Tuesday, September 30, 2014

Kek Gula Hangus Kak Nor...



Alhamdulillah, menjadi jugak kek sarang semut ni...hihi
Kadang2 pun liza buat tak jadi jugak sarang ni, tak tau lah kat mana silapnya..kali ni Liza gunakan resepi dr K.Nor yg dikongsikan oleh Kak Yati, terima kasih buat kedua2 akk Liza ni...



RESEPI KEK GULA HANGUS KAK NOR

Bhn2:

  • 1 1/4 cawan gula halus*
  • 1 cawan air panas*(*utk buat gula hangus)
  • 125gm butter
  • 4 biji telur gred A
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla


 


Cara-Caranya 
  1. Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
  2. Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah sebati, sejukkan  dan ketepikan dulu.
  3.  Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega.
  4. Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
  1. Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
  2. Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla. 
  3. Kemudian ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan.  Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
  4. Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .  
  5. Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on. 
  6. Bakar selama 45 minit.. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.

**45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.





Bakul Roti....


Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan utk melihat keindahan bumi Allah swt..semoga kita terus dilimpahkan rahmat yg berganda, insyaallah...Aamiin

Berbalik pada bakul roti ni kan, sebenarnya masa tu Liza pening, tak tau nak masak apa utk anak2 breakfast sebelum g sekolah...pikir punya pikir, teringat lah baked potato cheese yg tengah hot masa tu,,tapi memandangkan stok roti n inti kentang masih ada, maka terjadilah bakul roti ni, kiranya ala2 baked potato cheese tu la,hihihi...Alhamdulillah anak2 suka, ye la ada cheese kan..





Sebenarnya nak buat ni tak susah pun, inti tu terpulang pada selera masing2, mungkin boleh letak tuna atau sardine..
Letakkan roti dalam tray muffin, pastu masukkan inti pilihan, letakkan cheddar cheese kat atas tu n bakar hingga cheese tu nampak cair sikit, jangan lama sangat pulak, kang keras kejung pulak roti tu, hihihi...anggaran dlm 5 minit je..




Friday, September 19, 2014

Ayam Goreng Seri Wangi Chef Wan...



 Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...masih dalam mood bercuti kan, kadang2 tu nak masak pun rasa malas...hihii
Lauk ni sebenarnya dah lama Liza buat cuma tak berkesempatan nak publish je..kalau zaman sebelum jd blogger dulu mmg selalu jugak la Liza masak ayam ni sebab menepati selera family Liza..

Resepi ni Liza ambik dr buku Chef Wan, so pada sesiapa yg berkenan nk cuba buat lauk ni, boleh lah tgk resepi kat bawah ye..



RESEPI AYAM GORENG SERAI WANGI CHEF WAN

Bhn2:

4 keping dada ayam( Liza guna semua bahagian) - potong kecil
2 s/b sos tiram
Garam secukup rasa
1 biji telur - kocok sedikit
3 s/b tepung jagung
- gaulkan ayam dgn bhn2 di atas dan ketepikan sebentar

2 batang serai - hiris halus
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
10 tangkai cili padi - hiris halus
2 s/b rempah tomyam
1/4 cawan air
1 s/t madu
11/2 s/b mayonis
3 helai daun limau purut - hiris halus
Minyak



- goreng ayam hingga kekuningan dan garing, angkat dan toskan..
- panaskan sedikit minyak yang bersih ( Liza guna minyak lebihan ayam td) dan tumiskan bhn2 hiris serta rempah tomyam hingga naik bau..
- masukkan air, madu serta ayam, kacau rata..
- angkat dr api dan tambah mayonis, kacau sebati..
- tabur daun limau purut diatasnya..




Senang kan cara nak masak ayam ni, semua main hiris je..tapi rasanya, insyaallah sedap..


Friday, September 12, 2014

Kuih Getas / Kuih Badak....



Semalam masa borak2 dgn adik Liza, dia rekomenkan buat kuih ni utk minum ptg nnt...dia cakap kuih ni sedap..tapi mmg jakun sejakunnya lah Liza ni, mmg tak pernah tgk atau tak pernah makan pun kuih ni...masyaallah teruknya kan..

Adik cakap kat Kelate org panggil kuih badak, kat negeri lain org panggil kuih getas...ada yg buat bntuk lonjong, tapi Liza prefer buat bntuk bulat, senang...hihii

Disebabkan keinginan nak cuba buat, makan terjadilah kuih ni ptg semalam sbb tgk semua bhn pun dah ada kt umah..tak disangka anak2 mmg suka sgt dgn kuih ni, mungkin sebab rasa lemak kelapa dan manis gula tu kot...



