Tuesday, April 30, 2013

Puding Roti Karamel....



Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua kengkawan yg Liza sayangi...dah lama sgt rasanya tak jengah dapur maya ni, Liza harapkan semuanya sihat walafiat ye...

Puding roti karamel di dah lama Liza buat, dah pernah buat kat SINI, puding ni mmg lenbut sgt, kalau malas nk kunyah pun boleh, masuk mulut terus telan je....hhihii

Ambik resepi ni dr dapur si Hana tu, tp dia cakap resepi asal ni dr Embun Rosaliza, thnx pada dua2 ye sbb puding ni dah jd salah satu dessert yg family Liza suka...



PUDING ROTI KARAMEL

Bhn2:

  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)

  • Cara-cara
     
    1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
    2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
    3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

    Thursday, April 18, 2013

    Ayam Panggang Ala Nandos Simple...



    Buat lg ayam panggang guna sos Nandos Extra Hot...tp kali ni lebih simple, mmg simple sgt tapi rasa dia tetap kebaboommm...hihii

    RESEPI AYAM PANGGANG ALA NANDOS SIMPLE

    Bhn2:

    1 ekor ayam - bersihkan
    1 inci halia *
    3 ulas bawang pth *
    1/2 cawan sos Nandos Extra Hot
    1/2 s/t lada hitam *
    1 inci kunyit hidup*
    Garam, gula

    - blend semua bhn bertanda *.
    - perap dgn ayam selama 5 jam atau semalaman.
    - panggang @ bakar ayam selama 1 jam atau hingga masak...


    Cantik tak ayam ni posing? hihihi

    Masak Lemak Siput Sedut Daun Kaduk....


     
     
    Assalamualaikum wbt...dah lama tak masak siput ni, sampai anak2 mula bersuara...kesian jugak bila tiap kali g kedai makan, kompem diaorg akan cari siput sedut masak lemak ni...utk tidak menghampakan anak2, Liza g la pasar hari tu dgn harapan ada lah rezeki anak2...alhamdulillah termakbul jugak..
    
     
     
    


    Dan kebetulan hari tu ada org jual daun kaduk yg selalunya mmg susah nk jumpa, tp hari tu ada la pulak...
    Ni la rupa daun kaduk ye, mcm daun sirih, tp jgn silap beli pulak ye..
    RESEPI MASAK LEMAK SIPUT SEDUT DAUN KADUK

    Bhn2:

    1 kg siput sedut - bersihkan
    1 ikat daun kaduk - hiris halus
    6 ulas bawang merah *
    6 biji cili api *
    11/2 inci kunyit hidup *
    1/2 inci lengkuas *
    1/2 inci halia *
    2 s/b cili mesin
    Santan secukupnya
    Garam



    - blend semua bhn bertanda * hingga lumat.
    - masukkan semua ke dlm periuk kecuali daun kaduk.
    - bila dh mendidih, masukkan daun kaduk, kacau rata..
    - tutup api dan boleh hidang la...

    Talam Makaroni Bercheese....



    Assalamualaikum wbt, hari tu ternampak talam makaroni bercheese ni kat dapur Kak Paty terus berangan2 nak buat sbb mmg nak tau sangat gabungan rasa talam dgn makaroni tu...mmg not bad, sedapp tapi mcm biase la, anak2 Liza kurengg sikit dgn talam tu, diaorg cakap tak sesuai....mmmm, suka hati la kan, tp bg hubby ngn Liza talam ni mmg best dan satu idea yg baik kalau nk buat kenduri...

    Terima kasih pada Kak Paty yg tak kedekut ilmu tu, sayang akk...hihihi
    Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye kak...thnx

    RESEPI TALAM MAKARONI BERCHEESE

    Bhn2 bhgn bawah:

    120gm tepung beras
    50gm tepung ubi
    50gm tepung gandum
    250gm santan
    500gm air
    1 s/t garam

    - masukkan semua bhn dan tapis, masak atas api kecil hingga kental..
    - tuang dalam loyang dan kukus 20 minit atau hingga masak.



