Thursday, June 30, 2016
Sagupal Bonda....
Kuih yg mmg cik hubby suka sgt tapi anak2 tak layan...jadi Liza buat mmg tak banyak pun tapi cukup la utk cik hubby lepas kempunan kan...hihii
RESEPI ASAM GUPAL / SAGUPAL BONDA
Bhn2:
2 cawan sagu putih - bersihkan dan toskan
4 mangkuk santan
Sehelai daun pandan
Sedikit halba
Sehiris nipis halia
Gula pasir secukupnya
Secubit garam
- masukkan sagu ke dlm bekas besar dan tuang air panas mendidih sdkt2 .
- buat hingga sagu blh dikepal dan rebus hingga sagu jernih ( xmasak sepenuh nya pun xpe), ketepikan.
- masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula hingga mendidih.
- masukkan sagu yg telah dikepal td dan masak hingga sagu betul2 masak.
- sejukkan dan sedia dihidangkan.. senangkan...
* Ada juga yg tambah sedikit tpg jagung dalam santan tu utk bg pekat sedikit, terpulang la ye...*
Strawberry n Oreo Milkshake....
Assalamualaikum wbt...pejam celik pejam celik Ramadan dah nak sampai ke penghujung dah kan..tetiba rasa sayu bila kenangkan adakan sempat utk Ramadan yg akan datang...insyallah, mudah mudahan..
Ok, berbalik pada resepi kali ni, macam biasa la reward utk anak2 yg berpuasa kan..mst ada minuman spesel utk iftar diaorang
Ari tu Liza ada buat strawberry smoothie kan, dan kali ni Liza buat milkshake pulak...cara n bahan pun lebih kurang je, cuma yg ni ada guna icecream..
RESEPI STRAWBERRY MILKSHAKE
Bhn2:
3 cawan strawberry frozen - yg fresh pun blh
2 cawan fresh milk
2 scoop icecream cookies - nk letak lebih pun okGula secukup rasa
Air batu secukupnya
Bhn hiasan :
Whipping cream
Oreo crushed
- masukkan semua bhn dlm blender..
- blend hingga halus atau ikut citarasa masing2 ye..Liza blend kurang halus sbb nk rasa biji2 strawberry tu
- hias dgn whipping cream n tabor oreo
- taraaa, dah siap
Memang sdp dgn rasa masam manis strawberry n oreo..
Tuesday, June 28, 2016
Rojak Mee Mamak Kebaboom...
Assalamualaikum wbt dan salam manis ...rojak mee ni rasanya Liza dah buat minggu lepas lagi tapi tak berkesempatan utk publish resepi kat sini..
Alhamdulillah, mmg sedap resepi dr ayahanda Mamak Haji ni, tak sia2 mencuba..terima kasih bnyk2 sbb sudi share yg sedap ni
Kuah ni asalnya kuah passembor, tapi disebabkan family Liza mmg suka mkn rojak mee, so kita tambah itu mee laa,hihii
Nnt next time blh buat passembor pulak, kuah pun ada lg tu..
RESEPI KUAH ROJAK / PASSEMBOR
Bhn2:
1 kg keledek oren ~ di rebus dengan air hingga empuk. Kemudian di lenyek hingga lumat.
Jika tiada keledek oren gantikan keledek putih tapi kena tambahkan pewarna oren dalam kuah nanti.
Air rebusan keledek boleh di gunakan untuk blender kledek jika inginkan keledek yang lebih halus.
Air rebusan keledek juga boleh di gunakan semasa memasak kuah nanti. Tambahkan secubit garam semasa merebus keledek
500gm udang kertas atau udang putih ~ kerana kulitnya lembut, disagai (goreng kering tanpa minyak) sehingga aroma udang kering naik. Ia juga elakan bau hamis udang yang tak menyenangkan. Kemudian udang ini dikisar halus. Jika tiada udang boleh juga guna sotong dengan kaedah yang sama, di sangai. Sebaiknya menggunakan udang kerana lebih sedap. Udang tu tak payah siang, cuci bersih dan terus sangai dengan kulit dan kepala-kepalanya sekali.
125gm kacang tanah ~ Kacang tanah digoreng tanpa minyak ( sangai) jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak. Kacang bahagi kepada dua bahagian, satu di kisar halus dan satu bahagian tumbuk kasar. Kacang ni kalau ranjin boleh buang kulit, kalau taknak buang pun tak apa.