Dalam banyak2 resepi Liza berkenan dgn resepi dr Jurnal Bdaria sbb resepi ni menggunakan sedikit tpg gandum...jom kita tgk resepi ye, thnx bdaria...


 RESEPI KUIH GETAS
 
Bahan-bahannya:-
 
  • 250gm tepung pulut
  • 20gm tepung gandum
  • 150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
  • 130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
 
Cara-caranya:-
  1. Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
  2. Biarkan sebentar selama 10 minit - Liza skip
  3. Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper. Mak saya akan canai atas dulang dan kemudian potong segiempat. pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  5. Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
  6. Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah
  7. Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.




SIRA AIR GULA

Bahan-bahannya:-
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan - Liza tambah
Cara-caranya:-
 
  1. Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat. 
  2. Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
  3. Biarkan ia selama 7 minit.
  4. Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
  5. Terus matikan api dapur ye.
  6. Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.

Apam Nasi / Apam Salju....



Lama bebenor rasanya tak buat n tak makan apam ni...tak tau lah kenapa...hihii
So, ari tu kebetulan ada masa, awal2 lagi Liza dah perap apam ni..at least lepas ambik adik dr sekolah boleh terus kukus utk makan ptg..


Malas nk bebel pjg2, jom tgk resepi..Liza tepek sekali lg resepi kat bawah ni..


RESEPI APAM NASI

Bhn2:

2 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg gndum
2 cwn tpg beras
1 cwn gula perang
3/4 cwn gula pasir
2 1/2cwn air
2 cm/teh yis segera
kelapa parut & secubit garam - gaul (utk kelapa tahan lebih lama, kukus sekejap)

- kisar nasi bersama air , tuang air sdkt demi sdkt.
- masukkan gula perang dan gula pasir & kisar lg hingga sebati
- dlm satu bekas lain , campurkan kedua2 tpg dan yis dan gaul rata
- tuang bhn2 kisar td kedlam bekas tepung dan gaul hingga sebati
- tutup bekas dan perap adunan selama 3 jam
- panaskan kukusan, sapu acuan dgn sdkt minyak mkn
- sudukan adunan apam dan kukus selama 15 min.


# Sebenarnya Liza tak pasti empunya resepi ni ye, andaikata empunya resepi ni singgah kat dapur Liza ni, Liza mintak dihalalkan segala perkongsian ni, terima kasih #..


Rendang Ayam Nasi Kandar...



Assalamualaikum wbt...lauk ni sebenarnya Liza buat semalam..ari tu lagi dok teringin nak buat, tapi disebabkan bnyk sgt yg nak buat, jadi tertangguh sehingga semalam...terima kasih Lina sbb war2kan resepi ni kat fb...terima kasih jugak pada mereka2 yg terlibat especially Chef Ammar...

Lauk ni mmg best anak2 cakap dan yg penting tanpa santan...bhn2 pun senang je, try la buat..Liza makan dgn nasi putih je, sesuai jugak utk nasi2 berperisa , almaklumlah dah namanya rendang kan...hihii




RESEPI RENDANG AYAM NASI KANDAR

Bhn2:

1 ekor ayam potong 12
50 gm bwg putih d blend @ 12-14 ulas
50 gm lengkuas d blend - 2 ulas sebesar ibu jari
50 gm halia d blend  - 2 ulas sebesar ibu jari
80 ml minyak utk menumis
250 gm cili giling
80 ml kicap
2 btg serai di ketuk
3 biji buah pelaga
1 btg kayu manis
2 helai daun pandan
2 tangkai daun kari
3 biji buah tomato belah 4 - xletak, xde stok
Garam secukup rasa
Air anggaran 1 liter 
3 biji ubi kentang - Liza grg dulu
 
Bhn hiasan
 
Kacang peas - Liza xletak
 
Cara:
 Panaskan minyak, tumis bwg, halia, lengkuas, kayu manis, pelaga.
Masukkan cili giling tumis hingga cili masak masukkan serai, daun kari dan daun pandan.
Masukkan ayam dan tuang air.. Masak hingga airnya kering dan ayam masak dgn api sederhana.
Sedap mkn dgn nasi tomato atau nasi arab dan jelatah.





Wednesday, September 10, 2014

Swiss Roll Pandan Kaya....



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...kali ni Liza nk share swiss roll pandan yg Liza buat ari tu, sedap bangat n rasa lemak2 dan wangi pandan tu mmg membangkitkan selera..sekejap je dah licin, uhuhuu..

Kali ni Liza cuba resepi dr dapur Nazrah yg katanya resepi asal ni dr Kak Zana, thnx ye kalian berdua sbb kek gulung ni mmg sodaapp...


