Wednesday, August 30, 2017

Sourdough Apam Balik..




 
 
APAM BALIK LEMBUT DAN SEDAP

Bhn2:

250gm tepung gandum
15gm susu tepung
1/2 s/t baking powder
50gm gula kastor
1/4 s/t garam
280ml - 300ml air biasa
1 cawan sourdough starter
2 biji telur
30gm gula pasir
3/4 s/t soda bikarbonat
25gm butter - cairkan

Bhn inti:

Kacang tanah panggang - cincang kasar
Krim jagung
Gula pasir - utk tabor
Choc rice atau apa saje ikut citarasa
 
- di dlm mangkuk, campurkan tpg gandum, susu tepung, baking powder, gula pasir dan garam, kacau rata
- tuang air sedikit2 sambil dikacau menggunakan whisk hingga rata.
- masukkan butter cair dan soda bikarbonat, kacau rata.
- masukkan sourdough starter, kacau rata dan perap 30 minit.
- pukul ringan telur dan baki gula 30gm td.
- masuk ke dlm adunan tepung dan kacau rata.

- ambil sesenduk adunan dan masukkan ke dlm pan yg telah dipanaskan.
- bila dah separuh masak, tabur bhn inti dan tutup sekejap.
- masak dgn api kecil hingga kulit luar keperangan.
- angkat dan sapukan butter pada kulit apam balik agar kekal moist dan sedap..

 
 

Roti Ninja Lagiiii...





RESEPI ROTI NINJA LEMBUT

Bhn2:

200g Tepung Roti
50g Tepung serbaguna atau tepung gandum
15g Butter
30g Gula
1 biji Telur Kuning
4g Garam
1sk Yis
50g susu segar
100g Air hangat, satukan dgn susu kat atas tu

Cara2

Uli mcm biasa atau boleh masuk BM

Timbang doh 45gm, isi inti atau bentukkan ikut selera
Panaskan oven 180C selama 15 minit
Biar naik doh naik dua kali ganda, sapu susu segar n bakar sehingga masak



Sourdough Milk Loaf...






Setelah ramai yg mencuba dan memuji kelembutan dan kesedapan roti ni, maka Liza pun tak tunggu lama..terus teringin nk buat dan merasa...alhamdulillah mmg berbaloi mencuba




 
 
SOURDOUGH MILK LOAF
 
Bhn2:
 
350gm tepung roti
30gm gula
7gm garam
150gm sourdough starter active
70ml fresh cream
85ml susu segar
70ml air
30gm butter
 
 
- campurkan semua bhn dan uli dgn BM atau mixer hingga elastic
- doh ni mmg lembik sikit ye
- first proofing ambil masa 31/2 jam
- bench rest 30 minit
- second proofing 2 jam
- bakar 190C selama 40 minit atau sehingga roti keperangan
 
* kalau xde starter boleh guna 2sk yis kering, bhn lain semua sama je *
 
 
 
 


Southern Yellow Chicken Rice..



Menu yg tertunggak, kali ni Liza cuba perap ayam dgn rempah beriani, mmg sedap...biasanya Liza akan buat sup je utk gandingkan dgn nasi ni tapi kali ni Liza makan dgn gulai kambing bawang goreng dan sambal jate..kedua2 resepi tu dr dapo Lina PG, tq ye fren...









RESEPI NASI AYAM GORENG / SOUTHERN YELLOW CHICKEN RICE
Bhn2:
1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya


ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi


1 sudu rempah kari 1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis ,2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang,
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (boleh guna beras jasmin)
4 1/2 cwn air - tambah jika kurang
1/2 cwn susu cair - resepi asal guna santan
minyak utk menumis - mama guna minyak sapi + minyak masak

Cara-Caranya:


Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

nota Dapurmamasya;
Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap



 

                                  Memang sedap terangkat..



Roti Sourdough Gula Melaka N Kismis..






Assalamualaikum wbt...bila dah ada starter baru ni, terpaksalah buat lagi roti sourdough kn...jadi ni la roti yg mula2 Liza buat guna baby starter ni...starter yg lama dah mati masa bulan puasa ari tu sbb tak terjaga..