5 hingga 8 keping biskut marrie ~ rendam dengan sedikit air hingga kembang, kemudian di kisar.
10 ~ 15 tangkai cili kering ~ kalau suka pedas boleh lebihkan. Lada kering ni di goreng dengan sedikit minyak. Boleh guna minyak lebihan goreng kacang tanah. Tapi pastikan goreng bawang merah dan bawang putih dahulu sebab lebihan goreng lada kering minyakknya akan hitam. Lepas goreng lada ini di kisar halus.
15 biji bawang merah ~ belah 4 dan goreng hingga layur kemudian di kisar halus. Boleh juga guna bawang besar dalam 3 biji, hiris dan goreng hingga layur.
3 ulas bawang putih ~ di goreng hingga layur
Bawang putih ni boleh goreng sekali dengan bawang merah. Kemudian kisar halus. Boleh campur cili, bawang merah, bawang putih dan kisar sekali hingga halus.
Bahan Lain
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar asam di bancuh dengan air dan ambil jusnya
4 liter air atau secukupnya ~ boleh juga guna air rebusan keledek
Sedikit pewarna oren jika kuah kurang oren warnanya -Liza tambah pewarna merah
Cara Membuatnya
Masukkan bahan yang di kisar ke dalam periuk atau kuali
Masukkan udang yang di kisar halus
Masukkan air secukupnya dan rebus hingga kuah mendidih
Bila kuah dan mendidih masukkan kacang tanah kisar
Masukkan keledek yang dah di lumatkan
Tambahkan pewarna jika kurang oren warnanya
Masukkan juga air asam jawa
Perasakan dengan garam dan juga gula.
Kuah pesembur ni manis, jadi lebihkan gula dan rasakan secukup rasa
Akhir sekali masukkan biskut marrie yang telah di kisar utk memekatkan lagi kuah rojak.
Biarkan dan renihkan kuah hingga sedikit pekat
Kuah ni kalau dah sejuk dia lagi pekat tau.. jadi kena agak-agak lah kepekatannya
Bahan2 lain:
Mee - celur kejap
Timun
Sengkuang - kali ni Liza xde
Telur rebus
Tauhu grg
Cucur sayur
Thursday, June 23, 2016
Kuih Keria Lembut...
Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan utk semua...raya dah makin hampir, org lain sibuk dok tayang kukis, tp Liza ni still mood M lagi...hihihi
Tak pe la, meh Liza tayang kuih muih utk berbuka, mana tau dah ketandusan idea kan.. kuih keria ni mmg peberet family Liza, ye la dah rasa mcm kuih cek mek molek kan.
RESEPI KUIH KERIA
Bhn2:
500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
1 cawan tepung gandum
1 s/b tepung ubi - Liza tambah
1 s/b marjerin - Liza tambahgaram secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Untuk Sira Kuih
1 cawan gula-
1/2 cawan air
Cara-Caranya
- Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
- Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
- Rebus hingga lembut.
- Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
- Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
- Goreng hingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan minyak.
- Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
- Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
- Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan
**Untuk adunan kuih di atas, saya hanya gunakan separuh je adunan gula utk sira kuih. Maksudnya saya guna 1/2 cwn gula dan 1/4 je air. Masak sampai likat, matikan api dan masukkan kuih dan gaul perlahan sehingga semua kuih bersalut gula. Selamat Mencuba
Wednesday, June 22, 2016
Apam Puteri Ayu..mmg betul2 ayu
Satu2nya resepi yg mmg Liza gunakan dr dulu hingga sekarang, Alhamdulillah mmg menjadi dgn jayanya...
RESEPI APAM PUTERI AYUBhn2
A
2 biji telur*
1 cwn gula*
1/2 s/mkn ovalette*
1/2 s/teh esen vanila
1 cwn pati santan / fresh milk
2 cwn tepung naik sendiri
B
Kelapa parut
Garam
Tepung ubi
- bhn2 ni Liza agak jer..satukan semua dan padat2kan kedlam acuan seri ayu yg telah disapu minyak..
# Bhn2 bertanda * dipukul hingga kembang. Masukkan esen vanila dan santan / fresh milk.. Gaul sebati. Masukkan tpg dan pewarna yg dikehendaki (Liza campur air pandan bersama santan)..Masukkan adunan tepung kedlm bekas berisi kelapa td...Kukus selama 10 - 15 minit..
