk...


RESEPI KEK LIMAU CHEF WAN

Bhn2:
225 gm mentega
Jus 2 biji limau
Parutan dpd kulit 2 biji limau
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus - blh tambah / kurangkan ikut manis limau
4 biji telur - asingkan putih dan kuning
Secubit garam

- pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan parutan kulit limau dan kuning telur satu persatu.
- ayakkan tepung dan garam, masukkan ke dlm bhn di atas diselangselikan dgn jus limau.
- pukul putih telur hingga kembang, gaulkan ke dlm adunan di atas.
- tuangkan ke dlm acuan kek yg telah dilengser marjerin.
- bakar kek 180 C selama 40 minit atau sehingga masak..






Nampak tak kegebuan kek limau ni, perghhhh...

Sunday, June 22, 2014

Muffin Vanila ala KR...




Assalamualaikum wbt dan Selamat Berhujung Minggu utk semua...dah banyak kali Liza buat muffin vanilla ni sbb anak2 mmg suka sgt, bau dia pun harum...

Hari ni tak de idea nk citer pjg2, so, jom kita terus tgk resepi ye..

RESEPI MUFIN VANILLA ALA KENNY ROGERS

Bhn2: ( 2 dozen muffin)


  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla
Cara-cara

  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. Bakar selama 20minit/180C.




Nak buat pun sonang, cubalah...





Friday, June 20, 2014

Tiramisu....




Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat penghulu segala hari...Alhamdulillah kita masih diberi ruang utk bernafas di bumi Allah ini..semoga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan yg dijangkakan minggu depan...insyaallah dan semoga dipermudahkan...Aamiiin

Kek ni Liza buat sempena hari bapa hari tu, saje je buat sebab anak2 mmg suka kek tiramisu ni, nak2 lagi angah, mmg berulang2 dia makan..mmg puas hati la buat sendiri..




Resepi ni Liza ambik dr fb Jom Masak, thnx Zah,family akk puas hati sgt dgn kek ni, tak habis2 puji, diaorg cakap sedap...


RESEPI TIRAMISU

Bhn2:
BAHAN A - Liza guna kek span vanila, resepi scroll kat bawah ye..

- 250g tepung kek sponge ready mix
- 4bji telur B
- 60ml susu cair...

- 1/2 sdb ovalette
- 2sdb serbuk koko
- 1sdt emulco choc



 BHAN B
- 60ml mnyk masak

BAHAN C
- 1/2cwn nescafe tanpa gula

BAHAN D
-1sachet nes 3in1
- 2sdb serbuk koko
- 1sdb milo
**satukan gaul rata

cara cara
- mix kan high speed semua bhn A hingga ringan pluffy...perlahan kan speed...kemudian masukkan bhn B....mix sebati
- kaub balik skali lg hingga btl2 sebati
- tuang dlm loyang 8" yg dah di alas baking paper
- bkr suhu 170 api atas bwh....atau terpulang pada oven masing2...40min atau hngga masak
- sisip pisau...terbalikkan atas redai...keluarkan loyang...biarkan sejuk sebelum di layer

CREAM
- 250g cream ciz di lembut kan
- 1sdb butter suhu bilik
- 1sdb gula icing
- 1 1/2cwn fresh cream yg cair

cara cara
- mix kan gula icing...cream cheese & butter hingga betul2 lembut (pastikan tidak berketul)
- masukkan fresh cream cair...beat hingga kental sebati

CARA LAYER CAKE
- potong kek pada 3 lapisan
- lapisan pertama di renjis air nescafe....pipekan cream....ayak nipis bahan D
- letak lapisan kedua kek...ulang langkah sama
- tutup dengan lapisan ke3 kek...ratakan cream dengan cara melepa....
- ayak bahan D serata kek

- sedia dihidang sejuk





Kek span vanilla:

250gm tepung sponge mix
50ml air
1 s/k ovalette
5 biji telur B
50ml minyak / butter cair
1 s/k esen vanilla


- satukan semua bhn KECUALI minyak / butter cair ...
pukul hingga betul2 putih dan gebu.
- masukkan minyak / butter cair dan sedikit2 sambil dikaup balik.
- tuang dlm loyang 8 @ 9 inci yg telah digris dan dilapik kertas..
- bakar dalam ketuhar 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak..
- terbalikkan kek sejurus dikeluarkan dr oven, lepas 10 minit terbalikkan semula, sejukkan..
- potong kek kepada 2 @ 3 bhgn..



Wednesday, June 18, 2014

Mutton Varuval / Kambing Varuval....



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...sebenarnya mmg dah lama teringin nak buat kambing varuval ni tapi asyik tertangguh je...so, hari ni dgn semangat yg membara, Liza teruskan niat tu..



Sedap sgt rupanya kambing varuval ni, lagi pulak mmg tak de penggunaan santan di dlmnya, mmg senang la resepi ni...resepi ni Liza pun ingat2 lupa dr mana Liza dapat, so pada sesiapa yg rasa ni resepi dia, Liza mintak halalkan ye..


 


RESEPI MUTTON VARUVAL / KAMBING VARUVAL

Bhn2:

500gm dgg kambing - potong kecil
1 s/b serbuk kunyit
1 s/b serbuk ketumbar
1s/k serbuk jintan putih
- semua rempah diatas diperap bersama dgg lebih kurang 15 minit

2 s/b serbuk kari daging
1 biji bawang besar - mayang
1 inci halia*
3 ulas bawang pth *
3 s/b cili mesin
4 tangkai daun kari
Rempah 4 sekawan
Sedikit kicap manis
Garam, gula secukup rasa
Sdkt air



- tumbuk bhn bertanda *
- panaskan sedikit minyak, tumis bhn tumbuk, daun kari, rempah 4 sekawan dan bawang besar hiris hingga naik bau..
- masukkan cili mesin dan serbuk kari daging, kacau dan biar sedikit garing..
- masukkan daging kambing, sedkit air dan masak hingga mendidih.
- masukkan kicap, garam dan gula dan sesuaikan rasa ikut selera masing2 ye..
- masak dgn api sederhana hingga mendapat kepekatan yg diingini..