Dah dua kali Liza buat roti ni sbb family suka roti ni, cuma kali ni xde stok kurma, jadi Liza gantikan dgn kismis... jom tgk resepi kat bawah ye







ROTI SOURDOUGH GULA MELAKA N KURMA
Bhn2:

40 gm gula Melaka - cincang kasar
100 gm kurma - cincang kasar ( guna kismis )
260 gm sourdough starter - fed
140 ml air
1 s/k garam
1 s/k mixed spices
30 gm minyak jagung
300 gm ++ tepung roti

- uli kesemua bhn secara kasar, tak perlu sampai elastic dlm masa 5 minit
- bulatkan doh dan tutup dgn plastic wrap, stretch n fold ( S&F) setiap 1 jam dalam masa 3 jam
- bulatkan dan masuk dlm proofing basket ( Liza xde, guna Loyang bulat je)..tutup dgn towel lembap dan biarkan naik 2 kali ganda
- panaskan oven padasuhu 220C, tabor sedikit tepung suji pada baking tray dan telangkupkan proofing basket utk keluarkan doh td.
- gunakan pisau tajam utk kelar doh roti
- bakar selama 15 minit dan kemudian turunkan suhu 180C dan bakar lg selama 20 minit atau sehingga masak
- sejukkan dahulu baru dipotong





Nota Nurul:

1. saya letak tray yg berisi air panas di bhgn rak bawah semasa membakarroti..steam yg terbentuk jadikan crust roti cantik dan rangup
2. saya start uli pukul 10 pagi dan siap pkl 5 ptg


Thursday, August 24, 2017

Asam Pedas Asli Melaka terlajak sedap....versi ayam



Sejak jumpa resepi ni mmg Liza tak pandang dah resepi asam pedas yg lain..resepi ni mmg kena dgn selera kami sekeluarga

Terima kasih Diana, dh bnyk kali akk buat guna resepi marbeles ni, tapi selalu guna ikan...







 
 
 
 
 
 
 
RESEPI ASAM PEDAS MELAKA ASLI
Bhn2:

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)- kali ni guna ayam
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar - boleh letak lebih
3 cm belacan - Liza guna 1cm je
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
(bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada hitam blend skali)
 
3 batang serai - dititik
1 sudu teh halba
Daun kesum + bungan kantan
Bendi / terung
Air asam jawa secukupnya
Garam + gula
Minyak utk menumis

 
 
 
 





Caranya :

- Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit..
 - masukkan bhn2 blend td dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak..  (if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat dapur2 dia... nk bagi masak n garing punya pasal..)
- Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt.( Liza letak 1 s/t je).. masukkan daun kesum n bunga kantan..
- masukkan ikan, kacau2 sikit, dan masukkan air asam jawa....
banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr...
- masukkan bendi or terung...
- perasakan dengan garam dan  biar dia mendidih
- tutup api....

Ayam Bakar Berempah Klate yg sedapppp...




Assalamualaikum wbt...ari tu saje cari resepi ayam bakar yg simple utk makan dgn nasi kerabu...dlm bnyk2 tu, Liza terberkenan resepi ayam dr dapo Kak Azie ni...terima kasih bnyk2 kak, ayam ni mmg sedap







RESEPI AYAM BAKAR BEREMPAH KLATE

 
Bahan bahan;
1/2 ekor ayam - dengan kulit
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Sedikit rempah kari - optional
3-4 tangkai cili kering
3 batang serai
Garam
Gula

Kisar semua bahan di atas dan masukkan garam dan gula. Gaul sebati dan perap dengan ayam , lagi lama lagi sedap..
 
Kemudian boleh la dibakar sehingga masak
 
* Liza makan ayam ni dgn nasi kerabu, mmg terangkat..
 
 
 
 

Wednesday, August 23, 2017

Sambal Jate Sedap...




Terima kasih fren Lina, Liza dah buat 2 kali dah sambal ni...mmg buat terus bnyk2, bila2 je rasa nk mkn sng..ihhii









RESEPI SAMBAL JATE SEDAP

Bhn2:

25 biji cili padi merah
2 biji cili merah
6 biji limau kasturi - buang biji
1/2 labu bawang besar Holland
1/4 cawan cuka @ secukupnya
2 s/k garam
Ajinomoto - Liza guna gula

- kisar cili padi, cili merah, limau kasturi bersama kulitnya dan bawang besar
- masukkan cuka sedikit2 hingga boleh dikisar
- kisar kasar sahaja ( JGN guna aior utk sambal tahan lebih lama )
- tuang sambal ke dlm mangkuk dan perisakan dgn garam dan gula / ajinomoto..
- sesuaikan rasa nabis dan pedas dan seimbangkan dgn rasa masam dr cuka dan limau kasturi..