Sup Ikan Haruan...
Resepi sup ikan haruan ni sama je resepi yg biasa Liza buat guna kepala ikan merah tu, CUMA kali ni Liza tambahkan sepeket sup bunjut utk bg lagi rasa berempah n wangiii..
Resepi turun temurun dr arwah ma yg sangat sedap..
RESEPI SUP KEPALA IKAN MERAH BEREMPAH
Bhn2:
1 ekor kepala ikan merah - belah 2
2 keping isi ikan merah
5 s/m minyak masak
1 paket rempah sup serbuk - bancuh dgn sedikit air
1 paket sup bunjut Adabi5 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 tangkai daun sup - potong halus
Bawang grg - utk tabur
Air secukupnya
- panaskan minyak dan masukkan bhn2 tumbuk, biar hingga naik bau.
- masukkan pula rempah sup dan biar hingga sedikit garing dan wangi.
- masukkan air dan sup bunjut, biar mendidih dan masukkan kepala ikan, garam dan serbuk perasa.
- biar mendidih sekali lagi dan sedia diangkat.
- tabur dgn daun sup dan bawang grg dan boleh dihidang...
Puyuh Goreng Lada Hitam..
Assalamualaikum wbt...rasanya sekarang semua kawan2 dok kalut mengukis kan,almaklumlah raya dah dekat...bnyk ke buat biskut tu, Liza ni tak buat pun lagi, tunggu mood dtg dulu, entah bila nak datang tak tau la...hihihi
Ok la. jom kita berbalik pada resepi puyuh grg lada hitam atau blackpepper ni..lauk ni mmg senang n yg penting sedap sgt..
Dah selalu sangat Liza buat lauk ni..
RESEPI PUYUH GORENG LADA HITAM
Bhn2:
500 gm ayam - potong kecil dan bersihkan - guna 5 ekor puyuh
1 labu bawang besar - hiris halus
4 ulas bawang putih - hiris halus
2-3 inci halia - hiris memanjang halus
1 1/2 lada hitam - tumbuk halus
3 s/b sos tiram
4 s/b kicap manis
Garam
Minyak masak
- gaulkan ayam dgn sedikit garam dan perap sebentar.
- panaskan minyak dan grg ayam hingga masak.
- tinggalkan sdkt minyak grgan ayam di dlm kuali, tumis semua bawang dan halia hingga naik bau.
- masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan kicap manis, gaul sebati.
- akhir sekali masukkan ayam yg tlh digrg dan grg hingga semua bhn mesra dan sebati.
- angkat dan sedia dihidang...
Monday, June 20, 2016
Ayam Goreng Mamak Rangup...
Lagi resepi ayam goreng mamak yg Liza tgk kat SINI, kali ni Liza tertarik sbb dia guna garam masala...so apa tunggu lagi, g beli ayam n perap la...blh grg utk berbuka nnt..
Resepi ni mmg sedap n rangup, kalau tak cuba tak tau kan..
RESEPI AYAM GORENG MAMAK RANGUP
Bahan2:
1 ekor ayam
6 sudu mkn tepung jagung
6 sudu mkn tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan kisar:
6 ulas bwg putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu mkn rempah kari ayam
1 sudu garam masala
1 biji telur kuning
1 kiub ayam jika mahu( sy letak)
Garam secukup rasa
1 sudu mkn serbuk lada sulah
Pewarna merah - Liza tambah
Cara: 1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari jika nk merah sikit warna ayam tu letak sikit pewarna merah dan perap selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap. 2. Panaskan minyak dan goreng dgn api yg sederhana jika mahu ayam juicy di dalam, rangup di luar..
Murtabak Roti Ekspress...
Menu yg boleh dijadikan juadah utk berbuka atau bersahur..mmg kenyang n sedap, yg penting senang nak buat...hihii
Resepi ni hasil Liza skodeng kat dapur sahabat nun jauh di Bahrain, Maz lps dia dok tayang kat fb tak lama dulu..tq ye Maz
RESEPI MURTABAK ROTI EXPRESS
Bahan-bahan (2 biji)
4-5 biji telur
4 keping roti - koyak-koyak
3 batang sosej - hiris nipis/cincang
1/2 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar susu segar
1 biji cili merah
sedikit daun bawang sedikit bawang besar - cincang sedikit aji/serbuk pati
sedikit garam
secubit gula
sedikit minyak sayur/masak
Cara:
1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan kecuali roti, kocok sebati dengan garfu.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick, masukkan roti dalam telur dan sebatikan ,tuang dalam kuali, tekan sikit biar kemas dan nipis bentuk bulat atau 4 segi ke, terpulang la ye, masak 2 minit setiap bahagian atau hingga perang, boleh la dihidang bersama sos pilihan.
