Thursday, November 5, 2015
Prosperity Burger ( Roti Homemade)....
Assalamualaikum wbt....hari tu ada mood rajin sikit so, Liza decide utk cuba buat sendiri roti ni, alhamdulillah percubaan yg tak mengecewakan...resepi ni Liza amik dr buku Alex Goh 'The World of Bread'....
Resepi roti ni boleh juga dibuat roti burger..filling pulak terpulanglah ye nak letak apa2 pun..jom kita tgk resepi roti
RESEPI ROTI BURGER/ HOTDOG
Bhn2:
400gm tepung roti
20gm gula
6gm garam
1s/b tepung susu
1 s/t yis segera
250ml air ais
30gm shortening
- satukan semua bhn kering, masukkan air sikit2 dan uli hingga jadi doh..
- tambah shortening dan uli lagi hingga lembut dan elastic..
- masukkan ke dlm bekas dan biar ia naik mengembang selama 45 minit atau sejam..
- bahagikan doh jadi 60gm sebiji dan bentukkan menjadi bebola dan biar 10 minit..
- gelek rata dan gulung, leperkan sikit utk buat roti hotdog ni..
- letak dalam dulang yg telah disapu minyak dan biarkan ia naik lagi selama 45 minit..
- spray dgn air dan tabur bijan.
- bakar pada suhu 190C selama 15 minit..
Liza guna BM je
Resepi sos lada hitam Liza mmg suka guna resepi dr acik yam ni..mmg marbeles dan menepati selera kami..
RESEPI SOS LADA HITAM
Bhn2:
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)
Cara-cara
- Cairkan butter dengan api kecil.
- Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
- Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
- Masukkan kiub ayam dan kacau.
- Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
- Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
- Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
- Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
- Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
- Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
- Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
Tuesday, November 3, 2015
Ikan Goreng Seri Wangi...
Resepi ni asalnya resepi ayam goreng seri wangi yg Liza pernah buat kat SINI...tapi kali ni ubah guna ikan bawal emas pulak, sebenarnya guna lauk apa pun mmg sedap...jom kita tgk lagi resepi kat bawah yg asalnya dr Chef Wan...
RESEPI IKAN GORENG SERI WANGI
Bhn2:
4 keping dada ayam( Liza guna semua bahagian) - potong kecil(kali ni guna ikan bawal emas seekor)
2 s/b sos tiram
Garam secukup rasa
1 biji telur - kocok sedikit
3 s/b tepung jagung
- gaulkan ayam dgn bhn2 di atas dan ketepikan sebentar
2 batang serai - hiris halus
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
10 tangkai cili padi - hiris halus
2 s/b rempah tomyam
1/4 cawan air
1 s/t madu
11/2 s/b mayonis
3 helai daun limau purut - hiris halus
Minyak
- goreng ayam hingga kekuningan dan garing, angkat dan toskan..
- panaskan sedikit minyak yang bersih ( Liza guna minyak lebihan ayam td) dan tumiskan bhn2 hiris serta rempah tomyam hingga naik bau..
- masukkan air, madu serta ayam, kacau rata..
- angkat dr api dan tambah mayonis, kacau sebati..
- tabur daun limau purut diatasnya..
Muffin Pisang Vogue....
Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua...smlm tertengok resepi muffin pisang yg dishare oleh mmber fb Lyn...pastu teringat stok pisang frozen ada sikit lagi balance buat cekodok pisang ari tu...so, ari ni try la buat sbb nak perabis stok pisang tu konon2nya...hihii
Muffin ni mmg lembut dan sedap...rugi kalau tak cuba, mak buat pun senang..terima kasih ye sudi berkongsi resepi vogue ni, Liza mohon share kat sini pulak ye Lyn..
RESEPI MUFFIN PISANG VOGUE
Bhn2:
230 grm tpng naik sndri
150 grm gula psir
1sudu teh baking powder
1/4 sudu teh bicarbonat soda
2 biji telur(pukul sekjp dgn garfu)
1sudu teh extrac butter vanilla - tak letak, xde
50 grm butter cair
65 grm minyk jagong
400 grm pisang di lecek
Perisa vanilla - Liza ltk perisa pisang
Cara2
Cmpur kan semua bahan kering dlm 1 mangkuk
Cmpur kn semua bahan cair dlm mangkuk lain...guna whisk je
Pastu msuk kn bahan kering ke dlm mangkuk tdi dan kacau sehingga sebati, kacau manja2 je ye, bila dah sebati dah.. Msuk kn dlm paper cup.tabur kn badam cincang Liza tabur choc rice
Bakar 25 minit pd suhu 160' - Utk dapatkan tekstur merekah cmtu, Liza guna suhu 200C dan bakar 20 minit...
Subscribe to:
Posts (Atom)