    Bhn2 inti daging:

    200gm dgg kisar - guna 3 keping dgg burger
    1 paket rempah kari - 3 s/b
    2s/b serbuk cili - 2 s/b cili mesin
    3 biji bwg besar - dadu
    Garam dan gula
    3 s/b minyak
    - panaskan minyak, tumis bwg besar hingga layu  dan masukkan rempah kari, cili mesin dan masak hingga naik bau.
    - masuk dgg, garam dan gula secukup rasa dan masak hingga dgg masak dan agak kering, angkat..

    Bhn2 Atas:

    4 biji telur
    50 gm tpg gandum
    200gm santan / susu cair
    200 gm air
    30 gm tpg jagung
    200gm makaroni - siap rebus
    Mozarella cheese secukupnya
    Cili merah dan daun bawang( hiris)- tabur

    -pukul telur dan masukkan sntan/susu cair, air dan semua bhn2 kering..
    - masukkan garam , gaul rata dan tapis.
    - masukkan makaroni dan inti daging, gaul rata.

    - gunakan garfu dan cucukkan bhgn bawah yg dah kukus td, curahkan adunan makaroni dan tabur parutan cheese, cili merah dan daun bawang.
    - Kukus 30 minit atau hingga masak..Liza bakar30 minit

    Tuesday, April 16, 2013

    Slice Red Velvet Cake....



    Projek buat kek yg dah siap slice ni sbb nk bawak g tadika adik utk celebrate birthday dia dgn kawan2 n cikgu pulak....mula2 ingat nk buat muffin @ kek cawan...pastu pikir punya pikir, nk try buat kek slice la pulak...hanis bab tu pikir lg nak buat kek apa yg budak2 suka, mula2 tu terlintas nak buat kek coklat, pastu rasa macam dh muak la pulak, asyik kek coklat je kan..



    So, akhirnya terjadilah kek red velvet ni...at least takde la muak sangat kan...Sebenarnya plan asal Liza tak nak letak serbuk kek tu kat atas, alih2 bila dah siap, bnyak la pulak serbuk2 kek tu yg tinggal....jd dpd membazir, terpaksa tabur jugak la atas krim cheese tu, tak pe la kan, janji tak membazir...

    Masih menggunakan resepi dr Ana sbb Liza suka dgn ke'moist'an kek ni...hihihihi..sebelum ni pun dah pernah buat tp versi kek, kalau nk tgk klik SINI ye...

    RESEPI KEK RED VELVET

    Bhn2:
    A:
    300 g tpg gandum
    2 camb serbuk koko
    2 camt baking powder
    1 camt soda bicarbonate
    1 camt garam

    B:
    125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
    280 g gula castor

    C:
    2 biji telur (gred B)

    D:
    1 camt esen vanilla
    1 camt cuka putih @cuka kurma
    1 camb pewarna merah

    E:
    240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

    CARA-CARA:

    • Ayak (A)-ketepikan
    • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
    • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
    • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
    • Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
    • Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
    • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
    RESEPI KRIM CHEESE :
    500 grm whipping cream-brand VIVO
    250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
    60 grm gula icing
    110 grm butter
    2 titik lemon paste

    Cara -cara :

    Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
    Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
    Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
    Boleh digunakan untuk menghias kek anda

    Daging Beriani....


    Resepi daging beriani ni pun amik dr MyR....thnx sekali lg ye Mrsdayat....nak buat pun takde la susah sgt, tu yg penting...hihii

    RESEPI DAGING BERIANI

    Bhn2:
    • 1/2kg daging lembu (potong kiub)
    • 1/2 biji bawang besar (hiris)
    • baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
    • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
    • 3-4 biji cili hijau
    • 2tbsp tomato puree
    • 1tbsp sos tomato
    • 1/4 cwn susu cair
    • sedikit ghee
    • sedikit rempah tumis
    • 3 tbsp rempah baryani
    • garam,gula,ajinomoto secukup rasa
    • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
    • 1 tbsp yogurt

    Cara-cara

    1. gaul daging dgn yogurt, sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
    2. tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
    3. masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
    4. masukkan daging..gaulkan.
    5. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
    6. masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
    7. tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
    8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
    9. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
    10. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
      buleh la di hidang bersama nasi baryani...
    11.  
    Nota dr Mrsdayat:
      # blh juga ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalau kambing ikut je cara ni.kalau ayam,goreng skjap(jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dlm kuah..=) #

    Nasi Beriani Batu Pahat....