Nota ilhamdapur : selain sosej, boleh juga guna jejari ketam atau daging burger, kalau daging burger kena masak la dulu sekejap atau masuk dalam microwave, pastu hancurkan, untuk bahan perasa tu, agak-agak la ye secukup rasa.
Mini Bingka Ubi Kayu Gula Merah Lembut..
Assalamualaikum wbt...bingka ubi ni kuih yg wajib Liza buat kalau ada stok ubi kayu kat umah...tapi Liza mmg prefer yg guna gula merah, bagi Liza rasa dia lagi ummphhh
Masih menggunakan resepi CMG, cuma kali ni Liza buat versi mini, sng nk ngap...hihii
RESEPI BINGKA UBI GULA MELAKA
Bhn2:
1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus- Liza guna nise 3 keping
2/3 cawan gula pasir - 1/2 cawan
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi...
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
- Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
- Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
Friday, June 17, 2016
Chicken Mango..
Resepi yg jadi viral sekarang, tapi utk ayam kali ni Liza cuba resepi dr fb Mira pulak...tq ye fren
CHICKEN MANGO
Bhn2:
2 keping isi dada ayam
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
Lada sulah
1 bj telur ayam
Tepung jagung + sedikit tepung ubi
Isi dada ayam..pastikan kulit dibuang..
Bawang putih ditumbuk halus dan lumurkan pada ayam dan masukkan sedikit garam..telur dan lada sulah. Gaul semua dan perap dlm 30mnt-1jam..
golek-golekkan pada tepung jagung + tepung ubi dan biar melekat pada isi ayam dan digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
Sos
5 sdm sos Plum (jenama life)
1 sdt sos cili Thai
10 tangkai cili padi (cabai melaka) tumbuk ya
Sedikit perahan lemon@limau kasturi
Gula dan sedikit garam
Parutan buat mangga muda
Daun ketumbar / daun sup
Cili api dipotong klu nk lg pedas..
Gaulkan semua bahan di atas dan rasa mengikut citarasa anda..
PESANAN..
SILA TAMBAH ATAU KURANG IKUT SELERA MASING2..ITU SELERA K.MIRA..TKT NTI ADA YG KOMPLEN PEDAS SGT...MASAM SGT..MANIS SGT.. LETAK BAHAN2 SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN RASA DULU NO...
Ayam Goreng Bawang Putih..
Punya la lama gambar ni dok terperok dlm folder, rupa2nya tak de lagi resepi ni kat dapo kecik ni...adoiii hai
Buatnya mmg dah tersangat lama, bila tgk Lina dok tayang kat fb terus rasa tergoda sbb dia mmg pndai menggugat imanku,hihihi
Anak2 pun tak sedar yg krup krap diaorg dok gigit tu sebenarnya bawang putih,ihhii...ayam ni mmg best, ala2 berempah gitu
Liza CnP je resepi ye Lina, malas bebenor nk menaip..
RESEPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH
Bhn2:
1 ekor ayam (LiNa Pg guna 10ketul ayam)
3 labu bawang putih (cuci bersih dan ketuk2 sedikit hingga pecah2 kasar)
Sedikit kiub ayam/serbuk cukup rasa
Sedikit Daun Kari (LiNa Pg tambah, rcp asal xde)
Minyak
* LiNa Pg Gaul tabur kiub ayam/serbuk cukup rasa pada bawang putih***
Bahan B (Tumbuk Halus/Kisar)
8 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 sudu teh serbuk ketumbar
1 inci kunyit hidup
1 cm halia
Bahan C
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk kari (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh garam
Sedikit perasa
2 sudu teh baking powder
Cara Membuat:
- Ayam dibersihkan, LiNa Pg rendam sekejap dalam larutan cuka.Bilas bersih dan toskan
- Sediakan mangkuk besar, satukan bahan A dan bahan B , gaul hingga rata. Masukkan ayam, gaul rata dengan bahan perapan.Perap selama 20 minit hingga bahan perapan meresap. Sementara itu, boleh disediakan bawang putih goreng.Bawang putih yang telah diketuk2 tadi ditabur sedikit garam.