RESEPI SWISS ROLL PANDAN KAYA

Bhn2:

5 biji kuning telur
50 g gula castor
1/4 s.teh garam
50 ml. minyak jagung
50 ml. santan- Liza blend dgn 2 helai daun pandan
110 g tepung gandum
1/2 s.teh baking powder
sikit pewarna -- jika perlu

Bahan B :-

5 biji putih telur
100 g gula castor
1/4 s.teh cream of tartar

Sebarang jenis jem atau krim untuk sapuan- Liza guna kaya




Cara-cara Membuatnya:-
1. Sediakan acuan swiss roll 12" x 12" yang dilenserkan dan dialas dengan kertas kalis
minyak ---alas seluruh acuan sampai bahagian tepinya.Panaskan oven kepada 175c.
2. Ayak tepung bersama baking powder.Ketepikan.

3.Di dalam sebuah mangkuk,masukkan bahan-bahan A selebihnya dan kacau dengan menggunakan whisk saja untuk sebatikan kuning telur,gula,garam,minyak dan santan.Setelah itu masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

4. Didalam mangkuk lain putarkan bahan B dengan mixer hingga kembang dan gebu,bila diangkat mixer,telur putih akan terbentuk peak---macam buat kek chiffon.

5. Kemudian,campurkan adunan B tadi ke dalan adunan A dan gaul perlahan-lahan dengan menggunakan sudip plastik saja...hingga adunan sebati.Jangan digaul terlalu lama.Cukup sekadar adunan tepung dan adunan putih telur sebati.- Liza ambil 2 s/b + pewarna coklat utk buat hiasan atas tu

6. Tuangkan ke dalam acuan swiss roll yang telah disediakan tadi dan ratakan adunan.- Letakkan sedikit adunan coklat td dan lorekkan

7. Letakkan acuan di bahagian tengah oven dan bakar selama lebih kurang 20 - 25 minit.

8. Setelah masak, keluarkan segera kek daripada acuan biarkan dalam 3 minit,kemudian sapukan dengan jem pilihan dan gulung dengan berhati-hati.

9. Sedia untuk dimakan.





Tuesday, September 9, 2014

Mee Rebus Haji Wahid Lagiiii....



Atas permintaan hubby maka Liza buat lagi mee rebus ni, dah jadi menu peberet hubby n anak2...thnx pada ct yg memanjangkan resepi ni..
Mee rebus Haji Wahid ni kalau tak silap Liza berasal dr Johor kan..kalau Liza silap, tolong perbetulkan ye..walaupun tak pernah rasa sendiri cmner rasa mee rebus yg sebenarnya, tapi dgn resepi ni pun dah cukup sedap dan menyelerakan...betoiii,  kalau tak caya jom buat..





RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID
Bhn2:
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering- xbuat
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua- ganti dgn limau nipis





Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.



Ayam Goreng Halia...


Lauk ni dah banyak kali Liza buat sbb senang dan family pun suka sangat...bhn2 pun mmg dah gerenti ada kat dapur kan, campak2 je dah siap...hihii


Kalau tak caya, jom tengok bahan2 kat bawah ni..sambil pejam mata pun boleh masak lauk ni...hihii




RESEPI AYAM MASAK HALIA
Bhn2:

500 gm ayam - potong kecil dan bersihkan
1 labu bawang besar - hiris halus
4 ulas bawang putih - hiris halus
2-3 inci halia - hiris memanjang halus
2 biji cili merah - hiris
3 s/b sos tiram
4 s/b kicap manis - kali ni liza xletak sbb kicap dah habis...hihihi
Sdkt tpg jagung
Garam
Minyak masak




- gaulkan ayam dgn tpg jagung dan sedikit garam dan perap sebentar.
- panaskan minyak dan grg ayam hingga masak.
- tinggalkan sdkt minyak grgan ayam di dlm kuali, tumis semua bawang, cili merah dan halia hingga naik bau.
- masukkan sos tiram dan kicap manis, gaul sebati.
- akhir sekali masukkan ayam yg tlh digrg dan grg hingga semua bhn mesra dan sebati.
- angkat dan sedia dihidang...

Sandwic Telur...



Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...hari ni buat lagi sandwich telur ni utk breakfast anak2 n bekal anak2 ke sekolah..diaorg mmg suka sgt la dgn sandwich ni, buat hari2 pun tak pe...



Nak buat sandwich ni senang je, rebus telur n sejukkan,pastu gaul dgn mayonis dan sedikit lada sulah..boleh jugak nk letak daun salad atau timun..senang kan





Monday, September 8, 2014

Bahulu Panas...


Buat lagi kuih bahulu ni utk family tersayang..masih menggunakan resepi yg biasa Liza buat, cuma kali ni Liza buat 2 perisa, satu perisa pandan tambah coklat rice dan satu lagi perisa biasa yg plain tu...bhn2 utk buat bahulu ni simple je tapi cara buat tu yg penting..