    Assalamualaikum wbt dan salam ceria buat semua...sebenarnya nasi beriani ni dah lama Liza buat, tp Liza cuma guna beras biasa je, sbb tu nmpak nasi tu pendek2 je...tp nasi ni tetap best, kalau guna beras basmathi lg bertambah2 best...

    Liza nak ucapkan terima kasih pada tuan empunya resepi Mrsdayat sbb sudi berkongsi resepi marbeles ni...izinkan Liza share resepi kat sini pulak ye....thnx



    RESEPI NASI BERIANI BATU PAHAT

    Bhn2: ( utk 4 org )

    • 3 cwn beras basmathi
    • sedikit rempah tumis
    • *6 ulas bwg merah (blend)
    • *5 ulas bwg putih (blend)
    • *2"halia (blend)
    • setengah biji bwg besar (hiris)
    • sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
    • 2-3 tbsp minyak sapi
    • 1tsp garam
    • sedikit pewarna kuning
    • gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
    • 2tbsp rempah baryani
    • 4 setengah cwn air
    • setengah cwn susu cair
    Cara-cara
     
    - panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
     
    - masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
     
    - masukkan air..tunggu sampai didih
     
    - masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
     
    - pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
     
    - bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
     
    - masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)

    - masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...

    Sunday, April 14, 2013

    Princess Cake...alhamdulillah



    Assalamualaikum wbt dan selamat bercuti dan bersantai bersama family tersayang...mesti semua dh ada plan nk pergi mana kan hari ni, atau mungkin ada yg lebih senang lepak2 kat umah je...ye la kan, kdg2 tu kita rasa lebih relax bila kat umah dgn family...mcm2 xtvt yg kita boleh buat sama2....

    Berbalik pada kek kat atas kan, act tahun lepas lg adik minta kek princess tp umi dia xde keberanian masa tu...dan tahun ni sekali lg dia minta, kesian jugak asyik mintak kek princess je...takkan bila umur dia 20 tahun baru umi nk buatkan kek princess utk dia kan, mmg tak sesuai la...so, dgn semangat dan keberanian yg ciput ni, Liza cubalah jugak utk buat yg terbaik utk anak2...kiranya ni sessi mencabar diri sendiri la...

    Dan alhamdulillah, Liza berpuashati sgt dgn hasil deko ni walaupun tak segah kawan2 yg pro bab deko2 kek ni...yg seronoknya bila hubby ngn anak2 tgk dioarg sendiri tak percaya ni la hasil kerastangan umi dia...huhhhh, jgn pandang ku sebelah mata, hanya kerana ku wanita, auuwwww..



    Ni lah tuan empunya kek yg tersenyum puashati sbb akhirnya dapat jugak kek princess utk brthday dia kali ni...yg nak tergelak tu, dia siap tanya lg, umi pandai tak make up kan Barbie ni bg dia cantik sikit...apa dia ingat umi dia ni mak andam ke ? hiihhi kelako la Yana ni...

    Kek kat dalam tu Liza gunakan kek span coklat dgn filling fresh cream ngn blueberry...

    Ada yg nak order ke? hihihii

    Friday, April 12, 2013

    Kek Chiffon Oren Marble...