* Nota dr Lina:

Kalau tak suka limau kasturi dikisar bersama kulit, blh kisar bwg dan cili2 shj, kemudian perahkan jus limau td


Kuih Cek Mek Molek Lembut..




Kuih yg sentiasa jd peberet family Liza, sedappp







RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK


Bhn2:


1 kg ubi keledek - rebus hingga empuk dan lecek hingga halus
2 cwn tpg gandum
1 s/besar marjerin
Sedikit garam

- gaulkan semua bhn di atas hingga sebati semuanya..
- bubuh gula / inti yg digemari.
- kalau nk buat cik mek just bbh gula dlm adunan td dan bntukkan.

- goreng dgn api sederhana hingga kekuningan dan gula cair.
- angkat dan sejukkan sebelum mkn ye, kang meletup pulak dlm mulut sbb air gula yg panas tu...hihii



Sambal Ketam...



Lauk ni mmg dah lama sgt Liza buat, masa ni semua anak2 masih ada kat rumah...sekarang kalau nk masak lauk mcm ni, kena tunggu semua berkumpul dulu, baru syok nak main masak 2












RESEPI SAMBAL KETAM

Bhn2:

4 ekor ketam - bersihkan, lumur dgn garam n kunyit
1 biji bawang besar * - nk guna bwg merah pun blh
2 ulas bwg pth *
6-7 s/b cili mesin - blh lebihkan
Sdkt air asam jawa
Sdkt minyak
Garam, gula

- mesin bhn bertanda *
- panaskan sdkt minyak dan grg ketam hingga masak, angkat n ketepikan
- guna minyak yg sama, tumis bhn blend dan cili mesin hingga naik bau..
- masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa..
- akhir sekali masukkan ketam yg telah digrg dan gaul sebati, angkat..





Country Sourdough Loaf ( Chia Seed )...




Assalamualaikum wbt..ni roti sourdough pertama yg Liza guna banetton basket / proofing basket..masa ni kecewa yg teramat sbb doh tu melekat kat basket dan keadaan roti ni mmg mengecewakan la, dlm erti kata lain, roti ni fail...

Tapi, bak kata orang practice makes perfect kan, Liza masih lagi belajar utk buat roti sourdough ni dgn perfect

Terima kasih pada Nurul atas segala tips yg diberi, resepi ni pun Liza gunakan resepi dr Nurul, tq sekali lagi ye dik..




 
 
 
COUNTRY SOURDOUGH LOAF
 
A:
 
150gm active starter
227gm air
350gm tepung roti
8gm garam
10gm madu / brown sugar
 
 
B:
 
2 s/b chia seed
1 s/b black sesame seed
2 s/b air
- campurkan air dgn healthy seeds dan rehatkan selama 1/2 jam
 
 
Cara:
 
1. Gaulkan semua bhn KECUALI garam dan healthy seeds, gaul kasar dan tutup dgn tuala lembap..rehatkan ( autolyse ) selama 1/2 jam
 
2. Garam dan healthy seeds dicampur selepas adunan direhatkan ..gaul garam dan seeds dgn tangan hingga semuanya mesra
 
3. Strecth n fold setiap 30 minit dalam tempoh 2 jam - ( S&F )
 
4. Proofing yg pertama di suhu bilik hingga naik sekali ganda  -  ( Bulk Fermentation )
 
5. Keluarkan dr mangkuk dan tekan lembut, bentukkan bulat dan rehatkan sebentar dalam 20 minit di atas papan pencanai - ( Bench Rest )
 
6. Bentukkan semula doh mengikut bentuk yg disukai samada bulat atau lonjong - ( Final Shape )
 
7. Masukkan doh td dlm banetton basket dan tutup dgn plastic wrap, biar doh naik 2 kali ganda
 
8. Panaskan oven pada suhu 220C selama 30 minit, keluarkan doh dr banetton basket , buat torehan dgn pisau di atas doh
 
9. Bakar selama 20 minit pada suhu 220C dan turunkan suhu ke 200C dan bakar lagi selama 20 - 30  minit.
 
 
* Sekiranya menggunakan Dutch Oven, bakar pada suhu 220C selama 20  minit dgn penutup dan selepas itu buka penutup dan turunkan suhu kepada 200C dan bakar lagi selama 20 - 30 minit.
 
 
 
 


Tuesday, August 22, 2017

Sourdough Killer Soft Bread..