- Sediakan kuali non stick tuangkan minyak yang banyak. Pastikan minyak hingga benar-benar panas.
- Masukkan bawang putih(dan daun kari) dan goreng bawang putih hingga garing dan crispy, angkat dan toskan.Ketepikan.
- Kemudian bolehlah menggoreng ayam yang telah diperap tadi.Goreng secara deep fry hingga kuning keemasan guna api sederhana sahaja supaya ayam tidak hangus.
- Setelah ayam garing..taburkan gorengan bawang putih dan daun kari tadi.
- Sedia dihidang.Rangup dan sedap
Drumet Ayamas Goreng Gajus...
Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua...resepi yg paling win kalau nak bagi anak2 lalu makan masa bersahur...hihi
Nak2 kalau guna ayamas yg segera cmni kan.. anak suka, ibu pun setujuuuu sgt...
Sebenarnya macam2 lauk kita blh guna utk masak kung pao ni, terpulang pada selera masing2 la...
RESEPI KUNG PAO CHICKEN/ AYAM GAJUS
Bhn2:
Bhn A:
- Liza guna drumet ayamas , terus grg je
Bahan B
- Panaskan sedikit minyak dlm kuali. - Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
- Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
- Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
- Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.
Thursday, June 16, 2016
Crunch Nut Cornflakes..
Gara2 nak habiskan stok cornflakes, maka terbuat la kukis ni dgn sengaja,tapi mmg berbaloi2...pada yg tgh mencari resepi kukis yg sedap n sng utk raya nnt apakata cuba buat kukis ni, gerenti puashati..
Liza amik resepi ni kat dapur Iza, habis Liza selongkar dapur dia, nnt Liza kemas balik ye Iza...hihii
Anak2 mmg suka kukis ni, siap request srh buat lagi..
RESEPI CRUNCH NUT CORNFLAKES
Bhn2 A :
150gm butter
75gm icing sugar
1 s/t esen vanila
Bhn2 B:
30gm almond nib ( panggang kjp ) - Liza guna almond croquant
60gm cornflakes - guna 100gm
50gm chocolate chips
130gm tepung gandum
20gm tepung jagung
Hiasan:
Kuning telur
Ceri merah
- panaskan oven 180C.
- sebatikan bhn A..
- masukkan bhn B KECUALI tpg gandun dan gaul rata..
- masukkan tpg gandum sikit2 dan uli hingga dapat adunan yg lembut..
- punjut2kan atas dulang pembakar yg telah disapu butter..
- sapu kuning telur dan hias dgn ceri merah..
- bakar 20-25 minit atau sehingga masak..
Mee Sup Sedap...
Assalamualaikum wbt....mee sup dr dapur Kak Yati ni mmg sedap, sampai hubby cakap kalau kat kedai mkn ada jual mee sup sedap cmni, kompem hari2 dia g makan kat situ,hihihi
Tq kak, Liza share kat sini pulak ye
RESEPI MEE SUP SEDAP
Bahan-Bahan:
- 500 gm daging
- 2 btng serai- di titik
- 1/2 inci lengkuas- di hiris
- 3 sudu besar rempah sup adabi
- 2 sudu besar rempah kurma adabi
- 1 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
- minyak utk menumis
- 5 cawan air atau secukupnya
- garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 inci halia
Bahan Tumis
- 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
- 2 ulas bawang merah di mayang
- 2 ulas bawang putih di hiris
- Rebus daging hingga empuk dan toskan. Jangan di buang air rebusan. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu ya.
- Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
- Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
- Masukkan daging yg telah di rebus dan masukkan sekali air rebusan daging.
- Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
- Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.
Bahan2 Penyediaan Mee Sup
- 1 bungkus mee kuning
- 1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci, celur dan toskan
- daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
- bawang goreng.
Cara Penyediaannya.
- Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
- Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.
Sambal Kicap
- 10 tangkai cili padi merah
- 15 tangkai cili padi hijau
- 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
- 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
- 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
- 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
- Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
- Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
- Boleh di makan bersama mee sup daging tadi.