    Ilham dr kek chiffon oren yg biasa Liza buat..kali ni cuba marblekan dgn rasa coklat pulak, berganda2 kesedapan kek ni, dan berganda2 jugaklah lemak2 dlm badan...mana tidaknya, lepas sekeping sekeping, laju je masuk mulut..lepas tu mula lah rasa bersalah...hihihi



    Terima kasih sangat2 pada CMG sbb kek ni mmg dah jd peberet family Liza...

    RESEPI KEK CHIFFON OREN MARBLE

    Bhn2:
    1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
    1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
    6 kuning telur gred A
    1/2 cawan gula halus
    1 biji oren, diparut kulitnya
    3/4 cawan jus oren
    1/4 cawan minyak jagung/sayur
    1/2 s/t pewarna oren - Liza tambah

    2 s/k choc emulco - Liza tambah

    BAHAN B :-)
    6 putih telur gred A
    3/4 cawan gula halus
    1 camca teh cream of tartar

    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
    2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
    3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
    4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...


    # Ambik 1/3 dr adunan dan masukkan choc emulco, lepas tu tuang ke dlm loyang secara selang selikan adunan asal dgn adunan choc..bakar mcm biasa #...

    Bun Salad Kentang...



    Assalamualaikum wbt dan salam ceria buat semua di hari Jumaat yg cerah ni, semoga segala apa yg kita lakukan mendapat keredhaan olehNya..ye la kan, hari Jumaat ni kan penghulu bg semua hari, dan pastinya kita akan mendapat keberkatan yg berlipat ganda atas segala kebaikan yg kita lakukan...insyaallah

    Berbalik pada bun atau roti salad ni kan, Liza dapat idea ni dr buku Jom Berjimat Menyediakan Roti dr Norhayani Mohd Nor...dlm buku ni mcm2 idea utk buat roti yg ada dan ditunjukkan cara2 buat dia sekali, mmg berbaloi beli, harga pun murah je...


    RESEPI BUN SALAD KENTANG

    Bhn2 Roti :8 biji

    300gm tepung roti
    30 gm gula
    2 s/b susu tepung
    1/2 s/k garam
    1 s/k yis
    150 gm air
    1 s/k bread improver -  Liza tambah
    1 biji telur - kocok
    40 gm water roux - klik SINI
    30 gm mentega

    - masukkan bhn2 cecair diikuti dgn bhn2 kering ke dlm Bread Machine dan pilih menu bread dough, tunggu hingga siap..
    - sementara tu boleh sediakan salad kentang..

    Bhn2 Salad Kentang:

    1 biji kentang besar / 2 biji- kupas kulit dan potong dadu.
    1/2 biji bawang besar - potong dadu
    2 s/b mayonis
    Garam dan serbuk lada sulah
    2 btg sosej - hiris halus
    1/2 btg carrot - potong halus

    - rebus kentang, sosej dan carrot hingga empuk.
    - campurkan semua bhn dan gaul sebati, ketepikan..

    Keluarkan doh dr mesin roti dan tumbuk untuk keluarkan angin, bahagikan kepada 8 bahagian dan bulat2kan..biarkan selama 10 minit..
    Ambil sebiji doh dan tekankan sedikit supaya menjadi leper.
    Letakkan salad kentang diatas doh td dan biarkan roti kembang 2x ganda dpd saiz asal.
    Sebelum dibakar, sapu permukaan roti dgn sedikit susu segar / telur.
    Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit...


    # Resepi asal buat bun bentuk bakul, terpulang la ye..#

    Wednesday, April 10, 2013

    Ungkep Ikan Haruan...



    Disebabkan dah jatuh cintan dgn ungkep ni, so kali ni Liza cuba buat guna ikan haruan pulak, mmg best sangat dgn rasa rempah dia..sampai menjilat jari anak2 n hubby makan...

    Masih menggunakan resepi dr Cide de Nuanza sbb resepi ni mmg best, kalau tak caya, cubalah buat..