Bila sudah jatuh cintan..buat lagi roti sourdough ni, kali ni buat killer soft bread versi sourdough...ilham dr Nurul, tq





SOURDOUGH KILLER SOFT BREAD

Bhn2 A:

220gm bread flour
30gm brown sugar
1 tsp salt

B:
1 egg
120gm sourdough starter
80 - 85ml fresh milk - adjust accordingly
30gm butter

C:
35gm raisins

- knead till window pane stage
- one proofing only, till double size
- bake 180C for 20 - 25 minutes

Thursday, August 17, 2017

Gulai Daging Kambing Bawang Goreng ( Tanpa Santan )...sedap sgt



 



Alhamdulillah, pestime buat resepi ni terus jatuh cintan...sedap, patut la Lina asyik dok buat je..tq fren share resepi yg sedap marbeles ni....Liza ikut sebiji2 resepi, tak derhaka sikit pun


Mula2 cuak jgak sbb takut tak kena dgn selera anak2, ye la kan, diaorang ni mana nk makan bawang2 bagai,tapi nasib baik bila dah masukkan bawang goreng dlm kuah tu, langsung takde rasa bawang...fuhhh, selamat










RESEPI GULAI DAGING KAMBING BAWANG GORENG (TANPA SANTAN)

 Bhn2:

1 kg daging kambing (LiNa Pg guna yg ada tulang)
1 paket rempah gulai bunga ros
1/2 paket rempah masak bunga ros
4 ulas bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
1 labu bawang besar (blend)
1/2 in halia (blend)
1/2 in lengkuas (blend)
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar gula merah
1 paket kecil kerisik
1 cawan bawang goreng - ramas/hancurkan
1- 2 sudu besar susu manis (guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket)
1 tin kecil tomato puri (boleh ganti dgn sos tomato)
3 ketul ubi kentang (potong 4)
2 sudu besar kicap manis (jika suka)
2 sudu besar sos tiram (jika suka)
air secukupnya


Bahan tumis:

2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan simpul
Minyak





 


Cara Membuat:

Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar,tumis sehingga naik bau dan garing.Masukkan cili giling, tumis sekejap lagi. Masukkan gula merah (gula merah akan caramelize bawang-warna jadi merah dan cantik) Masukkan pes rempah, tumis hingga pecah minyak.Masukkan tomato puri kacau sekejap Masukkan daging, gaul sebati.renehkan biarkan sebentar untuk kecutkan daging dan rempah mesra ke dalam daging. Tambah air hingga paras daging (gulai ni takleh pekat sgt),masukkan bawang goreng (ramas/hancurkan),kerisik dan susu manis Masak sehingga daging hampir empuk.Masukkan kentang,biarkan hingga kentang empuk.Masukkan garam, gula/perasa. Sesuaikan rasa Akhir sekali masukkan sedikit kicap manis, sos tiram (jika suka) renehkan hingga kuah agak pekat




 


Bubur Nasi Ayam Sedapnyaaa...




Assalamualaikum wbt...anak2 mmg suka dgn bubur nasi yg Liza buat ni, belajar dgn bibik jiran masa dulu..Alhamdulillah dah jadi kesukaan anak2 pun
Bubur nasi ni mmg sedap, Liza pun blh mkn bertambah tanpa sedar,hihi
Resepi kat bawah ni Liza tak bagi sukatan ye, adjust ikut selera masing2








RESEPI BUBUR NASI AYAM SEDAPNYAA

Bhn2:

Beras atau nasi sejuk secukupnya
Ubi kentang - potong dadu
Lobak merah - potong dadu
Isi ayam - potong kecil
Garam, serbuk perasa
Sedikit santan pekat - sikit je ye
Halia - hiris nipis
Minyak bijan
Ikan bilis goring
Daun sup / daun bawang
Air secukupnya


- rebus beras / nasi sejuk , ubi kentang, lobak merah dan isi ayam bersama air hingga lembut
- masukkan garam dan serbuk perasa,serta santan pekat
- sesuaikan rasa dan tutup api
- masa menghidang, letak sedikit minyak bijan dan tabur ikan bilis goreng, daun sup/daun bawang






Thursday, August 10, 2017

Nasi Kerabu Biru...





Disebabkan suka sangat makan nasi kerabu biru ni, maka kat belakang rumah pun Liza sanggup tanam pokok telang ni sbb tak suka letak kaler biru, tak ori


RESEPI NASI KERABU BIRU
Bhn2 nasi:

Beras 1 kg- basuh dan toskan
Air secukupnya
Pewarna biru / air perahan bunga telang
2 helai daun pandan
1 btg serai
 3 helai daun limau purut - koyak2kan sikit

- masukkan semua bhn ke dlm periuk dan masak seperti nasi biasa.