Spicy Chicken Masala n Nasi Mandhi ala Lebanese Restoran...meletoppp
Assalamualaiukm wbt...ni juga menu yg Liza buat beberapa hari sebelum puasa...baru sempat nk update,hihi
Resepi asal menggunakan kambing tapi Liza ubah guna ayam..takpe, tak dosa
Mula2 masak lauk ni kan rasa cuak jugak sbb nmpk kaler dia mcm pucat je...dlm hati dok tanya, jd ke idok ni..mmg nervous sgt sbb tgk dlm gambar dia macam kaler lain..
tapi Alhamdulillah, Allah bagi sedappppp sgt..tak caya meh cuba
Resepi ni nama je spicy tapi takde la pedas bebenor..tq pada empunya resepi kat SINI..
SPICY CHICKEN MASALA
Bhn2:
Mutton / Lamb - 1/2 kg cut into small pieces ( guna ayam)Oil - 3 tblspn
Fennel Seeds / Sombu / Saunf - 2 tsp ( jintan manis)Onion - 1 large sliced finely
Curry leaves - 1 sprigGinger Garlic Paste - 2 tblspnGreen Chilli - 2 slit
Tomatoes - 2 large chopped finely Water - 1/2 cup ( if needed)
For Marination:Yogurt / Curd - 1/2 cup
Chilli powder - 2 tsp
Coriander powder / Malli podi - 1 tblspn (serbuk ketumbar)
Cumin Powder / Jeera podi - 1 tsp ( serbuk jintan putih)
Turmeric Powder / Manjal podi - 1 tspGaram Masala Powder - 1 tblspn
Pepper Powder - 1 tsp
Salt to taste
Method:
Take cleaned mutton pieces in a bowl. Add in all the marination ingredients in it and mix well. Let this marinate for a good 30 mins. You can leave it in fridge overnight too. If so take it out a hour before you cook so it comes to room temp.
Heat oil in a kadai. You can do this whole thing in pressure cooker. I used a kadai so you can see what is happening in it.
Add in fennel seeds and let it sizzle. followed by onions, chilli and curry leaves. Saute this for 5 mins or so.
Now add in ginger garlic paste and saute for a min.
Now add in tomatoes. Cover and cook till it turns mushy.
Now add in the marinated mutton along with all the marination.Mix well.
Pour this whole thing in a pressure cooker, add 1/2 cup water if needed and cook for 6 to 7 whistle. Simmer and cook for a 20 mins. Now switch off the flame and let the steam all escape. Open the pressure cooker and mix well.
Serve with rice.
Liza buat utk makan dgn nasi arab yg simple, amik dr dapur Maz yg asalnya nasi mandhi ala Lebanese restoran...tapi Liza pandai2 ubah nama tu sbb Liza tak masukkan ayam kat dlm tu, cuma nasi n sedikit isi ayam je..tq Maz sbb ni la nasi yg Liza cari, very light..
CHICKEN MANDHI
Bahan-bahan: yg ni liza skip
Ayam 1kg ayam - cuci bersih & kerat 4
1 labu bawang besar - kerat 8
1 biji dry lime
1 ulas bawang putih - ketuk sedikit garam
1-2 cubit serbuk kunyit
Cara
1. Masukkan semua bahan periuk, masukkan air secukupnya (agak-agak la ye) dan masak biar mendidih lama sikit dengan api sederhana.
2. Bila dan masak, keluarkan ayam dan simpan air rebusan.
3. Masukkan ayam dalam oven dan bakar sekejap biar perang atau boleh guna kuali je (panaskan 3-4 sudu besar minyak sayur, letak ayam. Biar sedikit garing/perang dikedua bahagian.
Nasi: Liza cuma guna yg ni je
2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit & toskan
1/2 labu bawang besar - kerat 6 *
9 biji buah pelage *
2 batang kulit kayu manis *
7 kuntum bunga cengkih *
1 biji tomato - kerat 8
1/2 sudu kecil rempah mix Arabic
1 kiub pati ayam @ garam secukup rasa
5-6 sudu besar minyak sayur
sedikit pewarna oren (warna kuning+setitik warna merah)
2 sudu besar minyak sayur - masuk bila nasi dah kering
Cara
1. Panaskan minyak (maz terus guna periuk nasi letrik), masukkan bahan bertanda *. Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan tomato, tumis lagi. Masuk mix arabic,tumis sekejap.
2. Masukkan separuh dari air rebusan ayam dan air secukupnya (agak la ye, suaikan dengan beras masing-masing, pastikan sukatan air secukupnya, jangan lebih nanti nasi tidak berderai elok, maz letak dalam anggaran 1 cm air atas beras).