    RESEPI UNGKEP IKAN HARUAN

    Bhn2:
    5 keping isi ikan haruan - bersihkan
    1 keping asam gelugur
    cili merah / hijau- hiris
    1 biji bwg besar- hiris
    1 sudu teh serbuk ketumbar
    2 sudu teh serbuk jintan manis
    1 btg serai- diketuk
    sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih

    Bahan2 tumbuk:
    1 1/2 inci halia
    1 inci kunyit hidup
    1 biji bwg besar
    2 ulas bwg putih

    Ikan haruan di gaul dgn srbk kunyit dan sedikit garam kemudian digrg sebentar.
    Panaskan minyak. tumis bwg besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
    Masukkan juga serai dan cili hiris
    Biar hinga naik bau
    Masukkan bahan2 tumbuk + serbuk jintan manis + serbuk ketumbar + asam gelugur
    Tambahkan sedikit air dan gaul sebati
    Masukkan garam dan sedikit gula jika suka
    Biarkan bahan2 sedikit garing dan kering (kemudian boleh ditambah lg sedikit air jika inginkan sedikit basah)
    Masukkan ikan haruan yg telah digrg td dan gaul sebati..

    Kuih Kaswi Gandum...



    Kuih yg sentiasa jadi peberet Liza, sekarang ni anak2 pun suka jugak...alhamdulillah...kuih ni mmg sedap, lembut gitu..kalau org yg takde gigi pun boleh makan kuih ni...hihii

    Resepi asal kuih ni dari Kak Liza tp Liza CnP dr dapur Hero Malaya kita CMG, thnx pada kedua2nya dan mintak izin Liza panjangkan kat dapur Liza pulak ye, thnx...

    RESEPI KASWI GANDUM

    Bhn2:
    BAHAN A :-)
    5 cawan air
    1 cawan gula merah @ gula melaka
    1 cawan gula pasir
    2 helai daun pandan
    Sedikit pewarna coklat (mat guna 3/4 camca teh kicap pekat) -skip

    BAHAN B :-)
    2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan tepung ubi
    1 camca teh air abu (boleh guna air kapur)
    Kelapa parut putih, pilih kelapa muda sedikit yang berkulit basah
    Sedikit garam



    CARA MEMBUATNYA :-)
     
    1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
    2. Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna coklat atau kicap pekat.
    3. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang no. 2 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapi adunan tadi dan masukkan air abu, kacau rata.
    4. Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30 minit atau hingga masak. (mat kukus 35 minit).
    5. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam..

    Kepah Goreng Cili Merah...



    Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua kengkawan...semoga semuanya di bawah lindungan Allah Yang Esa...dah lama sangat rasanya Liza jamu semua dgn masak lemak telur itik kan, sian...hihihi

    Hari tu masa kat pasar ternampak srg adik ni dok jual benda alah ni, Liza pun tanya lah apa tu, dia cakap tak tau...lepas tu Liza hentam sendiri la nama dia kepah, mintak2 betul la kan....hihihi 

    Masa mula2 beli ni takde idea lg nak masak ape, tp beli jugak sbb kepah ni mmg jarang jumpa kan...last2 fikir benda yg paling senang nk masak n family Liza suka, maka terjadilah kepah grg cili merah..



    RESEPI KEPAH GORENG CILI MERAH

    Bhn2:

    500 gm kepah - bersihkan dan sejat
    6 ulas bawang merah *
    2 ulas bawang putih *
    1/2 inci halia *
    7 biji cili merah *
    4 biji cili padi *
    2 s/b sos tiram
    Sdkt daun sup
    1/2 biji bawang besar - hiris
    Garam, gula
    Minyak

    - tumbuk/ blend bhn2 bertanda *.
    - panaskan minyak dan tumis bhn tumbuk dan bawang besar hiris hingga wangi.
    - masukkan sos tiram, garam dan gula , kacau sebati.
    - masukkan kepah. gaul sekejap dan tutup kuali, masak hingga kepah terbuka (maknanya kepah dah masak).
    - buka tudung kuali dan tabur daun sup dan gaul sebati, angkat..


    Thursday, April 4, 2013

    Masak Lemak Telur Itik....