Bhn2 sambal kelapa:

3 ekor ikan kembong kecil (kalau besar blh guna 2 ekor jer)- bersihkan dan rebus dgn garam dan asam keping.- ambil isinya shj
1 biji kelapa putih - grg hingga kuning (jgn sampai hitam nnt pahit pulak )
4 biji bwg merah*
1 inci halia *
1 btg serai (besar) *
Garam, gula / nise dan serbuk perasa secukupnya.

- tumbuk bhn2 bertanda * hingga lumat.
- masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
- tumbuk hingga sebati dan masukkan isi ikan rebus.
- tumbuk lagi hingga betul2 lumat dan sebati semuanya,bubuh dlm mangkuk besar.
- tumbuk sdkt kelapa grg td biar halus ( kalau xnak tumbuk pun xpe ).
- masukkan kelapa grg td ke dlm bhn2 tumbuk dan gaul hingga betul2 sebati...
- siap dihidang bersama nasi kerabu , nasi dagang atau nasi impit...
# terpulang nk letak gula / nise...kalau letak nise kaler dia akan kecoklatan sikit..Liza campur dua2 #







Tumis untuk nasi kerabu



Bahan-bahan :



10 ulas bawang merah


3 ulas bawang putih


sedikit halia


sebatang serai


2 sudu besar cili boh


2 keping asam keping


gula melaka(ikut rasa)


Sedikit gula


santan pekat (2 cawan)


garam secukup rasa

Cara-cara nya

- Bawang merah, bwg putih, halia dan serai dimesin halus.


- masukkan santan pekat ke dlm periuk dan masak hingga mendidih

- masukkan bhn mesin td, asam keping dan cili kisar/ boh dan

 masak hingga mendidih sekali lg
 
- masukkan gula Melaka, gula dan garam secukup rasa
- masak lagi hingga  naik minyak dan sesuaikan rasa


Bhn2 budu:
1 senduk budu
2 senduk air
1 keping nise / gula melaka
Sdkt ajinomoto
1/2 inci halia
Daun limau purut - 1 helai

- masak semua di atas api hingga mendidih. sejukkan...

Bhn2 sambal / air lada:

Segenggam cili api @ lebih - terpulang
2 s/b cuka
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

- mesin halus semua bhn di atas dan sedia digunakan.
- air lada ni biasanya sdkt cair utk mkn dgn nasi kerabu biru

Bhn2 sampingan nasi kerabu:

Kcg pjg - hiris halus
Bunga kantan - hiris halus
Timun - hiris nipis memanjang
Kobis - hiris nipis
Tauge
Telur masin
Keropok grg
Lauk2 kegemaran -kali ni Liza mkn dgn ayam bakar



Roti John Sedap Meleleh....



Assalamualaikum wbt...kalau dulu2 rasanya macam tak berapa pandai buat roti john cmni, tapi bila dah pernah beli sekali dan sedap sgt, mula la intai cara diaorang buat
Dan hasil dr tgk TV jugak bnyk mempengaruhi cara masakan Liza skrg, yg tu mmg Liza mengaku,hihii
Hasilnya mmg wow, sedap dan sangat berpuashati ...kenyang dgn segala sayuran  kat dalam tu, anak2 pun tak boleh mengelat tak nak makan sayur,hihii












RESEPI ROTI JOHN SEDAP MELELEH


Bhn2:

5 ketul roti hotdog - belah tengah
3 biji telur - dipukul sekejap
Inti kari ayam / dgg secukupnya
Mentega / marjerin

Kobis - hiris nipis
Carrot - hiris nipis
Sos cili, mayonis, sos lada hitam - optional

- masukkan inti kari ke dlm telur yg dipukul sdkt.
- panaskan pan dan letak sdkt mentega.
- tuangkan sdkt adunan td, ratakan memanjang agak2 utk sebiji roti hotdog td.
- letakkan pula sebiji roti hotdog diatasnya cepat2...
- biarkan telur tu masak, balikkan roti, grg lg sekejap dan angkat

- tabor sayuran yg telah dihiris td dan pipekan sos kegemaran
- yummy, sedap meleleh




Wednesday, August 9, 2017

Tomyam Ayam Pekat Ala Thai....