Kalau nak tengok versi bahulu terdahulu yg Liza pernah buat blh klik kat SINI, SINI, SINI dan SINI...




RESEPI BAHULU

Bhn2:
 
4 biji telur
120gm tpg gandum
1/4 s/t baking powder
1/2 s/t esen vanila / esen ros
80 - 90gm gula kastor - panaskan sekejap hingga suam2
1/2 s/t ovalette - optional
 
 
Cara cara (yg ni Liza CnP dr Tuntung sbb sama cara dia)
 
 
  1. Pukul telur , ovalette dan gula sehingga kembang dan pekat. -bab ni mmg betul2 penting yer kalau tidak bahulu tak akan mnjadi..
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan. - yg ni penting utk elak bahulu melekat kat acuan
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti. - suhu oven bergantung pada jenis oven, biasanya 200 C - 250 C
 
 



Ayam Masak Lemak Ciliapi...


Assalamualaikum wbt...family Liza mmg suak dgn lauk ni, cuma kadang2 Liza terlupa utk masak lauk ni, hiihihi..ye la kan dah list lauk2 utk dicuba panjang sangat, jadi lauk yg dah memang selalu masak ni dilupakn...siann

Ni adalah resepi dr arwah ma, mungkin orang lain ada resepi tersendiri kan, terpulang pada selera masing2 ye..



Resepi masak lemak cili api ni macam biasa je, tapi Liza tetap nk letak jugak kat sini utk rujukan adik2 yg baru nak belajar masak n utk generasi Liza akan datang...hihii

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILIAPI

Bhn2:

1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
2 batang serai - ketuk
5 ulas bwg merah - mesin halus
1/2 inci halia - mesin halus
1 inci kunyit hidup - mesin halus
1/2 inci lengkuas - mesin halus
10 biji cili api - mesin halus
4 biji ubi kentang - potong 4
Santan secukupnya - lebih kurang 1.5l
Garam, serbuk perasa


- masukkan ayam, serai dan bhn2 kisar ke dlm periuk.
- masak hingga ayam kecut sedikit.
- masukkan santan dan ubi kentang dan biar mendidih.
- masukkan juga garam dan perasa, biar ayam dan ubi kentang empuk dan rasa sebati, tutup api.





Thursday, September 4, 2014

Chocolate Nutella Brownies...



Gara2 anak2 tgk cerita ' Manis' , maka terjadilah brownies nutella ni..dialog anak2, ' umi, nmpak mcm sedap je kan kek tu', nnt umi try buat ye..'huhuhu, pandaikan dialog diaorg..so, cari punya cari terjumpalah resepi yg mmg marbeles ni kat dapur Cikgu Hana, resepi asal dr love2cook, thnx to both of you...sedap sgt brownies ni...




RESEPI CHOCOLATE NUTELLA BROWNIES

Bhn2:
113gm butter
3/4 cwn milk chocolate chips
1/2 cwn gula halus - hana guna brown sugar
2 biji telur A - kocok dgn garfu
1 cwn nutella- hana buh 1/2cwn je itu pon da manis dan hana tmbh 1sb koko - Liza pun guna 1/2 cwn je
50gm tepung gandum
1/2 sk baking powder

Cara-cara
  • Satukan butter, chocolate chips dan gula dalam periuk dan kacau perlahan dgn api kecil sehingga semua cair @ boleh guna kaedah double boiler. Ketepikan.
  • Masukkan telur dan juga nuttella ke dalam adunan coklat tadi. Kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung gandum dan juga baking powder dan kacau sebati lagi.
  • Sapukan loyang dgn butter @ alaskan dengan baking paper. Tuangkan adunan.
  • Bakar suhu 170 selama 30-35min. Sejukkan dan potong.

Liza guna loyang 10x10 inci


Roti oh Roti....


Assalamualaikum wbt...kali ni buat roti lagi, masih menggunakan resepi yg sama yg Liza pernah buat sebelum ni...kali ni malas nk buat water roux, jadi guna resepi yg biasa2 je la...apa2 pun resepi roti ni slaah satu resepi roti yg Liza suka sbb menghasilkan roti yg lembut..

Pada yg nak try buat roti ni, jom kita tgk resepi kat bawah ye...




RESEPI BASIC SWEET BUN / ASAS BUN MANIS

Bhn2:

(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.


Nota MaDiHaA: MaDiHaA uli gunakan BM. Jadi MaDiHaA ikut saja arahan BM & tekan setting utk doh.
Liza pun ikut cara madihaa...




Resepi ni Liza CnP je dr dapur kak Madihaa, thnx ye kak...terima kasih jugak pada tuan asal resepi ni Roshayati Johari..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...