     
     

    Assalamualaikum wbt....dah lama rasanya tak makan masak lemak telur itik ni...ye la, sesekali tekak nak rasa jugak menu2 cmni, kompem bertambah2 nasi, gandingkan pulak dgn kangkung grg, ikan grg n sambal belacan...perghhhhh layannn...

    Dah pernah buat kat SINI, jom kita tgk resepi ye..

    MASAK LEMAK TELUR ITIK

    Bhn2:
    5 biji telur itik
    Santan dr sebiji kelapa
    1 sudu mkn cili mesin
    4 ulas bwg merah*
    1 inci halia*
    1 inci kunyit hidup*
    Sehiris nipis lengkuas*
    1/2 s/teh biji ketumbar*
    Garam, serbuk perasa

    - tumbuk semua bhn tg bertanda * hingga lumat.
    - masukkan ke dlm santan.
    - masukkan juga cili mesin.
    - masak semua bhn di atas hingga mendidih.
    - pecahkan telur sebiji2, tp INGAT jgn dikacau.
    - perasakan dgn garam dan serbuk perasa.
    - perlahankan api dan biarkan telur masak.
    - sedia dihidang..



    Wednesday, April 3, 2013

    Nasi Ayam Madu.....

     
    
    Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Rabu 030413....semoga semuanya sihat dan sentiasa dirahmati Allah swt atas apa sahaja yg kita lakukan...Aamiin
     
     
    Sebenarnya nasi ayam ni dah lama Liza buat, tp mcm biasa la kan, tuan dapur ni bz memanjang, hihihi...resepi ni Liza dapat dr Azah, member yg dok kat Rawang, tetiba rasa rindu pulak, maklumlah dah lama tak dengar khabar berita, moga2 Azah n family sentiasa di lindungiNya...
     

    Memula makan nasi ayam ni masa Azah buat open house dlm beberapa tahun lepas, pastu tgk anak2 n hubby bertambah2 nasi, so, apalagi, dgn muka tak malunya Liza mintak resepi ni dr Azah dan alhamdulillah dah kini jadi peberet family Liza...

    Pada sesape yg nak resepi yg sedap ni, jom ..

    RESEPI NASI AYAM MADU AZAH

    Bhn2:

    Untuk air rebusan :

    1 ekor ayam - bersihkan dan potong 
    2cm halia yg diketuk
    Air secukupnya - lebihkan

    Untuk perap
    5 s/b kicap pekat
    1 s/b sos tiram
    3 s/b madu

    Untuk nasi
    5cwn beras
    3 sudu besar butter
    1cm halia- ditumbuk
    4 ulas bawang putih -ditumbuk
    Air rebusan ayam tadi + air biasa secukupnya
    Sedikit garam.
    Beberapa titik pewarna kuning
    Daun pandan
    1 batang serai - titik

    Bahan sos 
    5 biji cili merah
    3 biji cili api 
    2 ulas bawang putih 
    2 cm halia
    1 sudu teh cuka
    Garam, gula
    1/2 cawan air masak

    Untuk sup
    Lebihan air rebusan ayam
    3 ulas bawang putih - tumbuk
    1 bungkus sup bunjut
    Garam, perasa
    Daun sup - hiris
    Bawang goreng

    Untuk Kicap
    Lebihan perapan ayam
     
    Cara-cara
    Ayam direbus bersama halia yg diketuk dan air hingga empuk..
     
    Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 30 min. Goreng / panggang hingga garing.
     
    Untuk nasi- Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia,bawang putih, daun pandan dan serai hingga wangi, 
    Masukkan beras, masukkan air rebusan ayam dan air secukupnya, pewarna kuning dan garam. Masak seperti biasa.
     
    Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
     
    Untuk sup- panaskan sedikit minyak dan tumis bwg pth hingga wangi, masukkan air rebusan ayam dan sup bunjut, garam dan perasa..masak hingga mendidih, angkat dan taburkan daun sup dan bawang grg

    Untuk kicap- masak lebihan perapan ayam td hingga mendidih..



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...