Assalamualaikum wbt...buat lagi tomyam ala Thai ni sbb mmg suka sgt..dah jadi favourite family dah pun, tapi kali ni Liza cuba buat guna stok ayam pulak..ni pun hasil perkongsian rakan yg baik hati Roseusof , timakasih bnyk2 ye Rose sudi share tips ni
Rasa tomyam ni lg bertambah2 sedap bila gunakan stok ayam ni, jom try ye









RESEPI TOMYAM AYAM PEKAT ALA THAI YG SEDAP

Bahan A – Kisar

4 biji bawang merah
1 biji tomato
1 batang serai
1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

Bahan B

1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang besar – hiris
2 -3sudu perencah tomyam - nk masukkan lebih pun blh
Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower je
4 helai daun limau purut
3 batang serai – diketuk
1 cm halia – diketuk
1 cm lengkuas – diketuk
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 sudu susu pekat
1 biji limau kasturi
air secukupnya utk kuah - Liza gunakan stok ayam
garam & gula
 

Cara – Cara :


  1. Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
  3. Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
  4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
  5. Siap untuk dimakan.

Monday, August 7, 2017

Apple n Cranberry Bun...



Resepi ni Liza dapat dr rakan IG, tapi dah lupa siapa pemiliknya..apa pun terimakasih bnyk2 sbb roti ni mmg sedap dgn rasa manis n masam...mmg berbaloi mencuba








RESEPI APPLE N CRANBERRY BUN

Bhn2:

250 gm susu segar sejuk dr petiais
50 gm mentega
1 biji telur sejuk
1 s/k garam
70 gm gula kastor
200 gm tepung gandum
300 gm tepung roti
1 s/b yis
80 - 100 gm kismis / cranberry
Sebiji epal - potong dadu









- masukkan semua bhn ke dlm Bread Maker (BM) mengikut turutan di atas KECUALI kismis dan epal
- tekan setting dough dan uli hingga habis , keluarkan doh
- atas papan canai, uli doh td bersama kismis/ cranberry dan epal hingga sebati dan bercampur sekata
- timbang setiap doh 50gm dan bulat2kan
- susun dalam loyang yg telah digris butter dan biarkan naik 2 kali ganda.
- bakar 180C selama 20-25 minit atau sehingga perang



Homemade Spinach Sauce...yummy




Sebenarnya kan Liza ni mmg suka buat pelbagai jenis sos utk dimakan dgn burger..kuat betul pengaruh TV kan,hihi
Sos ni pun salah satu peberet Liza, olah ikut selera dan penerimaan tekak Liza n family, sedap dan Wangi

Anak2 yg tak makan sayur pun blh tertipu dgn sos bayam yg sedap ni






HOMEMADE SPINACH SAUCE

Bhn2:

1 genggam daun bayam - celur sekejap
3 hiris timun batang
Daun pudina
1/2 biji perahan lemon
1 s/t parutan kulit lemon
2 s/b yogurt
1 s/b mustard
1 s/t serbuk lada hitam
Garam, gula secukup rasa
Minyak zaitun


- masukkan semua bhn ke dlm food processor KECUALI minyak zaitun
- mesin hingga halus dan masukkan minyak zaitun sedikit2 sehingga dapat kepekatan yg kita nak
- masukkan ke dlm bekas dan simpan dlm petiais lebih kurang sejam sebelum digunakan






         Liza letakkan pada steak burger, mmg yummy la..









Homemade Hot Sauce..




 
 
RESEPI HOMEMADE HOT SAUCE
 
Bhn2:
 
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 mangkuk cili api
1 biji capsicum merah
11/2 s/b mix herb
100 ml apple vinegar - cuka biasa pun blh
1 cawan minyak zaitun
2 helai daun bay
2 s/teh serbuk hot chili
Gula, garam secukup rasa
 
 
- campur minyak zaitun dan apple vinegar dalam periuk dan amsak hingga mendidih
- masuk bwg putih, cili dan capsicum dan masak hingga semua bhn layu
- masukkan herba dan kacau rata, tutup api
- sejukkan sekjp dan blend bersama garam dan gula hingaa halus
- tuang semula sos ke dlm periuk dan masukkan daun bay, mix herb serta serbuk hot chili
- masak kjp hingga mendidih, tutup api
- sesuaikan rasa, mesti ada rasa masam dan pedas sos
- sejukkan dan masukkan ke dlm bekas bertutup dan simpan dalam petiais
- sedia digunakan sebagai sos burger atau perapan ayam panggang
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...