* sesuai sgt kalau makan dgn nasi berperisa, roti canai atau roti jala*

Tuesday, June 17, 2014

Kuih Ketayap yg sedap...


Assalamualaikum wbt...ari ni nk share lg resepi kuih ketayap yg senang nk buat dan yg penting sedap dan menepati selera kami...setiap kali nk buat ketayap, ni lah resepi yg akn Liza gunakan, mmg sedap..

So, pada sesiapa yg nk mencuba tu, bolehlah tgk resepi kat bawah ye..



RESEPI KUIH KETAYAP
Bhn2 kulit:
1 cawan tpg gandum
1 cawan jus air pandan (5 helai daun pandan + 1 cawan air)
1/2 cawan santan / susu segar / air
1 biji telur
Pewarna hijau
Sedikit garam

Bhn2 inti :


½ biji kelapa parut
¼ cawan gula kabung

½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan
¼ cawan air

Untuk kulit :
1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan.
2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.
3) Tuangkan sesenduk adunan dan ­lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemas­. Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan.

Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.







Monday, June 16, 2014

Agar Agar Santan Gula Melaka/ Nise.....




Satu lagi menu minum petang, ni pun dah lama Liza buat...sedap bila makan time cuaca panas...nak buat pun takde lah susah sangat, cuma kena tau cara yg ber tul utk dapatkan lapisan yg cantik...

** Pesan arwah ma, kalau masak agar2 ni, bila dh masuk santan dan telur,mesti selalu kena kacau dan jgn sampai sntn n telur pecah...maksudnya bila baru mendidih, terus tutup api...bru agar2 ni akan cantik.**


RESEPI AGAR AGAR NISE / GULA MELAKA
Bhn2

Agar2 tali - 1/2 paket yg 20gm tu
Air - 3 cawan
Santan - 1 cawan
Telur - 1 biji 'A' ( pecahkan ke dlm sntan)
Nise / gula melaka - 3 keping
Sdkt gula

- masak agar2 dgn air hingga agar2 larut.
- masukkan nise/ gula melaka dan sdkt gula.
- bila nise dan gula dh hancur, masukkan sntan bersama telur.
- pastikan agar2 sentiasa dikacau.
- bila mendidih kali pertama, terus tutup api..
- sejukkan dan sedia dimamam...



Bubur Jagung Durian Bersagu....





Assalamualaikum wbt dan salam rindu utk semua...dah lama sgr rasanya tak menghadap blog kesayangan ni..disebabkan dah lama cuti berblog, jadi mmg takde idea la nak mengarang cerita...hihii

Bubur jagung ni mmg peberet family Liza,diaorg mmg tak suka yg bubuh gula Melaka, nak yg bubuh gula pasir n durian cmni jugak..
Resepi ni turun temurun dr arwah ma, cuma kali ni Liza ubah letak sagu pulak, biasanya arwah ma letak beras pulut sikit..apa2 pun rasanya tetap sedap..




RESEPI BUBUR JAGUNG DURIAN BERSAGU

Bhn2:
5 tongkol jagung - ambil isi ( kalau nk guna isi jagungyg ready made pun blh,Aiman xkisah)
5 ulas durian / lebih
Segenggam beras pulut - basuh bersih( kali ni Liza guna sagu)
1 biji kelapa- ambil santan
Gula secukup rasa
Sdkt garam - utk bg rasa lemak
Daun pandan

- rebus isi jagung hingga masak dan lembut.
- masukkan semua bhn ke dlm periuk jagung td dan masak.
- bila pulut dah masak, tutup api.
- dah pun siap...wallllaaaa






Sunday, June 8, 2014

Kulat Sisir Goreng Sambal...terangkat beb



Assalamualaikum wbt dan salam di hujung minggu utk semua...mesti ramai yg bercuti kan, almaklumlah cuti sekolah merangkap sebelum Ramadhan, pulun habis habisan la ye...hihii

Kulat sisir ni mmg peberet Liza, pantang jumpa mesti nk beli..kalau zaman dulu2 tak pernah beli pun, balik kampong pergi kutip je kat area kebun getah arwah nenek...tapi sekarang semua tu tinggal kenangan..



Anak2 Liza mmg kurang dgn kulat ni, tak tau lah cmner diaorg rasa..budak2 sekarang mana nak kenal jenis sayur2 kpg cmni kan..
Jom lah kita tgk stail Liza buat sambal kulat sisir ni, resepi dr arwah ma...resepi ni main agak2 ye,ikut selera masing2...



RESEPI KULAT SISIR GORENG SAMBAL
Bhn2

Kulat - bersihkan dan tumbuk kasar
Bwg merah
Bwg pth
Cili mesin
Telur
Garam,srbk perasa
Minyak

- tumbuk bwg merah dan bwg pth hingga lumat.
- panaskan minyak, grg kulat sebentar. hingga kering airnya.
- masukkan bhn tumbuk dan cili kisar, masak hingga naik bau.
- perasakan dgn garam dan srbk perasa.
- pecahkan telur dan gaul sebati.
- bila dh sebati, tutup api dan angkat.


 **Liza rendam dgn air garam dlm 15 minit, bru toskan dan buang segala kotoran yg melekat kat celah2 dia tu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...