3. Masukkan kiub pati @ garam dan biar air mendidih. Kemudian masukkan beras, kacau sebati dan rasa jika perlu tambah garam, biar rasa masin lebih sikit agar bila masak nasi berasa. Tutup periuk seperti biasa.
4. Bila nasi dah kering, tuang 2 sudu besar minyak sayur dan titiskan 3-4 tompok pewarna oren (jangan kacau). Tutup periuk dan biar nasi masak sepenuhnya.
5. Bila nasi dah masak, biarkan dulu dalam 5 minit. Kemudian baru gemburkan nasi guna garfu.
Air Tomato:
2 biji tomato
1 biji cili hijau
1/2 labu bawang besar
sedikit garam
Cara : Kisar semua bahan dengan sedikit air.
Friday, June 10, 2016
Apam Balik Lembut...
Apam balik ni dah lama pun Liza buat, kiranya menu petang sebelum pose lagi...tapi hari ni baru berkesempatan nk share kat sini...
Resepi ni Liza amik kat Mesra.net tapi Liza ubahsuai sikit ,hihii
Kalau nk lagi creamy, boleh je masukkan semua sekali susu segar tu..maknanya sukatan air tu gantikan dgn susu segar
RESEPI APAM BALIK LEMBUT Bahan2: | |
2 cawan tepung gandum ½ cawan gula ½ camca kecil soda bikarbonat 1 camca kecil pewarna kuning 1 biji telur 1 cawan air 1/2 cawan susu segar ½ camca kecil baking powder Bhn inti: 1 cawan kacang tanah (dimesin) 1 tin jagung 1 cawan gula Sedikit mentega Coklat rice Chia Seed | |
Cara: | |
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Perap selama 1 jam.. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan. |
Yg ni Liza buat versi nipis, letak coklat rice..
Siakap Kerabu Mangga....
Assalamualaikum wbt, bertemu lagi kita di hari ke 5 bulan Ramadan...semoga tahun ini memberikan lebih keberkatan pada kita semua, insyaallah...Aamiin
Menu ni dah lama Liza buat. gara2 terliur tgk kat fb tu dok lalu lalang kat wall kan..tapi kali ni Liza gunakan ikan siakap sbb setiap kali kalau ke kedai makan tomyam, msti lauk ni yg kitaorang order..jadi kali ni kita try buat sendiri pulak kan, lagi sedappppp
RESEPI SIAKAP KERABU MANGGA
Bahan-bahan utk ayam:
2 keping dada ayam - guna siakap
3 sudu besar kicap cair (manis dan masin) - xletak
2 sudu lada sulah
sedikit garam
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
minyak utk menggoreng
cara-cara
1- gaul ayam dgn garam, kicap dan lada sulah. Perap lebih kurang 30 minit.
2.Campurkan tepung gandum dan tepung jagung...gaul rata
3.Golekkan ayam di atas tepung, kemudian goreng hingga kekuningan. Tos dan Biarkan
Bahan utk sos:
1 botol sos plum
½ botol sos tiram jenama maggi (jgn guna jenama lain sebab lain rasa)
1 gelas air limau kasturi (tak ada kasturi boleh ganti limau nipis tp rasa tak kick lerr ... tang limau ni rasa ler nak masam setakat mana... jgn curah semua sekali )
cili padi - atas citarasa sendiri nak pedas mana - tumbuk kasar2
garam dan gula secukup rasa
2-3 tangkai daun ketumbar
cara-cara
campurkan semua sekali bahan itu kecuali daun ketumbar dan masak di atas api sederhana ..kacau hingga pekat, kalau agak pekat tambahkan sedikit air..sebab sos ni tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair ... bila dah nak serasi rasa, masukkan daun ketumbar dan tutup api. Siap.
Bahan Tabur atas ayam:
1-2 biji manga muda
daun ketumbar
4-5 ulas bawang merah
cili padi ikut citarasa
carrot
cara-cara
1-sagat/parut mangga dan carrot
2-hiris nipis bawang merah dan daun ketumbar
3-potong kecil2 cili padi
4- gaul semua bahan tu kemudian tabur di atas ayam yg di goreng tadi
5- tuang sos di atasnya
Resepi ni Liza amik dr rakan fb Kak Yam atau Mrsnor Wahid, tq kak...mmg marbeles sgt
Subscribe to:
Posts (Atom)